Friday, January 6, 2012

Membina empayar!!

Salam ukhuwwah!

Mahukah kalian jika diberi peluang kalian kan bisa menjadi raja yang hebat!

Mahukah jika kalian diberi takhta dan mengatur urus segala perkara dengan kekuasaan yang ada!

Segalanya tunduk dan patuh mengikut kehendak kalian! Lalu ia juga mendapat naungan dan redha Illahi!

Kalian kan punya kerajaan dan wilayah kekuasaan yang tidak mungkin menghadapi pencerobohan kerana kalian adalah penguasa yang hebat! Sehebat Iskandar Zulkarnain...sehebat Salahuddin al Ayubi....yang sentiasa memenangi peperangan di speanjang hidupnya!

Nah...mudah sahaja, binalah empayar jiwa! Jadilah khalifah kepada diri sendiri...perintahlah dengan seadil adilnya segala anggota, dan wilayah diri dengan sebaik baiknya. Berlaku adillah kepada setiap anggota tubuhmu.

Isilah rohmu dengan makanan rohani....
Ibadah, zikir dan munajat kepada Illahi!

Jangan diisi semata tubuh fizikalmu
kudapan enak lagi hebat

Lalu dikau alpakan roh dan jiwamu
Membiarkan ia kelaparan, kering kontang dari zikir kepadaNYA

Lalu kau tambahkan kegersangan rohmu
dengan alunan lagho muzik dunia, hiburan sia sia,
omong omongan bejat, umpatan umpatan keji,
deras langkah kaki ke pesta pestaan
hiburan dan maksiat,

dan kau biarkan kepalamu
menerima jamahan jamahan lembut jari jemari bukan muhrinmu
agar diri kononnya segak berhias
sambil nafsu bergelegak diramas jemari lembut si pelayan salun

Jadilah Khalifah diri yang dengannya engkau wahai diri pernah bersumpah
Alastu birabbikum
qaluu balaa syahidnaaa!

Thursday, January 5, 2012

Buat A, untuk dapat B, akhirnya rugi sesama!

Salam ukhuwwah!


Cuba renungkan dan fikirkan persoalan persoalan ini!


1. Kita berbantahan, dengan orang yang dibantahi, bermusuhan sesama walhal yang membantah itu Islam, yang dibantahi itu juga Islam, lalu yang untung orang LAIN!


2. Atau, umpama berperang@memerangi orang Islam, demi mempertahankan hak Islam! Pelik kan! Orang bukan Islam tengok dan mendapat faedah yang lebih banyak darinya!


3. Atau, umpama: orang Islam, mencela, mengutuk, mengata saudaranya yang Islam atas alasan hak dsb, lalu berselisih tentang itu tanpa ada penyelesaiannya! Lalu siapa yang untung.


4. Mempertahankan hak, lalu 'memerangi' orang yang dikatakan tidak menunaikan 'hak hak'...walhal keduanya Islam...siapa yang untung dan siapa yang rugi!


Persoalan persoalan itu sentiasa bermain dalam mindaku...aku jadi hairan! Pelik tapi itulah yang berlaku sebenarnya! Sudah tiadakah lagi ruang ruang diskusi dan kaedah penyelesaian....sudah pupuskah idea dan kreativiti penyelesaian masalah, walhal Islam penuh dengan ketertiban dan variasi kaedah penyelesaian!


Saya lagi pelik.....orang Islam, orang kita sendiri, orang Melayu Islam yang sepatutnya punya kitab agung, tapi ketandusan fikiran, dek kerana jumudnya minda, ceteknya fahaman konsep syumulnya Islam!


Rupa rupanya, kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita tidak tahu iaitu 'jahil' berbanding orang yang tahu bahawa dia sesungguhnya tahu apa yang dia tahu lalu mengguna apa yang dia tahu untuk diamalkan dan dikongsi dengan orang lain! Berbanding dengan orang yang tahu, bahawa dia tahu apa yang dia tidak tahu...lalu tidak berbuat apa apa sekalipun! Ia membiarkan dirinya mendekati 'jurang gelap' kejahilan! Masyaallah! Ruginya kita jika tidak berilmu dan tidak berusaha untuk mencari dan menambah ilmu secara sistematik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 4, 2012

Pabila berkata kata!

Assalam semua, salam ukhuwwah!
Aku, engkau dan orang lain...adalah manusia! Hari ini kita kan selisih di jalanan, malam ini mungkin di FB, esok lusa mungkin di pasar malam atau dimana jua pun di bumi Illahi ini! Salam diucap adalah tanda persaudaraan! Akan tetapi, sering kita sbg insan dicemuh atau mencemuh orang lain, atau mungkin sahaja teman karib sendiri! Mengapa demikian? Ada banyak sebab. Tetapi antara sebab yang saya ingin lontarkan antaranya ialah kerana kita terbiasa dan membiasakan diri untuk bersikap sedemikian! Sebab lain, kita alpa saat kematian yang semakin menghampiri! Atau kita kulitnya islam tetapi isinya rompong, rongak, lompong, kosong dari nilai nilai Islam dan sunnah Nabi saw!
Mengapa?
Kita membiasakan dan menjadi terbiasa sedemikian kerana kita membiarkan mulut kita tanpa kawalan untuk bicara sewenangnya. Seolah olah, tiada tajuk lain di atas mukabumi ini untuk kita bicarakan dengan teman teman melainkan mengata, mengutuk, menyindir, mengkeji, memburukkan mengaib orang lain! Apapun alasan dan sebabnya, tetap kita tidak samasekali dibenarkan untuk memburukkan orang lain. Adakah kerana kita sudah berjaya, terpelajar, berstatus tinggi, berpangkat besar, kaya atau miskin atau ilmuwan sekalipun, prinsip asasnya tetap sama, tidak boleh mengaibkan orang lain! Nabi saw tidak memberi contoh sedemikian kepada kita! Malah hanya kerana memandang enteng seorang perempuan tua yang buta, Allah turunkan ayat alQuran menegur sikap Nabi saw, apatah lagi kalau mengata! Jika kita suka mengata, itu tanda 'something wrong somewhere' dengan iman seseorang itu! Walau jelas kelihatan pada mata kasar, dia solat, dia berjemaah, dia baik dan sebagainya, akan tetapi bilamana susuk itu mula mengata orang itu ini tak betul, salah sana sini, buruk sana sini, saat itu ada sesuatu yang tidak kena! Justeru ajarlah diri untuk tidak bersifat sedemikian! Apabila diri mampu menahan nafsu dari berbuat sedemikian, maka diri itu telah memberi contoh yang baik kepada isterinya, anak anaknya, keluarganya, jiran tetangga. Formulanya mudah, amalkan prinsip 'get rid of negative things, seek for positive'...saat apabila seseorang mula bicara buruknya orang lain, tukarlah topik supaya kalian, jika tidak, bangun dan tinggalkan diskusi itu!
Jangan biasakan dan membiasakan diri lalu terbiasa menadah telinga mendengar buruknya orang lain. Hentikan perbuatan ini! Hanya kita yang boleh mengubah diri, jadi, ubahlah diri. Ini prinsip asas dalam hubungan positif sesama insan, jangan berkata tanpa usul periksa, jangan biarkan geraf pahala dan amalan baik menurun dengan mengata orang lain! Ingatlah mati kerana apabila kita mengingat mati, kita bimbang amalan yang kita bawa, banyak atau sedikit, jika banyak adakah semuanya diterima olehNya, jika sedar akan sikitnya amal, jangan rosakkan amal sedia ada dengan memburuk@mengata orang lain!
Aku mengingatkan diriku sendiri lalu berkongsi dengan kalian semua, agar ada manfaat dari nukilan ini buat semua....ikutilah cara Nabi saw! Jangan ikut sebahagian dan tinggal sebahagian! Jangan jadikan Islam dikulit tetapi isinya busuk dan rosak! Nauuzubillah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 2, 2012

Sesedap rasa berKATA KATA!

Salam ukhuwwah...


Tak penat ker bercakap tapi jenis percakapan yang diucap ialah mengata itu ini, mengata si A tak betul, si B tal betul....mengumpat itu ini, mengeji itu ini......tak penat ke kumpul dosa?? Dah banyak sangat ke pahala nak dibawa ke kubur??  Atas dasar apa sekalipun, atas dasar politik mahupun apa, kita tetap diharamkan memburukkan orang lain! Mengata orang lain, mengeji orang lain!


Saudara saudari yang saya kasihi sekalian.....saya merayu dan saya menyeru kalian........walau bagaimana kita marah sekalipun terhadap saudara kita, kawan kita, teman kita, jangan la sampai mengungkap nista dan cerca....walau bagaimana sekalipun kita susah disebabkan oleh perbuatan kawan, sahabat kita, jangan lah lepaskan peluang mendapat pahala yang berganda ganda dari Allah dengan mengata dan mencerca, malah mencanangkan keburukan kawan dan teman kita itu! Walhal, jika kita bersabar dengan bersungguh sungguh dalam kesusahan yang dihadapi dek kerana kawan dan teman kita, ganjaran Allah lebih besar dari segala galanya! Seahkan segala urusan kepada Allah, biarkan Allah yang menentukan yang terbaik untuk kita, saat kita dizalimi, lalu kita mengunci mulut, diam dan berdoa kepada Allah dengan segala doa yang membawa kebaikan kepada diri, ketahuilah kalian bahawa itu lebih bermakna dan lebih diberkati oleh Allah swt.



Tak penat ke buat pahala? Macam macam amal kita buat akan tetapi akhirnya pahala dari amalan yang kita  kumpul seharian, mahupun bertahun tahun akhirnya kosong sebab kita mengata! Ini kerana apabila kita mengata, memaki, mengeji, mengeluarkan bahasa kotor dan kesat, terhadap orang lain maka segala amalan kita berpindah kepada orang yang kita kata. Ruginya! Akhirnya, seperti mana yang Allah ungkapkan, 'manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH!.....Allah suruh kita SENTIASA beriman dan beramal soleh, bukan beriman sekejap, kemudian apabila sesi mengeji dan mengumpat atau mengata orang berlangsung, ketika itu IMAN kita tiada??? Kalau ye pun iman ada turun naik, janganlah biarkan iman yang turun tu sampai "zero atau negatif"! Naya kalau gitu!


Tahukah kalian bahawa, jika kehidupan seharian kita adalah input input positif terhadap jiwa dan minda....tidakkah itu akan mendorong perlakuan positif?? Tidakkah jiwa akan menjadi lebih tenteram? Tidakkah minda menjadi lebih tenang? Sebenarnya, mengapa saya ungkapkan semua ini adalah kerana saya amat 'membenci' info dan maklumat negatif kerana ia sebenarnya menarik tenaga 'energy sucker'...saya lebih tenang dan damai jika menelusuri berita, maklumat, bahan bacaan yang 'energy giver'....namun semua itu tidak akan berlaku hanya jika saya sahaja yang sukakan sedemikian, kalian juga malah berperanan untuk menjadi positif, menjadikan dunia dan kehidupan ini lebih positif dan baik, tetang dan tenteram. Cukuplah kebejatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, cukuplah kerosakan yang berlaku pada hari ini! Kita lah yang mengubahnya, justeru, berilah 'posting' yang positif didalam laman sosial seperti FB agar para pembaca tertarik kepada perkara perkara yang positif, langsung ia umpama magnet yang menarik orang lain agar bersikap positif juga!  





Sunday, January 1, 2012

Qudwah...Ketam ajar anak!

Salam ukhuwwah!

Ada saatnya kita tersilap perhitungan...hingga tidak benar benar berfikir dengan sebaiknya, lalu mengambil cara berfikir yg meniru 'trend' sedia ada! Lalu tindakan tindakan kita lebih seumpama mengikuti orang lain....mengikut arus!

Saya fikir anda setuju bahawa pendidikan/pentarbiahan yg paling asas adalah qudwah yang baik! Contoh/role model yang baik yang mesti dilakukan!
Namun, apabila saya membelek belek akhbar2 utama hari ini, terlihat gambar gambar menarik sepanjang sambutan tahun baru yang bukan Islam iaitu Tahun Baru Masihi, tahun baru Islam ialah Awal Muharram! Saya lihat kanak kanak sekecil 5 tahun, sudah berada dilapangan Dataran Merdeka(gambar itu diambil di sana), khabarnya sejak jam 8 malam lagi! Persoalannya ialah, sejak jam 8pm menunggu detik 12 tengah malam! Masa berlalu yang dibazirkan begitu sahaja utk proses tarbiah anak anak!

Bayangkan ini! Jika sejak umur 5 tahun sudah biasa tengok konsert, terdedah kepada hiburan, sudah dibiasakan dibawa untuk keluar pada waktu malam berhibur, sudah dibiasakan berada ditempat tempat hiburan, berkumpul ramai ramai! Bayangkan apa akan terjadi saat umur itu hingga dewasa!

Tidak pelik jika:
-anak itu akan terus terusan saban tahun menantikan saat tahun baru, tahun tahun ketika kecil mungkin dibawa oleh ibubapa, bila sudah dewasa, pergi sendiri!
-anak keluar malam sebab kita ibubapa yg ajar!
-anak suka pergi pesta pestaan sebab kita yang memberi contoh!
-mak bapak yang zaman mudanya bawa anak kecil ke tempat tempat begini, bila dah tua mengeluh melihat hal ehwal anak2 yang tidak lekat di rumah, di masjid pun tidak!
-walhal mak bapak masa tua tu sibuk minta anak anak tolong hantarkan ke masjid (saat ini kesedaran mendatangi, namun kita telah tinggalkan 'legacy' kepada anak2 dengan cara yang salah), tetapi anak anak tak peduli sebab mereka tiada di rumah dan sentiasa keluar rumah!
-untuk tengok ibubapa geleng kepala tengok anak anak punya perangai 'lagi putih dari omputih, lagi negro dari orang negro'
-warisan yg ibubapa tinggalkan ialah budaya yang terpahat jauh dalam minda dan kehidupan anak2 yang sekarang sudah dewasa!
-saya tak pelik untuk melihat ibubapa datang jumpa saya mengadu, kemudian salahkan faktor luar, salahkan kerajaan, salahkan media yang memberi pengaruh budaya negatif kepada anak anak, walhal mak bapak yang sama itu dulu masa muda terkinja sambil dokong anak anak kecil mereka merayakan malam tahun baru, sambil berhibur dan melihat konsert!
-dan macam macam lagi!

Bagi saya, kita punya pilihan! Pilihan pilihan itu ada didalam kehidupan kita! Mengapa dah terhantuk baru termgadah! Dah tua baru nak sedar dan insaf! Setelah kudrat tiada, sakit melanda, umur di penghujung...lalu kita membebel itu ini tentang anak anak yang berperangai bukan bukan! Nauuzubillah! Saya juga tidak mahu anak anak saya sedemikian, saya juga membimbangi anak anak saya berperangai ikut ikutan dengan cara Barat....namun saya sedar, jika kita sentiasa beri input positif dalam kehidupan, maka sekurang kurangnya kita ibubapa telah melakukan yang terbaik untuk mereka! Jika takdirnya mereka terjerumus juga dalam lembah kemaksiatan 'nauuzubillah' dikemudian hari nanti, saya pasrah dengan Allah, sebab saya telah berbuat yang sepatutnya untuk menghalang supaya ia tidak berlaku dengan mempersiap iman, jiwa, pemikiran anak anak supaya positif, diberi input dan ilmu agama yang teguh!

Kita punya pilihan....kita tak sedar selalunya bahawa pilihan yang kita buat sekarang memberi kesan berpanjangan kepada anak anak! Jangan menyesal kemudian hari! Buatlah pilihan pentarbiahan anak anak dengan betul dan tepat berlandaskan 'syariah compliance'!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 30, 2011

Live with passion!

Salam ukhuwwah!

Life isn't a race....it is a process, it is a staged process, phase by phase. A process of making man becomes human through thicks and thins, ups and down, back n forth! All we need to do is to pass it through! Otherwise, if we failed!, like it or not, the same process keeps on repeating in our life, with different storyline but same cycle!


As you passed through, another process at another phase or stage prevails! Different impact at a time! Again, all you need to is to preservere! Pass it through! At some stages, you begin to show your potential, your capability, and you become wiser....at another, you begin to realize who you are! Realizing what purposes of you! You discovered inner self values, strength, potentials.....You embrace new perspectives of life! If these do not occur, it indicates that you need to be relearned....and according to Allah the cycle is backforth.....believe me, you will go down to the starting point of your life process! This is Allah's will! As HE wants you to learn...therefore, equip yourself with 'ilm' or knowledge, as it helps you to recognize even faster your true potentials and help you in your endeavour of your self realization!

Having endured this processes stage by stage....with IMAN and IHSAN, one will realize his passion...as he becomes 'pasrah and redha'....this is true passion! By this, one will lead his life with PASSION....read how our beloved Prophet Muhammad, endure hardship from chilhood and later created the greatest passion of life which is everlasting! His love for his UMMAH was towards the end of his life more than his own life! Bedridden...he said Ummati! Ummati! Ummati!....this I call love and passion! Be one! You will become great too in your endeavours! Ameen...insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 27, 2011

Hanya Allah yang tahu!

Salam ukhuwwah.....

Situasi respon saya dengan Sdra Hilmy Shamsur Abd Rahim (seorang teman dan sahabat)!:

Hilmy Shamsur : "bersangka baiklah kpd mrk yg postkan ilmu, cerita, nasihat dll yg bermanfaat di sini..x perlu remehkan diri ttg niat hati mrk.."

Asam Garam: "Hang memang best! Setujuuuu!tak yah suuk dzonn! Menda tu dlm hati!Urusan hati adalah adalah urusan Allah dengan hambanya....ia antara makhluk n Khaliq,kita sesama makhluk tak yah mengada2 amik alih tugasNYA! Ini selalu menjadi keributan hubungan sesama insan! Dek kerana sibuk nak meneliti niat n ikhlas@idak seseorg itu!sudahnya bukan jawapan yg ditemui, tetapi hubungan yg semakin rosak!"

Islamic MotivationSiapa kita nak tahu apa yang ada dalam hati orang lain, apa yang ada dalam hati teman kita, sahabat kita! Kita hanya boleh mengagak agak sahaja, tidak boleh tahu sebab ia tidak kelihatan! Itulah manusia! Saya juga manusia...selalu juga terbawa bawa ingin tahu apa yang ada dihati orang lain! Sebenarnya ia hanyalah agakan kita sendiri, yang apabila bercampur dengan 'mental frame' kita, ditambah pula dengan hasutan si sesat 'syaitan dan iblis' maka bertambah terpesonglah agakan kita terhadap orang lain. Itulah 'sangka buruk' atau 'suuk dzon'...solusinya ialah 'kalimatuttoyyibah'-kata kata yang baik, jangka bersangka buruk...sentiasa fikir positif...jika tidak mahu juga, itu tandanya HATI kita belum benar benar bersih...bersihkan hati, berbaik sangkalah.

Jika insan mampu berbaik sangka dalam hubungan sesama insan, hampir separuh dari masalah komunikasi dan perhubungan manusia akan selesai, akan aman dan damai! Ia bermula dengan rasa pasrah dan redha! Rasa pasrah dan redha itu bermula dengan menjaga hubungan dengan Allah...pasrah dan redhalah denganNYA, dengan ketentuanNYA setelah segala usaha dilakukan dengan sebaiknya, bertawakkal kepadaNYA.....apabila ini boleh dilakukan, dan memBIASAkan diri untuk pasrah dan redha, insyaallah, 'positive mental frame' akan terbentuk dalam diri setiap insan....ia diterjemah dalam hubungannya sesama makhluk! Jika hubungan dengan Allah selesai, maka hubungan dengan sesama makhluk juga akan selesai! Insyaallah!

Diceritakan tentang al-Husain bin Ali ra bahwa telah sampai kepadanya perkataan seseorang yang membuat dia tidak suka, maka dia mengambil sekeranjang penuh kurma yang baru dipetik dan membawanya ke rumah orang itu. Dia ketuk pintu rumah orang itu. Orang itu berdiri, membuka pintu, dan memandang Husain yang membawa keranjang. Orang itu bertanya, “Apa itu wahai cucu Rosulullah?”

Husain menjawab, “Ambillah sekeranjang kurma ini. Telah sampai kepadaku bahwa engkau telah menghadiahkan amal kebaikanmu kepadaku, maka aku membalasnya dengan ini” (Al-Ghazali)

Saturday, December 24, 2011

Laluan MASA!

Salam ukhuwwah!


Kehidupan adalah laluan masa! Kita terpenggal dek masa setiap saat dan ketika! Itulah mengapa Allah bersumpah DEMI MASA! Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian!


Sentiasa dalam kerugian! Itulah hakikat sumpah Allah dengan MASA! Rugi kita jika tidak sedar akan masa! Rugi jika kita tidak mempedulikan MASA! We are lost in TIME! If we ignore TIME!


Justeru tanyakan ini sentiasa kepada DIRI!
1-Wahai diri! Adakah engkau hidup selama lamanya? Ingatilah MATI kerana itu tanda terhentinya MASA untuk diri?
2-Berapa MASA yang tersisa dalam hidup mu wahai diri?
3-Berapa jangkanya UMUR mu masih tersisa?
4-Kemana tujuanmu wahai diri?
5-Apakah destinasi akhir dirimu wahai diri?
6-Untuk apa engkau dicipta wahai DIRI? untuk membuang masa dengan kesenangan dunia??


Itu antara soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri! Ada juga beberapa soalan lain yang kita boleh tanyakan kepada diri! Kita rugi dan sentiasa rugi kerana sentiasa meletakkan masa bukan sebagai keutamaan dalam kehidupan ini! Menipu diri sendiri dengan mengungkap alasan "masih ada masa buatku!" Itulah kita! Sebab itu pernah kalian dengar cerita cerita ini: Nabi Yusuf, Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain lain lagi, yang dipenjara oleh pemerintah yang zalim, lalu mengungkap, "aku lebih senang di penjara kerana aku punya tumpuan khusus kepada Sang Pencipta, Tuhan Rabbul Jalil"....masyaallah!


Kita sanggup mendatangi konsert, konon mengembalikan nostalgia lama (bagi susuk yang sekarang ini sekitar 40an) mahupun (jika remaja) ingin tahu dan rasa seronok (keseronokan yang dicari penuh sementara dan palsu-malah menghilangkan ketenteraman diri dan memadam bahagia hati) berbanding mendatangi masjid untuk solat berjemaah! Kita sanggup membuang MASA berpeleseran di komplek komplek, 'shopping mall', membuang masa! Berbanding mengulangkaji buku dan mentelaah kitab mahupun memahami dan mengambil IBRAH dari alQuran! 


Ruginya kita......dalam kehidupan ini kita mengerjakan sesuatu, untuk yang pasti kita tinggalkan, lalu meninggalkan sesuatu untuk sesuatu yang pasti kita bawa buat bekal! Masyaallah!    

Wednesday, December 21, 2011

SoMbOnG dAn EgO..itulah manusia!!

Salam ukhuwwah...

Kita sebenarnya insan yang lemah! Itulah hakikat kita manusia! Tetapi kita ego dan sombong! Keegoan dan kesombongan itu membuatkan kita 'perasan' kita kuat, perasan hebat! Lalu kita menjadi angkuh! Lihat Firaun, lihat Qarun! Lihat Kaum Aad! Lihat Abu Jahal, Abu Lahab, Kaisar, Umar alKhattab (yg akhirnya runtuh tembok keegoannya, lalu zuhud dan tawadhuk) menjadi terbilang! Adakah yang nama nama yang disebut selain Umar alKhattab itu hebat? Dimata dunia dan dimata manusia ya benar mereka seolah olah hebat...mereka bangsawan, mereka maharaja dan pemerintah, mereka kaya raya, punya status, mereka elitist, punya kuasa, pangkat dan derajat! Apa yang berlaku? Kehebatan yang disangkakan itu tidak bererti apa apa! Bagai debu yang berterbangan...malah kehebatan dan harta yg dimiliki serta pangkat tidak mampu menolong mereka! Akhirnya, tembok keegoan dan kesombongan itu runtuh dek datangnya rahmat Iman, Islam dan Ihsan (3i) itu...walau mereka tetap kufur...namun kebenaran 3i-iman,islam,ihsan itu tetap merobek tembok ego dan sombong itu!

Cuba fikirkan! Mengapa kita lemah? Jawapnya ialah kita MEMERLUKAN...dan amat memerlukan Allah malah sentiasa memerlukan Allah, hanya sanya kita tidak sedar bahawa kita memerlukan DIA! ALLAH tidak perlukan kita langsung...dia memiliki kita...dia mencipta kita! Sedang anggota tubuh sendiri pun kita tak mampu untuk kuasai mahupun mencipta gantinya! Udara yang kita hirup inipun tidak mampu kita membuatnya! Malah air hujan itu pun tidak mampu kita turun sesuka hati....maka nikmat Tuhan mana yang kita nafikan!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mencari RASA Jiwa!


Mencari RASA jiwa Siri 2

Salam ukhuwwah...


Helaan nafas pertama itu antara fasa awal kehidupan kita...malah ia telah bermula lebih awal saat kandungan ibu.....tika di alam roh kita ditanya olehNya "Alastu birabbikum" Tidakkah Aku Tuhanmu semua.....sekonyong konyong kita menjawab "Balaa syahidnaaa"...maka sesungguhnya kami menyaksikan (bahawa diKau Tuhan kami)....


Pelayaran itu sembilan bulan dalam kandungan ibu....malah ada yang saatnya tiba lebih awal...pabila saatnya kita hela nafas pertama itu! Saat itu juga kita kira kira sudah lupa.....bahawa suatu saat dan ketika kita pernah berbai'ah, janji dan sumpah setia kepada Rabbul Jalil! Itulah kejadian kita 'nasia' atau manusia..iaitu siPELUPA!


Kemana hilangnya sumpah setia itu?? Lalu natijah lupanya kita, berlakulah perbuatan sewenangnya merentas  batasan! Ketaatan yang ditagih olehNya, kita alpa! Lalu apakah KITA ini? Pendusta? Penipu? Pembohong? Munafik? Berpura pura? Sungguh berani MENIPU Allah swt! Kita tipu Allah bila kita tidak mentaatinya! Malah kita tidak berIMAN kepadaNYA....Segalanya kita tinggalkan kerana asyiknya diri dengan DUNIA! Tidakkah telah diberitahu sejak dahulu lagi bahawa DUNIA ini hanya mainan, bahkan KEHIDUPAN kekal itu ialah negeri akhirat? Tidakkah DUNIA ini hanya 'mazra'ah'...tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasilnya di dunia akhirat? Sungguh benar diri ini PENIPU dan sangat BERPURA PURA jika sedemikian. Aku insaf kekurangan dan rentas sempadan dan batasan yang pernah ku lalui?


Tiadakah jalan kembali? Sudah pasti ada! Taubat nasuha itu jalannya......namun ia perlu diterjemah dengan sebenar benarnya...bukan hanya sekadar taubat yang pura pura atau ASPAL (asli tapi palsu)! Ia mesti dinatijahkan dalam hijrah diri! Ia perlu dibentuk agar Jiwa menjadi RAJA@Khalifah yang sebenarnya...menguasai kerajaan, membendung NAFSU dan Syahwat......kembali mentaatiNYA!


Jangan biarkan sampai RASA itu hilang lalu tiada ketemu jalan kembali! Binalah Khalifah Jiwa dalam diri! Binalah empayar diri sehebatnya lalu menjadi mukmin sejati.....! Insyaallah

Tuesday, December 20, 2011

Hanya kerana.....!

Salam ukhuwwah...

Ku kongsikan nukilan teman dan sahabat seperjuanganku Hilmy Shamsur Abd Rahim buat tatapan kalian!




Hanya kerana kita solat jamaah di masjid @ surau, itu tidak melayakkan kita berkata..”dia tuh, walaupun rumahnya dekat surau/masjid tp tak pernah nampak berjamaah dgn kita pun.”

Hanya kerana kita menunaikan solat 5 waktu, itu tidak melayakkan kita berkata..” solat diorg tuh diterima Allah ke?”

Hanya kerana kita dilahirkan dlm keluarga yg mementingkan agama, itu tidak melayakkan kita berkata..” jangan ikut mcm keluarga tu, tak islamik “

Hanya kerana kita tahu mengaji Al-Quran, itu tidak melayakkan kita berkata..”takkan kau nak jd mcm si dia tuh, mengaji pun tak reti.”

Hanya kerana kita pernah menjejakkan kaki di tanah suci, itu tidak melayakkan kita dr berkata..”tak de maknanya hidup kau nih kalau masih tak ke tanah suci.”

Hanya kerana ahli keluarga perempuan kita bertudung, itu tidak melayakkan kita berkata..”dia tuh tak pakai tudung, masuk neraka la tuh nanti.”

Jangan hanya celik dgn aib org lain tp buta dgn aib sendiri…sibuk dgn aib org hingga lupa urus aib sendiri..jauhi ghibah dan elakkan timbul rasa ujub..

Allah berfirman maksudnya,

“Allah tdk suka kpd perkataan2 buruk yg dikatakan dgn berterus-terang (utk mendedahkan kejahatan org); kecuali oleh org yg dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahu” (Surah. An-Nisa: 148)

“Wahai org2 yg beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; & janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan & keaiban org; & jgnlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kpdnya. (Oleh itu, patuhilah larangan2 tersebut) & bertaqwalah kamu kpd Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani..” (Surah Al-Hujurat:12)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yg menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia & akhirat” (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]

“Wahai org yg beriman dgn lisannya yg belum sampai ke dlm hatinya, jgnlah kalian mengganggu kaum muslimin, jgnlah kalian menjelek2kannya, jgnlah kalian mencari2 aibnya. Barang siapa yg mencari2 aib saudaranya sesama muslim niscaya Allah akan mencari aibnya. Barang siapa yg Allah cari keburukannya, niscaya Allah akn membukakan rahsianya meskipun di rumahnya sendiri.” (H.R. Tirmidzi dan lainnya)

maka beruntunglah org yg sedar ttg aib2nya lalu berusaha memperbaiki diri. Oleh itu, bersihkan diri dan hati kita ini sebagaimana dinyatakan dlm Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

” Sesungguhnya berjayalah org yg - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dgn taat & amal yg soleh)” (Surah Al A’la: 14).

Dlm ayat lainnya:

“Sesungguhnya berjayalah org g menjadikan dirinya – yg sedia bersih – bertambah2 bersih (dgn iman & amal kebajikan).” (Surah Asy Syams:9).

Monday, December 19, 2011

Anak!...membentuk keperibadian cemerlang!

KISAH OMAR DENGAN ADIKNYA: CARA MEMBERI GANJARAN

Anak perempuan anda terjatuh ketika sedang bermain dan mengalami sedikit kecederaan pada lututnya lalu menangis. Anak lelaki anda, Omar ketika melihat adiknya jatuh langsung mendekatinya dan mengangkat serta menghiburnya. Anda yang sedang memerhatikan apa yang berlaku harus menghampiri Omar segera dan berikan kata-kata pujian seperti: 

“Bagus betul Omar tolong adik tadi. Beruntunglah mama dapat anak yang sayangkan adiknya. Allah akan kasih pada Omar karena sudah menolong adik.”

Perkara-perkara yang perlu diingat.........

1. Berikan pujian segera setelah anak anda melakukan sesuatu perkara yang baik.

2. Beritahu anak anda secara khusus perkara baik yang telah dilakukannya.

3. Beri pujian dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

4. Variasikanlah cara memuji anak anda. Jangan guna ungkapan yang sama setiap kali anda memuji.

Perhatikan daripada contoh di atas, terdapat empat perkara:

1. Ibu memberi tahu anaknya bahwa perkara yang telah dilakukan anaknya adalah sesuatu yang baik.

2. Ibu telah menyatakan rasa bangganya terhadap anaknya.

3. Ibu mengambil kesempatan untuk menyedarkan anaknya, betapa dia (anaknya) menyanyangi adiknya.

4. Ibu mengambil kesempatan menerapkan rasa kasih anaknya kepada Allah dengan memberitahunya betapa Allah mengasihi orang yang berbuat baik.

ANAK PERLUKAN PERHATIAN (ATTENTION)

1. Semua anak memerlukan perhatian.
2. Anak kita akan melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian.
3. Kalau diberi pilihan tentunya anak kita akan meminta perhatian dalam bentuk positif yaitu kata-kata penghargaan, pujian dan sebagainya.
4. Jika anak kita sama sekali tidak mendapat perhatian, mereka akan melakukan hal-hal yang mereka tahu
akan mendapat perhatian walau pun dalam bentuk negatif seperti kena marah, dipukul atau didenda.
5. Anak-anak lebih rela dimarahi daripada mereka tidak diperhatikan sama sekali.
6. Ibu bapa sering lupa menyatakan penghargaan mereka apabila anak-anak berkelakuan baik.
  
Budaya Timur

1. Dalam budaya Timur khususnya masyarakat Melayu, kita jarang memberi pengakuan apabila anak-anak kita melakukan hal yang baik.
2. Biasaanya, kita hanya berdiam diri dan ini menyebabkan anak-anak merasa tidak dihargai.
3. Kita selalu menganggap bahwa anak kita akan memahami bahwa apabila kita berdiam diri, bermakna kita bersetuju dan berpuas hati dengan tindakan mereka.
4. Tetapi sebaliknya, apabila anak-anak kita melakukan kesalahan, amat mudah bagi kita untuk memarahi, meninggikan suara serta memukul mereka.
5. Secara tidak langsung, mereka akan membuat kesimpulan sendiri bahwa semua yang mereka lakukan itu tidak betul dan mereka selalu dimarahi dalam segala situasi apapun.
6. Dalam masyarakat Melayu juga, orang tua lazimnya kurang atau tidak memberi pujian kepada anak-anak, terutama mereka yang sudah bersekolah dan lebih-lebih lagi, remaja.
7. Kadang kala kita merasa kekok, canggung dan malu untuk memberitahu penghargaan kita kepada mereka.
8. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu kreatif untuk mencipta dan mensosialisasikan ungkapan-ungkapan yang berbentuk penghargaan (appreciation) dan pujian.
10. Ungkapan-ungkapan ini apabila sering dipakai aknirnya akan diterima sebagai sebuah trend.
11. Kita perlu mengingatkan diri sendiri untuk selalu memberi pujian kepada anak-anak kita tetapi atas sebab-sebab yang sepatutnya.

BAGAIMANA TABIAT BAIK SERING DIABAIKAN: KISAH AHMAD DI DEWAN MAKAN

Pada hari pertama sekolah setelah kelas, Ahmad, seorang pelajar, menjerit dan menganggu kanak-kanak lain serta membuang makanannya dimana-mana ketika waktu makan. Guru yang mengawasi mereka memarahi Ahmad dengan meninggikan suaranya. Pada keesokkan hari, Ahmad masih berkelakuan seperti hari sebelumnya; dia menjerit, mengganggu kawan-kawannya dan menumpahkan air sirupnya. Guru yang sama, memarahi dan mencubit Ahmad.
Pada hari ketiga, Ahmad berkelakuan sangat baik; tidak menjerit atau mengganggu kawan-kawannya dan menghabiskan makanannya dengan sopan. Akan tetapi, gurunya sama sekali tidak mempedulikan Ahmad, seolah-olah Ahmad tidak ada bersama kawan-kawannya yang lain.
Bayangkan bagaimana kelakuan Ahmad pada hari keempat….
Sudah semestinya Ahmad akan menjerit dan berkelakuan karena dengan cara ini, dia mendapat perhatian semua orang terutamanya daripada gurunya. 

Rumusan dari kisah:
1. Guru memberi perhatian kepada perkara negatif yang dilakukan Ahamd tetapi tidak memberikan perhatian apabila ia berkelakuan baik.
2. Ahmad akhirnya berkesimpulan bahwa untuk mendapat perhatian gurunya semula ia mesti melakukan hal-hal yang negatif.
3. Senario seperti ini sering berlaku di rumah. Oleh karena itu, orang tua perlu senantiasa peka supaya kelakuan baik anaknya selalu mendapat penghargaan yang sewajarnya. Dengan cara ini, anak-anak akan senantiasa terdorong untuk melakukan perkara positif.
4. Kurangilah memberi perhatian kepada anak apabila mereka melakukan perkara negatif.

Amanah yg kita lupa....

Salam ukhuwwah....

Sampai bilakah kita mahu mengagumi kecantikan wajah dan menafikan keburukan wajah berbanding mensyukuri apa yg ada? Kita adalah sebaik baik kejadian! Justeru, kita harus mensyukuri apa yang telah dijadikan untuk kita. Rupa paras adalah subjektif sifatnya, bagi sesetengah orang, yang sebegitu adalah cantik dan lawa, tidak pula bagi sesetengah orang yang lain. Sifat dan nafsu manusia telah mengaburi penilaian konsep kecantikan ini, seolah olah ada definisi khusus untuk kecantikan, walhal ia tidak begitu. Sebab itulah timbangan yang diberi keutamaan malah yang sangat objektif sifatnya ialah taraf keimanan dan takwa seseorang individu, bukan rupa paras, warna kulit, bangsa dan keturunan! Malah pemilihan jodoh yang diutamakan ialah agamanya iaitu, takwanya, akhlaknya, iman seseorang, bukan keturunan, rupa paras! Namun ia sukar sebenarnya buat manusia dan kita semua untuk melihat iman dan takwa sebagai neraca pertimbangan suatu penilaian! Ia sukar sebab kita dibelenggu nafsu! Ia sukar sebab kita dilingkungi pandangan dunia, terpengaruh oleh penglihatan sukakan dunia!

Cuba fikirkan.....jika cantik tapi tiada iman...sudah tentu kecantikan yang dimiliki itu tiada nilai! Jika tidak cantik dan tidak beriman, masih serupa juga! Ia lebih baik, sesiapapun kita, bagaimana rupa dan warna kulit, kita benar benar bertakwa dan beriman kepadaNYA...

Apabila terlalu mengutamakan KESEMENTARAAN, iaitu menilai sesuatu berdasarkan kecantikan dan bukan iman dan takwa, itulah jalan kehancuran....itulah kesesatan yang nyata. Ramai yang ingin cantik dan berusaha mencantikkan diri dengan anggapan untuk dilihat cantik dikhalayak ramai walhal tujuan kecantikan yang dianugerahkan itu ialah merupakan AMANAH Allah yang perlu dijagai sebaiknya berdasarkan perintahNya...ia bukan pameran! Ia bukan perlumbaan siapa yang cantik dan paling cantik! Ia bukan untuk tontonan umum! Inilah kesilapan kita...silap kita sebagai suami...silap kita sebagai bapa...silap kita sebagai isteri, ibu mahupun anak! Akhirnya, kehidupan kita terjurus hanya berlumba lumba untuk kelihatan cantik, berbuat hampir apa sahaja supaya kelihatan cantik dan terus berusaha sedaya upaya dengan apa jua cara untuk mengekalkan kecantikan hatta melakukan yang haram supaya kelihatan cantik! Malah media juga turut sama menambah 'perisa' terhadap proses ini, memberi contoh dan teladan, membudayakan nilai kehidupan, membentuk ia sebagai suatu cara hidup! Itulah kezaliman yang kita lakukan kepada diri berbanding berlumba lumba untuk mencantikkan iman dan takwa!

Tidak dinafikan bahawa Allah menyukai sesuatu yang cantik dan kita disaran memperelok kecantikan...akan tetapi UTAMANYA ialah kecantikan iman, takwa dan akhlak...bukan kecantikan paras rupa yang sebenarnya sifatnya sangat sementara! Terkadang itu, lebih baik mengagumi cantiknya ciptaan Allah berupa alam ini berbanding cantiknya rupa paras manusia kerana ia mengundang lagho dan dosa mata! Kagumilah dengan bersungguh sungguh akan cantiknya iman dan takwa serta akhlak manusia yang kan bisa membawa kita ke syurga!

....bersambung!!