Showing posts with label tarbiah ramadhan. Show all posts
Showing posts with label tarbiah ramadhan. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Fitrah itu hebat dan tersirat....

Assalamualaikum wrt wbt buat kalian semua.

Ihya' Ramadhan insyaallah...

ramadan mubarak photo:  ramadan_24.gif

Sesekali buat pemerhatian agar makna dan kefahaman lebih jitu. Ramadhan ini datang dan akan pergi seketika nanti. Ia datang dengan pakej HEBAT. Iaitu suatu anugerah dariNYA agar kita kembali menjadi FITRAH. Apa itu fitrah? Suci dan bersih sebagaimana layaknya seorang insan itu umpama baru dilahirkan ke dunia.....

Mengapa pakej HEBAT? Ia kerana disiangnya kita menahan diri dan nafsu dengan lapar dan dahaga serta maksiat anggota tubuh manakala dimalamnya penuh dengan ihya' allail iaitu menghidupkan malam sepanjang Ramadhan. Apa maknanya? Maknanya ialah saat ini kita memenuhi tuntutan aspirasi Allah swt. Aspirasi mengapa MANUSIA dicipta iaitu tiada sebab lain melainkan untuk BERIBADAH kepadanya. Aspirasi itulah yang kita sedang lakukan sekarang ini dengan rahmat serta barakahnya penuh istimewa dengan hadirnya Lailatul Qadr. Ramadhan ini Allah jadikan seolah olah sebagai satu modul khusus untuk mengembalikan kita semua dalam keadaan FITRAH, lalu dengannya kita menjadi INSAN HEBAT.......Inilah fitrah INSAN!

Lihat kembali dalam sejarah, lihat peristiwa besar dan penting dalam tamadun Islam.....

Dalam keadaan dan mode fitrah inilah umat Islam, para pejuang Islam terdahulu bertindak hebat, maka lihatlah bagaimana Ramadhan datang telah menjadikan tumbangnya King Frederick oleh Tariq bin Ziyad lalu ia dikenal sebagai Pembukaan Andalusia (Futuh Andalusia) iaitu bertapaknya Islam di Eropah iaitu di Speanyol, tumbangnya Jerusalem oleh Salahuddin al Ayubi, malah kemenangan yang ajaib, sedikit orang melawan ribuan orang Kuffar dalam perang BADAR, hanya 300 orang sahaja melawan sekitar 1000 orang Kuffar lengkap bersenjata, pembukaan Kota Mekah tanpa peperangan dek kerana gerunnya Kuffar terhadap orang Islam dan berbagai peristiwa besar yang lain di sepanjang sejarah Islam dan dunia.....Apa maknanya semua ini??

Makna semua ini ialah benarnya hakikat yang TERSIRAT bahawa dalam keadaan fitrah inilah kita(umat Islam) melakar dalam sejarah lalu menggapai kemenangan dalam perjuangan demi Allah dan Rasulnya.....dalam keadaan FITRAH inilah pejuang Islam ini HEBAT DAN KUAT fizikal, spiritual dan mental, jika tidak bagaimana mungkin kejayaan dicapai dalam peristiwa peristiwa besar yang dinyatakan sebelum ini. Namun, tidak lama lagi, Ramadhan kan berlalu pergi, maka berlalulah saat INSAN menjadi fitrah, menjadi hebat dan cemerlang......saat kita punya segala macam ruang dan peluang meraih anugerah dariNYA dalam bulan penuh berkah dan keampunan ini.

Allaahumma innaka afuwwun kariim tuhibbul afwa fakfu anna...Allaahumma taqabbal minnaa.....

ramadan mubarak photo:  ramadan_16.gif
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 24, 2013

Bicaraku punya tema hari ini.....

Assalamualaikum wrt wbt....

Sidang redaksi blog ASAM GARAM ini (aku sorang jer yg tulis kat sini pun) dengan penuh rendah diri mengucapkan Selamat MEMBURU BONUS TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN-Lailatul Qadar dan pahala terawih, sedekah, tadarus mahupun ibadah ibadah lain yang diganda sehingga 70 kali lipat dan pahala puasa yang hanya ALLAH sahaja yang membalasnya menjelang fasa 2 Ramadhan kali ini.......allahumma taqabbal minnaa serta SELAMAT MENGHINDARI MAKSIAT dan LAGHO yang juga diganda 70 kali lipat dosanya.....nauuzubillah.

Kali ini aku ingin menyampaikan coretan ini dalam bahasa paling santai sekali........aku tidak mahu membuat kalian merasa sangat berat dalam memahami apa yang aku coretkan ini. Perasan atau tidak, sedari atau tidak, dalam sehari sehari kita menjalani kehidupan ini, melalui perhubungan sesama rakan dan taulan dalam pelbagai media samada secara maya mahupun secara fizikal (berdepan antara satu sama lain), kita ada tema tema tertentu yang kita pakai dalam bual bicara.

Tema tema yang kita guna ini tidaklah kita tentukan dan bezakan untuk hari hari tertentu.....ia berlaku secara alami. Lalu tema ini kita bicarakan menjadi bahasa yang kita ucapkan. Jika tema ini landasnya lurus dan betul, maka pertuturan bahasa@perkataan yang diguna juga betul. Jika tema ini bengkang bengkok maka tutur bahasa kita juga begitu. Ini yang perlu kita fahami, sebab ia berkait dengan IMAN, ISLAM dan IHSAN kita atau saya panggil ia sebagai TERAS 3i. Isteri saya yang menemukan konsep 3i ini dan menulis tentangnya dalam bukunya dan dalam nukilannya di blog www.sakinahsalleh.blogspot.com.

Contohnya, jika tema kita adalah kata kata lunak dan baik, bak kata Nabi saw "fal yaqul khairon au liyasmut"...katakan yang baik baik@ bahasa dan perkataan yang baik baik, jika tidak boleh maka diam sahaja.....Nabi saw tak suruh jika tidak boleh kata yang baik baik maka kita boleh kata yang tidak baik, kita boleh kutuk orang, 'taruk' secukupnya sehingga kita puas hati, kita hentam, maki dan hina orang 'kaw kaw' biarpun orang yang kita kata itu benar benar bersalah dalam tingkah dan lakunya.

Makanya, jika tema kita baik, maka kita akan katakan yang baik sahaja walau hati ketika itu sangat sakit, terluka, marah, terhina, keegoan tercalar (aku mengungkap untuk mengingatkan diriku juag agar tidak berbuat sedemikian dan buat kalian juga sebagai peringatan tulus).......tidak dapat dinafikan bahawa kita manusia ini sangat biasa melewati batas dan sempadan, namun perlulah diingat, gunalah bahasa yang lunak, bahasa yang baik, bahasa yang berakhlak mulia kerana ia representasi IMAN< ISLAM>IHSAN diri kita, biar betapa marah dan terlukanya hati ketika, biar suara hati mengatakan bahawa "puaskan hatimu, bicaralah sewenangnya, teruskan mencaci agar puas hati".....

Mengapa aku ucapkan sedemikian......kerana bagiku, ia perkara asas dalam perhubungan dan dakwah. Jika perkara asas ini sekalipun tidak dapat kita kuasai sebaiknya........bagaimana mungkin kita mahu berjuang dalam jihad menegakkan Islam???

Lalu mungkinkah perjuangan itu akan membawa kejayaan?? Mana mungkin ia berlaku, jika yang asas tidak kita murnikan. Lihat bagaimana Allah swt mendidik Nabi saw dengan perkara asas ini......saat peristiwa Nabi saw dibaling batu beramai ramai oleh orang dewasa dan kanak kanak, dihina dan dicerca, dimaki dan dikutuk saat Nabi saw menyampaikan kepada suatu kaum di TAIF. Nabi saw berdarah di muka dan badannya, sehingga diceritakan bahawa sepatu yang Nabi saw yang kita kasihi dan cintai ini pakai ketika itu bertakung dengan darah Nabi saw. Sehingga Jibril a.s. turun menemui Nabi saw....lalu terjadilah perbualan hebat insan mulia ini dengan Jibril a.s. (sila rujuk Sirah Nabi.....jangan malas mengkaji dan membaca.....hehehe).

Peristiwa ini berlaku di awal kerja dakwah Nabi saw, sebelum berlakunya HIJRAH.......lihat bagaimana sikap Nabi saw....ketahui apa yang Nabi saw ungkapkan ketika itu. Apa doa Nabi saw kepada kaum yang memperlakukan Nabi saw sedemikian rupa.

CUBA TANYAKAN KEPADA DIRI.......jika kalian berada ditempat Nabi saw, mampukah kalian bertindak dengan cara yang cukup positif, mengetepikan rasa diri, mengetepikan maruah yang tercalar atau ego yang terhina lalu bertindak rasional?? Kalau tidak tahu rasanya, boleh la cuba minta anak anak kecil ambil batu kerikil yang kecil itu dan minta mereka balingkan kepada diri kalian...lalu rasai  bagaimana???

Tema inilah yang aku kutip dan ingin aku kongsikan saat aku meneliti Siraah Nabi saw ini iaitu insan hebat yang meninggalkan anugerah dan kesan berpanjangan sepanjang zaman.......lalu tidak mahukah kita mengikuti tema tema indah dan mulia ini? Lalu kita manifestasikan dalam bentuk 'posting' yang murni dan bicara yang positif di laman sosial Facebook mahupun Twitter atau apa sahaja 'posting' di mana mana......apa perlunya kita bersikap kasar, lucah, menghina, sinis dan sebagainya terhadap satu sama lain.....

Hari ini kita terlebih mengata dari membantu......
Hari ini kita terlebih pandai mengkritik dari menyelesaikannya.....
Hari ini kita terlebih mengaibkan orang lain dari menutupnya......
Hari ini kita rasa 'macam bagus' dari berbuat apa apa......
Hari ini kita lebih bicara dari melakukan dan bertindak.......
dan hari ini kita merasa terlebih bagus dari orang lain dari merasa rendah diri dan tawaduk......

Jangan angkuh dan sombong....kerana itu adalah perangai kaum kaum yang terdahulu!
Membesarkan ego, meninggikan maruah memartabatkan status kononnya lalu akhirnya hancur lebur bersama dosa dosa.......

 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 24, 2012

Ini perang yang satu lagi...Siri 2

Salam ukhuwwah...

Jika umur kalian sekitar 40an.....dan jika kita telah melewati madrasah Ramadhan selama 33 tahun dengan anggapan bahawa kita memulai tarbiah Ramadhan ini sejak berumur 7 tahun.....bayangkan sepanjang 33 kali Ramadhan yang menjelma dalam kehidupan kita.....berapa kali sebenarnya kita punya markah penuh kehadiran/mengerjakan solat terawikh?

Cuba kalian renungkan......Berapa kali kita solat terawikh penuh dari awal Ramadhan hingga penghujung Ramadhan? Sepanjang 33 kali Ramadhan, adakah separuh iaitu sekitar 16x Ramadhan dari bulan Ramadhan yang telah berlalu itu kita solat penuh terawikh?

Atau kita masih berperangai seperi dahulu...suka ponteng, terpaksa ponteng atau sengaja memontengkan diri dari solat Terawikh! Atau cukup sekadar 20 hari Ramadhan sahaja penuh manakala yang lain tidak dibuat dek kerana sibuk memenuhi undangan berbuka puasa di hotel atau menghadiri program program di sana sini!Atau sibuk buat kuih muih, lepak sana sini atau sibuk urusan kerja? Cuba tanyakan kepada diri!

Walhal, segala macam tawaran yang hebat hebat yang Allah sendiri tawarkan buat kita....jika kita tidak ambil endah, lalu bagaimana kita mahu katakan tentag diri kita ini? Jenis manusia apakah kita ini? Tidakkah kita berasa malu terhadap diri sendiri dan tentunya kepada ALLAH swt! Kita patut berasa sangat malu kepada Allah...kita dambakan syurgaNya, tapi kita tidak ambil endah tawaranNya yang tentunya segala tawaran itu bukan untuk Allah swt akan tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri!
Aku mengingatkan diriku sendiri dan kalian jua tentang hakikat dan sikap diri kita.....kita kata tapi tidak kita kotakan apa yang kita kata! Masyaallah!

Aku munajat padaMU Ya Rabb agar dikau bukakan pintu hati kami dengan nur hidayah dan keinsafan agar iman dan taqwa kami benar benar tulen agar kami kan bisa bangkit menyahut seruanMU dan mengingatiMU berbanding sibuk dengan urusan nafsu dan dunia ini setiap masa dan ketika! Amiin Ya Rabbal Aalamiin! Sesungguhnya Engkau berilah kami kemenangan dalam perang yang satu lagi ini Ya Rabb...perang melawan hawa nafsu dan keinginan duniawi yang fana dan sangat sementara ini!