Monday, July 30, 2012

Ini perang yg satu lagi...Siri 4:Bila lagi? Inilah tikanya!

IMG-20120728-00007.jpgIMG-20120728-00008.jpgSalam ukhuwwah!

Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat 100.




وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
And the first to lead the way , of the Muha ' jirin and the Ansar , and those who followed them in goodness Allah is well pleased with them and they are well pleased with Him and He hath made ready for them Gardens underneath which rivers flow , wherein they will abide for ever . That is the supreme triumph .

Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"... dalam konteks ayat at Taubah di atas...KITA SEMUA ikuti atau turuti jejak langkah para SAHABAT Nabi saw dengan kebaikan iman dan taqwa!



Pada Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini! Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada atau menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Seronok apabila kita boleh meningkatkan usaha agar perhubungan dan ukhuwwah menjadi lebih erat (maaf, saya bermaksud ukhuwwah yang syariah compliance, dan bukannya hubungan atau permainan cinta mahupun perasaan antara seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim yang melewati batas syariah!!!!!). Persahabatan 'fillah' itu menjadi sandaran....kerana ia salah satu golongan yang menerima 'dzilluhu' atau naungan dariNYA di akhirat kelak! Mudah bukan! Hanya dengan mengekalkan dan menjalin ukhuwwah, Allah swt janjikan perlindunganNYA di akhirat kelak! Masyaallah!....justeru saat ini mengapa kita menjadi manusia yang mudah sahaja memutuskan perhubungan? Tidakkah dengan mengaibkan orang, menunjukkan buruk sesama, saling bercakaran dan berbahasan melewati batas itu adalah punca dan faktor ke arah memutuskan suatu perhubungan???? 


Pada waktu yang sama....tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 29, 2012

Sudah sampai tika dan saatnya!

Salam ukhuwwah!

Benarlah! Sesiapa ikut pilihan pilihan yang ditentukan Allah swt...dia akan menerima syahadah daripada Allah, pengakuan daripada Allah, radiallahu anhum waradhuu anh! Allah redha kepada mereka dan mereka ialah orang orang yang mendapat redhaNya! Rujuk Surah at Taubah ayat??(Maaf sy terlupa ayat ke berapa! Akan diupdate kemudian).

Secara umumnya, mudah sebenarnya formula untuk mendapat redha Illahi...formula ringkasnya ialah "ikuti apa yang Allah suruh buat, tinggal apa yang dilarang"...di Ramadhan yang mulia ini...inilah masa, saat dan tikanya! Saat nafsu lemah dan hilang kuasa, geraf IMAN meningkat mendadak....atau peluang untuk IMAN berkuasa sepenuhnya ke atas nafsu...maka inilah saatnya kita meraih redha Illahi...jangan terlepas peluang ini!

Tingkatkan amal...tadarus alQuran, kerjakan solat fardhu, terawih, taubah, tasbih, tahajjud dan sunat sunat yang lain, jangan pentingkan diri sendiri, dalam pada kita beribadah, kita juga diseru untuk menjalin ukhuwwah samada meningkatkan ukhuwwah sedia ada dan menjalin ukhuwwah yang baru...ajak rakan dan teman berbuka puasa mahupun bersahur bersama sama serta tazkirah sesama!

Kalian kan temui keseronokan dan kebahagiaan dengan cara menyumbang usaha kearah membahagiakan orang lain! Tidakkah selama ini kita tercari cari kebahagiaan dalam hidup selama ini? Mengapa tidak kita usaha mencari kebahagiaan itu....kaedah dan cara telah terhidang didepan mata! Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan itu...ia juga dicontohi oleh mereka selepas Baginda Rasulullah saw! Mengapa kita masih tercari cari walhal ia ada didepan mata! Jangan jadi malas dan manja....gali khazanah ilmu, baca kisah kisah mereka! Contohi cara dan kehidupan mereka....pasti kalian kan temui kebahagiaan yang dicari selama ini! Amiin! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mencari erti Ramadhan....dengan TALAM!

Salam ukhuwwah....

Sudah hari ke 9. Alhamdulillah moga ia benar benar 'membakar' dan menjinak nafsu...lalu ia kan tunduk dengan IMAN! Kita biarkan IMAN bermaharaja lela kali ini. Biarkan ia berkuasa.....dan pastikan ia benar benar utuh dan tetap berkuasa ke atas nafsu sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang dengan izinNYA. 


Sayugia ingin dikongsi....sudah menjadi tradisi sebenarnya setiap petang di bulan Ramadhan...ramai yang akan berkunjung ke Bazar Ramadhan....alhamdulillah, kalian akan saksikan ramainya orang kita, umat Islam berniaga berbagai juadah dan kuih muih! Syukur kita kepadaNya kerana dilimpahi olehNya dengan berbagai rezeki hinggakan makanan tidak sukar ditemui berbanding di Ethiopia atau negara negara yang kebulur ditempat lain....kasihan kepada saudara saudara kita yang menyambut Ramadhan dalam kebuluran dan peperangan! Masyaallah....


Kembali kepada Bazar Ramadhan tadi.....cumanya pada pandangan saya agak menyedihkan dalam keadaan tertentu, si penjual tidak tutup aurat, si pengunjung juga tidak tutup aurat. Malah ramai yang menyangka dirinya telah menutup aurat, walhal auratnya tidak tertutup dengan sempurna. Bagi yang wanita, menutup aurat menggunakan fesyen terkini berjenama atau beraliran 'bungkusan nangka'...ketat dan sendat. Memakai tudung akan tetapi bajunya sendat dan ketat, itulah ketidak sempurnaan menutup aurat. Kelihatan 'babat' atau ladang ladang lemak di sana sini sama sahaja samada lelaki mahupun perempuan. Bagi lelaki pula, berseluar pendek, tentunya itu juga tidak menutup aurat, mata pula meliar melihat adegan percuma 'wayang gambar' fesyen 'bungkusan nangka'...masyaallah! 

Kita berpuasa bukan hanya menahan lapar akan tetapi berpuasa anggota tubuh badan dan hati dari melakukan maksiat! Inilah puncanya aku tidak lagi berkeinginan untuk singgah dan bersiar siar di Bazar Ramadhan. Marilah kita perbaiki kelemahan, marilah kita sempurnakan seruan menutup aurat! Jangan kita men'dosa'kan orang lain kerana diri kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna lalu membuatkan orang lain mendapat dosa dek kerana maksiat mata! Begitu sang penjaja yang telah membuat persiapan berniaga dan menjaja sejak jam 3 petang lagi.....jangan terbabas hingga meninggalkan solat asar! Jangan terlalu asyik berniaga di Bazaar Ramadhan akan tetapi diri itu menyelinap di dalam van lalu sedang meratah ayam goreng dan nasi atau apa apa sekalipun (nauuzubillah...ini ku saksikan sendiri pada Ramadhan 3, 4 tahun yang lepas, seorang pakcik yang berniaga di Bazaar Ramadhan berdekatan rumahku)! Jangan berpura berpura dengan Allah! Jangan permainkan Allah. Kita boleh menipu manusia, akan tetapi jangan tipu Allah kerana kita sememangnya tidak mampu membuat tipudaya untuk menipu Allah. DIA tahu apa yang kita lakukan!


Jika aku punya keperluan untuk lauk tertentu, aku sudah menjadi pelanggan tetap, hanya perlu sms atau order melalui telefon sahaja, maka makcik itu akan menyimpankan lauk untuk ku ambil kemudian nanti! Lagipun aku memang tidak gemar membeli lauk diluar kecuali jika ada kekangan kekangan yang pelbagai! Aku lebih sukakan masakan isteriku di rumah! Apa yang menjadi perhatianku ialah aku cuba mengelakkan 'ajinomoto infested food' (bak kata teman ku Sdra Budi alFahmi) tempohari......dan aku tidak berapa gemar dengan senario penjaja 'mee segera' ini....maksud aku ialah apabila bukan bulan Ramadhan, dia tidak berniaga pun, tetapi apabila tiba Ramadhan, dialah peniaga segera....tidak salah, cuma aku lebih gemarkan penjaja yang konsisten berniaga sejak dulu hingga kini, lagipun aku sudah pasti gaya masakan dan kualiti masakannyang dimasaknya.



Semalam, aku sekeluarga ke Putra Heights kerana menerima jemputan teman baik isteriku untuk berbuka puasa dan menghadiri program Tazkirah di pejabatnya! Kami pergi kerana memenuhi jemputan sang teman. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar! Cukup ramai yang memenuhi surau pejabat sang teman yang mengundang itu, yang boleh memuatkan kira kira 80 orang pada satu satu masa! Aku seronok kali ini kerana aku belajar keberkatan dengan hidangan talam! Kami berbuka dengan makan beramai ramai yang disediakan didalam talam! Kami berkerumun sekitar 4-5 orang satu talam...Ia cukup, ia merapatkan ukhuwwah, ia berkat dan ia seronok! Itulah kesimpulan yang aku boleh ambil dengan konsep makan hidangan yang disajikan dalam talam secara beramai ramai! Bagiku, ini sudah menjadi suatu penemuan Ramadhan untuk hari ke 8 ini, alhamdulillah, ia begitu bermakna sekali!....ada juga para hadirin yang memilih makan dengan pinggan masing masing secara 'buffet'...tiada masalah. Cuma kegirangan dan kepuasan kudapati dengan makan bertalam....alangkah bagusnya jika boleh diamalkan selalu begini. Ia ringkas dan sangat bermakna untuk menyemarakkan ukhuwwah! Ia juga mendatangkan keberkatan sebab ia juga salah satu sunnah Nabi saw!.......

Friday, July 27, 2012

Ini perang yang satu lagi...Siri 3! Oh sahur ku!!

Salam ukhuwwah!

Menambah rasa beribadah dalam berpuasa ialah sahur! Sebenarnya bukanlah seruan bersahur itu berupa kesungguhan untuk kita makan seumpama makan tengahari dengan segala macam lauk pauk yang pelbagai! Ia adalah syarat bersahur dengan makan ala kadar (kurma, roti dsb) dan air agar tubuh fizikal kita kan punya lebih upaya untuk menahan diri pada esok harinya! Namun hikmah paling besar adalah soal jiwa rohani insan, agar terbiasa mengawali fajar subuh lalu sistem tubuh seiring dengan jiwa rohani kan bergandingan mengadapnya penuh pasrah dihening fajar! Ia adalah modul tarbiah Ramadhan iaitu proses membina upaya dan motivasi agar dapat bangun sebelum subuh. Ia dinamakan tarbiah kerana ia adalah proses mendidik diri agar tunas tunas kehambaan itu kan bergabung rasa dengan nilai nilai ketuhanan agar kita terbiasa untuk sekurang kurangnya solat tahajjud 2 rakaat! Tidakkah solat yang hambaNya paling dekat denganNya ialah solat tahajjud! Inilah makna sebenar oh! sahur ku!
 Bukan sekadarnya sahaja.....buka mata dan makan...ia menjangkau lebih dari itu dalam konteks mendidik diri dan jiwa agar punya kekuatan untuk terus menghidupkan sebahagian malam menghadap Illahi! Ruginya mereka yang beranggapan bahawa bangun sahur itu merupakan suatu aktiviti fizikal semata mata, dalam konteks yang jumud dan ringkas! Sedemikian pemahaman itu akan hanya menutup peluang untuk jiwa meraih makna ketuhanan dalam tahajjudnya, lantas seusai makan sahur, langsung tidur kembali! Bangun semata mata untuk makan sahur! Setakat itu sahaja! Alangkah ruginya!

 Jika ditanya pada diri apa yang diraih disepanjang Ramadhan...jangan disesali jika tiada jawapan yang boleh diperolehi! Atau diri hanya merasa lapar dan dahaga, tanpa ada rasa 'seronoknya' beribadah! Jika kalian mahukan hadirnya rasa 'seronok' beribadah! Inilah masanya! Ramadhan inilah saat dan tikanya kita boleh memulai proses mencapai tahap seronok itu!......aku terlalu menginginkan ia...justeru aku berkongsi rasa dan pandangan ini agar kalian juga kan memperoleh sedemikian jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ini perang yang satu lagi....Siri 3! Oh sahur ku!

Salam ukhuwwah!

Menambah rasa beribadah dalam berpuasa ialah sahur! Sebenarnya bukanlah seruan bersahur itu berupa kesungguhan untuk kita makan seumpama makan tengahari dengan segala macam lauk pauk yang pelbagai! Ia adalah syarat agar tubuh fizikal kita kan punya lebih upaya untuk menahan diri pada esok harinya! Namun hikmah paling besar adalah soal jiwa rohani insan, agar terbiasa mengawali fajar subuh lalu sistem tubuh seiring dengan jiwa rohani kan bergandingan mengadapnya penuh pasrah dihening fajar! Ia adalah modul tarbiah Ramadhan iaitu proses membina upaya dan motivasi agar dapat bangun sebelum subuh. Ia dinamakan tarbiah kerana ia adalah proses mendidik diri agar tunas tunas kehambaan itu kan bergabung rasa dengan nilai nilai ketuhanan agar kita terbiasa untuk sekurang kurangnya solat tahajjud 2 rakaat! Tidakkah solat yang hambaNya paling dekat denganNya ialah solat tahajjud! Inilah makna sebenar sahurku!

Bukan sekadarnya sahaja...iaitu buka mata dan makan...ia menjangkau lebih dari itu dalam konteks mendidik diri dan jiwa agar punya kekuatan untuk terus menghidupkan sebahagian malam menghadap Illahi! Ruginya mereka yang beranggapan bahawa bangun sahur itu merupakan suatu aktiviti fizikal semata mata, dalam konteks yang jumud dan ringkas! Sedemikian pemahaman itu akan hanya menutup peluang untuk jiwa meraih makna ketuhanan dalam tahajjudnya, lantas seusai makan sahur, langsung tidur kembali! Bangun semata mata untuk makan sahur! Setakat itu sahaja! Alangkah ruginya!

Jika ditanya pada diri apa yang diraih disepanjang Ramadhan...jangan disesali jika tiada jawapan yang boleh diperolehi! Atau diri hanya merasa lapar dan dahaga, tanpa ada rasa 'seronoknya' beribadah! Jika kalian mahukan hadirnya rasa 'seronok' beribadah! Inilah masanya! Ramadhan inilah saat dan tikanya kita boleh memulai proses mencapai tahap seronok itu!......aku terlalu menginginkan ia...justeru aku berkongsi rasa dan pandangan ini agar kalian juga kan memperoleh sedemikian jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ini perang yang satu lagi....Siri 3! Oh sahur ku!

Salam ukhuwwah!

Menambah rasa beribadah dalam berpuasa ialah sahur! Sebenarnya bukanlah seruan bersahur itu berupa kesungguhan untuk kita makan seumpama makan tengahari dengan segala macam lauk pauk yang pelbagai! Ia adalah syarat agar tubuh fizikal kita kan punya lebih upaya untuk menahan diri pada esok harinya! Namun hikmah paling besar adalah soal jiwa rohani insan, agar terbiasa mengawali fajar subuh lalu sistem tubuh seiring dengan jiwa rohani kan bergandingan mengadapnya penuh pasrah dihening fajar! Ia adalah modul tarbiah Ramadhan iaitu proses membina upaya dan motivasi agar dapat bangun sebelum subuh. Ia dinamakan tarbiah kerana ia adalah proses mendidik diri agar tunas tunas kehambaan itu kan bergabung rasa dengan nilai nilai ketuhanan agar kita terbiasa untuk sekurang kurangnya solat tahajjud 2 rakaat! Tidakkah solat yang hambaNya paling dekat denganNya ialah solat tahajjud! Inilah makna sebenar sahurku!

Bukan sekadarnya sahaja...iaitu buka mata dan makan...ia menjangkau lebih dari itu dalam konteks mendidik diri dan jiwa agar punya kekuatan untuk terus menghidupkan sebahagian malam menghadap Illahi! Ruginya mereka yang beranggapan bahawa bangun sahur itu merupakan suatu aktiviti fizikal semata mata, dalam konteks yang jumud dan ringkas! Sedemikian pemahaman itu akan hanya menutup peluang untuk jiwa meraih makna ketuhanan dalam tahajjudnya, lantas seusai makan sahur, langsung tidur kembali! Bangun semata mata untuk makan sahur! Setakat itu sahaja! Alangkah ruginya!

Jika ditanya pada diri apa yang diraih disepanjang Ramadhan...jangan disesali jika tiada jawapan yang boleh diperolehi! Atau diri hanya merasa lapar dan dahaga, tanpa ada rasa 'seronoknya' beribadah! Jika kalian mahukan hadirnya rasa 'seronok' beribadah! Inilah masanya! Ramadhan inilah saat dan tikanya kita boleh memulai proses mencapai tahap seronok itu!......aku terlalu menginginkan ia...justeru aku berkongsi rasa dan pandangan ini agar kalian juga kan memperoleh sedemikian jua!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 24, 2012

Ini perang yang satu lagi...Siri 2

Salam ukhuwwah...

Jika umur kalian sekitar 40an.....dan jika kita telah melewati madrasah Ramadhan selama 33 tahun dengan anggapan bahawa kita memulai tarbiah Ramadhan ini sejak berumur 7 tahun.....bayangkan sepanjang 33 kali Ramadhan yang menjelma dalam kehidupan kita.....berapa kali sebenarnya kita punya markah penuh kehadiran/mengerjakan solat terawikh?

Cuba kalian renungkan......Berapa kali kita solat terawikh penuh dari awal Ramadhan hingga penghujung Ramadhan? Sepanjang 33 kali Ramadhan, adakah separuh iaitu sekitar 16x Ramadhan dari bulan Ramadhan yang telah berlalu itu kita solat penuh terawikh?

Atau kita masih berperangai seperi dahulu...suka ponteng, terpaksa ponteng atau sengaja memontengkan diri dari solat Terawikh! Atau cukup sekadar 20 hari Ramadhan sahaja penuh manakala yang lain tidak dibuat dek kerana sibuk memenuhi undangan berbuka puasa di hotel atau menghadiri program program di sana sini!Atau sibuk buat kuih muih, lepak sana sini atau sibuk urusan kerja? Cuba tanyakan kepada diri!

Walhal, segala macam tawaran yang hebat hebat yang Allah sendiri tawarkan buat kita....jika kita tidak ambil endah, lalu bagaimana kita mahu katakan tentag diri kita ini? Jenis manusia apakah kita ini? Tidakkah kita berasa malu terhadap diri sendiri dan tentunya kepada ALLAH swt! Kita patut berasa sangat malu kepada Allah...kita dambakan syurgaNya, tapi kita tidak ambil endah tawaranNya yang tentunya segala tawaran itu bukan untuk Allah swt akan tetapi untuk kebaikan diri kita sendiri!
Aku mengingatkan diriku sendiri dan kalian jua tentang hakikat dan sikap diri kita.....kita kata tapi tidak kita kotakan apa yang kita kata! Masyaallah!

Aku munajat padaMU Ya Rabb agar dikau bukakan pintu hati kami dengan nur hidayah dan keinsafan agar iman dan taqwa kami benar benar tulen agar kami kan bisa bangkit menyahut seruanMU dan mengingatiMU berbanding sibuk dengan urusan nafsu dan dunia ini setiap masa dan ketika! Amiin Ya Rabbal Aalamiin! Sesungguhnya Engkau berilah kami kemenangan dalam perang yang satu lagi ini Ya Rabb...perang melawan hawa nafsu dan keinginan duniawi yang fana dan sangat sementara ini!

Sunday, July 22, 2012

Ini perang yang satu lagi...siri 1!

Salam ukhuwwah...


Sekadar kongsi rasa...


......jika hari ini umur kita adalah sekitar 40an, maka maknanya sudah kira kira 33 tahun kita menyambut Ramadhan ini...itupun jika kita telah mula berpuasa sejak umur 7 tahun lagi. Mungkin ada yang bermula awal, malah ada yang bermula lewat!


Hakikatnya...setiap tahun selama 33 tahun ini kita hadir dalam perang yang satu lagi ini....pernahkah sekali kita toleh sebentar kebelakang dan lihat diri dalam tempoh dan julat masa selama 33 tahun itu? Apa yang mahu dilihat? Tentunya kesan tarbiah di madrasah Ramadhan ini! Dimana kita dahulu dan bagaimana kita sekarang!


Mungkin beberapa soalan boleh ditanya kepada diri dalam tempoh 33 tahun berada di madrasah Ramadhan setiap kalinya:


Iftar : dates on white background1) Sepanjang 33 tahun berbuka puasa...berapa kali kita benar benar berbuka puasa dengan cara Rasulullah saw yang kita kasihi dan cintai...sekadar mahu merasai keadaan dan cara hidupnya! Hanya dengan sekitar 7 biji kurma dan air serta sepotong roti! Begitu juga bersahur! Cuba tanyakan pada diri, kirakan berapa hari kita mencuba merasai berbuka puasa dan bersahur mengikut cara Rasulullah....1 hari, 2 hari, 3 hari atau tidak pernah pun sekali sepanjang 33 tahun?


Inilah namanya perang yang satu lagi!


Inilah perkara yang perlu kita tanyakan pada diri hari ini.....sejak diberi peluang dan masa oleh Illahi, berapa kalikah kita berbuat sedemikian hanya sekadar kita ingin menjadi umat Nabi Muhammad saw...cukupkan sekadar kita mengungkap kita umat Nabi Muhammad saw dan mengharap syafaatnya di akhirat kelak, tapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya, caranya menjalani kehidupan dan juga sunnah Baginda dalam beragama dan kehidupan! Benar....kita berbuat sekadar termampu....namun benarkah  kita sudah berusaha sebegitu rupa!


Sudahkah kita berusaha dengan sedaya upaya untuk mencontohi cara Nabi berbuka puasa dan melaksanakan cara Nabi bertarawikh? (hanya sekadar menunjukkan kepada kalian semua dua perkara sahaja dalam coretan kali ini....akan kubicarakan lagi aspek aspek lain dalam coretan yang lain)...SETAKAT MANA USAHA KITA UNTUK MENCONTOHI CARA NABI SAW? Sudahkah kita tunjukkan dengan  kesungguhan yang sebenarnya bahawa kita telah mengikuti cara dan contoh ikutan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw biarpun tidak kesemuanya namun sekurang kurangnya dalam konteks hari ini dan bulan ini ialah dalam soal berbuka dan bersahur!.....Bayangkan! Sudah 33 tahun kita 'melantak' semahunya, sudah kira kira 990 hari berpuasa sepanjang 33 tahun Ramadhan jika setiap kalinya kita berpuasa 30 hari (benar ada bulannya kita hanya berpuasa cukup 29 hari sahaja)....dan tidak satu hari pun berlaku lalu kita contohi cara Nabi saw berbuka dan bersahur yang penuh kesederhanaan! Umat apakah kita ini???? Tak malukah kita kepada kepada Junjungan Rasulullah saw????


Sebanyak inikah menu dan lauk berbuka puasa????






Coretan ini kuhamparkan buat diriku dan kalian, agar kita sama sama mengimbau diri kita dan nasib diri kita....jadilah umat Muhammad saw yang paling sederhana dalam soal makan, jangan dituruti nafsu yang membuak membuak.....cukuplah Ramadhan tahun ini kita mulai dengan sederhana sekali...ingatlah bahawa jika kita ungkap kasih sayang dan cinta kepada Rasulullah saw, maka sebetulnya, sewajibnya kita membuktikan ungkapan itu bukan sekadar kata kata akan tetapi tindakan dan perbuatan! Jangan bersikap hipokrit!...buktikanlah walau sekadar kali ini, walau sekadar hari ini! Buktikanlah kepada diri! 


Ayuh..kita layani perang yang satu lagi ini penuh kekuatan jiwa!.....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 20, 2012

Perang yang satu lagi...

Salam ukhuwwah...


Ini perang yang satu lagi..ia akan bermula esok. Jangan ketinggalan mengukuhkan kubu dan persiapan senjata. Jangan ketinggalan meraih amal dan bakti...


ayuh sama sama kita...
malam ini gendang akan dipalu!
malam ini semangat akan dijana!
Malam ini kita berganding bahu...
Melawan nafsu, membuang kemalasan!


Ayuh....
Wahyunya kita baca
PeringatanNya kita fahami
TeguranNya membangkitkan emosi
AmaranNya kita selami
Inilah perang yang satu lagi.....
Lalu jika alami.....
Kita kan bisa HIJRAH DIRI dibulan yang berkah ini....


Ayuh....
Disini ia bermula...
Kita perbaiki robek amal semula
Kita tambah dengan apa yang ada
Kita cengkang mata menagih kasihnya
Kita usaha mendapat ampunanNya


Ramadan MubarakAyuh....
Jangan biar diri rugi selamanya
Kelak diri kan sesal tiada berguna
Lalu apa kita dihadapan Sang Pencipta
Tanpa bakti dan amal yang ada
Panjatkan doa kepadaNYa
Mohon kebaikan dunia akhirat dan semuanya


Ayuh....
ini masanya racun diri dibuang
ini masanya nafsu dikekang
ini masanya nikmat ibadah dirangsang


Salam Ramadhan AlMubarak dari ASAM GARAM buat semua
Jadilah insan yang menikmati hidup ini dengan penuh rela dan redha
Moga Allah kan terima amal ibadah kita semua!


Amiiin!

Wednesday, July 18, 2012

MeRAJAI nafsu...ballighna Ramadhan!

Salam ukhuwwah....


Sejak beberapa ketika coretan ini terhenti. Agak sibuk sejak akhir akhir ini tambahan pula jentera minda difokuskan kepada penulisan laporan tesis! Juga agak sibuk dengan kehadiran Syaaban yang mulia dan Ramadhan yang berkat!


Dikesempatan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, saya dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada semua atas silap bicara samada melalui tulisan dan nukilan diruangan ini atau diketika dan keadaan yang lain....


Hadirnya Ramadhan adalah masa kita 'recharge' jiwa sufi dalam diri, agar jiwa zuhud kan mekar dan subur saat Ramadhan agar ia akan tumbuh walau Ramadhan telah berlalu pergi....inilah saatnya kita menjadi sangat 'hamba' kepadaNYA....rebutlah peluang ini! Binalah empayar diri saat Ramadhan tiba, moga kita menjadi insan lebih bermakna dalam kehidupan ini dan kehidupan akan datang! 


Moga jiwa kehambaan, rasa khilaf dan keinsafan serta kehidupan yang mendatang kan lebih bertambah mabruuk dan mabrur buat kalian semua! Hentikan sengketa, bicara sia sia yang hanya menagih dosa dan membuang sisa tenaga! Lontarkan sikap buruk dan bicara keji dari bermastautin dalam diri...inilah masa dan saatnya diri di tarbiah di madrasah Ramadhan...dan moga ia terus bertambah baik buat diri dan kita semua! Amiin!

Wednesday, July 4, 2012

Salam kemaafan!

Dengan penuh rendah diri saya, Alwi Mohd Yunus dan isteri, Sakinah Salleh memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan samada sedar atau tidak, baik kata2 atau perbuatan atau apa sahaja dari kalian semua! Moga2 Allah mengampuni dosa kita semua, lalu DIA meredhai, merahmati dan melindungi kita! Moga kalian semua berbahagia di dunia dan akhirat! Mabruuk dan mabrur insyaallah! amiiinnnn! Salam Nisfu Syaaban buat semua!

Imbau diri

Salam ukhuwwah....

ambil sedikit masa dan renungkan!

Monday, July 2, 2012

Melihat sahaja atau melakukannya!

Salam ukhuwwah,


Apabila berpersatuan, kita melihat dari aspek kerjasama dan komitmen tidak berbelah bagi. Terutamanya pengisian program yang dijalankan oleh pihak persatuan atau kelab. Jika tiada kerjasama erat dari ahli dan pihak AJK, program yang dijalankan akan jadi caca merba dan kelam kabut. Tambahan pula jika AJK yang terlibat menganjurkan persatuan itu bertindak atas dasar sukarela dan secara 'part time'. "Kerja kerja sebegini adalah umpama kerja Nabi" ujar seorang teman. Aku tanya "Kenapa gitu". "Iya la. dah la tak de gaji, tak de apa ganjaran sekalipun melainkan kepuasan dan pahala dari Allah, idak itu umpama kerja Nabi" jawab sang teman!


Aku termangu sebentar mendengarkan jawapan sang teman sebegitu. "Betul juga" ujarku! Ada kebenaran fakta sedemikian sebab para Nabi mendukung dakwah Islam tanpa ada harapan balasan duniawi melainkan redha Allah swt semata mata. Lamunan ku memanjang kepada apa yang sedang aku lakukan ketika ini! Tanpa ada komitmen, tanpa kerjasama untuk mendukung program dan aktiviti, maka kucar kacir lah program yang yang hendak dilakukan. Untuk mendapatkan penyertaan satu hal, untuk membuat pengisian sesuatu program satu hal lagi. Semuanya perlu dilakukan bersama. Ia tidak boleh dilakukan sendiri sendiri atau sekadar 2, 3 orang jika saiz programnya besar. Semua mesti bersatu hati untuk menjayakannya. Jika yang dicari ialah kelemahan, pasti akan ketemu segala macam kelemahan yang ada. Namun, jika sama sama turut mendukung dan menjayakan program, insyaallah ia akan berlangsung dengan jayanya.


Bagi yang mengusahakan sesuatu program, ia bukan kerja mudah, tambahan pula jika tiada bantuan dari rakan rakan dan teman teman. Banyak perkara perlu dipersiapkan terlebih dahulu. "Sakit kepala memikirkan soal bajet, soal pengurusan program, 'manpower' dan sebagainya" kata temanku. Tambahan pula jika para AJK itu bertindak atas dasar sukarela, bukan sepenuh masa mengerjakannya. Aku boleh memahami situasi sedemikian, akan tetapi bagaimana mahu memahamkan orang lain? Aku pernah bekerja dalam satu organisasi swasta dan dibayar gaji setiap bulan khusus untuk menjadi pengurus program bagi segala macam persidangan, bengkel, kursus, program motivasi, hari keluarga dan sebagainya, dan alhamdulillah ia berjalan dengan lancar kerana itulah kerja khusus aku! Aku fokus dalam melaksanakannya. Segalanya dilakukan dalam satu kumpulan profesional yang tahu dan mahir tentang hal ehwal menganjurkan sesuatu program.


Namun, aku tidak lagi bekerja di organisasi tersebut, namun kerana minat dan usaha untuk memajukan masyarakat, aku terlibat secara sukarela dengan satu kelab yang menyatukan anak rantau yang bekerja dil luar dari kampung halamanku. Ia benar sukarela dan usaha untuk menjalankan aktiviti aktiviti bermakna sangatlah sukar kerana 'ramai yang pandai' yang hanya tahu mengkritik itu dan ini akan tetapi tiada sumbangan untuk terlibat menganjurkannya. Menjadi peserta mudah, walau ia tidak semudah yang dikatakan, namun mengusahakannya sangatlah sukar! Sampai suatu tahap, aku memikirkan dan membuat analisa tentang seluruh trend dan sikap kita dalam berpersatuan....analisa ini mengambilkira sikap dan pemikiran bangsa kita sendiri.....antaranya ialah:


1) Ramai yang hanya bijak dan pandai menuding jari jika berlaku kelemahan dan kekurangan dalam sesuatu aktiviti dan program. 


Aku tiada masalah dengan segala macam komen, cemuhan dan kritikan namun biarlah berasas! Memang kelemahan itu diakui, dan sebolehnya tidak mahu diulangi lagi, namun puncanya juga harus dikenal pasti. Jika yang ke hulu ke hilir, menguruskan itu ini, mendapatkan sponsorship, menyiapkan hadiah, mengusahakan pengisian program, jamuan makan dan persiapan dewan hanya dilakukan oleh tidak lebih dari 4 orang dengan segala macam kos logistik dikongsi dan ditanggung oleh 4 orang tadi (kerana ia sukarela, boleh dimasukkan kedalam bajet namun ia tidak realistik kerana akan menyebabkan kos pengurusan semakin meningkat), sedangkan program itu berskala besar yang melibatkan hampir 1500 orang jemputan termasuk VVIP, VIP, peserta dan orang kampung, natijah risikonya amatlah besar. Sebarang kesilapan mudah berlaku, tambahan pula ia dilakukan di kampung halaman walhal pihak AJK berada di Lembah Kelang yang jaraknya sekitar 150km...bayangkan betapa banyak penyelarasan yang perlu dilakukan. Walaupun usaha dilakukan, wawaran dibuat meminta bantuan para sukarela dan sesiapa lagi yang sanggup bekerjasama, namun ia umpama "di angin lalu"....tidak ramai yang mahu terlibat, tidak ramai juga yang mahu memberi input sekurang kurangnya! Ramai yang hanya mahu menjadi peserta semata mata, itupun sangat sedikit yang ambil tahu dan mahu menyebarkan maklumat dan menjemput teman teman lain terlibat sama.


2) Tahap kesukarelaan sangat rendah.


Orang kita sudah semakin kabur tahap kerjasama, semakin menjarak semangat gotong royong dan semakin pesimis sikapnya. Apabila ada usaha penyatuan mahu dilakukan, kesatuan dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu program dan aktiviti, kita punya tahap rendah dalam memberi kerjasama. Tidak ramai yang mahu 'ringan tulang' membahu amanah dan kerja yang perlu dilakukan. Ini berbeza dengan bangsa bangsa lain, tahap perpaduan mereka lebih tinggi. Sikap mereka lebih positif. Bukan kelemahan yang dicari akan tetapi usaha untuk meningkatkan kualiti penganjuran dan menutup kelemahan yang dicari! Bangsa kita suka cari kelemahan, sibuk mencari kekurangan, sangat teruja untuk melihat kesilapan dan 'menelunjuk' kesilapan itu umpama mencari 'kambing hitam'. Sikap tidak profesional ini membejatkan usaha penyatuan dan perpaduan! IA JUGA LAMBANG TAHAP DAYA FIKIR DAN KEINTELEKTUALAN KITA. Inilah kebejatan yang sebenarnya. Sebagai contoh; jika si A buat, maka si B akan berfikir apa keuntungan kepada dirinya, lalu menganggap bahawa si A ada matlamat dan cita cita lebih besar! Ini pemikiran yang silap kerana kepentingan peribadi menjadi neraca penilaian oleh si B, 'anggapan anggapan melampau' menjadi asas kepada usaha kerjasama itu! Tentunya ia sifatnya sangat sementara dan rapuh! 


Adakah bila ada imbuhan baru kita mahu bekerjasama? Ini sangat merosakkan bangsa dan negara! Benar, jika kebetulan ada imbuhan yang diberi, ia suatu penghargaan, namun jangan dijadikan imbuhan sebagai asas kepada kerjasama. Niat kena betul dahulu. Tidak boleh menjadikan imbuhan sebagai pra syarat untuk bekerjasama atau matlamat utama, kelak ia akan menjadi barah yang merosakkan! Lihatlah kepada matlamat yang lebih meluas berbanding kepentingan peribadi. Hilangkanlah sangkaan sangkaan buruk yang merosakkan perhubungan. Hilangkanlah kritikan kritikan yang tidak membina atau kritikan yang tidak berasas. 


Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memberi kritikan, akan tetapi hendaklah si pengkritik itu telah melakukan apa yang perlu terlebih dahulu agar apa yang sedang dikritikkan olehnya tidak berlaku, hendaklah si pengkritik itu telah berusaha membantu menjayakan sesuatu perkara, dan jika ia tetap juga berlaku, maka saat dan ketika itu, aku sendiri akan memikul beban kritikan itu kerana aku setuju dengan caranya. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah, si pengkritik hanya berpeluk tubuh, tidak melakukan apa apa, lalu lantang berbicara jika ada sesuatu yang tidak kena. Ini sikap yang tidak adil sebenarnya! Bagaimana bangsa akan jadi cemerlang jika hanya pandai mengkritik sahaja!


Cuba fahami apa yang saya cuba nyatakan dengan slot powerpoint ini!


http://www.slideshare.net/apanitsch/the-management-rowing-race

Namun, secara peribadi, aku akur dengan kelemahan dalam penganjuran program yang aku dan teman teman lain usahakan. Ia tidak sempurna dek kerana kekangan kekangan yang timbul, antaranya; 


1. Hanya sebahagian kecil sahaja yang sanggup jadi sukarela, tidak lebih 6-7 orang walau jemputan dan wawaran dibuat untuk turut sama, sibuk melakukan tugas dan kerja hakiki (kerja sendiri@makan gaji) sambil berusaha menjayakannya program ini. Dan dengan jumlah yang kecil itu, kumpulan ini berusaha mendapatkan bajet, membuat kertas kerja, mengatur tarikh, mendapatkan penyumbang dan 'sponsor' untuk hadiah, menguruskan tempahan makanan untuk beberapa sesi (pagi, petang dan jamuan makan malam di beberapa lokasi), menguruskan dan menyelaraskan pengisian program, tempahan dewan, menyediakan aktiviti aktiviti, menguruskan penghantaran hadiah ke lokasi akhir dimana kemuncak program diadakan, tempahan sticker dan t-shirt, mendapatkan penyertaan, mengkoordinasikan pihak pihak lain yang terlibat dalam program, menempah makanan dengan 2,3 pihak, menyusun dan memastikan bajet tidak meningkat dan berada pada kadar minimum, menguruskan 'rehearsal' program, dan juga menguruskan susun atur dewan.
2.  Dengan jumlah sukarelawan yang amat sedikit, dan kehendak program yang perlu disusun sedemikian rupa, ia membabitkan urusan logistik yang sangat besar. Ini menimbulkan keadaan kekangan.
3. Penyelarasan yang dibuat tidak dipatuhi oleh pihak pihak lain, dan ini menyukarkan keadaan.
4. Kekangan bajet dan urusan mendapatkan tajaan mengambil masa dan tenaga yang banyak.


Justeru, aku dan teman teman akur akan ketidaksempurnaan dan kelicinan program yang dianjurkan! Harap ia tidak menjadi kekecewaan yang bersangatan kepada semua pihak. Tujuan utama program ialah untuk beramah mesra, menjalin ukhuwwah dan bukan mencari permusuhan mahupun menonjolkan kelemahan dan kekurangan. Tiada penganjur yang mahukan perjalanan program menjadi caca merba dan kelam kabut. Sebolehnya pihak penganjur mahukan perjalanan program yang terbaik untuk semua! Justeru, jika ada kelemahan, lihatlah kepada kelebihan dan perkara positif yang berlaku berbanding perkara negatif! Sebagai penganjur, aku dan teman teman memohon maaf, dan akan cuba memperbaiki segala kelemahan di masa masa akan datang. 


Harapan kami agar para peserta dan ahli semua agar lebih bersikap proaktif dan menyokong program program sedemikian dimasa masa akan datang! Marilah sama sama turun padang dan bergabung tenaga! Harus diingat, kelab dan persatuan ini adalah untuk kita, dan kitalah yang menjayakannya mahupun meruntuhkannya, bukannya orang lain!