Monday, October 31, 2011

Agaknya...bagus kot mencarut! Berbahasa kesat!

Assalam semua....

Saya fikir kalian semua akan setuju bahawa, jika kita makan makanan yg tidak sihat, maka kita akan sakit! Makanan yang berkhasiat akan menyihatkan badan! Tentunya! Qias yang seupa juga utk akhlak....jika didikan kita betul dan sempurna (diakui bahawa tiada siapa yang sempurna!! Hanya Allah yang sempurna, kita hanya sebaik baik kejadian), pengukuhan IMAN menjadi tunjang kpd segala usaha pendidikan diri, maka natijahnya atau hasilannya ialah akhlak yang sempurna....

Di FB atau laman sosial yang lain...cuba perhatikan dan bilang! Berapa banyak kata kata makian, ungkapan ungkapan lucah dan kotor, bahasa bahasa kesat yang kita temui....inilah masalahnya!Kita sewenang wenangnya berbahasa kesat dan lucah...perkataan bodoh, mampus, dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan, malah menjadi sesuatu yang rasmi pula dalam konteks perhubungan sesama manusia...aduh! Tidakkah Nabi saw itu adalah Nabi kita, tidakkah kita ni umat dia, kita ngaku kita umat kpd Nabi saw, tapi perkara kecil dan ringkas pun tidak mahu mengikuti....bagaimana kita ini???

Bagus ke berbahasa lucah dan kesat? Bagus ke memaki sana sini? Betapa marah sekalipun kita, adakah dengan berbahasa kesat dan lucah akan dapat mengubah semua yang berlaku....adakah hanya ingin memenuhi rasa puas hati dan menghambur kata sedemikian matlamat utama kita??? Ruginya manusia! Tidakkah manusia itu selalu dalam kerugian?

Rasulullah itu sebagai insan kamil yang menjadi lambang segala kebaikan. Nabi saw manusia yang paling sempurna. Seluruh himpunan sifat baik telah dipakaikan oleh Allah pada diri Rasulullah . Itulah gambaran betapa kasih dan sayangnya Rasulullah kepada seluruh makhluk.Bukan sahaja kepada manusia bahkan juga kepada binatang. Bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. Maka atas dasar itulah Allah telah menegaskan dalam Al Quran bahawa kedatangan Rasulullah itu adalah sebagai pembawa rahmat.

Firman Allah: “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107).

Rasulullah juga pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik).

Di sini saya hanya ingin menggambarkan tentang kasih sayang, iaitu satu aspek daripada akhlak Rasulullah yang sangat perlu untuk manusia. Setidak-tidaknya untuk keselamatan mereka di dunia walaupun tidak di Akhirat. Kasih sayang Rasulullah terhadap manusia tidak ada tandingannya. Mari kita lihat bukti bagaimana dan betapa kasih sayang Rasulullah melalui dua sudut.

Jika kita membaca Al Quran dan meneliti Hadis Rasulullah , maka kita akan dapati betapa Rasulullah itu sangat pengasih sekalipun kepada anak kecil ataupun binatang. Di antara ayat Quran yang menunjukkan betapa tingginya rasa kasih Rasulullah itu ialah sewaktu Allah berfirman: “Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (At Taubah: 128).

Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman: “Maka dengan rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan kasih sayang pada mereka. “(Ali Imran: 159 ).

Allah berfirman lagi: “Dan jikalau kamu berkasar dan berkeras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri darimu. “(Ali Imran: 159).

BALASLAH KEBAIKAN DENGAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN....DAN BALASLAH KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN! Inilah kemuliaan akhlak!

Jika orang berlaku kurang ajar kpd diri, berazamlah untuk tenang dan sabar dan membalas sikap itu dengan senyuman dan balasan kebaikan....itulah manusia beriman! Itulah akhlak mulia!

Sebenarnya, tiada asas langsung utk kita berbahasa kesat dan kasar! Ia hanya mengundang dosa! Jika tidak takut kepada balasan...nah! dipersilakan! Teruskan berbahasa kasar, kesat dan lucah!.....mungkin kita cukup kuat dan hebat untuk menahan balasan dan hukuman mahupun azab Allah swt! Nauuzubillah! Jangan lupa, jika kita berbuat dosa, tempias dosa itu akan juga terpalit kepada ibubapa kita, samada mereka masih hidup atau sudah mati.....kita kata kita kasih dan sayangkan ibubapa kita! Maka mengapa harus dan masih bersikap sedemikian!!! Jika langsung kita masih berbuat sedemikian...jangan juga lupa bahawa sikap kita akan dituruti oleh anak anak kita, pewaris kita, maka jika mereka juga berbahasa kesat, kotor, kasar dan lucah..maka terus terus dosa itu juga akan terpalit kepada kita! Adakah saham itu yang kita mahukan dan kita bawa ke alam barzakh nanti!!! FIKIRKAN!

2 comments:

Little Girl said...

mohon share linknya di blog saya :)

Alwi Mohd Yunus said...

Little Girl....

No problem..Your are welcome!!