Pabila Ramadhan sampai ke penghujungnya, jika waktu siangnya, sibuk mencari baju raya, kuih raya dan segalam macam raya....pada malamnya pula sibuk mencari tanda tanda Lailatul Qadar...malam yg lebih baik dari 1000 bulan.....apa yang dicari?? Tanda tanda Lailatul Qadar, kot2 la nampak pokok membongkok ker.....awan cerah ker...senyap sunyi tiada bunyi (memang ler sunyi seperti malam2 lain sebab semua orang tidur!!!)....
"apa tanda Lailatul Qadar ni bro?", tanya temanku...."mana ku tahu, bukan aku yg buat Lailatul Qadar tu....itu anugerah bro...untuk hambanya yg soleh dan ikhlas beribadah, kita ni syukur la kalau masuk kategori ikhlas dan bersungguh sungguh beribadah tu....kalau tak dapat, usaha lagi sampai dapat, tak payah carik tanda2 tu semua...." ujar ku.
Pagi ni kebetulannya dalam posting FB Ustaz Zaharuddin...dia juga menyebut perkara yang sama.....ia berbunyi " Tidak perlulah sibuk mencari-cari TANDA lailatul qadr tetapi carilah KEAMPUNAN dan RAHMAT Allah dengan ibadah yg ikhlas & tulus serta bersungguh2 nescaya, kelebihan lailatul qadr bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya @ tidak".....
Aku tersenyum membaca posting Ustaz Zaharuddin ni dan aku bersetuju dengannya...itulah masyarakat kita, nak 'short cut' memanjang, nak 'potong sana sini' lepas tu duduk barisan depan, tak mahu beratur dan ikut 'queue'. Macam tu jugaklah apbila memandu kenderaan, nak cepat sampai dan nak sampai dulu...bila 'jammed'....sibuk potong ikut lorong kiri.....semua nak pakai 'kabel besar'.....dengan anggapan bahawa apabila buat 'short cut' atau 'potong sana sini'...akan cepat masuk syurga.....hahahaha! Macam la Allah tak tahu perangai hamba hambanya....alahai! Kelakar juga sebab amalan yg ikhlas, konsisten dan bersungguh sungguh itulah yg berkualiti dan itulah yg Allah nilai.......simptom 'bodek -kologi' inilah yg sentiasa meracuni hidup dan minda masyarakat kita.....sepatutnya ia perlu berdasarkan merit ibadah....bukan berdasarkan siapa yg kalian kenal, atau cara mana yg paling ringkas dan menguntungkan...IBADAH kepada Allah swt tidak begitu....jangan rosakkan ibadah dengan cara cara kemanusiaan yang langsung tidak diterima pakai dalam timbangan dan penilaian Allah swt.
Aku mengingatkan diriku dan kalian semua agar kita benar2 ikhlas, komited dan konsisten dalam ibadah kita kepada Allah swt.....kerna aku sendiri tidak tahu samada aku berpeluang bertemu dengan Lailatul Qadar atau tidak....apapun, aku berharap agar ibadahku dan ibadah kalian semua diterima oleh Allah swt...lakukanlan ibadah itu bukan kerana Lailatul Qadar kerana ia hanya 'in the eyes of the beholder'...lakukanlah ibadah kalian semata mata kerana Allah swt..... Dia yang MAHA TAHU....kita tidak tahu...ia anugerah kpd hambanya yg ikhlas dan bersungguh2 beramal. Lupakan sebentar soal raya dan persiapannya...ia pastikan menjelma jua jika ada rezki dan panjang umur kita....akan tetapi FOKUS lah sentiasa kepada 10 terakhir ini...ameeen, insyaallah.
Selamat Beribadah di 10 terakhir ini...Mabruukkkkkkkkk Ya Rabb!!
No comments:
Post a Comment