Salam ukhuwwah....
Sudah hari ke 9. Alhamdulillah moga ia benar benar 'membakar' dan menjinak nafsu...lalu ia kan tunduk dengan IMAN! Kita biarkan IMAN bermaharaja lela kali ini. Biarkan ia berkuasa.....dan pastikan ia benar benar utuh dan tetap berkuasa ke atas nafsu sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang dengan izinNYA.
Sayugia ingin dikongsi....sudah menjadi tradisi sebenarnya setiap petang di bulan Ramadhan...ramai yang akan berkunjung ke Bazar Ramadhan....alhamdulillah, kalian akan saksikan ramainya orang kita, umat Islam berniaga berbagai juadah dan kuih muih! Syukur kita kepadaNya kerana dilimpahi olehNya dengan berbagai rezeki hinggakan makanan tidak sukar ditemui berbanding di Ethiopia atau negara negara yang kebulur ditempat lain....kasihan kepada saudara saudara kita yang menyambut Ramadhan dalam kebuluran dan peperangan! Masyaallah....
Kembali kepada Bazar Ramadhan tadi.....cumanya pada pandangan saya agak menyedihkan dalam keadaan tertentu, si penjual tidak tutup aurat, si pengunjung juga tidak tutup aurat. Malah ramai yang menyangka dirinya telah menutup aurat, walhal auratnya tidak tertutup dengan sempurna. Bagi yang wanita, menutup aurat menggunakan fesyen terkini berjenama atau beraliran 'bungkusan nangka'...ketat dan sendat. Memakai tudung akan tetapi bajunya sendat dan ketat, itulah ketidak sempurnaan menutup aurat. Kelihatan 'babat' atau ladang ladang lemak di sana sini sama sahaja samada lelaki mahupun perempuan. Bagi lelaki pula, berseluar pendek, tentunya itu juga tidak menutup aurat, mata pula meliar melihat adegan percuma 'wayang gambar' fesyen 'bungkusan nangka'...masyaallah!
Kita berpuasa bukan hanya menahan lapar akan tetapi berpuasa anggota tubuh badan dan hati dari melakukan maksiat! Inilah puncanya aku tidak lagi berkeinginan untuk singgah dan bersiar siar di Bazar Ramadhan. Marilah kita perbaiki kelemahan, marilah kita sempurnakan seruan menutup aurat! Jangan kita men'dosa'kan orang lain kerana diri kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna lalu membuatkan orang lain mendapat dosa dek kerana maksiat mata! Begitu sang penjaja yang telah membuat persiapan berniaga dan menjaja sejak jam 3 petang lagi.....jangan terbabas hingga meninggalkan solat asar! Jangan terlalu asyik berniaga di Bazaar Ramadhan akan tetapi diri itu menyelinap di dalam van lalu sedang meratah ayam goreng dan nasi atau apa apa sekalipun (nauuzubillah...ini ku saksikan sendiri pada Ramadhan 3, 4 tahun yang lepas, seorang pakcik yang berniaga di Bazaar Ramadhan berdekatan rumahku)! Jangan berpura berpura dengan Allah! Jangan permainkan Allah. Kita boleh menipu manusia, akan tetapi jangan tipu Allah kerana kita sememangnya tidak mampu membuat tipudaya untuk menipu Allah. DIA tahu apa yang kita lakukan!
Jika aku punya keperluan untuk lauk tertentu, aku sudah menjadi pelanggan tetap, hanya perlu sms atau order melalui telefon sahaja, maka makcik itu akan menyimpankan lauk untuk ku ambil kemudian nanti! Lagipun aku memang tidak gemar membeli lauk diluar kecuali jika ada kekangan kekangan yang pelbagai! Aku lebih sukakan masakan isteriku di rumah! Apa yang menjadi perhatianku ialah aku cuba mengelakkan 'ajinomoto infested food' (bak kata teman ku Sdra Budi alFahmi) tempohari......dan aku tidak berapa gemar dengan senario penjaja 'mee segera' ini....maksud aku ialah apabila bukan bulan Ramadhan, dia tidak berniaga pun, tetapi apabila tiba Ramadhan, dialah peniaga segera....tidak salah, cuma aku lebih gemarkan penjaja yang konsisten berniaga sejak dulu hingga kini, lagipun aku sudah pasti gaya masakan dan kualiti masakannyang dimasaknya.
Semalam, aku sekeluarga ke Putra Heights kerana menerima jemputan teman baik isteriku untuk berbuka puasa dan menghadiri program Tazkirah di pejabatnya! Kami pergi kerana memenuhi jemputan sang teman. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar! Cukup ramai yang memenuhi surau pejabat sang teman yang mengundang itu, yang boleh memuatkan kira kira 80 orang pada satu satu masa! Aku seronok kali ini kerana aku belajar keberkatan dengan hidangan talam! Kami berbuka dengan makan beramai ramai yang disediakan didalam talam! Kami berkerumun sekitar 4-5 orang satu talam...Ia cukup, ia merapatkan ukhuwwah, ia berkat dan ia seronok! Itulah kesimpulan yang aku boleh ambil dengan konsep makan hidangan yang disajikan dalam talam secara beramai ramai! Bagiku, ini sudah menjadi suatu penemuan Ramadhan untuk hari ke 8 ini, alhamdulillah, ia begitu bermakna sekali!....ada juga para hadirin yang memilih makan dengan pinggan masing masing secara 'buffet'...tiada masalah. Cuma kegirangan dan kepuasan kudapati dengan makan bertalam....alangkah bagusnya jika boleh diamalkan selalu begini. Ia ringkas dan sangat bermakna untuk menyemarakkan ukhuwwah! Ia juga mendatangkan keberkatan sebab ia juga salah satu sunnah Nabi saw!.......
No comments:
Post a Comment