Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!Google+
Tuesday, November 29, 2011
Penawar jiwa....Allah!
Alhamdulillah...sudah selesai byk perkara 4,5 hari ini. Maaf, agak tertunda coretan di blog ni dek kerana masa yg suntuk mengurus walimah adik bongsu!
Pabila dicerca, dihina mahupun dikata...hati terasa, kecewa melanda, malah amarah pun menyala...itulah jiwa dan hati manusia! Jika iman nipis@tiada, maka mulut akan menjadi medan meluahkan kembali cercaan@kata kata...samada sedap didengar,penuh sindirian atau membalas dengan kata2 nista juga! Itulah manusia!
Kata kata orang lain, omongan negatif, kritikan 'buta' yg tidak membina, komen negatif adalah lumrah mulut manusia...peristiwa yang dilalui sentiasa dipenuhi dengan umpatan, sindirian pedas jika disekeling kita dipenuhi manusia yg tidak boleh mengawal mulut dan hati...jika hati itu umpama raja...atau khalifah yg menguasai segala anggota tubuh, segalanya diatur mengikuti peraturan yang ditetapkan, semua jelas tentang pantang larang dan peraturan, dituruti oleh setiap anggota tubuh...maka raja jiwa@khalifah jiwa kan mampu mengatur kehidupan anggota tubuh dengan sebaiknya. Jika sedemikian, mulut terutamanya akan mampu mengungkap kalimah yg benar, baik dan jujur...hati pula kan berperasangka baik...segalanya positif dalam kehidupan. Tidakkah itu kan menatijahkan kebahagiaan...ketenteraman kan hadir, lalu lena tidur di ulit mimpi yang indah...
Tidak pernahkah kalian mengalami tidur yang panjang namun amat gelisah dipembaringan...segalanyaa serba tidak kena?? Berbanding tidur yang lena walau hanya sekejap lalu membuahkan kesegaran tubuh pabila bangkit dari 'kiamat kecil' itu@kematian yang sementara itu? Jika sedemikian, itulah tanda jiwa yang gelisah! Jiwa yang gersang, www.khalifahjiwa.blogspot.com, www.sakinahsalleh.blogspot.com lantas menyebabkan diri menjadi tidak tenteram...kita biasa mengelakkan mahupun mengambil berat tanda tanda kecil sebegini, dek kerana kita tidak mengambil endah dan kurang sensitif terhadap tanda tanda sebegini. Jiwa yg tidak tenteram, resag gelisah menjadi tidak 'sensitif' terhadap tanda tanda sebegini. Inilah alpa dan lalai....sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian!
Bagaimana mengatasi jiwa yang resah gelisah, jiwa yang tidak tenteram, tidur yang tidak lena?? Mahukah kalian punya jiwa yang tenteram, bahagia sepanjang hari....tidur yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek namun segar bugar dikala bangun darinya?.....ikuti ia di www.khalifahjiwa.blogspot.com kemudian nanti.....
Sent from my Blackberry ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, November 22, 2011
Tahniah Harimau Muda Malaya!
Tahniah Harimau Muda Malaya! Kalian menggegar degup jantung, mencemaskan dan melakukannya dengan penuh 'thrill'! Tak senang duduk dibuatnya...kita bersyukur kerana memenangi riadah yg dipertandingkan ini! Itu kemenangan sukan yg merentas makna dan memberi kesan kpd semua penyokong!
Syukur perlu dipanjatkan kpdNya! Terjemahkan syukur itu dlm konteks menuruti perintahNya (kalian para pembaca blog ini boleh sahaja tidak bersetuju dengan kenyataan ini,akan tetapi itulah hakikatnya!)...Kejayaan ini amat bermakna buat kalian,buat negara Malaysia yg dicintai ini dan buat seluruh rakyat Malaysia!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 19, 2011
Yang dinanti dan yang ditunggu Versi 3!!!
Allah sayangkan hamba hambanya! Allah sayangkan mereka yang mengikuti JALAN NYA...mana mungkin Allah biarkan mereka yang mengikuti perintah dan jalannya dibiarkan terkontang kanting! Inilah antara hakikat mengapa? Inilah juga yang membezakan APA YANG KITA MAHU dan APA YANG MENJADI KEHENDAK ALLAH!.....kita hanya tahu apa yang kita mahu tetapi kita tidak mahu tahu APA YANG ALLAH MAHU!.... Itulah antara cebisan terakhir nukilan saya dalam 'post' terdahulu....
Jika kita TIDAK memahami yang tersirat, kita mudah salah sangka kepada Allah swt....kita akan mudah menganggap Allah sengaja membiarkan hambanya terkontang kanting....Allah sengaja membiarkan kita menghadapi kesukaran hidup ini, masalah ini, cabaran ini, isu itu ini....kita silap!....sebenarnya, itulah proses pendidikan Allah, tarbiah Allah kepada kita, itulah proses dimana Allah nak kita faham hakikat, faham hikmah atau faham mesej yang terkandung dalam sesuatu peristiwa kehidupan yang berupa cabaran dan masalah!....Allah tahu tahap iman kita, cumanya Allah beri pengajaran peristiwa suapay iman kita meningkat dengannya, pasrah dan redha kita semakin kuat denganNYA...sebab itu kita diuji, sebab itu kita diperiksa ketulenan keimanan kita.....
Bagaimana kita diuji? Dengan segala macam peristiwa yang berlaku....dengan segala macam masalah kehidupan....harus diingat, jalan para Nabi dan Rasul, para sahabat Nabi saw dan mereka yang didalam jalan yang benar disepanjang jalan sejarah sehingga hari ini...kalau diperhatikan betul betul, kalau kita nilai betul betul, kalian akan nampak bahawa, jenis-jenis UJIAN yang menimpa mereka, berupa TARBIAH/PENDIDIKAN ALLAH buat hamba yang dikasihi dan disayangi....biasanya berupa ujian KESAKITAN, KEPERITAN, KESUSAHAN, KEPAYAHAN dan sebagainya.....bukan jenis ujian NIKMAT-kekayaan, kesenangan, pangkat, kuasa dan harta....mengapa??? (maaf, ini sekadar pemerhatian saya yang dangkal.....sedikit masa lagi saya perlu rujuk kepada kitab kitab muktabar untuk mengesahkan bahawa ujian orang beriman dan bertaqwa berupa jenis ujian kesusahan manakala ujian untuk org kufur ialah kesenangan!)
Nabi saw diuji dengan kematian mereka yang disayangi, mereka yang menjadi pembelanya, mereka yang menjadi pelindungnya diawal dakwah Islam.....anak anak Baginda sendiri telah pergi meninggalkan Nabi saw lebih awal....malah ibu bapa Nabi saw telah meninggalkan Nabi sejak kecil...isteri Nabi saw yg paling disayangi Saiditina Khadijah r.a. juga meninggalkan Nabi terlebih dahulu (disaat orang lain mencemuh dan menghina, Khadijah lah yang membelanya dan membantunya)....Nabi saw juga YATIM (ini suatu tanda bahawa anak yatim perlu dibela, juga tanda bahawa anak yatim punya 'strong will' dalam kehidupan)....semua ini ujian dan cabaran sesuai dengan amanah yang dibawa oleh Nabi saw untuk menegakkan Islam ke serata alam.....
Oleh itu, apabila berlaku musibah, haruslah bersyukur kerana sekurang kurangnya, kita boleh tahu bahawa kita digolong dalam golongan orang beriman.....manakala perlu kita bimbangi jika diuji dengan punya harta dan pangkat yang banyak, kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam golongan mereka yang kufur....segala kemewahan yang dimiliki dikhuatiri hanya akan membawa kita terus tergelincir dari jalanNYA....namun, jika kita tetap teguh dijalanNYA, itulah sebaik baik baik orang yang kaya!.... "lain syakartum laazidan nakum walain kafartum inna azaabii lasyadiiid"....
.....saya berikan contoh: Qarun diberikan nikmat harta dan pangkat lalu kufur......Nabi Sulaiman diberikan kuasa untuk menguasai makhluk lain, namun dia tetap beriman.....Nabi Muhammad memilih untuk bersederhana dalam segalanya.....lihatlah hasil dakwah beliau....ia melaut dan sepanjang zaman! Manakala sahabat sahabat Nabi saw yang berstatus korporat...spt Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab, Uthman al Affan, Abu Hurairah.....semua menyerahkan hartanya demi jalan Allah, jalan dakwah!.....
Justeru, jika yang dinanti dan yang tunggu berupa HARAPAN yang tidak kunjung tiba.....redha lah dengan ketetapan dariNYA kerana tidak semua yang kita MAHU selaras dengan apa yang DIA (ALLAH) MAHU untuk berlaku dalam kehidupan kita......Hakikat KITA adalah miliknya mestilah kita fahami.....hakikat bahawa tiada suatu apapun di dunia ini milik mutlak kita, juga perlu difahami....nikmati kehidupan ini sepenuhnya dengan menerima ketetapanNYA dengan penuh redha, pasti kalian kan BAHAGIA, kerana bukankah itu yang kalian cari cari2 dalam kehidupan ini???
Saat aku tak paham maksud Rabb-ku,
aku memilih untuk tetap PERCAYA..
Saat aku tertekan oleh kekecewaan,
aku memilih untuk tetap BERSYUKUR..
Saat beberapa rencana hidupku gagal,
aku memilih untuk BERSERAH DIRI..
Saat putus asa melingkupi jiwaku,
aku memilih untuk tetap MELANGKAH..
Apapun yang terjadi padamu saat ini,
tetaplah PERCAYA, BERSYUKUR, BERSERAH DIRI dan teruslahMELANGKAH..
karena Allah sedang mencerna kehidupan yang terbaik untukmu, untukku dan untuk kita semua..
Laluilah jalan yang telah dibentangkan-Nya dengan sabar dan ikhlas
karena setiap perjuangan yang sabar dan penuh keikhlasan akan membawa kita ke muara kebahagiaan yang hakiki..
InsyaAllah
Ukhti Alfiah
Thursday, November 17, 2011
Yang dinanti dan yang ditunggu Versi 2!!!
Semalam aku sebutkan tentang yang dinanti dan dan yang ditunggu....ada jurang perbezaan yang sangat besar sebenarnya antara KEHENDAK ILLAHI dan kehendak insan! Itulah antara puncanya mengapa rasa kecewa melanda pada diri dan dada manusia apabila yang diharap tidak kesampaian, yang kunjung tiba pula bukan yang diharap! Pelik bukan...ia tidaklah pelik jika kita memahami falsafah KEHENDAK ILLAHI dan konteks kehendak insan sebenarnya! Ini asas dalam RUKUN IMAN...Qada dan Qadar.....
Kita belajar sekadarnya, tentang Rukun Iman ini...kita tidak sedar bahawa aspek ini tidak kita dalami dalam erti kata memahami secara ilmiah tentang seluruh aspek Rukun Iman, justeru terumbang ambing lah kehidupan...kerana Rukun IMAN ini sebenarnya perlu mengakari manusia....ia tunjang dan bukan ranting...ia AQIDAH...ia perlu teguh didada dan jiwa manusia Islam.....dalam hal perbicaraan dan perbincangan ini ialah Qada dan Qadar...bicara tentangnya tentu luas sekali akan tetapi aku hanya berkongsi yang menyentuh soal "Yang Dinanti dan Yang Ditunggu"....Apabila kita gagal memahami konsep dan mendalami makna...maka kita kecewa dalam kehidupan seharian.....sebab itulah aku katakan bahawa kita memahami yang kita MAHU dalam konteks 'bahasa' sebagai manusia dan bukan dalam konteks ketuhanan....
Sebenarnya selama ini, sedari atau tidak....kita hanya fikirkan apa yang dinanti dan yang ditunggu dalam konteks kehidupan manusia yang fana...yang tidak kekal, yang penuh sementara, dan kesementaraan ini tergantung kepada umur manusia dan umur dunia! Ia tidak begitu dalam 'bahasa' Allah...dalam konteks kehidupan yang dibentangkan oleh Allah....Allah bicarakan kehidupan itu dalam konteks kekalnya hidup selepas mati, namun kita berpaksikan hanya kehidupan di dunia....apa yang dinanti dan yang ditunggu?
Sebagai contoh, kita harapkan jodoh yang baik dengan segala macam spesifikasi baik lelaki mahupun perempuan, kita tentukan sendiri 'spesifikasi' tersebut dan kita justifikasikan semua spesifikasi yang kita tentukan sendiri lalu kita lupakan spesifikasi yang diajar oleh Allah melalui Rasulnya Muhammad saw iaitu bukan keturunan, bukan harta, bukan paras rupa akan tetapi AGAMANYA! Calon calon samada isteri atau suami adalah yang "faqqihu fid deen"...fikirkan mengapa sedemikian?? mesti bersebab bukan! sebab2 musabab kita mungkin jangka pendek dan bersifat apa yang nampak dan berkenan dihati, bersifat duniawi walhal sebab sebab Allah jauh dari itu....memahami sebab sebab Allah ini lah yang agak sukar sebab ia tidak terjangkau oleh akal fikiran kita....dan Allah Maha Mengetahui kedangkalan kita untuk memahami sebab sebab itu lalu diberikan 'kunci' panduan supaya kita tidak tergelincir dari landasan....mengapa sedemikian? Allah sayangkan hamba hambanya! Allah sayangkan mereka yang mengikuti JALAN NYA...mana mungkin Allah biarkan mereka yang mengikuti perintah dan jalannya dibiarkan terkontang kanting! Inilah antara hakikat mengapa? Inilah juga yang membezakan APA YANG KITA MAHU dan APA YANG MENJADI KEHENDAK ALLAH!.....kita hanya tahu apa yang kita mahu tetapi kita tidak mahu tahu APA YANG ALLAH MAHU!.......fikirkan...
Esok lusa akan kubicarakan ini lagi.....jangan lupa, walau apa yng kita lakukan, walau siapa kita, walau betapa besar pangkat mahupun kuasa....KITA TETAP "HAMBA" kepadaNYA....mengapa? Ia jawapan yang mudah....kerana kita DICIPTAKAN olehNYA! Tidak mungkin kita jadi TUAN kerana yang menjadi TUAN adalah YANG MENCIPTA....jika kita rasa kita TUAN...itulah adalah 'keperasanan' yang nyata dek kerana eho dan kebanggaan yang tinggi dalam JIWA.....nantikan explorasi DIRI dalam blog KHALIFAH JIWA yang akan saya terbitkan kemudian nanti...
Wednesday, November 16, 2011
Yg dinanti yg ditunggu...
Selalu juga kita tunggu, harapan membunga....benda yg ditunggu tungu tu lah yang tak datang datang.....sebaliknya, benda yang tak ditunggu tunggu tu lah pula yang bersinar2 dengan lajunya mendatangi hidup! Kadang tu orang, kadang binatang, selalunya masalah....kadang malapetaka, kadang tu khabar berita dan macam macam lagi lah....silih berganti, masa yang menentukan coraknya. Itulah hidup! Payah jugak teman nak 'kabor' kan ke 'miker' semua....ia umpama mesej tersembunyi yang hanya perlu diteroka sedalamnya oleh kita manusia/insan....hanya untuk difahami bahawa, semua urusan bukan di'tangan' manusia, walau kita yang menggerakkannya....kita ni pelaku dan pelakon dalam skrip yang besar iaitu kehidupan! Senang cerita, kita ni hanya watak kehidupan....yang dinanti dan yang ditunggu tak datang......yang tak diharap bergolek golek! Tersiratnya ialah....kita PASRAH.....usaha sudah, usaha yang bersungguh2 la, mengikut strategi dan teknik serta kaedah yang betul la, bila sudah usaha, doa la, bila udah doa, tawakkal la...serah kat dia! Selagi DIA tak nak bagi, rebah rempah macam mana pun, tak mau nya dapat! Tetapi ia tak bermaksud kita meninggalkan bab usaha, sebab prinsipnya 'wan jadda wajadaa' siapa usaha dia dapat! bezanya dapat yang seperti kita nak atau DIA kehendaki! Itu perbezaan tafsiran!
Kita naik menyampah selalunya pasal apa! Kita mendefinasikan yang kita MAHU dan bukannya yang DIA nak BAGI...itu langkauan yang sangat tidak sama dan sememangnya jauh....yang kita nak.....kalau buat sikit dapat banyak!! hahaha...manusia oh manusia! Formula DIA lak tak begitu, atas siapa yang dikehendakinya! Apa benda tu! Hak DIA la tu maknanya! Kita nak mintak lebih dengan DIA...tanya dulu soalan ini...LAYAK KAH AKU??? Walaunpun AKU itu teah berusaha 'rebah rempah'! Namun ada kriteria lain sebenarnya yang kita tak tahu...hanya DIA yang tahu!....kadang tu DIA jawab.....kalau AKU bagi nanti...engkau akan makin menjauhkan diri dari KU malah lebih sesat, AKU sayang kat engkau...sebab tu Aku bagi sikit sikit...sabarlah, sebab itu ujian IMAN....dengan sebab sayangnya Aku padamu...Aku 'reserve' kan untukmu di syurgaKU nanti! Amacam!! (ini kalau kita boleh berbual2 secara direct dengan Sang Penguasa la! Hakikatnya tidak sebab kita tak layak nak berbual 'direct' ngan DIA...malah perbualan kita hanya dalam konteks perhubungan melalui DOA dan solat...zikrullah itu sebahagian proses perbualan kita dengan DIA)
Tuesday, November 15, 2011
Agen perubahan!
Ingin bicara sedikit bab ini...aku mengajak kalian utk berperanan sebagai agen kepada perubahan yg positif terhadap masyarakat, bawakan contoh yg baik, siapkan diri utk jadi agen yg baik...pahala dapat, keberkatan mendatangi, kebahagiaan dan kepuasan diri kan bisa dikecap! Insyaallah kehidupan juga jadi lebih bermakna! Bak ungkapan dalam Laskar Pelangi, hidup ini hendaklah memberi sebanyak banyaknya dan bukan menerima sebanyak banyaknya! Itulah nasihat!
Jika jadi guru..jadilah guru yang membawa perubahan kpd anak murid dalam erti yang menyeluruh...jangan terlalu dibanggai jika anak murid mendapat semua A dlm subjeknya akan tetapi bejat moral dan akhlak...jgn dinanti saat subjek akhlak dan moral baru bicara soal peribadi dan sikap..malah boleh sahaja elemen akhlak dan peribadi mulia ini diterap saat subjek Matematik@Sains@Bahasa Malaysia@Pendidikan Jasmani atau apa sahaja! Inilah hebatnya guru kerana peluang mencanai insan menjadi lebih baik sentiasa terbentang didepan mata...jadilah agen kepada perubahan!
Bukan sahaja Guru2 malah apa apa profesion sekalipun jika sedar dan mahu boleh sahaja berperanan menjadi agen perubahan yang berkesan...jgn terlalu berpolitik dan menuding jari! Hebatnya orang Melayu bila berpolitik...hingga bergegar dunia! Tetapi aspek lain ditinggalkan...tidak mengapa jika ia seimbang!
Aku teringat satu ungkapan oleh bekas guruku yg sangat kukagumi...jadilah pendidik yang berkesan dan bermakna kpd masyarakat! Itulah Prof Sidek Baba! Sejak itu aku berpendirian dan berprinsip bahawa....seorang pendidik yang hebat ialah apabila dia mampu menukar@mentarbiah@membina@mengubah seorang yang biasa biasa...seorang yang tidak cemerlang, menjadi cemerlang, menjadi insan berguna, menjadi hebat...! Ia tak semudah yang dikata sebenarnya...berbeza dengan mengajar dan mendidik seorang yg sedia ada cemerlang, sedia ada bijak@genius...
Apa guna jadi hebat akademik jika sahsiah merudum! Lebih baik cemerlang akademik dan cemerlang sahsiah....lebih baik biasa biasa kemudian menjadi luar biasa kerana sumbangan yang hebat kepada ummah! Kita terkadang silap menilai dan memberi nilai...terlalu duniawi! Oleh itu, jadilah agen perubahan positif kepada Islam dan ummah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alam sekian lama menjadi pengajaran!
Angin bertiup kencang, debu berterbangan, daun daun kecil turut sama, memenuhi bumbung dan bonet keretaku lewat Maghrib ini! Manusia berbagai arah bersimpang siur berbagai arah dan tujuan...subhanallah ujarku! Bila melihat dahan pokok terumbang ambing dipukul angin yg kuat! Lalu aku teringat! Disaat saat ini....betapa 'wasatiah' itu penting...
Sejak dahulu kala, alam telah menjadi bukti buat manusia! Hanya yg ulul albab dan mahu mencari kesedaran lalu lahir RASA dlm diri, akan mengerti apa alam beri!
Aku tiba tiba tersentak apabila melihat angin yang bertiup saat ini...kalau ia bertiup lemah gemalai..ia baik utk kita..itu sederhana, kita seronok...diri juga seronok, orang lain malah gembira menikmatinya juga! Jika berlebihan, ia merbahaya buat kita! Ia boleh jadi taufan yang menerbangkan bahkan memusnahkan harta benda malah membunuh manusia! Pengajarannya mudah....sederhana! Kata kunci sederhana inilah antara pengajaran tersembunyi dari cerita alam...
Mengapa manusia tidak memahami bahawa sederhana itu bagus! Malah ia sunnah Nabi saw...bersederhanalah dalam segenap segi kehidupan, pemikiran, perbicaraan, perbuatan, tingkah laku, malah ibadah sekalipun!
Malah Nabi saw pernah menegur dan melarang sahabatnya berlebihan dalam ibadah...apabila seorang sahabat baginda berpuasa setiap hari, lalu diberi pilihan samada mengikuti puasa cara Nabi Daud, Ibrahim, Musa atau caranya Nabi saw sendiri iaitu setiap Isnin dan Khamis! Apatah lagi soal bersederhana dalam perkara perkara lain...itulah alam memberi pengajaran buat manusia, dan pengajaran itu hanya mampu di serap oleh manusia yang mahu mengambil pelajaran dan pengajaran!
Bagaimana bersederhana? Timbang lah sendiri...bila memuji,pujilah disaat yg perlu, bukan membodek! Bila membenci, sederhanalah, jangan terlalu membenci kerana boleh sahaja Allah yang Maha Membolak balik hati...mengubah apa yg pada mulanya kita benci menjadi suatu perkara yang kita sukai! Bila menyukai, juga sederhanalah kerana boleh sahaja Dia menukarnya menjadi perkara yang amat kita benci...jika memusuhi musuh, sederhanalah kerana mungkin esok musuh itu menjadi Islam dan mukmin sejati! Atau musuh itu menjadi sahabat yg paling akrab...jika makan, sederhanalah kerana tanpanya, penyakit kan mendatangi!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, November 14, 2011
bicara sewenangnya!
Banyak kali sudah aku katakan ini....ia sentiasa sahaja berlaku, tak mengapa! Aku mengingatkan diriku begitu juga orang lain...agar bersederhanalah apabila berkata kata...jangan keterlaluan kelak diri kan terbakar!
......saat apabila kata kata diungkap...selalu terlepas cakap, terbabas itu dan ini...sebab kata kata memang sebegitu jika diri tidak mampu mengawalnya! jika diri tidak berhati hati maka percakapan kita boleh "membakar" malah meracuni orang lain lalu susuk manusia yang terbakar itu atau telah diracuni itu pula boleh mengguna dan menyambut racun lalu menyebar kepada orang lain! Ia sudah jadi berangkaian ! Begitu juga dosa yang dibawa bersamanya! Lalu apakah yang berlaku kepada si pemula itu...tentunya bertompok saham dosa yang dibawa...begitu juga orang lain!
Sebab itulah prinsip sunnah tentang hal berkata kata ini....diam itu lebih baik sebab dengan diam dari berkata kata itu, dosa sudah dikurangkan sebanyak banyaknya...mengapa diam...kerana Nabi saw tahu, mudahnya kita tergelincir...diam utk berkata kata sewenang wenangnya...berkata bila perlu, bersembang perkara perkara yang mampu mempositifkan diri dan orang lain, bukan bicara tentang buruknya orang lain...walau atas nama kritik@apa sahaja....dalam berceramah juga perlu sederhana, jgn melampau lampau! Biasakan diri berbicara soal solusi...kaedah penyelesaian masalah, yang berlalu biarkan ia berlalu, usah diperkatakan. Konsep mengambil pelajaran dan hikmah atas pengalaman dan peristiwa yang berlaku ialah dengan memperkenalkan/mencadangkan solusi baru, kaedah baru, bukan membicarakan keterlaluan soal dan isu yang berlalu...itu barulah namanya sejarah mengajar kita!
wallahua'lam........
Thursday, November 10, 2011
Bahas melulu...dimana sempadannya!
Ini adalah transkrip perbincangan saya bersama teman teman yg menarik untuk saya kongsikan bersama kalian semua....
Apabila diisukan tentang pandangan saya terhadap trend sebahagian dari kita yg bersikap melulu dalam segala perkara berkaitan perbhasan, pandangan dan perbincangan mahupun kritikan hingga melewati adab dan mencemar akhlak serta sopan santun diri.....
Respon saya:....sy lebih cenderung bicara politik diri dan keluarga sahaja...hehehe....akan tetapi saya suka respon sedemikian utk berkongsi RASA dan PEMAHAMAN, bahkan sebenarnya....org Melayu sgt kuat berpolitik....walhal politik diri sendiri belum selesai!
Lalu saya ditanya tentang pencerahan soal apa itu politik diri?
Respon saya seterusnya:
...kita umpama raja kpd diri, jiwa dan nafsu....menjadi raja kpd diri adalah rupawajah politik diri kerana ia adalah pemerintahan raja diri terhadap seluruh empayar diri, nafsu, jiawa, emosi, mental, spiritual, rohani, jasmani, anggota tubuh.......ikuti www.khalifahjiwa.blogspot.com atau www.empireofthesoul.blogspot.com ....hehehe..isi kandungan masih dlm peringkat perencanaan apapun byk isinya telah terlarut dlm www.alwiyunus.blogspot.com
Apabila ditanya pula menangani mereka yg Suka Percaya Melulu!
Saya menjawab dengan cara memberi latar sejarah terlebih dahulu...iaitu:
......tiada jalan singkat,cepat dan mudah dalam proses dakwah, inilah jalan dakwah, sukar dan memeritkan, tetapi itulah jalan perjuangan..Nabi saw yang istimewa pun ambil masa 11tahun di Mekah, berapa kerat sangat yang percaya dan mengikuti Nabi saw? Nabi Nuh a.s melalui proses yang sama malah ratusan tahun....berapa ramai yang mengikutinya! Bayangkan jika kita?kita amat jauh umur masa dengan Nabi saw..bayangkan jika keistimewaan Nabi tu jika dikira secara matematik (xleh kira sbnrnya) dan dibandingkan dengan kita, berapa kali gandaan? Mungkin juga sekitar 100 kali ganda....bayangkan 100kali ganda x 11tahun? Itulah umur masa untuk kita sebagai individu untuk ubah ummah/masyarakat...tetapi jika setiap seorang dari kita ubah pemikiran/tarbiah diri n keluarga mengikut acuan ISLAM......setiap diri dari ummah yang besar ini memainkan peranan membina fikrah kesyumulan Islam bukan kesempitan padangan atau wordlview...saya fikir secara rasionalnya...proses ini tidak akan mengambil masa terlalu lama! Itulah firman Allah yang saya nyatakan dalam catatan sebelum ini....formula yang mudah dan ringkas tetapi penuh amanah dan tanggungjawab!
Bayangkan jika setiap keluarga menjaga diri, mentarbiah dengan kesyumulan Islam...ada isteri-maka jadilah isteri itu solehah, ada anak2 - maka jadilah mereka anak anak soleh dan solehah...atau ada suami, maka jadilah suami kita itu soleh....tidak perlu ambil yang susah susah..hanya tinggalkan yang dilarang, buat apa yang disuruh oleh Allah swt dan dicontohkan oleh Nabi saw...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Siapa yg nak jaga DIRI dan Keluarga? Tidakkah kita sendiri???
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ
شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)
Itulah peringatan Allah kpd semua orang yang beriman....
"...apabila kita melihat kemungkaran maka kita perlu bersuara untuk memperbetulkan keadaan. Apabila kemungkaran berterusan dan azab Allah tiba, walaupun kita tidak melakukannya tapi sebab kita diam maka dengan kita2 sekali menerima azab tersebut..." (dengar di IKIM).
Wednesday, November 9, 2011
Cara Nabi: mengulang2 jawapannya......
Petikan dari http://hadithpsikologi.blogspot.com/2011/08/sebagai-komunikator-nabi-muhammad.html?spref=fb
Sebagai Komunikator: Nabi Muhammad Mengulang-Ulang Jawapan
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak berkata:
* "Saya sudah kata, jangan marah, jangan marahlah! Awak tak fahamkah?"
* "Jawapan yang mudah macam itu pun awak tak faham-faham juga!"
* "Tak faham-faham lagikah? Saya kata jangan marah, jangan marahlah, banyak tanya pula!"
* "Awak tak dengarkah apa saya kata tadi? Saya kata, jangan marah."
* "Apa kena dengan awak ini. Bahasa yang simpel pun awak tak faham!"
Fatabayyanuu!....hendaklah kamu siasat sebenar2nya sesuatu khabar!!
Terkadang aku sendiri salah menilai sesuatu berita atau perkhabaran...kerana maklumat dan fakta tidak cukup..hanya mendengar 'one side of the story' kemudian terus terjun membuat kesimpulan adalah perbuatan tidak sihat.....aku juga terkadang salah menelah. Sebab itu aku sejak akhir akhir ini tidak membuat telahan melulu...aku perlu membuat pencerahan....yang dikenal sebagai FATABAYYANUU...
Seruan FATABAYYANUU ini penting agar fitnah tidak bertaburan....aku insaf akan hakikat ini. Jika tidak, kita telah tersalah membuat tanggapan, malah tanggapan itu kemudiannya diperbesarkan lewat 'mukabuku', 'ruanganku' atau 'blog2' yang banyak bertaburan...jika ia ternyata khabar itu salah, malah mengandung banyak cerita dan fakta yang tidak benar bayangkan betapa banyak tanggungan dan beban dosa yang telah kita sebarkan melalui laman sesawang dan laman komuniti dek kerana kesilapan...bebanan dosa itu terus terusan berleluasa di alam maya, selagi mana ia tidak terhenti, selagi itu saham dosa kita akan terus bertambah. Mengapa? kerana kita heret sekali orang lain untuk mempercayai khabar berita tersebut!
Senario 1:
Syukur alhamdulillah pada Hari Raya Korban kali ni banyak lembu lembu yg di korbankan.Terima kasih tak terhingga kpd >>>>>>>> yang telah memberi sumbangan lembu korban kepada surau dan masjid d beberapa kampung di ......... .Tapi ada cerita yang x seronoknye nih..Dari cerita - cerita org kampung banyak lembu yang x cukup umur yg di terima.kenapa boleh jd begitu..... sedangkan peruntukan yg diberi adalah RM 2500.00 seekor.... Jadi , dimana silapnye??? cer pikior.. cer pikior
Jawapan:
Respon 1: bior betoi...pada aku mudah aje...siapa punya angkara tu tanggung le dosanya...dan kepada yang menderma pastikan nawaitu dan perlaksanaannya betoi..dan kpd. yang dapat daging tu tak payah pikio cukup umo ke tidak.....makan aje...janji halal..
Respon 2: masalah yer nk cari untung...yg dpt tander cari lembu dgn yg jual lembu...klu tahu hukum xde masalah yer...so..pgajaran kt cni ilmu kena ade..tu jer...tp klu dh nmpk $$ jer mmg jahanam..
Respon 3: Penjelasan untuk Warga ?? Perihatin: Lembu qurban itu adalah sumbangan dari pihak luar untuk di sumbangkan ke ??
Respon 4: sapa yang menyumbang tu??
Respon 5: dari Kedah
Respon 5: Gurkha-gurkha UMNGOK dah senduk le tu. Depa bukan kira halal haram, nak hidup senang cara mudah - baju batik + songkok tinggi + kete besor - UMNGOK & ????; ................. POORAAAH!!!
Respon 6: a'kum wrb, izinkan saya utk beri penjelasan, pusat perkhidmatan ahli parlimen ????? tidak menerima sumbangan dalam bentuk kewangan. lembu2 dihantar terus dari ????. yg menyumbang lembu juga tak boleh dipersalahkan kerana dia pun tak sempat nak tengok lembu2 yg disumbangkan. hamba Allah yg menyumbangkan lembu2 tersebut turut berada di ?????? semasa penyerahan lembu2 itu oleh dato ????. dia sgt kecewa kerana dia membayar rm2,500 utk setiap ekor lembu. dia terus menghubungi supplier utk menggantikan beberapa lembu2 yg tak cukup 2 tahun itu (keseluruhan lembu yg disumbangkan adalah 45 ekor). malangnya dlm musim hari raya korban, permintaan lembu sgt tinggi dan mereka tak dapat mencari stok lembu dgn kadar segera. parlimen ?????? (kawasan parlimen ?????) mengalami nasib yg sama. insyaAllah kita belajar dpd kesilapan ini & akan ambil tindakan proaktif di masa hadapan supaya ianya tidak berlaku lagi. beberapa masjid & surau yg menerima lembu di bawah umur itu membuat keputusan berbeza menangani keadaan itu spt menyimpan lembu itu utk hari raya korban tahun depan, menyembelih utk tujuan memakan lembu tersebut (tidak dikira korban kerana lembu utk korban perlu lebih 2 tahun umurnya, ada juga yg menjual lembu bawah umur itu dan membeli lembu lain dgn menambah harga beza lembu baru (lebih 2 tahun) dgn lembu bawah umur itu.. bagi pihak dato???????? kami memohon maaf atas kesilapan yg berlaku yg tidak disengajakan. yg pasti semuanya bernawaitu baik cuma sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dpd melakukan kesilapan & akan cuba memperbaikinya di masa2 akan datang. maaf atas segala kesulitan kpd semua pihak yg terlibat & terima kasih atas keperihatinan & kritikan membina saudara saudari. wassalam..
Respon Saya: Fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamuun! Tanyalah org yg lebih tahu jika tidak tahu....in jaaa akum faasiqun binabain fatabaiyyanuu....jika dtg sesuatu khabar berita...hendaklah kita mengesahkan....atau membuat siasatan utk memastikan kebenaran.....jika tidak,akan berlaku fitnah...sangkaan2 liar..tuduhan2 melulu...jadi tanyalah org yg lebih tahu utk mendapat gambaran sebenar!
Respon 7: Hairan juga sbb di malaysia ladang ternakkan lembu cukup byk....projek2 yg kerajaan beri pd syarikat2 yg dpt tander beso2 nie.......tp kita masih lg kekurangan lembu....hairan juga.....maner lembu2 tu ghaib....kita masih lg import daging lembu dan kerbau dr luar...baik duit tu bg kt org kpg soh diaorg ternk sndri..buat kandang bg lembu..rase yer lbh baik...
Cuba kita praktiskan FATABAYYANUU......tiadalah sangka buruk dan fitnah kan berleluasa...aku hanya mengambil sedikit contoh dari banyak contoh lain...aku juga telah menggugurkan nama nama berkaitan kerana aku tidak mahu memalukan sesiapa atau mengangkat sesiapa! Itulan ASAM GARAM manusia...panduan diberi (oleh Allah swt bukan oleh jiran/teman/rakan sepejabat) namun kita selalu alpa dan lalai!
Saturday, November 5, 2011
Beri sebanyaknya!
Petikan kata2 dr filem Laskar Pelangi"haruslah kita hidup untuk memberi sebanyak banyaknya dan bukannya menerima sebanyak banyaknya"...itulah kehidupan yang bermakna. Apa guna jadi manusia yg dikenal hebat taraf dan status akan tetapi hanya menerima sebanyak banyaknya? Tiada faedah..malah bersikap mementingkan diri.
Hidup lebih bermakna dengan memberi sebanyak banyaknya! Itulah juga yang dilakukan oleh Sultan Salahuddin al Ayubi...seorang pemuda Kurdis yg menjadi hebat kerana perjuangannya membebaskan Jerusalem@Baitulmaqdis dari tentera salib pada tahun 588Hijrah...membebaskan banyak kota dan bandar dibawah naungan tentera salib, punyai ratusan ribu tentera, ratusan kapal kapal perang, dan tentunya rampasan perang yang tak terkira banyaknya, namun saat matinya, dia tidak punya rumah, hanya ada 2 helai baju dan 1 baju perang, wang tidak sampai 2 dinar (itu yg diriwayatkan...mungkin fakta ini agak berbeza dari satu riwayat ke riwayat yg lain tetapi perbezaan itu tidak banyak pastinya)....Salahuddin lebih selesa dan gemar hidup dibawah khemah berbanding duduk di rumah,justeru itu dia tidak punya rumah!
Siangnya diguna mengurus tentera dan mengatur strategi manakala malamnya penuh beribadah kpd Allah! Malam kita pula dipenuhi dengan tontonan di depan tv??? Dikatakan Salahuddin al Ayubi tidak pernah meninggalkan solat berjemaah didalam hidupnya...aduss! Aku sendiri tidak mampu sedemikian setakat ini? Doaku agar aku mampu mengikuti jejak langkah Salahudin al Ayubi! Masa malamnya bukan dipenuhi dengan tidur akan tetapi penuh dengan solat dan ibadah kpd Allah...sebab itulah Allah anugerahkan kemenangan kepadanya dalam setiap peperangan!
Kita juga berperang dalam kehidupan ini...mengatur hidup, berkerjaya, berkeluarga, belajar, serta lain lain adalah jihad dan 'peperangan' kehidupan kita....jika ingin berjaya dalam 'peperangan' kehidupan...tiada jalan singkat...tingkatkan dan sentiasa 'ON' suis 'BROADBAND' kita dengan ALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, November 4, 2011
Your life...your choice!
Michael is the kind of guy you love to hate. He is always in a good mood and always has something positive to say: When someone would ask him how he was doing, he would reply, "If I were any better, I would be twins!" He was a natural motivator.
If an employee was having a bad day, Michael was there telling the employee how to look on the positive side of the situation.
Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Michael and asked him, "How do you do it?"
Michael replied, "Each morning I wake up and say to myself, you have two choices today. You can choose to be in a good mood or you can choose to be in a bad mood. I choose to be in a good mood. Each time something bad happens, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I choose to learn from it.
Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life. I choose the positive side of life.
"Yeah, right, it's not that easy," I protested. "Yes, it is," Michael said. "Life is all about choices. When you cut away all the junk, every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood. The bottom line: It's your choice how you live life."
I reflected on what Michael said. Soon thereafter, I left the Tower Industry to start my
own business. We lost touch, but I often thought about him when I made a choice about life instead of reacting to it.
Several years later, I heard that Michael was involved in a serious accident, falling some 60 feet from a communications tower. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Michael was released from the hospital with rods placed in his back.
I saw Michael about six months after the accident. When I asked him how he was, he replied. "If I were any better, I'd be twins. Wanna see my scars?"
I declined to see his wounds, but did ask him what had gone through his mind as the accident took place.
"The first thing that went through my mind was the well-being of my soon to be born daughter, " Michael replied. "Then, as I lay on the ground, I remembered that I had two choices: I could choose to live or I could choose to die. I chose to live."
"Weren't you scared? Did you lose consciousness?" I asked.
Michael continued, "...the paramedics were great. They kept telling me I was going ! to be fine. But when they wheeled me into the ER and I saw the expressions on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. In their eyes, I read 'he's a dead man." I knew I needed to take action."
"What did you do?" I asked.
"Well, there was a big burly nurse shouting questions at me," said Michael.
"She asked if I was allergic to anything. "Yes," I replied.
The doctors and nurses stopped working as they waited for my reply.
I took a deep breath and yelled, "Gravity."
Over their laughter, I told them, "I am choosing to live. Operate on me as if I am alive, not dead."
Michael lived, thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learned from him that every day we have the choice to live fully.
Attitude, after all, is everything.
After all today is the tomorrow you worried about yesterday.
Menangani Perubahan........
PERUBAHAN memerlukan perancangan yang sistematik dan berhati-hati kerana apa juga bentuk perubahan yang ingin dilakukan, persediaan awal perlu diberi keutamaan. Niat untuk berubah daripada satu keadaan atau sikap yang mundur, ketinggalan, kegagalan, kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta cemerlang ialah satu keinginan yang murni. Inilah keinginan yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk berubah kepada satu keadaan yang lebih baik.
Hakikat itu dituntut dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran, menerusi ayat 11, surah Al-Ra'd yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". Seorang remaja sudah pasti ingin menjadi seorang dewasa yang berjaya, begitu juga seorang pelajar sudah tentu ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang hingga ke menara gading. Seorang pekerja pula pasti bercadang menambah kemahiran diri agar dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja. Malahan setiap dari kita sering memasang azam untuk berubah dalam apa juga perkara lebih-lebih kali apabila menjelang ketibaan tahun baru. Jika keadaan masa kini tidak menunjukkan perkembangan positif, bermakna kita perlu melakukan sesuatu ke arah masa depan yang lebih baik dan cemerlang.
Perubahan adalah satu keadaan yang perlu dilakukan dan kadang kala ia tidak dapat dielakkan cuma, perlu dirancang lebih teliti dengan sistematik. Terdapat juga perubahan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa perancangan rapi. Bagaimanapun, adalah lebih baik memiliki strategi pengurusan terancang bagi disesuaikan dengan keadaan semasa untuk mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kerugian disebabkan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba. Kenapa seseorang perlu kepada perubahan dan mengapa perubahan itu perlu dilakukan dengan perancangan yang rapi? Merancang untuk berubah mendedahkan kita kepada sesuatu keadaan yang baru dan persediaan awal dapat membantu dalam menjalani kehidupan yang baru itu.
Matlamat utama perubahan ialah mencapai tahap yang lebih baik daripada sebelumnya dan untuk mencapai tahap itu, sudah pasti persediaan sewajarnya perlu diadakan. Persediaan boleh berlaku dalam bentuk persediaan minda dan emosi, persediaan kewangan, maklumat yang tepat, dan sebagainya.
Bagi seorang pelajar, jika matlamatnya adalah untuk berjaya dalam pencapaian akademik, dia akan bersedia dengan cara membuat jadual pelajaran yang sistematik dan tersusun. Selain itu pelajar yang ingin berjaya akan mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tuisyen, di samping mengadakan perbincangan berkumpulan dan bertukar-tukar nota. Pelajar itu juga akan memastikan memperoleh jumlah tidur mencukupi, mendapat makanan seimbang dan memelihara tahap kesihatan yang baik secara berterusan.
Beberapa langkah yang perlu diberi perhatian dalam merancang perubahan bagi memastikan apa yang dirancang dapat dicapai ialah: Tetapkan tujuan dan objektif sesuatu perubahan yang hendak dilakukan. Individu perlu menetapkan apakah matlamat dan tujuan perubahan dilakukan. Tujuan perlu jelas agar persediaan yang dilakukan dapat membantu mencapai objektif yang diingini. Menilai keperluan terhadap perubahan. Individu perlu menilai sama ada perlu dilakukan perubahan atau tidak kerana dalam sesetengah situasi, perubahan tidak perlu. Perubahan yang dibuat haruslah sesuatu yang berada dalam kawalan individu berkenaan. Terdapat perubahan yang berlaku bukan di bawah kawalan mana-mana individu sama ada dari segi matlamat dan objektif mahupun dari segi prosesnya. Oleh yang demikian, agak sukar untuk melakukan perubahan dan persediaan ke arah itu. Cara terbaik ialah memantau perubahan yang berlaku agar tidak menjejaskan kestabilan diri dan kehidupan. Sebagai contoh, perubahan biologikal dan fisiologikal seperti perubahan hormon dalam darah ketika baligh. Perubahan yang berlaku ini seringkali mengejutkan kebanyakan remaja. Ada antara mereka yang tidak dapat menerima perubahan itu sehingga menimbulkan pelbagai masalah.
Bagi mengatasi kekalutan yang melanda, langkah terbaik ialah bersedia awal seperti memahami perubahan yang biasa berlaku pada ketika itu, hadapi dengan perasaan terbuka, berfikiran positif dan dapatkan nasihat mereka yang sudah melalui perubahan itu. Sebagai seorang Muslim, iman dan takwa kepada Allah menjadi tunjang utama dalam melakukan perubahan membabitkan sikap dan minda agar perubahan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Mempelajari teknik pengurusan perubahan perlu untuk memastikan setiap perubahan yang ingin dilakukan mencapai matlamatnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata ketika melancarkan Wawasan 2020 bahawa, “Perancangan yang baik dan sistematik ialah perancangan yang bukan saja cantik di kertas, tetapi yang mampu dilaksanakan dan membawa kejayaan”. Dalam dunia ini, tiada sesiapa yang merancang untuk gagal, tetapi kegagalan dalam hidup yang sebenarnya ialah kegagalan untuk merancang dan melaksanakan apa yang telah dirancang.
Berkorban...terkorban...Pengorbanan....Hari Raya Korban..AIDIL ADHA
Tuesday, November 1, 2011
Menikmati sesuatu yang menyenangkan!
Kita Khalifah...kita ada tugas..kita punya tanggungjawab dan bersama tanggungjawab itu, kita punya peranan....nak tak nak, suka atau tidak, kita perlu gendong dan pikul AMANAH itu......samada ia utk diri sendiri, keluarga dan anak anak, mahupun tugas dengan agama, masyarakat dan negara....jika tidak dilaksana, tunggulah saat soal jawab nanti! Tiada siapa boleh lari dari tugas, peranan, tanggungjawab dan amanah ini! Segalanya terpikul atas 'bahu' kehidupan kita di dunia ini!
Kita tadbir dunia....terkadang kita juga mentadbir dunia kecil kita....melalui hobi dan minat! Jika suka bunga, maka berbungalah rumahku syurgaku....jika suka binatang peliharaan maka jadilah ia 'pet' kesayangan....
Ia menghiburkan kami sekeluarga...mulus bulunya?? adakah perkataan mulus itu sesuai utk bulu si arnab ini....aku tidak tahu? tapi aku tetap menyukainya...terpaut dek minat permaisuri hidupku Cik Ekin ku! Aku turut ter'larut' didalamnya! Mulanya tidak ku endahkan, namun lama kelamaan, aku menjadi alpa melhat gelagat si kecil ini..anak anak turut menyukainya! Jika boleh si kecil Penguin dibawah ini ingin ku pelihara...namun apakan daya, hanya mata mampu menyaksikan hebatnya ciptaan Illahi...pasti ku tak mampu menyediakan kediamannya yg sangat istimewa! (snap gambar ini ketika ziarah ku ke Wellington tidak berapa lama dahulu)
Namun, kolam kecil dihujung rumah yg ku siapkan beberapa tahun kebelakang...saat aku punya limpahan masa....ku sampaikan hajat buah hati ku untuk punya kolam kecil buat dendangan mata dan jiwa......tumbuh didalamnya pepohon air, dan anak anak ikan yang berlainan warna....termangu ditepian kolam saat 'stress'....ia mampu menjadi ubat jiwa dan emosi...terhibur melihat kelibat ikan ikan kecil itu! Benar! ia sesuatu yang menyenangkan.....Allah jadikan semuanya sebagai dunia dan alam buat manusia beroleh manfaat secara lahiriah mahupun ruhaniah.....semua beroleh manfaat atas rahmat Allah! Benarlah dalam surah arRahman, berulangkali Allah menyoal manusia "Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu nafikan"......manusia! tunduklah, akui lah, jangan menyombong diri...kerana bermulanya kekufuran itu kerana kesombongan manusia atas nikmatnya....
Benarlah juga kata kata Saidina Umar alKhattab r.a.....aku lebih rela berSABAR dengan mudarat dan kesakitan berbanding perlunya aku berSYUKUR atas nikmatnya kerana sukarnya aku untuk berSYUKUR berbanding berSABAR atas musibah!....hehehe...soalannya KITA BAGAIMANA??? kalau manusia mulia seperti sahabat Nabi saw membicarakan sedemikian rupa apatah lagi kita???? hermmm...bukan mudah sebenarnya untuk berSYUKUR...tidak semudah memperkatakannya!