Assalam semua....
Kita mengguna lawan tetap lawan seolah olah bahawa kebenaran itu mutlak hak manusia! Kebenaran itu mutlak hak sesuatu golongan! Ia bukan hak sesiapa. Paksi kebenaran ialah Allah...maka rujuklah alQuran dan Sunnah Rasulnya kerana Nabi saw...ialah pembawa kebenaran. Jika kebenaran bukan milik mutlakmanusia atau mana mana golongan sekalipun, maka 'tagline' lawan tetap lawan untuk menunjukkan bahawa satu pihak perlu ditentang (jika ia tidak benar, jika ia salah, bukanlah kita semestinya melawan akan tetapi membetulkan ia dengan hikmah, menegur dan berusaha untuk membawa sifulan itu kembali kepada jalan yang benar)...akan tetapi jika 'tagline' itu diguna untuk melawan kekufuran, kebejatan sosial...maka saya sangat setuju! Jika ia diguna hanya kerana perbezaan pendapat dan politik, saya sangat kecewa atas silap faham ini.....hilang lah adab dan akhlak sesama seagama hanya kerana membenarkan lawan tetap lawan.....
No comments:
Post a Comment