Thursday, December 1, 2011

Kerdil ilmu...!

Salam ukhuwwah...!

Apa yang kita tahu (ilmu) dan apa yang sebenarnya kita tak tahu (ilmu ilmu lain samada yg telah dipelajari@kita tidak tahu lagi) merupakan lompong lompong yang sangat besar!
Aku sangat terkesan hari ini apabila seorang teman menyebut perkataan 'manhaj' utk mengutarakan makna yg biasa kita fahami sebagai metodologi@jalan@kaedah@laluan....namun atas faktor ketinggian nilai bahasa arab iaitu bahasa ilmu...ia sebenarnya amat sukar mencari ketepatan translasi dalam konteks perbahasan itu...

....maka teman saya itu (sy fahami sendiri kekangan beliau dgn menilai kandungan perbahasan itu) tetap mengguna perkataan manhaj utk menyampaikan maksudnya...lalu seterusnya teman itu mengguna perkataan ta'abbudiy yg juga boleh secara langsung merujuk kepada konsep 'pengabdian' @ kehambaan seorang insan kpd Sang Penguasa, namun hakikat ilmu sebenarnya, tiada kata ganti translasi yg tepat untuk itu....lantas aku merasa sangat kerdil sekali....betapa, apa yang kita tahu dengan apa yg kita tidak tahu merupakan lompongan lompongan yang sangat besar, betapa penguasaan bahasa arab sebagai bahasa ilmu dalam konteks perbahasan ilmu amat penting agar kita tidak tergelincir dari landasan landasan yang sebenar!

Lalu aku sedari secara hakikatnya bahawa, aku tidak mampu dan siapakah kita yang sewenangnya berbicara berlebihan, berbahas berlebihan sedangkan Al-Quran yg kita baca itu contohnya hanya kita fahami sekadar ertinya yang telah dialih bahasakan...walhal pengertian dalam konteks bahasa dan makna dalam ruang lingkup bahasa arab itu sendiri kita tidak tahu....kita tidak tahu berbahasa arab! Justeru kita hilang 'context' dan 'contextual meaning' serta 'concept' yg meliputi sesuatu makna, lalu bagaimana mungkin pencerahan ilmu@fakta akan berlaku??

Namun, itu bicara dalam sudut ilmu dan perbahasannya...ia tidaklah menghalang sesiapa utk memahami dan mengetahui Islam dan praktisnya...namun jika kita hanya sekadar itu, janganlah kita pula memandai mandai, berlebihan dalam berbahas tentang Islam, dikhuatiri kita tergelincir, malah menggelincirkan orang lain. Baru sekadar 5-6 buah kitab khatam (itupun yg sudah dialih bahasa), kita sudah sewenangnya berbicara itu ini...fahami sebaiknya akan asas asas agama itu dahulu dengan kukuh dan mantap! Kenali ALLAH dengan sebenar2nya

Kenalilah diri, sentiasa menambah ilmu, praktiskan ilmu tersebut, sentiasa semak rujukan rujukan dan lakukan rujukan silang terhadap pengetahuan dan ilmu yg dikuasai, difahami,diperolehi@dipelajari agar pengukuhan sentiasa berlaku!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: