Assalam semua...
Renungan 1:
"Jika tidak mahu beramal dan melakukan kebajikan sekalipun, janganlah pula berbuat dosa" oleh Abu Anas Madani.....Dr Abd Basit Abd Rahman...teman baikku mengingatkan diriku......keterbukaan sikap dan pandangannya amat aku hargai. Mula mengenali beliau ketika berkunjung ke Madinah al Munawwarah suatu ketika dahulu. Saat itu beliau sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.
Renungan 2:
"Jika mahu senang, perlu sanggup bersusah payah.....jika tidak mahu bersusah payah, kesenangan tidak akan mendatangi......jika seseorang didapati senang tanpa susah payah, itu jarang berlaku, dan jika ia berlaku sekalipun, ia selalunya hasilan dari jalan yg salah" Ungkapan ku kepada anak anak buah ku suatu ketika dahulu. Rujuk surah Al-Insyirah...."sesungguhnya bersama kesusahan itu akan ada kesenangan" dan kenyataan ini diulangi Allah swt 2 kali. Fikirkan mengapa ia diungkap sebanyak 2 kali dan mengapa perlu sedemikian. Itulah 'universal law' tentang kehidupan dan kesenangan.
Renungan 3:
"Jika kita tidak mahu sesuatu yg buruk/negatif berlaku kepada anak kita, jangan berbuat perkara yg buruk/negatif tehadap org lain mahupun anak orang lain, jika mahu anak kita selamat, maka selamatkan anak orang lain".....itu ungkapan Ustaz ku suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, jika tidak mahu anak dara kita (jika berkahwin dan mempunyai anak perempuan) digendong dan dibawa ke hulu hilir oleh orang lain, dikepit dan dibawa naik motor oleh sesiapa lalu terlihat aksi aksi di atas motor (sepertimana yg biasa kita lihat dijalanan sekarang ini), maka janganlah kita semasa muda (semasa belum kahwin) berbuat sedemikian kepada anak dara orang lain (Nauzubillah-dan jika berlaku sedemikian maka hendaklah bertaubat dengan bersungguh sungguh).....what goes around comes around! We get what we give! What we sow we will reap!
No comments:
Post a Comment