SEMALAM telah berlalu, semalam telah dilalui, semalam juga apa yang kita fikir dan lakukan.....jangan ingat bahawa yang berlaku itu akan sekadar berlalu, tiada kaitan dengan apa yang berlaku HARI ini...
HARI ini adalah natijah semalam, hari ini adalah harapan, adalah doa semalam......HARI ini juga ialah fikiran dan perbuatan semalam....ia terkait rapat dengan SEMALAM....
SEMALAM bukan diukur dengan masa, ia sejarah yang panjang. SEMALAM bukan 24 jam yang lalu, ia boleh jadi 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu malah 20, 30 tahun yang lalu.....atau seminggu yang lalu.....HARI ini pula bukan lah 12 jam akan datang, malah tidak semestinya esok, atau minggu hadapan, ia boleh jadi setahun dari SEMALAM, 5, 10, atau 20 tahun akan datang....
Kita selalu silap dengan menganggap bahawa SEMALAM sekadar sejarah, detik pahit dan manis kehidupan tanpa ada kaitan utuh dan rapat dengan HARI ini.....
Sebenarnya.....fikiran dan perbuatan kita SEMALAM adalah penentu nasib dan keberuntungan HARI ini.....berapa ramai yang tidak mengendahkan SEMALAM kerana menganggap bahawa HARI ini memberi harapan baru tanpa mengetahui bahawa SEMALAM lah yang menentukan HARI ini.....
Jika semalam kalian jatuh, jauh dibawah, jauh terperosok......ketahuilah bahawa ia GURU yang besar bagi sebuah pengalaman yang mahal untuk bangkit kembali.....jika terusan terperosok dan membiarkan diri sentiasa dibawah....maka itulah tandanya GURU PENGALAMAN gagal membangkitkan perubahan dalam diri, ketahuilah saat itu, kejatuhan akan terus mendatangi saat itu.....
Jika kalian bangkit, dari kejatuhan yang amat memeritkan itu, bangkit dengan fikiran dan perbuatan yang menatijahkan kejayaan, maka ketahuilah HARI ini akan cukup berbeza dan bermakna....
Kejayaan yang besar sangat berkait dengan masa yang lama, jika kejayaan itu kecil maka masa yang diambil untuk mencapainya juga singkat, jika kejayaan itu besar maka waktu yang diambil juga lama dan panjang....jadi terpulang samada kalian mahu MEMBACA, MENGETAHUI, MENDENGAR, MEMAHAMI lalu kemudian kalian PERCAYA......Tidakkah kepercayaan itu sesuatu yang amat dalam dalam hati?
KEPERCAYAAN ialah KEYAKINAN dan inilah yang sangat kurang dalam jiwa kita dan dinatijahkan dalam perbuatan......
Binalah keyakinan bahawa KITA memang boleh berjaya......dengan keyakinan! Ingatlah bahawa SEMALAM menentukan HARI ini.....atau HARI ini ditentukan oleh SEMALAM!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment