Assalam semua....
Kepala berdenyut denyut....hingus meleleh keluar tak berhenti henti....tekak pulak perit dek tekanan dari tonsil yang membengkak...itulah anugerah kesakitan. Lalu hati mula tidak keruan, baring tak kena, duduk pun tak kena, makan tak kena, minum pun tak kena...semua serba tak selesa. Semua perit. Segalanya menjadi tertangguh. Semua kerja tertangguh. Malah mengerjakan solat pun sudah suatu perkara yang menjerihkan! Saat rukuk mahupun sujud, hingus meleleh keluar. Saat malam tidur, hingus dan kahak yang banyak menjadi suatu gangguan tidur. Tidur menjadi tidak lena.....itulah hakikat kesakitan dek demam selesema ini.....itulah keadaannya dan situasinya. Fikiran menjadi tertekan, mood hilang.
Apapun, begitu mudah Allah mencabut kesenangan kehulu dan kehilir, mudahnya Allah menutup pintu ketawa keriangan, mudahnya Allah menutup segalanya kerana kekangan demam selesema tadi.....syukurlah. Jik ada rancangan yang diatur, jika ada janji temu yang dibuat, jika ada janji yang perlu ditunaikan, segalanya umpama terhenti saat demam atau kesakitan datang.
Saat itu, istirahat merupakan jawapan yang terbaik walaupun bukan itu yang paling enak didengar kerana tugasan yang masih banyak bertimbun. Aku syukur kerana saat sakit melanda, mungkin Allah ingin melindungi ku dari kesana kemari lantas mengelakkan aku dari kemalangan mahupun musibah yang lebih besar. Mungkin juga, Allah mahu membatasi langkahku agar aku tidak terus terusan berbuat dosa dan kemaksiatan. Mungkin juga Allah mahu mengajarku untuk retrospek diri, menyampaikan mesejnya yang tersendiri "Wahai diri yang bernama siFulan bin siFulan.....ingatilah aku saat ini, ku anugerahkan kesakitan ini agar engkau kembali kepadaku...ingati aku dengan zikrullah"...iya...mungkin itu pelajaran dan hikmah yang mahu DIA berikan kepadaku....mungkin juga ada amalan amalan yang biasa kulakukan dahulu....kini sudah kulupakan dan tinggalkan, kerana alpa dek kesibukan dunia dan isinya....nauuzubillah!!!.....
Mungkin juga kesakitan ini merupakan kaffarah atas dosa yang ku lakukan sepanjang kehidupan ini....jika sedemikian, aku insaf ya Rabb! Aku pasrah dan redha atas ketentuanMU ya Rabb!....ampuni aku dan redhai aku ya Rabb!....aku hambamu yang lemah dan tidak terlepas dari dosa atas kelemahan itu....syukran ya Rabb kerana masih menyayangiku dengan membuatku sakit agar aku ingatiMU kembali!........
No comments:
Post a Comment