Wednesday, October 19, 2011

ambil sebahagian...tinggal sebahagian yg lain...

Assalam semua....


Kita org Melayu! Kita org Islam! Itulah hakikatnya.....menjadi Islam itu hendaklah keseluruhannya, bukan tinggalkan yg tak nak dibuat dan ikut yg sesuai dengan diri dan jiwa....itu bukanlah prinsip kepatuhan kpd Allah dan Rasulnya...itu juga bukan prinsip Islam...itu ikut perangai Yahudi yg diketahui dalam sejarah sebagai pembunuh para Nabi mereka dari kalangan bangsa mereka sendiri!


Kita suka mengambil ajaran atau apa sahaja yg 'kononnya' sesuai dengan diri, boleh dibuat manakala meninggalkan yg tidak mahu dilakukan...buruk kelaku kita ni...nauuzubillah!


Sudahlah demikian....kita pula suka bertentang pendapat hingga menimbulkan perpecahan sesama! Saling menuding jari antara satu sama lain, mengata antara satu sama lain...mengutuk antara satu sama lain....Melayu sesama Melayu suka bergaduh!


Jika tidak bergaduh pula....kita berpeleseran..suak buang masa! Penyakit lain pulak datang!! Aduhai!!! Orang lain bergaduh sesama mereka, tapi bab bab 'survival' bangsa mereka sendiri.....mereka akan bersatu teguh bercerai roboh! Kepentingan dan 'survival' bangsa mereka sentiasa menjadi keutamaan.....tak perlu pergi jauh  jauh...kita sesama Melayu nak berpakat sokong usahawan Melayu, sokong peniaga Melayu pun tak leh nak buat! Tapi bab bab menjadi pelanggan setia kepada bangsa lain, itulah perangai nombor WAHID iaitu nombor satu!.....lihatlah lah siapa yg menyubur kopitiam...siapa yg menyubur kedai mamak....siapa yg menyubur perniagaan bangsa lain...org kita yang HEBAT tu...kita juga hebat bertekak pasal politik! Segala macam hujjah dan teori di atas mukabumi ni kita guna...pintas berbahas....tapi akhirnya 'orang lain' juga yg mengaut untung.....bila diajukan persoalan sebegini, isu kenapa payah sangat nak berpakat....samada kita tak mahu bincang, kita buat tidak tahu...atau segala macam alasan diberikan...itulah orang kita....


Memang benar, nukilan saya ini berupa leteran dan keluhan.....tetapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang sukakan leteran....justeru...marilah kita sama sama bertindak. Mulakan dengan diri sendiri dan keluarga! Sentiasa ingat untuk utamakan orang kita! Jadikan prinsip mengutamakan orang kita ini sebagai 'bahasa kehidupan'....faham faham sendiri! Walaupun kenyataan ini dianggap sebagai terlalu nasionalis atau jumud...namun, untuk tidak bertindak langsung atau membiarkan sahaja keadaan sedemikian rupa adalah lebih jumud berbanding kenyataan ini.....

No comments: