Tuesday, October 11, 2011

Benih perasangka!

Assalam semua!


Kita dilarang oleh insan yg mulia yg paling kita kasihi utk 'berperasangka buruk'. Tiada boleh berperasangka buruk kpd sesiapapun hatta kepada suami@isteri sendiri, apatah lagi adik beradik, ibubapa atau sesiapapun. Akan tetapi kita digalakkan berperasangka baik...Itulah sunnah yang diajar oleh Nabi saw kesayangan kita!


Berperasangka buruk membawa@terarah kepada bisikan bisikan syaitan. Jika hati mudah berperasangka buruk, itu tandanya kita membuka pintu kepada bisikan syaitan. Malah, berperasangka buruk itu sendiri sudah dianggap sebagai kesan dari bisikan syaitan. Sebaliknya kita digalakkan utk berperangka yang baik, bukan bersangka buruk.
Sentiasa bersangka baik kepada semua yang dinamakan manusia@insan itu. Terhadap teman2, sahabat2 malah musuh2, atau pembenci Islam itu, kita disaran berperasangka baik...suatu peristiwa apabila Nabi saw dibaling batu, disumpah seranah oleh penduduk Taif, lalu Jibril mendatangi Nabi saw, dan menawarkan utk menterbalikkan dua bukit dan dihempap keatas penduduk Taif. Lalu apa kata insan mulia akhlaknya ini "biarkanlah wahai Jibril, kerana kaumku ini tidak mengerti", malah Nabi saw mendoakan kesejahteraan agar mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lihatlah, bagaimana sangka baik Nabi saw, walau diperlakukan sedemekian hina oleh kaumnya. Namun Nabi saw tetap sabar dan mendokan kaumnya.


Persoalannya, bagaimana kita? Kepada saudara seagama sendiri kita berperasangka buruk, atas dasar apa sekalipun, kejian, kata kata sinis dan sindiran, apatah lagi ungkapan nista...itulah imbuhan sesama kita dalam perhubungan. Kita kata kita adalah umatnya, sayangkan dia (Nabi saw) namun, adakah kita mengikuti perkara perkara asas dalam hal perhubungan dan akhlak perhubungan yang baik dan mulia?


Jawapannya...."cakap pandai buat tidak sama sekali!" Itulah kesimpulan saya. Kita hipokrit. Berpura pura sentiasa. Bersikap bermuka muka. Itulah kita. Nauuzubillah! Aku mengingatkan diri dan teman2 lain.


Contoh perlakuan berperasangka buruk atau negatif ini ada dimana mana. Malah dalam hal berpersatuan, perkara dimana umat Islam sepatutnya mendepani, kesatuan umat mengatasi segalanya, kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan peribadi...dalam hal sedemikian pun kita masih longgar, masih bercakar cakaran, semua org cerdik pandai, semua mahu menonjolkan diri. Secara sedar atau tidak itulah yg berlaku. Itu belum lagi bicara soal duit.
Apabila diminta menyumbang wang ringgit sebagai sedekah amal jariah, tidak habis habis mempersoal setiap sen duit yg diberi utk tujuan apa dan kemana perginya duit tersebut, walhal AJK itu bertungkus lumus mengurus, mengatur dan menjalankan inisiatif....kalau tidak mahu menyumbang jangan banyak omelan...kalau sudah menyumbang, serahkan sahaja amanah itu kepada pemegang amanah, nanti bila saatnya tiba ketika mesyuarat agung, hadir diri kerana disitulah ketikanya segala aktiviti yang dilakukan, laporan kewangan akan dibentang...jangan pula hadir dengan niat ingin menghentam, berperasangka baiklah kita sesama.


Konsepnya mudah, jika kita menyumbang tenaga dan berkomitmen tidak mengapa, tapi jika kita tak berbuat apa apa tapi cukup prihatin dan bijak mencari yang salah@yang tidak kena, selalunya mudah nampak yg tidak kena berbanding dengan yang kena, itu tandanya kita buruk sangka. Sepatutnya kita perlu lebih konstruktif dalam menyumbang idea dan mencadangkan solusi atas kelemahan yg berlaku berbanding mengutarakan kesilapan dan kesalahan sana sini...tidakkah komen dan kritikan yg berbaur sinis dan sindiran itu hanya akan melemahkan motivasi...umpama konsep 'energy sucker rather than energy giver'...maka jadilah kita orang yang membantu memotivasikan para AJK berbanding mengecamnya...jika tidak mampu berkomitmen, biarkan mereka, sokonglah para AJK....jika ingin berbicara lebih, lebih baik kita sendiri menawarkan diri menjadi AJK. Itu lebih baik...melakukan dan memikul tanggungjawab lebih sukar berbanding melihat dari luar dan mengomel itu ini tidak kena.
Akan tetapi, biasanya begitulah kita! Sudah lah sumbangan tidak seberapa, 'lembu punya susu sapi dapat nama'...saya berpendirian bahawa kerja kerja amal dan berpersatuan ini memerlukan pengorbanan dan komitmen tinggi...ia bukan mudah. Sokonglah secara moral jika kita tidak mampu menyokong secara material. Jangan dipersoalkan keikhlasan dan berperasangka, kerana ia benih2 hasutan syaitan dan perosak hubungan serta perpaduan dan kesatuan ummah. Sebenarnya, oleh sebab ikhlas itu tidak nampak dan hanya Allah sahaja yang tahu...apakah hak kita untuk mempersoal keikhlasan orang lain? Biarkanlah ia...orang yang ikhlas akan melakukan tanpa 'bising' kata2...sumbangannya tidak nampak akan tetapi 'kerja siap' berbanding orang yang banyak mulut...itu dan ini. Benar! Ada juga yang banyak mulut dan kerja siap. Apapun, jagalah akhlak kita dalam perhubungan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: