Thursday, December 8, 2011

Salam dar Bandung!

Pagi ini segar kembali selepas tidur yg lena semalam! Keletihan sebab menguruskan perkara semalam telah hilang! Villa Iffa ini cuacanya nyaman, tiada kipas angin...memang tidak memerlukan kipas angin sebab dingin sepanjang malam! Pagi ini, aku, anak anakku dan kakak kakak iparku, kelaparan! Masing masing juga bersinn mungkin kerana keadaan udara di sini yang agak berjerebu@sistem tubuh sedang dalam proses membiasakan diri dengan udara di sini...pagi pagi lagi aku sudah merayap. Kutanyakan Pak Didi, dimana kedai terdekat..lalu dia sudi menghantarku ke sana. Ia merupakan Mart@Kedai runcit seperti 7Eleven di Malaysia...banyak kedai sedemikian di sini! Ku beli beras dan beberapa keperluan lain. Kemudian kakak kakak iparku memasak nasi berlaukkan sambal ikan bilis dan ikan masin goreng! Sedap sebab kebulur! Hahahaha

Selepas selesai semua, aku menyewa Angkutan Kota-teksi van yang boleh muat sekitar 11-13 orang. Kami menuju ke Pasar Baru-shopping heaven! Kosnya satu mini van sekitar R15ribu atau RM6! Ia tempat yang terkenal dikalangan pelancong Malaysia. Ia serupa macam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu!

Setengah jam perjalanan dengan keadaan jalan yang 'macet'! Hahahha. Setibanya di sana masing masing bertaburan masuk utk 'survey' dahulu! Aku terus mencari kedai telefon, ingin kubeli kad prabayar! Setelah beberapa ketika, tidak ku temui satupun! Aku kemudian bertanya kepada Bapak Polisi yang ada disitu...rupanya kad telefon prabayar ni dijual diwarung@kaunter kecil. Kena perhati betul! Akhirnya ku berpatah balik ke Pasar Baru kerana aku diberitahu disitu ada! SemPATI prepaid aku beli 4, untuk ku, dan kakak kakak iparku! Pelik sikit kerana setiap sim prabayar dijual dengan harga R6000 dan tiada kredit didalamnya. Tambahan kredit R10000 dengan harga jualan bagi setiap kredit R10000 ialah R13000...R3000 ialah untung sipenjual!

Akhirnya, selesai semua, BB ku kembali berfungsi setelah bersusah payah mengedit dan memasukkan segala mcm maklumat melalui program 'smartsim'! Aku diberitahu kad prabayar SemPATI adalah yg paling luas rangkaiannya dan paling murah! Setelah selesai semua itu, aku pergi semula kepada ahli keluargaku...semua sedang sibuk tawar menawar! Sambil itu datang tak putus putus penjual penjual kecil yang menjual bermacam macam 'souvenir'..'R10000 Pak untuk 10 barang' kata mereka! Aku tersenyum sambil mengucap terimakasih! 'Enggak apa ya, saya belum mau beli lagi' kataku ngan gaya Indonesia! Hahahaha!

Hampir 4jam aku di Pasar Baru...mereka masing menyambung 'shopping' aku dan isteri perlu bergegas ke Universiti Pendidikan Indonesia (UPI)-Isola Resort utk pendaftaran dan check in ke konferens yang dijadualkan. Perjalanan dengan teksi sekitar 45minit, kosnya R50 ribu...mahal juga! Sebab tak pakai meter, rupanya jika bermeter sekitar R25ribu! Adui! Jalannya macam biasa 'macet'!

Isola Resort ini umpama Intekma Resort di UiTM konsepnya....cantik tempatnya! Penuh dengan flora dan fauna! Aku mendaftar masuk...dan difahamkan program hanya bermula malam nanti dengan jamuan makan malam 'Welcoming Dinner'...terus aku merayau bersama isteri keluar! Ada 30 ribu pelajar di UPI ini! Bermacam macam fakulti. Terletak dipuncak bukit! Aku mengamati sekitaran, dan mula mencongak jalan pintas! Hehehe!

Ada jalan belakang yang tembus ke jalan besar, dicelah celah rumah kediaman dan warung warung kecil! Pelajar pelajar sibuk keluar masuk di sini!

No comments: