Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Ceritaku di Bandung...MEREKA dan KITA!

Salam ukhuwwah!


Musafir membawa pengalaman baru! Input baru yang mudah saja terasimilasi mahupun bertembung dengan nilai diri sedia ada! Maka bertemulah idealisme diri dengan idealisme yang baru! Nilai nilai baru bertentang dengan nilai nilai diri...lantas ia membuahkan perspektif berbeza malah menambah dan mengkayakan perspektif sedia ada!


Bandung sesak! Macet jalannya! Berbagai lapis diri kan bisa ditemui di sini! Umpama jika jalannnya sesak di KL maka itu adalah sesuatu yg normal di Bandung malah lebih sesak lagi di sana! Kita merasakan KL sesak, akan tetapi di Bandung jauh berpuluh ganda kalinya! Itulah hakikat! Jika ramai orang di KL, maka di Bandung jauh lebih ramai! Jika kita mengomel rumah kita di KL kecil dan sempit, di Bandung mereka tinggal di pondok kecil, tidur di lorong lorong kecil, malah rumah hanya benar2 tempat untuk tidur, istirehat, salin pakaian, makan dan mandi, bukannya tempat santai untuk keluarga, hanya yang benar2 mampu kan punya rumah 
seperti kita (tidak pula kenyataan ini bermaksud bahawa orang Indonesia hidupnya gelandangann maaf bukan begitu)!
Jika hari ini nilai usaha kita bermakna RM1000 sebulan@ RM2000@RM3000 atau puluhan ribu atau sekian sekian, di Bandung nilai usaha yang sama dinilai jauh lebih rendah berkali ganda! Semua faktor seolah olah menjadikan Bandung sebegitu! Aku insaf! R500ribu aka RM174 adalah upah menjadi pembantu rumah di sana! Seharian bekerja membawa teksi, jika mampu membawa pulang R150-200ribu aka sekitar RM50, sudah cukup bagus dan mewah setelah tolak kos sewaan kenderaan dan kos minyak! Itulah nilai usaha....bagi aku, terdapat perbezaan kelas dan status mahupun jurang perbezaan yang besar antara yang miskin dan
yang kaya! Aku kagumi daya usaha mereka meraih kehidupan! Beruntungnya kita! Beruntungnya kita!...... Jangan banyak mengomel itu ini! Jangan kufur nikmat! Jangan sentiasa rasa tidak berpuashati dengan apa yang ada! Jangan banyak songeh! Banyakkan bersyukur dengan nikmat yang ada yang Allah berikan! Ameen Ya Rabb....aku teringat nasihat, jika punyai atau dianugerahkan nikmat, maka hitunglah nikmat dan bersyukur, lalu bandingkan dengan mereka yang dibawahmu, jangan bandingkan dengan nikmat yg diperoleh oleh orang lain diatasmu...kerana jika sedemikian, kamu akan hilang RASA syukur@penghargaan!!


Mereka sanggup melakukan segala macam jenis kerja hanya untuk sesuap nasi, manakala kita berkira itu ini....mereka punya daya usaha tinggi, kita sangat kurang yang itu! Itulah antara yg kutitipi sepanjang musafirku ke Bandung!

Sunday, December 11, 2011

Ceritaku di Bandung...hari hari akhir!

Salam ukhuwwah!


Musafir sentiasa mengajar insan, memberi pengalaman berbeza! Itulah hikmah berhijrah dan bermusafir...kerana bermusafir itu adalah jua memenuhi tuntutan hijrah! Aku banyak belajar kali ini kerana ahli musafir ku ramai....semuanya 12 orang! Ada 12 perangai dan kaedah untuk mengurus setiap satunya...mujur kesepaduan dan saling memahami antarta satu sama lain menjadi landasan kepada mudahnya urusan!


Alhamdulillah!


Semalam, aku bersama ahli keluarga ke Anjung Ujo di kawasan Punclut, nama Restorannya Sangkan Hurian....untuk makan tengahari...pondok pondok kecil beratapkan rumbia, dan ada juga yang sudah moden binaannya, yang dibina dilereng lereng gunung, berlatarbelakang Tangkuban Perahu serta kehijaun bumi serta rumah rumah kecil sayup dibawah lereng gunung membangkitkan ghairah dan selera makan ku.....pelbagai jenis lauk pauk nasi padang di sini, memang sedap ditambah pula dengan air kelapa muda, menyentap seleraku!.....makanan di sini sedap sedap belaka, setelah beberapa hari mencuba, akhirnya ku temui masakan padang yang benar benar menyelerakanku! Murah dan sangat menyelerakan! Nasi berlaukkan ayam bakar, ulam ulaman, serta ikan asin, tempe goreng dan sup sayur yang segar, ditambah pula dengan nasi dari beras bukit yang enak! Aduss!! Aku benar benar terkesima, begitu juga dengan orang lain! Sedang kami makan, tetiba hujan turun dengan lebatnya di Anjung Ujo ini.....ia menggamit saat kedamaian di puncak lereng gunung ini sambil kami menikmati makan tengahari! Selesai makan dan membayar bil, aku sempat membeli beras bukit dengan harga R5000, untuk ku bawa pulang!


Menuruni Punclut, kami lantas singgah sebentar di Toko Rabbani...jika mahu pilihan variasi design menarik utk fesyen Muslim n Muslimah...sila ke Toko Rabbani..jika ada kartu ahli, kad ahli kalian akan mendapat diskaun 10 peratus bagi setiap pembelian pakaian baru, ada juga pakaian yang sedia ada mendapat potongan 50%!...itu antara Toko terakhir yg ku kunjungi sebelum balik ke tempat penginapan untuk berkemas pulang ke KL esok harinya!


Ada beberapa fakta dan perkara ingin kukongsikan jika kalian ingin ke Bandung secara sendirian kendaliannya tanpa melalui agensi pelancongan!
Jika anda bermusafir ke luar negara umpama Bandung ini...jgn lupa!


1-Ada airport tax seorang rm35 ringgit jika dibayar dengan duit Malaysia atau R75000 perlu dibayar ketika ingin pulang ke Malaysia..jangan terkejut!


2-Pastikan pasport kalian sah selama minima 6bulan....aku dh terkena! Hahahaha...biasanya bermusafir semuanya diurus oleh pihak agensi pelancongan, kali ini urus sendiri, lebih jimat dan lebih untung, lebih 'thrill' serta boleh mengawal bajet!


3-Jika ke Bandung, senaraikan apa yang hendak dibeli dan pastikan dimana lokasinya...alamat penuh! Ia memudahkan dan senang mengatur perjalanan serta membuat tempahan kereta sewa!


4-Jika mengguna kereta sewa, kendalian Bluebird-ia mengguna meter, berpatutan harganya...dari satu tempat ke satu tempat sekitar R50ribu...jika guna Angkutan Kota, lagi menjimatkan sekitar R2ribu ke R5ribu antara satu tempat ke tempat lain...jika mahu yang selesa tempah sahaja minivan selama sehari dalam sekitar R400 ribu-R800ribu sehari-ia berhawa dingin dan selesa tapi kalian akan kehilangan nikmat menjalani kehidupan biasa orang Indonesia! Duit parking dan duit minyak perlu dibayar sendiri, apapun ia berbeza dengan di Malaysia....pakej yang ada adalah untuk sewaan kenderaan semata mata! Tidak termasuk kos minyak, kos tol dan kos parking, jadi apabila berurusan hendaklah kalian memastikan semua faktor ini!


5-Cuba singgah di Museum Geologi...banyak maklumat geografi di sana serta tempat untuk bergambar dengan latar menarik!


6-Jika kalian ke Tangkuban Perahu...ada bayaran tiket masuk R50ribu seorang! Begitu juga untuk masuk ke kawasan kolam air panas! Jika mengguna khidmat agensi pelancongan...anda tidak risau tentang ini kerana semuanya sudah dimasukkan kedalam kos pakej!


7-Pastikan berat bagasi kalian tidak melebihi berat yg dibenarkan oleh sykt penerbangan!
Bandung......


8-Jika punya waktu, jangan lepaskan peluang untuk ke Mini Jakarta.......perjalanan ke Jakarta hanya sekitar 3jam!

Ceritaku di Bandung...!

Salam ukhuwwah!


Suatu perjalanan atau musafir adalah tingkatan tingkatan proses hijrah diri bagi sesiapa yang niatnya sedemikian atau mahukan yg sebegitu.....jika tidak ia hanya himpunan himpunan cerita gembira@seronok atau sekadar peristiwa pahit! ......dalam proses ini kita hanya perlu membuat pilihan pilihan tertentu agar apa yg dialami itu memberi kesan besar kepada diri sebagai suatu pengalaman fizikal dan spiritual yang membina atau membiarkan ia sekadar di angin lalu!...pilihan pilihan yang membuatkan kita menjadi semakin tawadhuk atau tidak....pilihan yang menjadikan kita semakin insan dari yang sebelumnya...pilihan yang melahirkan 'RASA' dalam jiwa, yang membangkitkan appresiasi terhadap segala nikmat yang dianugerahkan olehNya, yg sedia ada mahupun yang telah berlalu...
pilihan yang mengubah persepsi kemanusiaan, mengubah nilai kehidupan, mahupun menambah nilai sedia ada...dan yang paling utama ialah pilihan yang menjadikan kita semakin bertambah sifat 'keHAMBAAN' kepadaNya!....jika sebahagian itu mahupun yang utama itu tidak diraih....maka musafir yang dilakukan itu hanya merupakan perjalanan duniawi tanpa faedah ukhrawi....perjalanan itu sekadar nikmat keseronokan dunia yang sia sia tanpa ada faedah jangka panjang!


Hari ketiga di Bandung, aku dan isteri di UPI, manakala anak anak dan ahli keluarga yang alin di Cukang Kawung....sesi pembentangan isteriku ialah tengahari ini...sementara isteriku menghadiri sesi bengkel yang diadakan, aku merayau lagi disekitar UPI ini....sibuk universiti ini seperti mana universiti yang lain....ia universiti pendidikan, maka ia punya program pendidikan kepada pelajar dipelbagai peringkat! Dalam proses itu, ia mengetengahkan konsep 'makmal' @ praktikal! Di UPI ini ada taska dan tadika, ada sekolah dasar, ada sekolah peringkat menengah, kolej dan universiti, pelajar pelajar yang menghadiri sekolah ini juga ramai, maka para siswazah mahupun lepasan@guru guru yang mengambil program profesional perguruan diberikan ruang dan peluang melaksanakan kemahiran dan skil yang dipelajari di dalam kelas di sekolah sekolah ini! Maka kelihatan anak anak kecil, pelajar pelajar sekolah pelbagai peringkat di UPI ini keluar masuk! Suatu konsep yang tiada di Malaysia!


Malam tadi aku menimba pengalaman baru menghadiri aturcara Makan Malam yang diatur oleh pihak penganjur...penuh dengan muzik gamelan mengiringi majlis makan malam dengan aturcara ucapan alu aluan yang ringkas! Setelah itu kami menjamah BAKSO.... sedapp dan sangat menyelerakan! Hanya di sini aku berani menjamah Bakso tetapi tidak sama sekali di jalanan...aku bimbang perutku tidak selesa jika sebarangan makan! Aku selalu berhati hati apabila musafir dalam hal dan bab kebersihan makanan serta status halalnya!
Saat pembentangan tiba, aku berjalan kaki dari Isola Resort(tempat penginapan) ke University Center (UPI) di lantai 6....untuk memberi sokongan kepada isteriku!


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar! Selesai disitu...aku terus pulang ke bilik hotel. Tidak lama kemudian isteriku pulang juga, kami check out awal dan terus menuju ke Pasar Baru....hahahaha...abang dan kakak iparku yg lain sudah berkali kali mengkhatami Pasar Baru dan tempat sekitarnya! Aku dan isteri hanya sempat menjenguk sebentar di sini...ada 7 tingkat semuanya di Pasar Baru ini...sesak dan sibuk! Apa yang kalian mahu hampir semuanya ada di sini! Dari telekung dan pakaian batik yang murah murah! Tersangat murahnya....kepada peminat barangan kulit ASPAL (asli tapi palsu) juga didapati di sini!


Tapi berminat kepada jeans jenama Levi's...jangan lupa ke Toko Tiga tidak jauh dari Pasar Baru...kalian pasti terkesima dengan pilihan dan variasi design serta harga pakaian jeans Levi's dan beberapa jenis jenama utama yang lain seperti Lois dll...tshirt dan kemeja T juga didapati dengan potongan 10%....jika dibanding harganya...ia separuh atau 30% peratus lebih murah dari Levi's di Malaysia! Berbaloi! Pasti berbaloi! Kualiti pakaian Levi's di sini setanding dengan yang ada di Malaysia...kalian juga boleh membeli pakaian sebegini di Dago atau di Jalan Afrika-Asia atau di kedai kedai sekitar Cihampelas....


Bagi yang suka barangan berkualiti dari segi materialnya dengan harga berpatutan....jangan lupa singgah di Rumah Mode, atau pergi ke kawasan Dago yang punya banyak kedai kedai berkonsep Factory Outlet Sale....kualiti pakaian yg tinggi, jika kalian biasa membeli di FOS Malaysia, begitulah kualiti pakaian yang dijual...cumanya ia jauh lebih murah!!!


Jika mahu souvenir untuk dibawa pulang, cukup sekadar membeli di Pasar Baru.....ada tshirt, ada keychain, baju batik untuk ole ole! Semuanya murah jika kalian pandai tawar menawar! Harus diingat, perlu tawar sehingga 50% dari harga yang ditawar...itu sekurang kurangnya! Jika bernasib baik, anda boleh menawar sehingga 70% dari harga asal! Jika mahukan barangan kulit asli Indonesia...pergi sahaja ke kawasan Cibaduyut! Berbagai barangan kulit handmade, custom made, factory made boleh didapati di situ!


Jika sukakan pemandangan indah Tangkuban Perahu...sewa Angkutan Kota sekitar R200 ribu sehari, jika mahu lebih selesa, sewa teksi Bluebird-ia agak mahal sedikit, atau Minibus dalam sekitar R800ribu-R1juta sehari! Di sana ada pemandangan cantik kawah gunung berapi, kolam air panas malah kalian boleh singgah di kebun strawberry! Jika bernasib baik ada jeruk strawberry yang enak atau strawberry segar yang dijual 1kotak kecil R7-R10ribu rupiah! Jika kalian membeli lebih dari R10ribu sekotak, ia sudah masuk kategori mahal! Harus pergi ke Tangkuban Perahu dalam sekitar waktu pagi (jam9 keatas-ke tengahari, kerana kabus tidak tebal dan pemandangan cantik di sana)...
Jika mahu merasa makanan enak diwaktu tengahari, jangan lupa singgah selepas melewati kebun strawberri, ke Punclut....di lereng gunung itu ada restoran berupa pondok pondok yang menyajikan masakan Padang yang sangat enak berbanding di tempat lain! Murah dan enak sekali!