Sunday, December 11, 2011

Ceritaku di Bandung...!

Salam ukhuwwah!


Suatu perjalanan atau musafir adalah tingkatan tingkatan proses hijrah diri bagi sesiapa yang niatnya sedemikian atau mahukan yg sebegitu.....jika tidak ia hanya himpunan himpunan cerita gembira@seronok atau sekadar peristiwa pahit! ......dalam proses ini kita hanya perlu membuat pilihan pilihan tertentu agar apa yg dialami itu memberi kesan besar kepada diri sebagai suatu pengalaman fizikal dan spiritual yang membina atau membiarkan ia sekadar di angin lalu!...pilihan pilihan yang membuatkan kita menjadi semakin tawadhuk atau tidak....pilihan yang menjadikan kita semakin insan dari yang sebelumnya...pilihan yang melahirkan 'RASA' dalam jiwa, yang membangkitkan appresiasi terhadap segala nikmat yang dianugerahkan olehNya, yg sedia ada mahupun yang telah berlalu...
pilihan yang mengubah persepsi kemanusiaan, mengubah nilai kehidupan, mahupun menambah nilai sedia ada...dan yang paling utama ialah pilihan yang menjadikan kita semakin bertambah sifat 'keHAMBAAN' kepadaNya!....jika sebahagian itu mahupun yang utama itu tidak diraih....maka musafir yang dilakukan itu hanya merupakan perjalanan duniawi tanpa faedah ukhrawi....perjalanan itu sekadar nikmat keseronokan dunia yang sia sia tanpa ada faedah jangka panjang!


Hari ketiga di Bandung, aku dan isteri di UPI, manakala anak anak dan ahli keluarga yang alin di Cukang Kawung....sesi pembentangan isteriku ialah tengahari ini...sementara isteriku menghadiri sesi bengkel yang diadakan, aku merayau lagi disekitar UPI ini....sibuk universiti ini seperti mana universiti yang lain....ia universiti pendidikan, maka ia punya program pendidikan kepada pelajar dipelbagai peringkat! Dalam proses itu, ia mengetengahkan konsep 'makmal' @ praktikal! Di UPI ini ada taska dan tadika, ada sekolah dasar, ada sekolah peringkat menengah, kolej dan universiti, pelajar pelajar yang menghadiri sekolah ini juga ramai, maka para siswazah mahupun lepasan@guru guru yang mengambil program profesional perguruan diberikan ruang dan peluang melaksanakan kemahiran dan skil yang dipelajari di dalam kelas di sekolah sekolah ini! Maka kelihatan anak anak kecil, pelajar pelajar sekolah pelbagai peringkat di UPI ini keluar masuk! Suatu konsep yang tiada di Malaysia!


Malam tadi aku menimba pengalaman baru menghadiri aturcara Makan Malam yang diatur oleh pihak penganjur...penuh dengan muzik gamelan mengiringi majlis makan malam dengan aturcara ucapan alu aluan yang ringkas! Setelah itu kami menjamah BAKSO.... sedapp dan sangat menyelerakan! Hanya di sini aku berani menjamah Bakso tetapi tidak sama sekali di jalanan...aku bimbang perutku tidak selesa jika sebarangan makan! Aku selalu berhati hati apabila musafir dalam hal dan bab kebersihan makanan serta status halalnya!
Saat pembentangan tiba, aku berjalan kaki dari Isola Resort(tempat penginapan) ke University Center (UPI) di lantai 6....untuk memberi sokongan kepada isteriku!


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar! Selesai disitu...aku terus pulang ke bilik hotel. Tidak lama kemudian isteriku pulang juga, kami check out awal dan terus menuju ke Pasar Baru....hahahaha...abang dan kakak iparku yg lain sudah berkali kali mengkhatami Pasar Baru dan tempat sekitarnya! Aku dan isteri hanya sempat menjenguk sebentar di sini...ada 7 tingkat semuanya di Pasar Baru ini...sesak dan sibuk! Apa yang kalian mahu hampir semuanya ada di sini! Dari telekung dan pakaian batik yang murah murah! Tersangat murahnya....kepada peminat barangan kulit ASPAL (asli tapi palsu) juga didapati di sini!


Tapi berminat kepada jeans jenama Levi's...jangan lupa ke Toko Tiga tidak jauh dari Pasar Baru...kalian pasti terkesima dengan pilihan dan variasi design serta harga pakaian jeans Levi's dan beberapa jenis jenama utama yang lain seperti Lois dll...tshirt dan kemeja T juga didapati dengan potongan 10%....jika dibanding harganya...ia separuh atau 30% peratus lebih murah dari Levi's di Malaysia! Berbaloi! Pasti berbaloi! Kualiti pakaian Levi's di sini setanding dengan yang ada di Malaysia...kalian juga boleh membeli pakaian sebegini di Dago atau di Jalan Afrika-Asia atau di kedai kedai sekitar Cihampelas....


Bagi yang suka barangan berkualiti dari segi materialnya dengan harga berpatutan....jangan lupa singgah di Rumah Mode, atau pergi ke kawasan Dago yang punya banyak kedai kedai berkonsep Factory Outlet Sale....kualiti pakaian yg tinggi, jika kalian biasa membeli di FOS Malaysia, begitulah kualiti pakaian yang dijual...cumanya ia jauh lebih murah!!!


Jika mahu souvenir untuk dibawa pulang, cukup sekadar membeli di Pasar Baru.....ada tshirt, ada keychain, baju batik untuk ole ole! Semuanya murah jika kalian pandai tawar menawar! Harus diingat, perlu tawar sehingga 50% dari harga yang ditawar...itu sekurang kurangnya! Jika bernasib baik, anda boleh menawar sehingga 70% dari harga asal! Jika mahukan barangan kulit asli Indonesia...pergi sahaja ke kawasan Cibaduyut! Berbagai barangan kulit handmade, custom made, factory made boleh didapati di situ!


Jika sukakan pemandangan indah Tangkuban Perahu...sewa Angkutan Kota sekitar R200 ribu sehari, jika mahu lebih selesa, sewa teksi Bluebird-ia agak mahal sedikit, atau Minibus dalam sekitar R800ribu-R1juta sehari! Di sana ada pemandangan cantik kawah gunung berapi, kolam air panas malah kalian boleh singgah di kebun strawberry! Jika bernasib baik ada jeruk strawberry yang enak atau strawberry segar yang dijual 1kotak kecil R7-R10ribu rupiah! Jika kalian membeli lebih dari R10ribu sekotak, ia sudah masuk kategori mahal! Harus pergi ke Tangkuban Perahu dalam sekitar waktu pagi (jam9 keatas-ke tengahari, kerana kabus tidak tebal dan pemandangan cantik di sana)...
Jika mahu merasa makanan enak diwaktu tengahari, jangan lupa singgah selepas melewati kebun strawberri, ke Punclut....di lereng gunung itu ada restoran berupa pondok pondok yang menyajikan masakan Padang yang sangat enak berbanding di tempat lain! Murah dan enak sekali!

No comments: