Wednesday, December 7, 2011

Ceritaku di Bandung, Indonesia...!

Salam cerita, salam musafir ke Bandung!

Suatu perjalanan itu, penuh dengan peristiwa yang pelbagai! Perlu persediaan rapi! Namun disitulah 'thrill' nya, disebalik semua persediaan yang ada, pasti ada yg tertinggal! Hehehe walau checklist penuh tapi ada juga beberapa perkara yang terlepas! Bila check in sudah selesai melalui web check in Airasia, aku mengira ngira bahawa perjalanan ini akan lancar!

Akan tetapi petang itu, di LCCT, apabila sedang check in bagasi, tiba tiba 'maaf cik, passport encik dan isteri hampir luput tak sampai 3 bulan' kata pegawai Airasia. 'Adusss!' Ujarku, 'tak boleh ke proceed sebab saya pergi tak lama, lgpun sy attend conference bukan nk pasang bom di Bandung, tiket balik, boarding pass balik pun dah ada' kataku kpd Pegawai Airasia itu. 'Maaf Encik, memang tak boleh!..encik kena pegi perbaharui passport encik, dan dtg sini sebelum jam 6.30 untuk naik flight seterusnya!'katanya. 'Adoi la!'getusku. Keadaan sangat kelam kabut, sebahagian besar ahli keluarga seramai 11orang yang turut ikut trip ini sedang menungguku menyelesaikan masalah ini di ruang perlepasan antarabangsa! Akhirnya, mereka juga turut terkena tempias masalahku, akibat menungguku agak lama, mereka menerima status 'gate closed', maknanya terlepas la flight jam 3.30pm itu! Alamak! Terpaksalah 'adjust' next flight dengan bayaran tambahan RM100 utk setiap pemegang tiket, tiada 'consideration' langsung dari pihak Airasia! Patutla untung...main bisnes ialah melalui denda dan penalti yang dikenakan! Airasia oh Airasia!

Aku pula kelam kabut menuju ke Putrajaya, utk mengurus pembaharuan pasport ku dan isteri! Adoii! Banyak masa terbuang, banyak kos bertambah! Mujur ada kenalan lama dan dan anak muridku di Imigresen Putrajaya..terimakasih kalian semua! Terimakasih tak terhingga! Pasport ku dan isteri siap dalam masa 30minit! Alhamdulillah! Aku berkejar kembali ke LCCT dan syukur ada tempat kosong lagi bagi flight QZ7596 ke Bandung! Kami semua berlepas jam 7.30mlm setelah melalui hari yang panjang dengan berbagai, bermacam ragam peristiwa! Inilah sebahagian 'thrill' awal pergi ke Bandung dengan segalanya diuruskan sendiri, ada pengalaman berguna, ada tips berfaedah yang dipelajari! Kalian tidak mungkin merasai ini jika segalanya diurus oleh pihak agensi pelancongan!

Penerbangan selamat sampai di Bandara Hussein Sastranegara sekitar jam 10.30 waktu Msia! Pak Abon sudah sedia menunggu di luar dengan minibus nya untuk membawa kami pergi ke Vilaa Iffa di Tmn Makam Pahlawan! Setelah beratur panjang di kaunter pemeriksaan imigresen aku selesai mengurus semua dokumen lalu berjaya keluar setelah 40minit. Agak lama juga beratur! Hermmm....Airport Kota Bharu, Bayan Lepas etc jauh lebih luasn tersusun dari Bandara Hussein Sastranegara ini! Pak Abon membantuku mengangkut beg beg kami semua...perjalanan ke Villa Iffa sekitar 40minit...terimakasih Iffa Dunna kerana sudi menyewakan villanya yg nyaman, cantik penuh dengan flora, kepada kami! Villanya ada 4 bilik tidur, 2 tingkat, siap dengan kamar utama, dapur. Kami kelaparan lalu makan dengan ringkas, roti dicecah sambal ikan bilis... sebelum masuk tidur! Sebelum itu aku berbincang dengan Pak Abon berkenaan sewaan minibus nya, agak mahal bagiku, R400,000 dari airport ke villa...aku fikir ada cara lain untuk lebih jimat. Setelah berbincang dan membayar kosnya, aku mengambil keputusan untuk cuba mengguna Angkutan Kota (teksi awam di kotaraya Bandung ini)...esok akan ku tahu bagaimana! Harapnya aku boleh lebih berjimat!
Isola Resort
Universitas Pendidikan Indonesia!
Rumah Mode, Jln Setiabudi-jika mencari pakaian berkualiti dgn harga yg murah dan bersesuaian, disini tempatnya

Sibaduyut-1 1/2 setengah perjalanan dari Setiabudi, syurga barangan kulit!


Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung Teruuusss...!

3 comments:

Ropahjamil said...

Pasal passport tu ingatkan ko dah arif. Lpah pulak mcm dah melekat kat dlm kepala ayat2 Ahso kat ofis tu "u org make sure hor,itu passport at least ada 5 months sebelum expired,kalau ada problem u org x dpt pergi nanti,boss kasi tolak gaji sebab semua sudah booking,make sure hor"..Sebab ayat ni diulang2 tiap kali ada com trip o/sea,so jadi routine utk chk umur passport! sian ko ye..1200 byk tu!!

Misz-ella said...

Sewa angkotan kota tu untuk seharian ke? KC selalunya sewa kereta siap2 dari malaysia. 400k/hari agak mahal compare to angkotan kota tu.

Alwi Mohd Yunus said...

Kakchik@ella: yup, sewa seharian...kereta ada aircon, angkutan kota xde! Kalau nk selesa, pakai mobil bluebird! Tengok 'preference' la! Kalau xkisah, naik je angkutan kota...paling murah R150ribu..paling mahal R200ribu jer sehari!...Angkutan Kota akan bawa kemana2 yg kita nak..dia akan tunggu!....itu yg sy buat utk jimat kos dan merasai sendiri pengalaman naik itu...lgpun lebih baik korbankan sikit keselesaan n spend duit utk shopping! FYI, sy bawa ramai ahli keluarga...13org so tak worth nak sewa teksi bluebird sampai 4 buah!...naik angkutan kota semua settle, lgpun jika dirancang perjalanan dgn baik, boleh avoid dr terperangkap traffic jam ketika peak hours especially waktu petang!