Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Bicara tanpa sempadan

Assalamualaikum wrt wbt.

Bejat, bejat dan bejat!

Itulah yang dapat diungkap apabila semakin hari melihat laku dan tingkah bejat terpapar di laman sosial, ungkapan tanpa sempadan diluah atas nama KEBEBASAN!

Peribadi terlondeh dek kebebasan mengutarakan sesuatu tanpa sedar bahawa landas agama melarangnya. Perilaku tersebar dek kerana sukanya kita berkongsi sesuatu yang negatif. Malah penyebar tidak sedar bahawa ia sebenarnya sesuatu yang negatif dan fitnah semata mata. Malu telah pupus dari dalam diri. Maruah menjadi murah. Ia bagai 'jual beli' murahan sempena hari perayaan umpamanya.

Kebebasan telah membawa manusia jatuh ke gaung yang dalam. Tanpa sedar, kewarasan telah luput kerana kewarasan tidak dipandu dengan agama. Iman telah luntur walau mengaku beriman akan tetapi laku dan tingkah menggarap nipisnya iman umpama kulit bawang. Aduh, perit melihat sebegini. Sakitnya jiwa melihat asakan asakan begini ke minda. Sesungguhnya, ia cabaran besar buat diri dalam dunia tanpa sempadan apabila laku songsang semakin dipaparkan di dunia maya. 

Kata kata tidak lagi semurni dahulu. Potensi meluah segalanya begitu menjadi jadi. Maka BERJAYALAH agenda sulit musuh musuh kita dalam melemahkan daya saing dan fikiran umat. Apabila seharian dimomokkan dengan perkara perkara keji, ungkapan ungkapan negatif yang meruntuhkan daya saing dan corak fikir setiap dari kita. Tidakkah dari segi psikologinya, jika setiap hari dan setiap tikanya kita membaca, melihat perkara yang negatif itu, maka akhirnya diri yang melihat perlakuan jelik, ungkapan kotor, fikiran negatif itu akan turut 'hanyut' dalam ombak kebobrokan akhlak dan akhirnya terjerumus menjadi negatif?

Itulah yang dilakukan, yang terpampang setiap hari melalui media TV atau media elektronik yang lain. Jika setiap hari kita dimomokkan dengan isi kandungan yang menonjokkan kebobrokan akhlak, tidakkah kita nanti akan turut bobrok akhlaknya secara beransur ansur? Bayangkan jika ini berlaku setiap hari selama bertahun tahun? Tidakkah ia umpama barah yanng memakan kebaikan dan kemuliaan hati dan akhlak? 

Jika seharian yang kita tonton adalah unsur unsur negatif, tidakkah kita akan terpalit jua dengan unsur unsur negatif itu? Ia adalah pencerobohan dan kolonialisasi AQAL. Kita umpan aqal kita dengan unsur unsur lucah. Kita ladeni jiwa yang kononnya kosong itu dengan input sia sia, maka jadilah kita seorang yang lucah, ungkapan kita turut lucah, tingkah laku kita turut tercemar. Kita umpan aqal dengan bertindak menyebar berita fitnah, maka kita tururt bergelumang dengan melakukan dan membuat berita fitnah dan sensasi. Sampai bilakah kita begini?

Tidakkah kita sedar bahawa kita turut sama menjadi PENYUMBANG kepada kebobrokan orang lain dengan menyebarkan berita fitnah, mengungkap kata kata berunsur lucah, kata kata negatif, keburukan orang lain berbanding menyebarkan kebaikan, ilmu, dan ungkapan ungkapan positif. Tidakkah itu DOSA yang BERANTAIAN. Lalu kita mengharapkan doa kita dimakbulkan oleh Allah swt dalam keadaan kita memakan daging busuk saudara kita sendiri? Lihat sendiri di Facebook...apa yang ada ialah butang LIKE

Ya benar, jika dahulu musuh musuh kita begitu bersusah payah untuk meruntuhkan tamadun sesuatu bangsa. Begitu berusaha melakukan segala macam upaya, membuat berbagai strategi untuk melemahkan pemikiran umat, namun HAKIKATnya pada HARI INI, mereka sudahpunya PENGIKUT dan WAKIL yang akan melakukan semua itu tanpa DISURUH....ia umpama butang SHARE yang sifatnya automatik, mudah sahaja tersebar luas ke merata rata tempat. Oh bangsaku!

 Sedarlah kalian, aku hanya berkongsi berdasarkan pemerhatianku, aku mengajak kalian turut sama bermuhasabah sejenak, fikir dan fahami sejenak. Marilah kita BANJIRI laman sosial dengan input input yang positif, yang membangun sahsiah dan akhlak yang murni berbanding menjadi pak turut yang bergelumang dosa dengan menyebarkan adu domba, permusuhan, rasa BENCI SESAMA, FITNAH sesama, tingkah laku jelik sesama lalu berBICARA TANPA SEMPADAN. Ayuh! Hentikan kebobrokan ini demi kebaikan umat dan generasi akan datang.......

JANGAN DIUNGKAP BERJIHAD DAN BERJUANG KE JALAN ALLAH DAN DEMI KEBAIKAN jika kebobrokan, ungkapan negatif, lucah dan jelik adalah apa yang kita paparkan dan disebarkan di atas muka bumi ini. Wahai rakan taulan, sahabat handai, MARILAH KITA PERBAIKI SOLAT KITA agar kita tidak terjebak dengan kebobrokan ini.

Allahummagfirlanaa zunuubanaa, allahuma inna nauuzubika min azaabi jahannam, wa n'auzubika min azaaabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamaat wa min fitnatil masiiihid dajjaal.......

Thursday, August 1, 2013

Sembrono dan tuli...disukai!

Assalamualaikum wrt wbt....

Dunia di penghujung usia, berbagai ragam dan perangai manusia....pernah dikatakan oleh Nabi saw 'fitnah berleluasa di akhir zaman nanti'...hari ini ia menjadi mainan dan acara harian, oleh sesiapa sekalipun samada yang beragama Islam@bukan....sama sahaja. Bezanya ialah kandungan...


Prinsip 'fatabayyanu' tidak diamalkan....sejauh Afrika, Amerika Selatan malah jika ada yang duduk di puncak Everest sekalipun akan menambah perisa dalam skrip dan adegan fitnah di laman sosial.....yang berprinsip boleh tuntas menjadi goyah dan hilang prinsip. Sebaliknya yang tidak punya prinsip atau menghormati ajaran agamanya....akan sewenangnya meratah bisa fitnah itu. Masyarakat jadi rosak....teori pendidikan mana sekalipun, mazhab pendidikan mana sekalipun akan gagal dalam proses menginsankan seorang manusia jika susuk itu tidak dilindungi oleh fitnah atau fitnah ini tidak dibendung.....

Cuba tanya, adakah kita sebahagian yang menyebar fitnah? Atau sebahagian yang menambah perisa dalam adegan fitnah itu? Atau penyokong kepada pelakon fitnah itu? Atau tanpa sedar turut memfitnah dan difitnah? Fikirkan betapa banyak dosa yang kita palitkan kepada orang lain dalam skim berbilang tingkat perniagaan 'fitnah' ini melalui LIKEs, SHARE dan COMMENT di muka buku? Atau di kicauan si burung Twitter? Atau apa sahaja saluran media yang ada?

Lalu tanyakan juga, amal yang sedia ada tidaklah sebanyak mana, dikurangi pula dengan dosa fitnah yang besar sekali dosanya.....agak agak dalam perkiraan kalian, adakah DOA kita MAKBUL dikala hajat dipanjatkan kepadaNYA dek kerana kita bergelumang dosa jahatnya fitnah? Lalu bilakah kita kan berhenti memakan lalu menyebar bisa dan racun fitnah ini? Bilakah kita mengambil sikap yang sangat berhati hati agar kita bukan sebahagian dari pasukan, hulubalang, pejuang, perwira fitnah ini? Tidakkah benar babahwa hari ini, sebilangan kita amat gemar bersikap SEMBORNO dan TULI lalu ia kemudian diikuti dan disukai oleh khalayak......aduh jeleknya sikap begini. Ia amat tidak SELARI dengan ALLAH swt.....maka pada waktu yang sama kita dambakan syurgaNYA?

Di Ramadhan terakhir yang semakin susut berlalu pergi, ku panjatkan doa kepadaNYA buat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat agar kita terhindar, terlindung dan terselamat dari fitnah kubur, fitnah nerakan Jahannam, fitnah yang hidup@mati mahupun fitnah alMasih adDajjal.....amin ya Rabb...kabulkan doa ku ini....di Ramadhan yang penuh berkah ini....entah ada atau tidak Ramadhan lagi buat diriku....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.