Thursday, October 6, 2011

Menjenguk sebentar...RETROSPEK diri 2!!

Assalam semua!!


Bersambung....


Senario 3:

  • aku ingin memastikan bahawa suatu saat nanti, Allah akan membuka hati mereka semua, insan yang perihatin untuk membantu dalam segala hal yang diperlukan dan boleh, justeru saat ini, dengan mengetahui bahawa 'what you sow, you will reap'....'what goes around, comes around'....'sejarah pasti berulang', aku cuba dengan sedaya upaya untuk membantu anak bangsa dengan apa jua cara yang boleh, dengan harapan bahawa akan sampai saatnya dimana suatu hari nanti, Allah bukakan jalan untuk 'mereka?'-aku tak tahu siapa mereka, akan membantu anak anak ku nanti sebagaimana yang telah ku lakukan selama ini, walau bagaimanapun, tidaklah ku lakukan apa yang ku lakukan hari ini niatnya kerana itu, kerana ku serahkan segalanya kepada Allah, ia sekadar harapan yang positif, insyaallah.
Senario 4:

  • aku tidak mahu anak anak ku terjebak dalam perkara yang tidak senonoh, dan menyedari hakikat itu, aku perlu memastikan aku sendiri tidak terjebak dalam perkara yang tidak senonoh, nau'uzubillahi min dzaalik.
Senario 5:

  • apa yang dimakan adalah bersumberkan yang halal, kerana prinsipnya ialah, jika makanan itu haram, ia mengotorkan hati dan jiwa, lalu hati dan jiwa yang kotor itu menatijahkan sikap, perangai yang buruk pada tingkahlaku manusia....lalu aku insaf untuk memastikan apa yang disuap kedalam mulut anak anakku ialah dari sumber yang halal, malah makanan itu adalah makanan yang baik untuk kesihatan, makanan yang sunnah, jenis jenis makanan yang masuk ke mulut manusia yang paling mulia, iaitu Rasulullah saw. 'Junk food' dan makanan picisan itu hanya merosakkan kesihatan, bukanlah aku jenis yang memujuk hati anak anak yang meragam dengan 'gula gula' 'cokelat' yang akhirnya anak anak menjadi seolah olah ketagih atau terbiasa dengannya. Ini sesuatu yang aku fikirkan tidak sihat untuk diri dan kesihatan, malah memburukkan pembinaan sahsiah kerana kaedah meujuk yang sebegitu hanya akan terbawa bawa hingga ke dewasa nanti.

 Senario 6:

  • Kita adalah apa yang kita fikirkan, minda beroperasi dengan cara pemprosesan maklumat melalui input input yang dimasukkan secara pengalaman yang dilalui, bahan bacaan dan maklumat yang didapati. Aku sedar dan waras tentang ini, untuk diriku dan keluargaku terutamanya anak anakku, tidaklah rancangan seumpama 'hedonisme' dan hiburan menjadi santapan minda buat anak anakku. Tiada ruang sama sekali untuk program seumpama Akademi Fantasi, mahupun Mentor menjadi hidangan buat anak anakku.....malah rancangan yang memberi input kesedaran dan tentang alam seperti yang ada di Discovery Channel atau TV alHijrah menjadi rutin bentuk 'hiburan' yang ku wariskan buat mereka....kerana aku sentiasa percaya bahawa televisyen boleh menjadi 'Setan yang paling besar' yang boleh merosakkan minda dan cara berfikir, jika kita membenarkan input picisan menjadi santapan minda...ya benar, aku kelihatan begitu 'rigid' dalam hal ini, namun, aku tidak fikir anak anak perlu didedahkan dengan hiburan, nyanyian, cerita berunsur lucah dan seks, cerita hantu yang tidak membangkitkan ketajaman minda dan sebagainya....sedangkan mereka masih diperingkat umur yang muda dan kebimbangan ku yang paling besar ialah pemikiran mereka 'terjajah' dengan budaya riang ria, suka suka, budaya parti. Walhal, matlamat kehidupan manusia bukanlah sedemikian sebenarnya.
Senario 7:

  • Aku cukup tidak setuju untuk ibubapa menjadi contoh kepada sesuatu sikap yang buruk tanpa sedar, dek kerana kita tidak cukup berhati hati atau ambil peduli ataupun ia sebenarnya sudah menjadi suatu budaya dalam keluarga. Apakah ia? iaitu berkata buruk, mengata dan mengumpat tentang orang lain....dan segalanya ini kita lakukan dihadapan anak anak. Aduh! Aku sering mengambil sikap berhati hati kerana aku tidak suka mengatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain kerana aku sedar aku bukanlah orang yang sempurna. Aku tidak mahu mengungkap bahasa yang kasar dan lucah kerana aku malu jika anak anakku mengungkap sedemikian dihadapan orang lain, malah sebenarnya jika terbiasa sedemikian ia menunjukkan bahawa minda bertindak dalam cara yang sangat tidak positif. Tambahan pula kita sangat disaran untuk mengungkap 'kalimatut toyyibah' iaitu kata kata yang baik ataupun 'au liyasmut' diam sahaja lebih baik dari berbicara yang bukan bukan.

No comments: