Monday, September 30, 2013

18 tahun yang berlalu....

Assalamualaikum wrt wbt.

.......18 tahun yg indah dan penuh warna. sering aku terlupa yg perit dan pahit kerana warna warni indah itu sentiasa menyelubungi. mardhaana ya rabb! alhamdulillah....hari ini yg dahulu, ku masih terkenang dan sentiasa mengenang.....

Pada umur manusia, ia musafir yang panjang. Pada masa Illahi, ia seketika cuma. Namun, hakikatnya aku bersyukur kerana ruang dan peluang yang asalnya aku tidak tahu akan sampai ke hari ini.......ia sekitar 6570 hari yang berlalu......ku hargai setiap saat yang berlalu, kukenang kisah gembira dan bahagia, ku lupakan saat derita lalu kujadikan ia sempadan sejarah agar ia tidak berulang kembali.......

Yang pahit itu datang dahulu, barulah yang manis kan benar benar terasa manisnya. Jika manis mendahului lalu datang pahit, sebenarnya ia sesuatu yang membelakangi fitrah kerana kelak apresiasi manis kan hilang lalui pahit menghurung kehidupan untuk beberapa ketika....yang fitrah itu ialah berupa prinsip dalam Surah al Insyiraah: ayat 5-6 yang telah DIA wahyukan buat insan teragung Muhammad saw sekityar 1434H yang lalu 

".....bersama kesusahan@keperitan@kepayahan itu ialah kesenangan, dan sesungguhnya bersama keperitan@kesusahan@kepayahan itu ialah kesenangan"

Aku berpegang dengan prinsip ini dalam kehidupan ku...begitu juga dengan pasanganku yang ku kasihi-Sakinah Salleh, lalu ku bahagia mengharungi kesusahan kerana ku tahu ia sentiasa bertemankan bahagia@kesenangan seperti mana yang dijanjikan olehNYA. Mana mungkin DIA memungkiri janjinya......kita insan sudah tentu sentiasa memungkiri janji, akan tetapi DIA tidak sama sekali. Justeru, kuingati yang penuh warna warni, ku ingati yang bahagia yang silih berganti lalu ku lupakan kepahitan agar aku terus mampu maju dan melangkah kehadapan......hanya sanya aku mengharap masa, ruang dan peluang terus diberikan buatku olehNYA....jika tanpa masa, ruang dan peluang yang sememangnya milikNYA, siapalah aku untuk maju terus kehadapan dalam kehidupan ini....

syukur kepadaMU Ya Rabb...kerana menghadirkan anak anak yang sangat bererti buat kami (Anis Najwa, Ain Syafia, Iman Ihsan) moga moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.....syukur ku panjatkan buatMU Ya Rabb kerana menghadirkan insan insan yang sentiasa memberi makna dalam kehidupan kami.......ayah dan ibu, ibu mertua, rakan rakan dan teman, malah mereka yang jauh mahupun dekat....moga moga Allah redha dengan kalian......terimakasih, terimakasih, terimakasih.


buat insan istimewa ini, yang jatuh dan bangun bersama ku.......aku kehabisan kalimah untuk mengungkapkan betapa aku berterimakasih kepadamu duhai isteriku.....terimakasih, terimakasih dan terimakasih....syukur Ya Rabb kerana menghadirkan dia buatku.....moga dikau redhai kami berdua......


Wednesday, September 18, 2013

Genta Rasa.........

Assalamualaikum wrt wbt....


Sekadar nukilan perkongsian

dari sayup rasa diri
bahawa Illahi mengingati
makhluk yang siang atau malam bersama rahmat yang memayungi
tanpa sedar tanpa henti
sejak dahulu lagi
tanpa dihargai
walau durhaka itu menyelubungi
dikehidupan ini.......

Terpanggil dalam suatu detik ini
hanya kerana masa berlalu dalam tidur dan mimpi
disepertiga malam terbangun seketika sesekali
ditegur dengan batuk kecil lalu diendahkan oleh diri
kemudian terbungkam kembali menyambung mimpi........
kerana insani tidak mengerti diri
bahawa DIA mahu hambanya itu menekap dahi
di hujung malam didinihari


Apa mahumu ungkapkanlah sekali

atau berkali kali
saat dahi menekap bumi
didinihari yang sunyi
AKU lebih mengerti
nasib dirimu dihujung hari

Kelak kau alpa
'wahan' yang sangat bahana
jiwa dan ruhmu kan merana
gersang kembali seluruhnya
tanpa dahi mu menekap, ruhmu meratap syukur pada pemilik dunia........


Sunday, September 8, 2013

Hari ini ditentukan oleh semalam...

Assalamualaikum wrt wbt

SEMALAM telah berlalu, semalam telah dilalui, semalam juga apa yang kita fikir dan lakukan.....jangan ingat bahawa yang berlaku itu akan sekadar berlalu, tiada kaitan dengan apa yang berlaku HARI ini...

HARI ini adalah natijah semalam, hari ini adalah harapan, adalah doa semalam......HARI ini juga ialah fikiran dan perbuatan semalam....ia terkait rapat dengan SEMALAM....


SEMALAM bukan diukur dengan masa, ia sejarah yang panjang. SEMALAM bukan 24 jam yang lalu, ia boleh jadi 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu malah 20, 30 tahun yang lalu.....atau seminggu yang lalu.....HARI ini pula bukan lah 12 jam akan datang, malah tidak semestinya esok, atau minggu hadapan, ia boleh jadi setahun dari SEMALAM, 5, 10, atau 20 tahun akan datang....

Kita selalu silap dengan menganggap bahawa SEMALAM sekadar sejarah, detik pahit dan manis kehidupan tanpa ada kaitan utuh dan rapat dengan HARI ini.....

Sebenarnya.....fikiran dan perbuatan kita SEMALAM adalah penentu nasib dan keberuntungan HARI ini.....berapa ramai yang tidak mengendahkan SEMALAM kerana menganggap bahawa HARI ini memberi harapan baru tanpa mengetahui bahawa SEMALAM lah yang menentukan HARI ini.....

Jika semalam kalian jatuh, jauh dibawah, jauh terperosok......ketahuilah bahawa ia GURU yang besar bagi sebuah pengalaman yang mahal untuk bangkit kembali.....jika terusan terperosok dan membiarkan diri sentiasa dibawah....maka itulah tandanya GURU PENGALAMAN gagal membangkitkan perubahan dalam diri, ketahuilah saat itu, kejatuhan akan terus mendatangi saat itu.....

Jika kalian bangkit, dari kejatuhan yang amat memeritkan itu, bangkit dengan fikiran dan perbuatan yang menatijahkan kejayaan, maka ketahuilah HARI ini akan cukup berbeza dan bermakna....
Kejayaan yang besar sangat berkait dengan masa yang lama, jika kejayaan itu kecil maka masa yang diambil untuk mencapainya juga singkat, jika kejayaan itu besar maka waktu yang diambil juga lama dan panjang....jadi terpulang samada kalian mahu MEMBACA, MENGETAHUI, MENDENGAR, MEMAHAMI lalu kemudian kalian PERCAYA......Tidakkah kepercayaan itu sesuatu yang amat dalam dalam hati?

KEPERCAYAAN ialah KEYAKINAN dan inilah yang sangat kurang dalam jiwa kita dan dinatijahkan dalam perbuatan......

Binalah keyakinan bahawa KITA memang boleh berjaya......dengan keyakinan! Ingatlah bahawa SEMALAM menentukan HARI ini.....atau HARI ini ditentukan oleh SEMALAM!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Saturday, September 7, 2013

Raikan akhirat dengan mahabbah....

Assalamualaikum wrt wbt

Sepanjang berada dibumi Gajah Putih ini, aku dan isteri diladeni, disambut, dirai, dipeduli malah dihormati dan dikagumi walau bukan itu yang aku tanggapi.....makan minum kami sentiasa dipasti sudah tersedia menanti, ia sesuatu yang amat aku hargai kerana dyaa usaha untuk memasti tamu merasa sangat berpuashati.....lantas sejenak aku berfikir, adakah aku mampu sedemikian juga meladeni tamu sepertinya ini.....aduh, mungkin aku akan capek akan tetapi begitulah tahap layanan di sini.....aku kagum dengan mereka. Mereka beragama Buddha akan tetapi sikap mereka lebih Islam dari orang Islam sendiri.....

Saat melewati kantor toko niaga mereka, aku singgah melihat perusahaan yang mereka jalankan, saat tiba, air buah segar menanti kami, seusai lawatan ke kilang, tempat khas solat disediakan oleh pihak mereka, khuatir kami ingin solat saat berada di situ, walhal kami telah jamakkan solat kami tadi di waktu Zuhur.....malah arah Kiblat juga telah ditetapkan, lalu kami dijemput makan sore, dengan kepastian bahawa makanan yang terhidang itu disediakan oleh chef Muslim, dan ianya halal.....sebegitu sekali mereka meladeni kami.....mereka sangat perihatin soal makan minum dan waktu solat kami hinggakan tersedia khas tempat solat di tempat kami menziarahi toko perusahaan mereka.....malah makanan yang disajikan juga sangat menyelerakan dan sedap......nasi pulutnya yang disajikan sebagai pemanis mulut membuat aku kagum, tiada kata lain, ia sangat sedap.....secara keseluruhannya.....ini sesuatu yang mengkagumkan aku.....bagiku, sikap mereka seumpama meraikan akhirat dengan mahabbah perhubungan......

Inilah yang perlu kita lakukan sesama saudara seagama Islam sendiri......bahkan mereka dalam hal ini, yang bukan saudara seagama pun mampu melakukan sedemikian, malah dalam banyak hal, aku fikir mereka telah melakukan sangat lebih bagus daripada apa yang pernah aku alami sendiri......ini watak watak yang mengkagumkan. Maka tentunya ia sangat bertepatan dengan kejayaan yang mereka raih......En Kittipun ini baru sekadar 6 tahun menjalankan usaha niaga ini, hanya dengan menjual kopi yang sangat berkualiti dan sedap rasanya, hari ini dia meraih pendapatan 2 juta Baht sebulan, dengan memiliki 6 cawangan toko kedai merata rata di negara Gajah Putih ini.....namun, orangnya masih lagi 'humble' dan wataknya menunjukkan kejayaannya......jauh disudut hati, aku mempelajari banyak perkara baru di sini......

Hakikatnya, tiadalah semuanya sempurna....begitu juga di Negara Gajah Putih ini....namun tulisan ini dan penulisnya bukan jenis yang mencari kelemahan.....jika aib yang dicari.....tentunya tidak cukup satu buku perlu dikatakan apakah buruknya sesuatu perkara@tempat dan sebagainya.....ambillah kebaikan, kita kan pelajari kelebihan lalu menguasai kekuatan orang lain dan akhirnya menjadi kekuatan diri sendiri....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Friday, September 6, 2013

Musafir sutera.....

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, sebesar pujian buatNya....Ramadhan bertaut, Syawal berlalu...Zulkaedah mendatangi, Zulhijjah dinanti. Indahnya hidup dengan iman, hidup dengan mengharap kepadaNya, ia kan lebih bererti, ringkas namun penuh makna....seharian hidup digarap dengan solat dan doa, manifestasi IMAN, ISLAM dan IHSAN yang bergabung membentuk keperibadian Hamba kepadaNYA....maka jalan inilah yang dituruti oleh para kekasihNya.....

Daku menyeru dan mengingatkan kepada diri dan sahabat yang dikasihi....jika hari ini kalian ruwet dan rumit hidup, kembalilah kepadaNya, haraplah kepadaNya, nescaya ada titik harapan dan cahaya dihujung jalan buat kalian.....jika hari ini, bahagia yang dicari tidak kunjung tiba, tunduklah kepadaNya, kerana bahagia itu adlaah kurnia berinti IMAN, bukan bersalut emas permata......jika hari ini, mahabbah dalam persaudaraan tiada ditemui, malah musibah dalam perhubungan sentiasa menyelaputi, saat itu, kembalilah kepadaNya.....bimbang jika kalian putus ikatan dalam naungan "dzilla illa dzilluhu"-teduhan melainkan teduhanNya di Mahsyar kelak.....malah dalam apa situasi sekalipun, dalam situasi kalian terhimpit oleh fitnah yang berleluasa lalu kalian keliru memilih mahupun keliru memahami situasi, maka sentiasalah kembali kepadaNya dengan Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.....

Aku teringat peristiwa pertentangan antara dua pihak suatu ketika Nabi saw terpaksa berurusan dengan puak kuffar.....maka kebijaksaan menjadi penentu kemenangan.....malah dalam situasi yang berbeza, pertentangan dan perselisihan dua pihak, sesama islam, maka seruan Nabi saw ialah dengan damaikan antara keduanya.....adakah kita telah berlaku sedemikian? Bijak menghadapi musuh yang nyata, iaitu pihak Kuffar dan mendamaikan pihak yang berselisih akan tetapi keduanya dalam landasan Islam.....atau kita saling keji mengkeji, hina menghina, sindir menyindir, saling berspekulasi buruk antara satu sama lain....adakah ini saranan Nabi saw?? Adakah ini yang diajar oleh Baginda Nabi saw??

Adakah sama sikap kita sesama Islam dengan sikap kita dengan si Kafir? Tentunya tidak sama kaedah.....adakah jika kita memilih untuk mengkeji, maka kita lebih mengkeji saudara seagama berbanding musuh yang nyata? Bahkan sikap mengkeji itu sendiri bukan dari Sunnah Nabi saw.....malah Nabi saw tidak mengkeji dalam usaha dakwah beliau sesama saudara seagama mahupun pihak musyrikin.....inilah 'malaise' atau penyakit ummah zaman ini.......cara berfikir pun sudah salah, apatah lagi tindakan tindakan yang kita lakukan, langsung tidak membantu Islam.....

Marilah kita fahami, marilah kita usaha menambah ilmu dan mengubah cara berfikir dan bertindak.....agar islam kembali utuh....hentikan cacian, makian, sindiran, kutukan, pengaiban sesama kita atas sebab, justifikasi mahupun alasan apa sekalipun......marilah kita raikan mahabbah, raikan perhubungan dan ukhuwwah agar dunia menjadi lebih bermakna buat akhirat.....jangan jadikan dunia sebab yang menyebabkan jambatan akhirat kita runtuh dan terbakar.....alangkah ruginya kita nanti!




Suatu ketika dalam laluan masa....coretan ini kukirim dari dalam Thai Airways menuju ke Suvarnabumi Airport, Bangkok......dalam suatu musafir sutera! 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Tuesday, August 27, 2013

Fwd: Meratapi kebahagiaan....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.....

Beberapa ketika tertangguh menulis di sini. Bagai hilang arah dan tandus idea.....sengaja tidak mahu menulis.

Aku terpana dengan peristiwa peristiwa besar yang berlaku hari ini....fitnah yang menimpa umat Islam.....kebobrokan kemanusiaan yang melanda.....hilang jiwa dan rasa manusiawi......betapa rakusnya manusia tanpa IMAN, betapa bobroknya insan tanpa taqwa.....pelajarilah ia, fahamilah peristiwa, ketahuilah makna dan hikmah.....dari peristiwa yang berlaku....

Tidak mampu lagi untuk bersedih dan berduka....tidak mampu lagi untuk meruntun pilu malah tidak mampu lagi untuk bicara simpati....

Saat ini, sudah sampai tikanya aku berdoa dalam gaya dan bentuk yang berbeza dari mulanya.....

Berbahagialah kalian.....kalian syuhada, syurga menanti kalian tanpa hisab......beruntunglah wahai ibu, wahai adik kakak, wahai abang, kerana syahidmu diterima olehNya.....aku menangisi kebahagiaan kalian? Aku menangisi pemergian kalian? Aku menangisi kezaliman yang menimpa kalian? Aku menangisi seksaan yang kalian alami.....

Ya benar pada mulanya, lalu kemudian ku fahami bahawa DIA menjadikan peristiwa ini untuk menjadikan kalian syuhada....DIA memilih kalian dengan cara paling pantas dan paling baik....syurga tanpa hisab, tidak perlu kalian diperiksa amal dan ibadah kalian di Mahsyar.....kalian sudah pasti calon syurga. Aku?? Aku belum tentu lagi.....aku patut menangisi nasib diri......aku ini belum tentu lagi, jika masih lalai atau tidak, aku tetap akan dihisab segalanya.....Ya Rabb beriku petunjuk, hidayah dan inayahMU...ku dambakan ia agar aku sentiasa berada dijalanMU yang lurus.....

Ku lihat jasad dan wajah kalian tersenyum...! Rupanya kalian telah berjaya....aku?? Belum tentu lagi akan nasib diri??  Aku yang perlu meratapi kebahagiaan abadi! Allahummansurnaa!! Ya Allah bantulah kami!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Alwi Mohd Yunus
+60193855152

Saturday, August 17, 2013

Ini permainan mereka......kita sentiasa tertipu!

Assalamualaikum wrt wbt....

"Anda tidak perlu jadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu jadi manusia" - Perdana Menteri Turki, Erdogan

Inilah ungkapan kecil tapi punya makna besar.........rentetan dari peristiwa tanggal 7 Syawal 1434H atau 14 Ogos 2013 di Dataran Rabaah, Mesir. Kejadian runtuhnya nilai kemanusiaan dan meningginya nilai kebinatangan. Itu yang boleh ku ungkapkan.


Dahulu, melalui ruang Facebook dan Twitter@Alwiyunus aku selalu mengulas bahawa ISLAM tidak tertegak dengan kerangka DEMOKRASI....(tidaklah aku menolak demokrasi secara total akan tetapi ada kebejatan dalam sistem itu, malah sistem sistem lain).....maksud aku ialah, ia ku anggap seperti permainan yang MEREKA cipta lalu kita bermain dengan permainan mereka. Seperti mana kita bermain bola, walhal bukan kita yang mencipta permainan itu, akan tetapi dalam banyak hal dan ketika, minat kita lebih menggila berbanding mereka yang mencipta permainan itu....lalu SYAITAN tersenyum gembira dan bangga. Mengapa.....permainan ini hanya berat sebelah, peraturan dan undang undang permainan ini milik mereka, mereka yang menentukannya. Bila bila masa peraturan dan undang undang ini boleh diubah.....

Begitu juga permainan bola tampar contohnya.....mana mungkin ia permainan kita? Dari segi saiz dan ketinggian bangsa Melayu yang rendah dan kecil ini, kita sudah kalah? Ia permainan mereka....lalu kita terkinja kinja ingin menyaingi mereka. Namun, nukilan ini bukan tentang sukan, nukilan ini tentang konsep pertembungan yang sangat berbeza ukurannya. Hanya TAQWA sahaja menjadi mizan yang menentukan kemenangan MUTLAK. Bila? Apabila kita telah memperkuatkan TAQWA! Bagaimana? Ayuh mari kita mulai dengan SOLAT FARDU BERJEMAAH di surau atau MASJID setiap 5 waktu....kalau kita benar benar ingin menjadi manusia, kalau tertanya bagaimana ingin kembali kepada jalanNYA....ayuh marilah kita SOLAT 5 WAKTU BERJEMAAH di MASJID. Kelak kalian akan lihat betapa ISLAM ini "yakluu wa laa yuklaa alaih"......


Jika kita simpati dan menyokong perjuangan di sana...ayuh kita mulai dengan diri kita sendiri. Para suami, jadilah IMAM, para isteri, jadilah MAKMUM, para anak, solatlah berjemaah, para pemimpin, solatlah berjemaah dan ajaklah pimpinan untuk solat berjemaah.....

Jika kita ingin memenangi permainan ini.....kita perlu memperkuatkan kekuatan rohani atau spiritual dahulu....kuatkan IMAN, kuatkan TAQWA.........insyaallah pertolongan Allah akan mendatangi kita.

Egyptian protesters throw rocks at security forces during the clearing of one of the two sit-ins of ousted president Morsi supporters, near Rabaa Adawiya mosque, Cairo, Egypt, 14 August 2013. According to local media reports, one soldier and dozens of protesters were killed and about 200 others arrested as Egyptian security forces began clearing Islamist protest camps in the capital Cairo on 14 August. The military-backed government described the protest camps as violent and unlawful. The biggest sit-ins are in north-eastern Cairo and south of the capital.

Panjatkan doa buat para saudara kita yang sedang berjuang di Syria, di Palestin, Di Mesir malah di mana mana tempat sekalipun....doakan para syuhada yang telah gugur.....ini zaman mereka meratah KITA...jangan biarkan ia berterusan. 

Friday, August 2, 2013

Fitrah itu hebat dan tersirat....

Assalamualaikum wrt wbt buat kalian semua.

Ihya' Ramadhan insyaallah...

ramadan mubarak photo:  ramadan_24.gif

Sesekali buat pemerhatian agar makna dan kefahaman lebih jitu. Ramadhan ini datang dan akan pergi seketika nanti. Ia datang dengan pakej HEBAT. Iaitu suatu anugerah dariNYA agar kita kembali menjadi FITRAH. Apa itu fitrah? Suci dan bersih sebagaimana layaknya seorang insan itu umpama baru dilahirkan ke dunia.....

Mengapa pakej HEBAT? Ia kerana disiangnya kita menahan diri dan nafsu dengan lapar dan dahaga serta maksiat anggota tubuh manakala dimalamnya penuh dengan ihya' allail iaitu menghidupkan malam sepanjang Ramadhan. Apa maknanya? Maknanya ialah saat ini kita memenuhi tuntutan aspirasi Allah swt. Aspirasi mengapa MANUSIA dicipta iaitu tiada sebab lain melainkan untuk BERIBADAH kepadanya. Aspirasi itulah yang kita sedang lakukan sekarang ini dengan rahmat serta barakahnya penuh istimewa dengan hadirnya Lailatul Qadr. Ramadhan ini Allah jadikan seolah olah sebagai satu modul khusus untuk mengembalikan kita semua dalam keadaan FITRAH, lalu dengannya kita menjadi INSAN HEBAT.......Inilah fitrah INSAN!

Lihat kembali dalam sejarah, lihat peristiwa besar dan penting dalam tamadun Islam.....

Dalam keadaan dan mode fitrah inilah umat Islam, para pejuang Islam terdahulu bertindak hebat, maka lihatlah bagaimana Ramadhan datang telah menjadikan tumbangnya King Frederick oleh Tariq bin Ziyad lalu ia dikenal sebagai Pembukaan Andalusia (Futuh Andalusia) iaitu bertapaknya Islam di Eropah iaitu di Speanyol, tumbangnya Jerusalem oleh Salahuddin al Ayubi, malah kemenangan yang ajaib, sedikit orang melawan ribuan orang Kuffar dalam perang BADAR, hanya 300 orang sahaja melawan sekitar 1000 orang Kuffar lengkap bersenjata, pembukaan Kota Mekah tanpa peperangan dek kerana gerunnya Kuffar terhadap orang Islam dan berbagai peristiwa besar yang lain di sepanjang sejarah Islam dan dunia.....Apa maknanya semua ini??

Makna semua ini ialah benarnya hakikat yang TERSIRAT bahawa dalam keadaan fitrah inilah kita(umat Islam) melakar dalam sejarah lalu menggapai kemenangan dalam perjuangan demi Allah dan Rasulnya.....dalam keadaan FITRAH inilah pejuang Islam ini HEBAT DAN KUAT fizikal, spiritual dan mental, jika tidak bagaimana mungkin kejayaan dicapai dalam peristiwa peristiwa besar yang dinyatakan sebelum ini. Namun, tidak lama lagi, Ramadhan kan berlalu pergi, maka berlalulah saat INSAN menjadi fitrah, menjadi hebat dan cemerlang......saat kita punya segala macam ruang dan peluang meraih anugerah dariNYA dalam bulan penuh berkah dan keampunan ini.

Allaahumma innaka afuwwun kariim tuhibbul afwa fakfu anna...Allaahumma taqabbal minnaa.....

ramadan mubarak photo:  ramadan_16.gif
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 1, 2013

Sembrono dan tuli...disukai!

Assalamualaikum wrt wbt....

Dunia di penghujung usia, berbagai ragam dan perangai manusia....pernah dikatakan oleh Nabi saw 'fitnah berleluasa di akhir zaman nanti'...hari ini ia menjadi mainan dan acara harian, oleh sesiapa sekalipun samada yang beragama Islam@bukan....sama sahaja. Bezanya ialah kandungan...


Prinsip 'fatabayyanu' tidak diamalkan....sejauh Afrika, Amerika Selatan malah jika ada yang duduk di puncak Everest sekalipun akan menambah perisa dalam skrip dan adegan fitnah di laman sosial.....yang berprinsip boleh tuntas menjadi goyah dan hilang prinsip. Sebaliknya yang tidak punya prinsip atau menghormati ajaran agamanya....akan sewenangnya meratah bisa fitnah itu. Masyarakat jadi rosak....teori pendidikan mana sekalipun, mazhab pendidikan mana sekalipun akan gagal dalam proses menginsankan seorang manusia jika susuk itu tidak dilindungi oleh fitnah atau fitnah ini tidak dibendung.....

Cuba tanya, adakah kita sebahagian yang menyebar fitnah? Atau sebahagian yang menambah perisa dalam adegan fitnah itu? Atau penyokong kepada pelakon fitnah itu? Atau tanpa sedar turut memfitnah dan difitnah? Fikirkan betapa banyak dosa yang kita palitkan kepada orang lain dalam skim berbilang tingkat perniagaan 'fitnah' ini melalui LIKEs, SHARE dan COMMENT di muka buku? Atau di kicauan si burung Twitter? Atau apa sahaja saluran media yang ada?

Lalu tanyakan juga, amal yang sedia ada tidaklah sebanyak mana, dikurangi pula dengan dosa fitnah yang besar sekali dosanya.....agak agak dalam perkiraan kalian, adakah DOA kita MAKBUL dikala hajat dipanjatkan kepadaNYA dek kerana kita bergelumang dosa jahatnya fitnah? Lalu bilakah kita kan berhenti memakan lalu menyebar bisa dan racun fitnah ini? Bilakah kita mengambil sikap yang sangat berhati hati agar kita bukan sebahagian dari pasukan, hulubalang, pejuang, perwira fitnah ini? Tidakkah benar babahwa hari ini, sebilangan kita amat gemar bersikap SEMBORNO dan TULI lalu ia kemudian diikuti dan disukai oleh khalayak......aduh jeleknya sikap begini. Ia amat tidak SELARI dengan ALLAH swt.....maka pada waktu yang sama kita dambakan syurgaNYA?

Di Ramadhan terakhir yang semakin susut berlalu pergi, ku panjatkan doa kepadaNYA buat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat agar kita terhindar, terlindung dan terselamat dari fitnah kubur, fitnah nerakan Jahannam, fitnah yang hidup@mati mahupun fitnah alMasih adDajjal.....amin ya Rabb...kabulkan doa ku ini....di Ramadhan yang penuh berkah ini....entah ada atau tidak Ramadhan lagi buat diriku....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Wednesday, July 24, 2013

Bicaraku punya tema hari ini.....

Assalamualaikum wrt wbt....

Sidang redaksi blog ASAM GARAM ini (aku sorang jer yg tulis kat sini pun) dengan penuh rendah diri mengucapkan Selamat MEMBURU BONUS TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN-Lailatul Qadar dan pahala terawih, sedekah, tadarus mahupun ibadah ibadah lain yang diganda sehingga 70 kali lipat dan pahala puasa yang hanya ALLAH sahaja yang membalasnya menjelang fasa 2 Ramadhan kali ini.......allahumma taqabbal minnaa serta SELAMAT MENGHINDARI MAKSIAT dan LAGHO yang juga diganda 70 kali lipat dosanya.....nauuzubillah.

Kali ini aku ingin menyampaikan coretan ini dalam bahasa paling santai sekali........aku tidak mahu membuat kalian merasa sangat berat dalam memahami apa yang aku coretkan ini. Perasan atau tidak, sedari atau tidak, dalam sehari sehari kita menjalani kehidupan ini, melalui perhubungan sesama rakan dan taulan dalam pelbagai media samada secara maya mahupun secara fizikal (berdepan antara satu sama lain), kita ada tema tema tertentu yang kita pakai dalam bual bicara.

Tema tema yang kita guna ini tidaklah kita tentukan dan bezakan untuk hari hari tertentu.....ia berlaku secara alami. Lalu tema ini kita bicarakan menjadi bahasa yang kita ucapkan. Jika tema ini landasnya lurus dan betul, maka pertuturan bahasa@perkataan yang diguna juga betul. Jika tema ini bengkang bengkok maka tutur bahasa kita juga begitu. Ini yang perlu kita fahami, sebab ia berkait dengan IMAN, ISLAM dan IHSAN kita atau saya panggil ia sebagai TERAS 3i. Isteri saya yang menemukan konsep 3i ini dan menulis tentangnya dalam bukunya dan dalam nukilannya di blog www.sakinahsalleh.blogspot.com.

Contohnya, jika tema kita adalah kata kata lunak dan baik, bak kata Nabi saw "fal yaqul khairon au liyasmut"...katakan yang baik baik@ bahasa dan perkataan yang baik baik, jika tidak boleh maka diam sahaja.....Nabi saw tak suruh jika tidak boleh kata yang baik baik maka kita boleh kata yang tidak baik, kita boleh kutuk orang, 'taruk' secukupnya sehingga kita puas hati, kita hentam, maki dan hina orang 'kaw kaw' biarpun orang yang kita kata itu benar benar bersalah dalam tingkah dan lakunya.

Makanya, jika tema kita baik, maka kita akan katakan yang baik sahaja walau hati ketika itu sangat sakit, terluka, marah, terhina, keegoan tercalar (aku mengungkap untuk mengingatkan diriku juag agar tidak berbuat sedemikian dan buat kalian juga sebagai peringatan tulus).......tidak dapat dinafikan bahawa kita manusia ini sangat biasa melewati batas dan sempadan, namun perlulah diingat, gunalah bahasa yang lunak, bahasa yang baik, bahasa yang berakhlak mulia kerana ia representasi IMAN< ISLAM>IHSAN diri kita, biar betapa marah dan terlukanya hati ketika, biar suara hati mengatakan bahawa "puaskan hatimu, bicaralah sewenangnya, teruskan mencaci agar puas hati".....

Mengapa aku ucapkan sedemikian......kerana bagiku, ia perkara asas dalam perhubungan dan dakwah. Jika perkara asas ini sekalipun tidak dapat kita kuasai sebaiknya........bagaimana mungkin kita mahu berjuang dalam jihad menegakkan Islam???

Lalu mungkinkah perjuangan itu akan membawa kejayaan?? Mana mungkin ia berlaku, jika yang asas tidak kita murnikan. Lihat bagaimana Allah swt mendidik Nabi saw dengan perkara asas ini......saat peristiwa Nabi saw dibaling batu beramai ramai oleh orang dewasa dan kanak kanak, dihina dan dicerca, dimaki dan dikutuk saat Nabi saw menyampaikan kepada suatu kaum di TAIF. Nabi saw berdarah di muka dan badannya, sehingga diceritakan bahawa sepatu yang Nabi saw yang kita kasihi dan cintai ini pakai ketika itu bertakung dengan darah Nabi saw. Sehingga Jibril a.s. turun menemui Nabi saw....lalu terjadilah perbualan hebat insan mulia ini dengan Jibril a.s. (sila rujuk Sirah Nabi.....jangan malas mengkaji dan membaca.....hehehe).

Peristiwa ini berlaku di awal kerja dakwah Nabi saw, sebelum berlakunya HIJRAH.......lihat bagaimana sikap Nabi saw....ketahui apa yang Nabi saw ungkapkan ketika itu. Apa doa Nabi saw kepada kaum yang memperlakukan Nabi saw sedemikian rupa.

CUBA TANYAKAN KEPADA DIRI.......jika kalian berada ditempat Nabi saw, mampukah kalian bertindak dengan cara yang cukup positif, mengetepikan rasa diri, mengetepikan maruah yang tercalar atau ego yang terhina lalu bertindak rasional?? Kalau tidak tahu rasanya, boleh la cuba minta anak anak kecil ambil batu kerikil yang kecil itu dan minta mereka balingkan kepada diri kalian...lalu rasai  bagaimana???

Tema inilah yang aku kutip dan ingin aku kongsikan saat aku meneliti Siraah Nabi saw ini iaitu insan hebat yang meninggalkan anugerah dan kesan berpanjangan sepanjang zaman.......lalu tidak mahukah kita mengikuti tema tema indah dan mulia ini? Lalu kita manifestasikan dalam bentuk 'posting' yang murni dan bicara yang positif di laman sosial Facebook mahupun Twitter atau apa sahaja 'posting' di mana mana......apa perlunya kita bersikap kasar, lucah, menghina, sinis dan sebagainya terhadap satu sama lain.....

Hari ini kita terlebih mengata dari membantu......
Hari ini kita terlebih pandai mengkritik dari menyelesaikannya.....
Hari ini kita terlebih mengaibkan orang lain dari menutupnya......
Hari ini kita rasa 'macam bagus' dari berbuat apa apa......
Hari ini kita lebih bicara dari melakukan dan bertindak.......
dan hari ini kita merasa terlebih bagus dari orang lain dari merasa rendah diri dan tawaduk......

Jangan angkuh dan sombong....kerana itu adalah perangai kaum kaum yang terdahulu!
Membesarkan ego, meninggikan maruah memartabatkan status kononnya lalu akhirnya hancur lebur bersama dosa dosa.......

 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 23, 2013

Moshe Dayan

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya..

Pertama : umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau...
Kedua : umat Islam tak merancang dengan teliti..
Ketiga : umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca..

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.. Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ?

"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau...Diorang bukannya baca pun.. "

Sejarah yg kembali....

Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ni di Ramadhan ke 14 ini....rakan ku Si TEMBAKAU Cartoonist meng'post' entri baru dalam blognya OlehTembakau......lalu tiba tiba, rasa macam ada angin kus kus bergolak di perut ku.....memulas mulas.....kepala sedikit cerah, tadi berat juga sambil membelek tulisan arab nih....tiba tiba kenangan itu datang.....mata layu menjadi segar kembali, sejarah itu telah kembali. Kenangan menggamit rasa dan ingatan. Betapa suatu tika dahulu, dibelakang tabir kehidupan, kami para pelajar SMKASAS pernah berkelana di situ...kami pernah lebih badwi dari badwi yang ada di bumi Perak ini...itu sebahagian ayat teman teman. Menumpang di SMGR yg bukan banguna milik sendiri, malah berkongsi kelas dengan para pelajar SMGR....kami bersongkok@bertudung, mereka bogel kepala...atau erkkk pakai skirt jer pun ada, bangsa lain pun ada. Campur campur katakan.

Ia suatu pengalaman unik buat ku dan rakan rakan. Entah...banyak gak benda nakal yang dilakukan...banyak juga peperangan peribadi yang berlaku, pertembungan ego dan maruah antara keduanya.....terkadang terasa kami lebih di'penjara' berbanding mereka....maklumlah, sekolah agama katakan. Itu sesuatu yang kami rasai dahulu...hari ini, ia jadi kenangan terindah dalam hidup.....tanpa laluan pengalaman yang bernilai ini, kami tidak menjadi seperti mana kami hari ini.....

Kisah lompat pagar nak keluar ke bandar Ipoh....kisah Super Kinta err beberapa tempat lagi (aah tak ingat namaaa????), gerakan bawah tanah....subversif, balik dan keluar malam....ermmm itu ada dalam kamus hidup kami....kemudian awal pagi isnin...sesiapa yang ter'kantoi' akan berada di depan ketika perhimpunan.....saat nasyid jihad 'allaahu rabbunaa, allah allah, allaahu ghoyatuna, allahu akbar allahu akbaran arrasuul saiyiduna...arrasuul zaaimuna...." Kemudian diikuti asmaul husna...hati berdebar debar...siapalah yang kena nanti, kena penampor ker kena rotan ker...tak tahu....ramai juga yang terlepas....pandai 'cover up'....pendek kata, macam macam cerita...

Aku tahu, ramai punya kenangan sepanjang laluan kehidupan di sekolah....bezanya adalah samada ia dirakam dalam bentuk penulisan mahupun cerita.....kami punya itu...cerita kami di dirakam oleh seorang pencatat sejarah tersohor dikalangan kami....dia akan merekod dan mencoret cerita dalam bentuk kartun dan lakaran lakaran tertentu.....bacalah komik olehTembakau 'Kartini'....bacalah blog beliau olehTembakau...ia adalah cerita kami suatu ketika dahulu.....watak watak itu adalah watak realiti yang diadaptasi ke kartun dan juga layar perak...kami adalah kehidupan itu.

Hari ini kami di sini......sejarah itu seolah olah kembali lagi....memuja dan memanggil kami semua....walau sudah sedekad ia berlalu...namun seolah olah ia baru semalam.

Kawan kawan....jom kita ber'jimba2' dan mengenang kembali....mungkin kita mulai dengan IFTAR Asasians bersama sehari dua ini?? Kita ketawakan sejarah itu....kerana kitalah yang melakar sejarah!
Ya rabb...ampuni kami, redhai para guru dan ibubapa kami.....kami menjadi dewasa dan berjaya kerana mereka semua! Terimalah mereka dengan dakapan syurgaMU!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.