Sunday, October 16, 2011

Kritik orang lain pun dilarang oleh Nabi??? Fikirkan!

Assalam semua....


Aku bagaimana??......rasanya dah berbakul bakul, berguni guni dan bertan tan lori kalau dikira dari segi metrik keberatan atau nilai banyaknya aku melakukan kesilapan ini.....masyaallah???................ANDA dan Kita bagaimana????


Bukti Nabi Muhammad Memarahi Orang yang Mengkritik Orang Lain Meskipun Dia Pelaku Dosa Besar


Nabi Muhammad tidak menggunakan kritikan bagi mendorong mereka yang bersalah supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Prinsip tidak menggunakan kritikan itu bukan hanya beliau jadikan pegangan peribadi, malah prinsip itu juga beliau kenakan ke atas orang lain. Maksudnya, Nabi Muhammad bukan hanya tidak mengkritik orang, malah beliau tidak benarkan orang lain mengkritik orang lain.

Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'Himar' (keldai), seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun merotan dia lagi. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” -- Hadith No. 2161dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Dalam hadith di atas, alasan yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi memarahi pengkritik itu adalah sesuatu yang mata manusia tidak dapat melihatnya, yakni urusan hati manusia iaitu "....kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya."

Apa yang Nabi Muhammad lakukan itu adalah memberi suaka sosial kepada penagih arak itu, yakni perlindungan daripada dikritik oleh sesiapa sahaja.

Salah satu amalan lazim yang sangat popular adalah perbuatan mengkritik orang yang melakukan kesalahan. Termasuk dalam perbuatan mengkritik adalah:

a. Memberi teguran dengan niat baik.

Contoh: "Awak tidak boleh terus macam sekarang. Awak perlu betulkan sikap awak, kalau tidak awak akan sentiasa mengalami masalah yang sama...."

b. Menunjukkan di mana kesalahan orang itu.

Contoh: "Awak silap. Agama bukan yang macam awak sangka. Awak perlu betulkan kefahaman awak yang salah tentang akidah Islam."

c. Memarahi orang itu dengan niat mahu mendorong supaya berhenti melakukan kesalahan itu.

Contoh: "Kenapalah awak ini ego sangat? Sekolah tinggi-tinggi, perkara asas tentang syariah pun awak tidak faham. Bila diberitahu, awak tidak mahu dengar!"

d. Menasihati

Contoh: "Insaflah sebelum terlambat. Awak masih muda, jangan sia-siakan hidup awak."

e. Meleteri

Contoh: "Andai, awak diberi sehari lagi hari ini, adakah awak mampu siapkan tugasan semalam, kelmarin dan dulu-dulu, atau bertangguh lagi? Andai, ini adalah hari terakhir awak, adakah semua yang awak sibuk lakukan selama ini, akan awak teruskan juga? Adakah ia memberi bantuan untuk awak jadi bekalan di hari kemudian? Atau tinggal untuk jadi rebutan dan awak sendiri dilupakan? MASA KITA, UNTUK APA SEBENARNYA?"

No comments: