Friday, December 2, 2011

Tiada ketaatan IMAN maka kita berpecah!

Salam ukhuwwah!
Sudah lama ku mencari justifikasi dan sebab musabab berlakunya perpecahan dikalangan ummah! Ada banyak sebab yg dinukilkan oleh pelbagai pihak dan ada banyak bicara mengenainya! Apa yang cuba dizahirkan ialah kesedaran, namun ia umpama barah yang membelenggu ummah! Masih perpecahan itu menjadi 'penyakit' ummah! Seolah olah tiada penghujungnya!
Aku ingin menerobos kedalam jiwa ummah, yang kurasakan adalah kunci penyakit perpecahan ini! Jiwa kita terbelenggu dek nafsu, iman ada tapi nafsu yang merajai! Bagaimana kesepaduan dapat dicapai jika tiada 'rasa' yang menyatukan kita. Rasa yang sebenar benarnya, bukan rasa yang palsu. Rasa palsu itu disaluti semangat bangsa, semangat daerah atau negeri, semangat kebendaan, semangat yang sifatnya duniawi. Manakala rasa iman itu pula umpama magnet yang menyatukan jiwa manusia. Ia sifatnya universal@sejagat! Inilah yang hilang! Walau diakui kita beriman, namun ditahap mana kualiti keimanan itu? Inilah yang perlu dipersoal! Jika benar benar beriman dengan sesungguhnya....hati yg punya rasa iman sebenar ini kan bertaut rapat dan dinatijahkan dalam perpaduan atas landasan kebenaran. Tetapi hari ini, ia sangat palsu dan rapuh kerana iman itu tiada rasa dan kualiti. Jika benar ia punya rasa, nescaya penuhlah surau dan masjid disetiap ketika dan waktu dengan solat fardu berjemaah! Jika benar punya rasa, nescaya berbondong bondonglah manusia melakukan amal bakti dan meninggalkan kemaksiatan, sebaliknya ia tidak sedemikian...kerana dicelah celah amal kebaikan dan ibadah itu, terdapat najis najis maksiat yang turut dibawa bersama! Masih kita mahukan yang 'lagho' dan 'maksiat' malah mengajak orang lain untuk turut terjun bersamanya! Ia diraikan dan dimeriahkan bersama!
Bagaimana mungkin pakej iman yang dimiliki oleh setiap individu itu dicampur aduk dengan najis maksiat mahupun perbuatan sia sia? Jika sedemikian, tentunya, walau sebanyak mana nasihat dilontarkan, walau ratusan kali kurus dan kesedaran mahupun motivasi diberikan...natijahnya tetap sama! Perpaduan yang dihajati tetap retak malah belah seribu! Perpecahan juga yang berlaku didalam ummah!
Bayangkan...sesudah solat magrib, sesudah solat sunat, wirid dan zikir, sekonyong konyongnya kita membuka suis televisyen dan menonton rancangan hiburan! Mana mungkin kesan iman kan terpahat dihati jika ia sedemikian rupa! Cuba fikirkan! Selain dari faktor luaran, saya fikir, faktor iman dan faktor kekuatan dalaman lah yang akan menatijahkan perpaduan yang sebenar! Selagi kita mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.....perpaduan ummah yang dicari itu takkan ditemui!
Jadikan diri itu Khalifah Jiwa yang menguasai dan merajai nafsu lalu menentukan sikap dan pandangan luhur seorang hamba kepada Allah swt! Selagi ini tidak dilakukan, perpaduan ummah yang dicari itu umpama mimpi mimpi di angin lalu! Masyaallah! Bertindaklah wahai diri! Bertindaklah dengan diri sendiri sebagai langkah mula perjuangan menegakkan kekuatan ummah! Insyaallah perpaduan yang dicari itu akan ditemui dipenghujung hari!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: