Salam ukhuwwah!
Menambah rasa beribadah dalam berpuasa ialah sahur! Sebenarnya bukanlah seruan bersahur itu berupa kesungguhan untuk kita makan seumpama makan tengahari dengan segala macam lauk pauk yang pelbagai! Ia adalah syarat agar tubuh fizikal kita kan punya lebih upaya untuk menahan diri pada esok harinya! Namun hikmah paling besar adalah soal jiwa rohani insan, agar terbiasa mengawali fajar subuh lalu sistem tubuh seiring dengan jiwa rohani kan bergandingan mengadapnya penuh pasrah dihening fajar! Ia adalah modul tarbiah Ramadhan iaitu proses membina upaya dan motivasi agar dapat bangun sebelum subuh. Ia dinamakan tarbiah kerana ia adalah proses mendidik diri agar tunas tunas kehambaan itu kan bergabung rasa dengan nilai nilai ketuhanan agar kita terbiasa untuk sekurang kurangnya solat tahajjud 2 rakaat! Tidakkah solat yang hambaNya paling dekat denganNya ialah solat tahajjud! Inilah makna sebenar sahurku!
Bukan sekadarnya sahaja...iaitu buka mata dan makan...ia menjangkau lebih dari itu dalam konteks mendidik diri dan jiwa agar punya kekuatan untuk terus menghidupkan sebahagian malam menghadap Illahi! Ruginya mereka yang beranggapan bahawa bangun sahur itu merupakan suatu aktiviti fizikal semata mata, dalam konteks yang jumud dan ringkas! Sedemikian pemahaman itu akan hanya menutup peluang untuk jiwa meraih makna ketuhanan dalam tahajjudnya, lantas seusai makan sahur, langsung tidur kembali! Bangun semata mata untuk makan sahur! Setakat itu sahaja! Alangkah ruginya!
Jika ditanya pada diri apa yang diraih disepanjang Ramadhan...jangan disesali jika tiada jawapan yang boleh diperolehi! Atau diri hanya merasa lapar dan dahaga, tanpa ada rasa 'seronoknya' beribadah! Jika kalian mahukan hadirnya rasa 'seronok' beribadah! Inilah masanya! Ramadhan inilah saat dan tikanya kita boleh memulai proses mencapai tahap seronok itu!......aku terlalu menginginkan ia...justeru aku berkongsi rasa dan pandangan ini agar kalian juga kan memperoleh sedemikian jua!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment