Assalamualaikum wrt wbt buat kalian semua.
Ihya' Ramadhan insyaallah...
Sesekali buat pemerhatian agar makna dan kefahaman lebih jitu. Ramadhan ini datang dan akan pergi seketika nanti. Ia datang dengan pakej HEBAT. Iaitu suatu anugerah dariNYA agar kita kembali menjadi FITRAH. Apa itu fitrah? Suci dan bersih sebagaimana layaknya seorang insan itu umpama baru dilahirkan ke dunia.....
Mengapa pakej HEBAT? Ia kerana disiangnya kita menahan diri dan nafsu dengan lapar dan dahaga serta maksiat anggota tubuh manakala dimalamnya penuh dengan ihya' allail iaitu menghidupkan malam sepanjang Ramadhan. Apa maknanya? Maknanya ialah saat ini kita memenuhi tuntutan aspirasi Allah swt. Aspirasi mengapa MANUSIA dicipta iaitu tiada sebab lain melainkan untuk BERIBADAH kepadanya. Aspirasi itulah yang kita sedang lakukan sekarang ini dengan rahmat serta barakahnya penuh istimewa dengan hadirnya Lailatul Qadr. Ramadhan ini Allah jadikan seolah olah sebagai satu modul khusus untuk mengembalikan kita semua dalam keadaan FITRAH, lalu dengannya kita menjadi INSAN HEBAT.......Inilah fitrah INSAN!
Lihat kembali dalam sejarah, lihat peristiwa besar dan penting dalam tamadun Islam.....
Dalam keadaan dan mode fitrah inilah umat Islam, para pejuang Islam terdahulu bertindak hebat, maka lihatlah bagaimana Ramadhan datang telah menjadikan tumbangnya King Frederick oleh Tariq bin Ziyad lalu ia dikenal sebagai Pembukaan Andalusia (Futuh Andalusia) iaitu bertapaknya Islam di Eropah iaitu di Speanyol, tumbangnya Jerusalem oleh Salahuddin al Ayubi, malah kemenangan yang ajaib, sedikit orang melawan ribuan orang Kuffar dalam perang BADAR, hanya 300 orang sahaja melawan sekitar 1000 orang Kuffar lengkap bersenjata, pembukaan Kota Mekah tanpa peperangan dek kerana gerunnya Kuffar terhadap orang Islam dan berbagai peristiwa besar yang lain di sepanjang sejarah Islam dan dunia.....Apa maknanya semua ini??
Makna semua ini ialah benarnya hakikat yang TERSIRAT bahawa dalam keadaan fitrah inilah kita(umat Islam) melakar dalam sejarah lalu menggapai kemenangan dalam perjuangan demi Allah dan Rasulnya.....dalam keadaan FITRAH inilah pejuang Islam ini HEBAT DAN KUAT fizikal, spiritual dan mental, jika tidak bagaimana mungkin kejayaan dicapai dalam peristiwa peristiwa besar yang dinyatakan sebelum ini. Namun, tidak lama lagi, Ramadhan kan berlalu pergi, maka berlalulah saat INSAN menjadi fitrah, menjadi hebat dan cemerlang......saat kita punya segala macam ruang dan peluang meraih anugerah dariNYA dalam bulan penuh berkah dan keampunan ini.
Allaahumma innaka afuwwun kariim tuhibbul afwa fakfu anna...Allaahumma taqabbal minnaa.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment