Monday, October 31, 2011

Tanpa sedar...kita biarkan nur Illahi menghilang!

Assalam semua...


Kita berkata kata, mencampuri tanpa sedar batas batasnya....hal hal berkaitan dengan agama dan kehidupan hanya kerana atas dasar kepentingan politik dan kepentingan diri...rujuk Al-Baqarah:17 Bahkan perbuatan sedemikian umpama menghapus dan membiarkan nur Illahi, nur keimanan itu terhapus dalam kehidupan kita...maka kita menjadi orang orang yang rugi. Kita bersikap membelakangkan segalanya, dan tanpa sedar, itulah sifat munafik!


Tanpa sedar kita berkata kata dengan sindiran pedas, dengan ungkapan penafian, malah dengan kutukan dan kejian hal hal agama dan kehidupan yang akhirnya hanya lebih memesongkan orang lain berbanding menarik mereka kepada Islam. Blog ini dan blog blog orang lain, laman sosial FB atau apa sahaja adalah saluran dimana segalanya diluahkan, kutukan dipaparkan, sindiran dan kejian diungkap, terhadap ulama, atau orang yang lebih berilmu, atau mereka yang berilmu, lalu kita menganalisa, mengkaji (kononnya) walhal amat sedikit pengetahuan dan rujukan kita kepada Al-Quran, Hadis dan kitab kitab muktabar! Terkadang kita menganggap kita telah merujuk secukupnya, walhal keterangan dari rujukan terhad bercampur analisa logika dan rasional itu tersasar jauh dari roh wahyu mengapa sesuatu itu dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw...lalu akhirnya kebenaran yang sepatutnya telah terang terang kita sesatkan tanpa sedar.


Mengapa berlaku sedemikian? Ia terjadi kerana 'putus' nya penilaian dan analisa berdasarkan 'context' atau hubungkait atau asbab (sebab musabab) dan peristiwa....lalu secara melulu kita menganalisa dan menyimpulkan sesedap hati dan kehendak nafsu. Inilah yang berlaku apabila mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dalam konteks agama dan kehidupan. Perlu diketahui bahawa banyak perkara yang tersirat berkaitan hukum dan peraturan Allah, yang biasanya kita tidak memahami dengan sebenarnya mengapa ia begini dan begitu...seolah olah, apabila dibincang dan dibahas oleh 'orang awam' hukum dan peraturan Allah itu dipersoalkan dari segi pelaksanaan.


Berhatilah hatilah kita semua, jangan kita terjerumus kedalam neraka yang amat dalam 'fid darkil asfali minnan naar' jurang neraka yang amat dalam. Sesungguhnya, tipsnya amat mudah sekali utk membezakan perbahasan dangkal atau tidak ialah, mereka yg belajar secara mendalam, hal berkaitan agama dan kehidupan itu...hal berkaitan hukum hukum Allah itu....mereka tidak sewenangnya berbahas secara membabi buta, mereka tidak mengungkap sesuka hati! Segalanya disertakan dengan nas dan hujjah bersandarkan wahyuNya dan Hadis rasulNya....masyaallah! 


Tanpa sedar...kita sengaja membiarkan Nur Illahi menghilang dalam kehidupan kita.......


Life is full of choices...make your choices as it determines your directions...and live life to the fullest...forgive and forget...be happy!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Agaknya...bagus kot mencarut! Berbahasa kesat!

Assalam semua....

Saya fikir kalian semua akan setuju bahawa, jika kita makan makanan yg tidak sihat, maka kita akan sakit! Makanan yang berkhasiat akan menyihatkan badan! Tentunya! Qias yang seupa juga utk akhlak....jika didikan kita betul dan sempurna (diakui bahawa tiada siapa yang sempurna!! Hanya Allah yang sempurna, kita hanya sebaik baik kejadian), pengukuhan IMAN menjadi tunjang kpd segala usaha pendidikan diri, maka natijahnya atau hasilannya ialah akhlak yang sempurna....

Di FB atau laman sosial yang lain...cuba perhatikan dan bilang! Berapa banyak kata kata makian, ungkapan ungkapan lucah dan kotor, bahasa bahasa kesat yang kita temui....inilah masalahnya!Kita sewenang wenangnya berbahasa kesat dan lucah...perkataan bodoh, mampus, dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan, malah menjadi sesuatu yang rasmi pula dalam konteks perhubungan sesama manusia...aduh! Tidakkah Nabi saw itu adalah Nabi kita, tidakkah kita ni umat dia, kita ngaku kita umat kpd Nabi saw, tapi perkara kecil dan ringkas pun tidak mahu mengikuti....bagaimana kita ini???

Bagus ke berbahasa lucah dan kesat? Bagus ke memaki sana sini? Betapa marah sekalipun kita, adakah dengan berbahasa kesat dan lucah akan dapat mengubah semua yang berlaku....adakah hanya ingin memenuhi rasa puas hati dan menghambur kata sedemikian matlamat utama kita??? Ruginya manusia! Tidakkah manusia itu selalu dalam kerugian?

Rasulullah itu sebagai insan kamil yang menjadi lambang segala kebaikan. Nabi saw manusia yang paling sempurna. Seluruh himpunan sifat baik telah dipakaikan oleh Allah pada diri Rasulullah . Itulah gambaran betapa kasih dan sayangnya Rasulullah kepada seluruh makhluk.Bukan sahaja kepada manusia bahkan juga kepada binatang. Bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. Maka atas dasar itulah Allah telah menegaskan dalam Al Quran bahawa kedatangan Rasulullah itu adalah sebagai pembawa rahmat.

Firman Allah: “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107).

Rasulullah juga pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik).

Di sini saya hanya ingin menggambarkan tentang kasih sayang, iaitu satu aspek daripada akhlak Rasulullah yang sangat perlu untuk manusia. Setidak-tidaknya untuk keselamatan mereka di dunia walaupun tidak di Akhirat. Kasih sayang Rasulullah terhadap manusia tidak ada tandingannya. Mari kita lihat bukti bagaimana dan betapa kasih sayang Rasulullah melalui dua sudut.

Jika kita membaca Al Quran dan meneliti Hadis Rasulullah , maka kita akan dapati betapa Rasulullah itu sangat pengasih sekalipun kepada anak kecil ataupun binatang. Di antara ayat Quran yang menunjukkan betapa tingginya rasa kasih Rasulullah itu ialah sewaktu Allah berfirman: “Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (At Taubah: 128).

Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman: “Maka dengan rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan kasih sayang pada mereka. “(Ali Imran: 159 ).

Allah berfirman lagi: “Dan jikalau kamu berkasar dan berkeras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri darimu. “(Ali Imran: 159).

BALASLAH KEBAIKAN DENGAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN....DAN BALASLAH KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN! Inilah kemuliaan akhlak!

Jika orang berlaku kurang ajar kpd diri, berazamlah untuk tenang dan sabar dan membalas sikap itu dengan senyuman dan balasan kebaikan....itulah manusia beriman! Itulah akhlak mulia!

Sebenarnya, tiada asas langsung utk kita berbahasa kesat dan kasar! Ia hanya mengundang dosa! Jika tidak takut kepada balasan...nah! dipersilakan! Teruskan berbahasa kasar, kesat dan lucah!.....mungkin kita cukup kuat dan hebat untuk menahan balasan dan hukuman mahupun azab Allah swt! Nauuzubillah! Jangan lupa, jika kita berbuat dosa, tempias dosa itu akan juga terpalit kepada ibubapa kita, samada mereka masih hidup atau sudah mati.....kita kata kita kasih dan sayangkan ibubapa kita! Maka mengapa harus dan masih bersikap sedemikian!!! Jika langsung kita masih berbuat sedemikian...jangan juga lupa bahawa sikap kita akan dituruti oleh anak anak kita, pewaris kita, maka jika mereka juga berbahasa kesat, kotor, kasar dan lucah..maka terus terus dosa itu juga akan terpalit kepada kita! Adakah saham itu yang kita mahukan dan kita bawa ke alam barzakh nanti!!! FIKIRKAN!

Thursday, October 27, 2011

Jangan mengeluh di kehidupan ini!!

SEKADAR BERKONGSI......



Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya...............

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? > QURAN MENJAWAB

>"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." > Al-Ankabut ayat 2-3
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? > QURAN MENJAWAB

> "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." > - Surah Al-Baqarah ayat 216
 
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? > QURAN MENJAWAB

>"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " >-Surah Al-Baqarah ayat 286
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? > QURAN MENJAWAB

> "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." > - Surah Al-Imran ayat 139
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? > QURAN MENJAWAB

> "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? > QURAN MENJAWAB

> "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" > Surah Al-Baqarah ayat 45
 
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? > QURAN MENJAWAB

> "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
>  Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? > QURAN MENJAWAB

> "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." > At-Taubah ayat 129
 
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
> QURAN MENJAWAB

"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." > - Surah Yusuf ayat 12

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

> Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)       Jujur dalam berkata-kata.
2)       Menjauhi segala yg haram.
3)       Merendahkan diri.

> Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
 
> Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

> Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 

Kisah yang mungkin nyata.....

Mungkin sudah pernah membaca, tapi tetap bagus untuk reminder...
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin
terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak
untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
==================================================
"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"
Seperti  biasa,setelah  pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku
terus duduk berehat   disofa  sambil  melepas  penat.  Sepertinya  aku  sangat
malas untuk membersihkan  diri  dan  menunaikan  solat.  Sementara  anak2  &
isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2
yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak
tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah  berdiri
di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum
sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar
untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti
biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari
dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku.... sakittttttttt........ sakit......rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang  masih
sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari
tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit
rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku
gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku
seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu
meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi...  berlalu
begitu saja.... hilang dari pandangan.
Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,
segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang
sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ  aku
melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang
kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 &
isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria ...
terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa
dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.
Dia........ dia........ dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????
 
Aku  cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula
untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu  bukan
aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak..... tapi
mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan
mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa  lelaki yang
misteri tadi telah membawa rohku.  Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah
meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak......Aku tak kuat
melihat mereka menangisi mayatku.
 
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk
membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk
membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat........ aku
sudah dikembalikan  pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian
bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi
waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan  belum solat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa
membaca ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu
untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut
menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih
bersedia. 

Friday, October 21, 2011

Lawan tetap lawan..."tagline baru"

Assalam semua....

"Lawan tetap lawan"....prinsip baru yg perlu ditelusuri perlaksanaannya....jangan membabi buta mengguna 'tagline' tanpa kesedaran...lawan tetap lawan perlu diisi dengan berhemah dan beradab...yg benar tidak sentiasa benar, yang salah tidak sentiasa salah...jadi apabila yang benar itu salah, lawan yang itu pula....akan tetapi bila ia susuk atau pihak itu kembali benar, jangan pula masih terus terusan dilawan, maka sebaliknya pula apabila yang salah itu melakukan kebenaran sokong yang tu, dan apabila ia kembali kepada kesalahan maka lawan yang itu pula...itulah paksinya.

Kita mengguna lawan tetap lawan seolah olah bahawa kebenaran itu mutlak hak manusia! Kebenaran itu mutlak hak sesuatu golongan! Ia bukan hak sesiapa. Paksi kebenaran ialah Allah...maka rujuklah alQuran dan Sunnah Rasulnya kerana Nabi saw...ialah pembawa kebenaran. Jika kebenaran bukan milik mutlakmanusia atau mana mana golongan sekalipun, maka 'tagline' lawan tetap lawan untuk menunjukkan bahawa satu pihak perlu ditentang (jika ia tidak benar, jika ia salah, bukanlah kita semestinya melawan akan tetapi membetulkan ia dengan hikmah, menegur dan berusaha untuk membawa sifulan itu kembali kepada jalan yang benar)...akan tetapi jika 'tagline' itu diguna untuk melawan kekufuran, kebejatan sosial...maka saya sangat setuju! Jika ia diguna hanya kerana perbezaan pendapat dan politik, saya sangat kecewa atas silap faham ini.....hilang lah adab dan akhlak sesama seagama hanya kerana membenarkan lawan tetap lawan.....

Apabila ILMU dan ilmuwan diletak di kaki!

Ia suatu penghinaan buat ilmuwan aka academia....! Jika dilayan begini ia seolah olah meletakkan ilmu dan ilmuwan hanya sekadar di kaki...bahkan kita sepatutnya  mengangkat mereka kerana pandangan mereka yg biasanya berpaksikan kepada kebenaran!!!


Apa yang pasti...biasanya "academia" tiada kepentingan "survival" politik...hanya kerana tidak bersetuju dengan pihak pemerintah, jangan lah sedemikian rupa layanannya......takkan hendak membenarkan perkara yang tidak betul mahupun yang batil.....


Jika intelektual dihina dan pencilkan...maka rosaklah bangsa dan negara!

Wednesday, October 19, 2011

Ponder it over!!



ambil sebahagian...tinggal sebahagian yg lain...

Assalam semua....


Kita org Melayu! Kita org Islam! Itulah hakikatnya.....menjadi Islam itu hendaklah keseluruhannya, bukan tinggalkan yg tak nak dibuat dan ikut yg sesuai dengan diri dan jiwa....itu bukanlah prinsip kepatuhan kpd Allah dan Rasulnya...itu juga bukan prinsip Islam...itu ikut perangai Yahudi yg diketahui dalam sejarah sebagai pembunuh para Nabi mereka dari kalangan bangsa mereka sendiri!


Kita suka mengambil ajaran atau apa sahaja yg 'kononnya' sesuai dengan diri, boleh dibuat manakala meninggalkan yg tidak mahu dilakukan...buruk kelaku kita ni...nauuzubillah!


Sudahlah demikian....kita pula suka bertentang pendapat hingga menimbulkan perpecahan sesama! Saling menuding jari antara satu sama lain, mengata antara satu sama lain...mengutuk antara satu sama lain....Melayu sesama Melayu suka bergaduh!


Jika tidak bergaduh pula....kita berpeleseran..suak buang masa! Penyakit lain pulak datang!! Aduhai!!! Orang lain bergaduh sesama mereka, tapi bab bab 'survival' bangsa mereka sendiri.....mereka akan bersatu teguh bercerai roboh! Kepentingan dan 'survival' bangsa mereka sentiasa menjadi keutamaan.....tak perlu pergi jauh  jauh...kita sesama Melayu nak berpakat sokong usahawan Melayu, sokong peniaga Melayu pun tak leh nak buat! Tapi bab bab menjadi pelanggan setia kepada bangsa lain, itulah perangai nombor WAHID iaitu nombor satu!.....lihatlah lah siapa yg menyubur kopitiam...siapa yg menyubur kedai mamak....siapa yg menyubur perniagaan bangsa lain...org kita yang HEBAT tu...kita juga hebat bertekak pasal politik! Segala macam hujjah dan teori di atas mukabumi ni kita guna...pintas berbahas....tapi akhirnya 'orang lain' juga yg mengaut untung.....bila diajukan persoalan sebegini, isu kenapa payah sangat nak berpakat....samada kita tak mahu bincang, kita buat tidak tahu...atau segala macam alasan diberikan...itulah orang kita....


Memang benar, nukilan saya ini berupa leteran dan keluhan.....tetapi itulah hakikatnya. Tiada siapa yang sukakan leteran....justeru...marilah kita sama sama bertindak. Mulakan dengan diri sendiri dan keluarga! Sentiasa ingat untuk utamakan orang kita! Jadikan prinsip mengutamakan orang kita ini sebagai 'bahasa kehidupan'....faham faham sendiri! Walaupun kenyataan ini dianggap sebagai terlalu nasionalis atau jumud...namun, untuk tidak bertindak langsung atau membiarkan sahaja keadaan sedemikian rupa adalah lebih jumud berbanding kenyataan ini.....

Sunday, October 16, 2011

Kritik orang lain pun dilarang oleh Nabi??? Fikirkan!

Assalam semua....


Aku bagaimana??......rasanya dah berbakul bakul, berguni guni dan bertan tan lori kalau dikira dari segi metrik keberatan atau nilai banyaknya aku melakukan kesilapan ini.....masyaallah???................ANDA dan Kita bagaimana????


Bukti Nabi Muhammad Memarahi Orang yang Mengkritik Orang Lain Meskipun Dia Pelaku Dosa Besar


Nabi Muhammad tidak menggunakan kritikan bagi mendorong mereka yang bersalah supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Prinsip tidak menggunakan kritikan itu bukan hanya beliau jadikan pegangan peribadi, malah prinsip itu juga beliau kenakan ke atas orang lain. Maksudnya, Nabi Muhammad bukan hanya tidak mengkritik orang, malah beliau tidak benarkan orang lain mengkritik orang lain.

Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'Himar' (keldai), seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun merotan dia lagi. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” -- Hadith No. 2161dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Dalam hadith di atas, alasan yang digunakan oleh Nabi Muhammad bagi memarahi pengkritik itu adalah sesuatu yang mata manusia tidak dapat melihatnya, yakni urusan hati manusia iaitu "....kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya."

Apa yang Nabi Muhammad lakukan itu adalah memberi suaka sosial kepada penagih arak itu, yakni perlindungan daripada dikritik oleh sesiapa sahaja.

Salah satu amalan lazim yang sangat popular adalah perbuatan mengkritik orang yang melakukan kesalahan. Termasuk dalam perbuatan mengkritik adalah:

a. Memberi teguran dengan niat baik.

Contoh: "Awak tidak boleh terus macam sekarang. Awak perlu betulkan sikap awak, kalau tidak awak akan sentiasa mengalami masalah yang sama...."

b. Menunjukkan di mana kesalahan orang itu.

Contoh: "Awak silap. Agama bukan yang macam awak sangka. Awak perlu betulkan kefahaman awak yang salah tentang akidah Islam."

c. Memarahi orang itu dengan niat mahu mendorong supaya berhenti melakukan kesalahan itu.

Contoh: "Kenapalah awak ini ego sangat? Sekolah tinggi-tinggi, perkara asas tentang syariah pun awak tidak faham. Bila diberitahu, awak tidak mahu dengar!"

d. Menasihati

Contoh: "Insaflah sebelum terlambat. Awak masih muda, jangan sia-siakan hidup awak."

e. Meleteri

Contoh: "Andai, awak diberi sehari lagi hari ini, adakah awak mampu siapkan tugasan semalam, kelmarin dan dulu-dulu, atau bertangguh lagi? Andai, ini adalah hari terakhir awak, adakah semua yang awak sibuk lakukan selama ini, akan awak teruskan juga? Adakah ia memberi bantuan untuk awak jadi bekalan di hari kemudian? Atau tinggal untuk jadi rebutan dan awak sendiri dilupakan? MASA KITA, UNTUK APA SEBENARNYA?"

Belum Kenal?? atau Sudah Kenal??

Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”(Luqman Al-Hakim)..Ya Allah, bantu kami utk bantu org. Mudahkan urusan kami utk mudahkan urusan org pula. Amin

Saturday, October 15, 2011

Peringatan atau kaffarah buat diri!

Assalam semua....

Kepala berdenyut denyut....hingus meleleh keluar tak berhenti henti....tekak pulak perit dek tekanan dari tonsil yang membengkak...itulah anugerah kesakitan. Lalu hati mula tidak keruan, baring tak kena, duduk pun tak kena, makan tak kena, minum pun tak kena...semua serba tak selesa. Semua perit. Segalanya menjadi tertangguh. Semua kerja tertangguh. Malah mengerjakan solat pun sudah suatu perkara yang menjerihkan! Saat rukuk mahupun sujud, hingus meleleh keluar. Saat malam tidur, hingus dan kahak yang banyak menjadi suatu gangguan tidur. Tidur menjadi tidak lena.....itulah hakikat kesakitan dek demam selesema ini.....itulah keadaannya dan situasinya. Fikiran menjadi tertekan, mood hilang.

Apapun, begitu mudah Allah mencabut kesenangan kehulu dan kehilir, mudahnya Allah menutup pintu ketawa keriangan, mudahnya Allah menutup segalanya kerana kekangan demam selesema tadi.....syukurlah. Jik ada rancangan yang diatur, jika ada janji temu yang dibuat, jika ada janji yang perlu ditunaikan, segalanya umpama terhenti saat demam atau kesakitan datang. 
Saat itu, istirahat merupakan jawapan yang terbaik walaupun bukan itu yang paling enak didengar kerana tugasan yang masih banyak bertimbun. Aku syukur kerana saat sakit melanda, mungkin Allah ingin melindungi ku dari kesana kemari lantas mengelakkan aku dari kemalangan mahupun musibah yang lebih besar. Mungkin juga, Allah mahu membatasi langkahku agar aku tidak terus terusan berbuat dosa dan kemaksiatan. Mungkin juga Allah mahu mengajarku untuk retrospek diri, menyampaikan mesejnya yang tersendiri "Wahai diri yang bernama siFulan bin siFulan.....ingatilah aku saat ini, ku anugerahkan kesakitan ini agar engkau kembali kepadaku...ingati aku dengan zikrullah"...iya...mungkin itu pelajaran dan hikmah yang mahu DIA berikan kepadaku....mungkin juga ada amalan amalan yang biasa kulakukan dahulu....kini sudah kulupakan dan tinggalkan, kerana alpa dek kesibukan dunia dan isinya....nauuzubillah!!!.....
Mungkin juga kesakitan ini merupakan kaffarah atas dosa yang ku lakukan sepanjang kehidupan ini....jika sedemikian, aku insaf ya Rabb! Aku pasrah dan redha atas ketentuanMU ya Rabb!....ampuni aku dan redhai aku ya Rabb!....aku hambamu yang lemah dan tidak terlepas dari dosa atas kelemahan itu....syukran ya Rabb kerana masih menyayangiku dengan membuatku sakit agar aku ingatiMU kembali!........

Friday, October 14, 2011

Allah bagi mc....demam

Assalam semua...


Bila Allah bagi MC...dia suruh kita rehat....kita zikir kat dia, ingatkan dia...Bak kata Saidina Ali karamallahu wajhah.....'sudah lama aku tidak sakit atau demam, adakah Allah sudah melupakanku??"...


Aku demam......alhamdulillah, aku rehat sebentar!....


Temui kalian pabila ku segar kembali......dan umurku masih panjang hendaknya!........insyaallah

Wednesday, October 12, 2011

LIFE that I learnt from it.........

Dear brothers and sister....

Assalam all...

A piece of self retrospection...for me and you! Enjoy it!

I've learned.......that it really doesn't matter if the glass is half full or half empty, I am going to have to wash it anyway.
I've learned that life is a series of choices and decisions, but we must be prepared for what comes from the results.
It is sometimes better to be nice than right...
I've learned that no matter when, what goes around eventually comes around, so be damn sure what you're putting out there are only good things.
I have learned to speak soft and smile a lot. No one likes to see a sour face. Smiling makes others smile. Kindness is rewarded in lots of ways. Everyone has a bad day. Its OK. We are human and humans are allowed too.
Our children are of our making. They learn from us. They copy us. So be careful.

Life is what we make it. Everyone is given an equal chance. No one is better or worst than the other person. We are what we choose to be. No use blaming the other guy for our mistakes. We made them. Through mistakes we learn. I am thankful for what I have and most for my family. It is good to have friends but wonderful to know you have family who love you.

If a task is once begun, never leave it until it's done. Be the labor great or small, do it well!.

I've learned that at no time should I presume anyone else will think the way I do.

"Do You Know What Matters!!"

Assalam all...

Just a piece of story to share with you....may it trigger something deep inside our heart....
Several years ago at the Special Olympics, nine contestants, all physically or mentally disabled, assembled at the starting line for the 100-yard dash. At the gun, they all started out, not exactly in a dash, but with a relish to run the race to the finish and win.

All, that is, except one little boy who stumbled on the asphalt, tumbled over a couple of times, and began to cry. The other eight heard the boy cry. They slowed down and looked back. Then they all turned around and went back; every one of them.

One girl with Down's Syndrome bent down and kissed him and said: "This will make it better." Then all nine linked arms and walked together to the finish line. Everyone in the stadium stood, and the cheering went on for several minutes.

People who were there are still telling the story. Why? Because deep down we know this one thing:

What matters in this life is more than winning for ourselves. What matters in this life is helping others win, even if it means slowing down and changing our course.

In the nutshell, it reminds you to never forget what really matters, and often times we need people who are less advantaged than we are (whether physically, mentally or materially) to show us a truer path. So let’s keep our eyes always open.

Tuesday, October 11, 2011

Benih perasangka!

Assalam semua!


Kita dilarang oleh insan yg mulia yg paling kita kasihi utk 'berperasangka buruk'. Tiada boleh berperasangka buruk kpd sesiapapun hatta kepada suami@isteri sendiri, apatah lagi adik beradik, ibubapa atau sesiapapun. Akan tetapi kita digalakkan berperasangka baik...Itulah sunnah yang diajar oleh Nabi saw kesayangan kita!


Berperasangka buruk membawa@terarah kepada bisikan bisikan syaitan. Jika hati mudah berperasangka buruk, itu tandanya kita membuka pintu kepada bisikan syaitan. Malah, berperasangka buruk itu sendiri sudah dianggap sebagai kesan dari bisikan syaitan. Sebaliknya kita digalakkan utk berperangka yang baik, bukan bersangka buruk.
Sentiasa bersangka baik kepada semua yang dinamakan manusia@insan itu. Terhadap teman2, sahabat2 malah musuh2, atau pembenci Islam itu, kita disaran berperasangka baik...suatu peristiwa apabila Nabi saw dibaling batu, disumpah seranah oleh penduduk Taif, lalu Jibril mendatangi Nabi saw, dan menawarkan utk menterbalikkan dua bukit dan dihempap keatas penduduk Taif. Lalu apa kata insan mulia akhlaknya ini "biarkanlah wahai Jibril, kerana kaumku ini tidak mengerti", malah Nabi saw mendoakan kesejahteraan agar mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lihatlah, bagaimana sangka baik Nabi saw, walau diperlakukan sedemekian hina oleh kaumnya. Namun Nabi saw tetap sabar dan mendokan kaumnya.


Persoalannya, bagaimana kita? Kepada saudara seagama sendiri kita berperasangka buruk, atas dasar apa sekalipun, kejian, kata kata sinis dan sindiran, apatah lagi ungkapan nista...itulah imbuhan sesama kita dalam perhubungan. Kita kata kita adalah umatnya, sayangkan dia (Nabi saw) namun, adakah kita mengikuti perkara perkara asas dalam hal perhubungan dan akhlak perhubungan yang baik dan mulia?


Jawapannya...."cakap pandai buat tidak sama sekali!" Itulah kesimpulan saya. Kita hipokrit. Berpura pura sentiasa. Bersikap bermuka muka. Itulah kita. Nauuzubillah! Aku mengingatkan diri dan teman2 lain.


Contoh perlakuan berperasangka buruk atau negatif ini ada dimana mana. Malah dalam hal berpersatuan, perkara dimana umat Islam sepatutnya mendepani, kesatuan umat mengatasi segalanya, kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan peribadi...dalam hal sedemikian pun kita masih longgar, masih bercakar cakaran, semua org cerdik pandai, semua mahu menonjolkan diri. Secara sedar atau tidak itulah yg berlaku. Itu belum lagi bicara soal duit.
Apabila diminta menyumbang wang ringgit sebagai sedekah amal jariah, tidak habis habis mempersoal setiap sen duit yg diberi utk tujuan apa dan kemana perginya duit tersebut, walhal AJK itu bertungkus lumus mengurus, mengatur dan menjalankan inisiatif....kalau tidak mahu menyumbang jangan banyak omelan...kalau sudah menyumbang, serahkan sahaja amanah itu kepada pemegang amanah, nanti bila saatnya tiba ketika mesyuarat agung, hadir diri kerana disitulah ketikanya segala aktiviti yang dilakukan, laporan kewangan akan dibentang...jangan pula hadir dengan niat ingin menghentam, berperasangka baiklah kita sesama.


Konsepnya mudah, jika kita menyumbang tenaga dan berkomitmen tidak mengapa, tapi jika kita tak berbuat apa apa tapi cukup prihatin dan bijak mencari yang salah@yang tidak kena, selalunya mudah nampak yg tidak kena berbanding dengan yang kena, itu tandanya kita buruk sangka. Sepatutnya kita perlu lebih konstruktif dalam menyumbang idea dan mencadangkan solusi atas kelemahan yg berlaku berbanding mengutarakan kesilapan dan kesalahan sana sini...tidakkah komen dan kritikan yg berbaur sinis dan sindiran itu hanya akan melemahkan motivasi...umpama konsep 'energy sucker rather than energy giver'...maka jadilah kita orang yang membantu memotivasikan para AJK berbanding mengecamnya...jika tidak mampu berkomitmen, biarkan mereka, sokonglah para AJK....jika ingin berbicara lebih, lebih baik kita sendiri menawarkan diri menjadi AJK. Itu lebih baik...melakukan dan memikul tanggungjawab lebih sukar berbanding melihat dari luar dan mengomel itu ini tidak kena.
Akan tetapi, biasanya begitulah kita! Sudah lah sumbangan tidak seberapa, 'lembu punya susu sapi dapat nama'...saya berpendirian bahawa kerja kerja amal dan berpersatuan ini memerlukan pengorbanan dan komitmen tinggi...ia bukan mudah. Sokonglah secara moral jika kita tidak mampu menyokong secara material. Jangan dipersoalkan keikhlasan dan berperasangka, kerana ia benih2 hasutan syaitan dan perosak hubungan serta perpaduan dan kesatuan ummah. Sebenarnya, oleh sebab ikhlas itu tidak nampak dan hanya Allah sahaja yang tahu...apakah hak kita untuk mempersoal keikhlasan orang lain? Biarkanlah ia...orang yang ikhlas akan melakukan tanpa 'bising' kata2...sumbangannya tidak nampak akan tetapi 'kerja siap' berbanding orang yang banyak mulut...itu dan ini. Benar! Ada juga yang banyak mulut dan kerja siap. Apapun, jagalah akhlak kita dalam perhubungan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

A traveler and Prophet Muhammad saw in conversation!

Dear brothers and sisters...Assalamualaikum wrt wbt...

A friendly story reminder for all of us......take a lesson learnt!

A traveler once came to the mosque to see the prophet. After greeting the prophet he was asked where he was from. The traveler replied that he came from very far just to get a few questions answered. The dialogue:

> Traveler: I do not want punishment to be written in my account.
> Prophet : behave well with your parents

> Traveler: I want to be known amongst people as an intelligent person.
> Prophet : fear Allah always.

> Traveler: I want to be counted amongst Allah's favorites.
> Prophet: recite Quran every morning and evening.

> Traveler: I want my heart to always be enlightened.
> Prophet: never forget death

> Traveler: I never want to be away from Allah's blessing.
> Prophet: always treat fellow creatures well.

> Traveler: I never want to be harmed by my enemies.
> Prophet : always have faith in only Allah.

> Traveler: I never want to be humiliated.
> Prophet: be careful of your actions.

> Traveler: I wish to live long.
> Prophet: always do goodness towards blood relations

> Traveler: I want my sustenance to increase.
> Prophet : always be in ablution .

> Traveler: I wish to stay free of punishment in the grave.
> Prophet: always wear pure clothes.

> Traveler: I never want to burn in hell.
> Prophet : control your eyes and tongue.

> Traveler: how do I get my sins forgiven.
> Prophet: always ask forgiveness from Allah with a lot of humility.

> Traveler: I want people to respect me always.
> Prophet: never extend your hands of need at people.

> Traveler: I want to always be honored.
> Prophet : never humiliate or put down anyone.

> Traveler: I don't want to be squeezed by squeezing in the grave
> Prophet: recite sura e mulk often.

> Traveler: I want my wealth to increase.
> Prophet: recite sura e waqia every night.

> Traveler: I want to be safe and at peace on day of judgment.
> Prophet: do zikr of Allah from dusk to night.

> Traveler: I want to be in full attention and concentration during namaaz.
> Prophet: always do ablution with concentration and attention

Sayangi insan agung ini....Nabi Muhammad saw dengan mengikuti sunnahnya!ya.

Assalam semua......


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 
Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua:
 
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

Ketiga:

Berjemaah di subuh hari. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:
 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 



Ameen ya Rabbal aalamiin!!

Bumi Malaysia yang bertuah....mari kita jauhi murka Illahi!

Assalam semua...


Menjengah hadirnya Oktober, saya teringat pesta tahun baru 'New Year Celebration' tanggal 31 Disember 2010, detik jam 12 malam.....menyambut hadirnya tahun 2011, lalu kita merayakan sesuatu yang sepatutnya kita rayakan dengan penuh kesyukuran dengan cara yang penuh tawadhuk dan berakhlak....


Akan tetapi, kita sibuk terkinja kinja, menyanyi dan melalak, kerana kita sangat sukakan 'hiburan' tanda pesta pestaan, dan ia seolah olah 'tall order' utk melakukannya dalam bentuk sedemikian. Maka pada malam itu, hampir kesemua orang cuti keesokkannya...maka berlakulah percampuran manusia, lelaki dan perempuan. Benih yang ditabur saat tahun baru 2011 tanggal 31 Disember yang lalu, maka menjelang September dan Oktober 2011 ini.... lihatlah natijahnya...bayi bayi dibuang begitu sahaja kerana terhasil dari percampuran yang tidak sah, diluar ikatan perkahwinan. Malapetaka apakah yang menimpa bumi Malaysia ini? 


Dahulu kita riuh dan hingar, sekarang seolah olah ia menjadi suatu rutin dan kebiasaan. Aku membimbangi sesuatu yang buruk bakal menimpa bumi Malaysia ini, sedari atau tidak kita telah mengundang murka Illahi! Kita mengundang 'kemarahan' Sang Pencipta! Tiada kepastian bilakah kan turunnya malapetaka itu...akan tetapi jika ditelusuri sejarah tamadun dan kaum terdahulu dalam Kitab Agung...yang pasti sejarah pasti berulang! Masyaallah! Nauuzubillah!.....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 7, 2011

Hudud yg kita ragui.....inilah yang sebenarnya!

Sekadar penjelasan...artikel ini milik temanku yg secara maya dikenali sebagai Sdra Dwen Puyau...kita berkongsi bersama agar keraguan dan salah faham dapat dijelaskan. Apapun jika ada persoalan, sila tanyakan pada Sdra Dwen Puyau di www.facebook.com/notes/dwen-puyau/ana-yakin-satu-hari-nanti-malaysia-akan-laksanakan-hudud/142638602758

HUKUM POTONG TANGAN SEBAGAI TINDAKAN PELANGGARAN HAK ASASI MANUSIA?

Seseorang sahabat bertanya : Apa pendapat anda terhadap orang yang mengatakan, “Sesungguhnya memotong tangan si pencuri dan menjadikan nilai persaksian kaum wanita separuh dari persaksian kaum lelaki adalah sesuatu yang keras (tidak berprikemanusiaan), dan melanggar hak asasi kaum perempuan?” Semoga Allah membalas dengan kebaikan bagi anda.

Jawapan.
Saya tegaskan terhadap orang yang mengatakan memotong tangan pencuri dan menjadikan nilai persaksian kaum wanita separuh dari persaksian kaum lelaki sebagai sesuatu yang keras dan melanggar hak asasi kaum wanita, bahawa dengan perkataan ini dia telah keluar (murtad) dari Islam dan kafir terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka, wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah dari hal itu. Bila dia tidak mahu, maka dia mati dalam kafir, sebab hal inilah hukum Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

“Ertinya : Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [Al-Ma'idah : 50]

Allah juga telah menjelaskan hikmah di balik adanya hukum potong tangan terhadap pencuri, sebagaimana firmanNya.

“Ertinya : (Sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana. ” [Al-Ma'idah :38]

Dia juga menerangkan hikmah di balik persaksian kaum wanita, yakni dua orang wanita dan seorang laki-laki (bila tidak ada dua orang saksi laki-laki), yaitu sebagaimana firmanNya.

“Ertinya : Supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. “[Al-Baqarah : 282]

Berdasarkan hal ini, maka orang yang mengatakan seperti itu harus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebab jika tidak, maka dia akan mati dalam kafir.


Salah faham terhadap Hudud, Qisas dan Ta’zir

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz’i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz’i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz’i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari’ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, ” Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak.”

Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz’i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar’iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari’ah. Siasah Syar’iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari’ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari’ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari’ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar’iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara’ seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari’ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam.

Sebagai seorang Muslim, kita bertanggungjawab untuk melaksanakan hukum ini. Tidak kira apa parti kita, walau apa ideologi kita, hukuman allah ini harus dilaksanakan. Ana berfikiran positif suatu hari nanti parti pemerintah akan ditunjukkan jalan oleh Allah SWT untuk melaksanakan hukuman ini,

Wallahua’lam...... sama2 lah kita fikirkannya..... semoga coretan ana ini menjadi pedoman kepada kita semua, agarsebahagian dari kita tidak berterusan dalam kesesatan terutama mereka2 yang terang2 menentang pelaksanaan hudud dan golongan yang secara halus dan tersembunyi menentangnya..... muhasabahlah diri kita.... semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita jalan yang benar...amiiiiinnnnn.......

Thursday, October 6, 2011

Menjenguk sebentar...RETROSPEK diri 2!!

Assalam semua!!


Bersambung....


Senario 3:

  • aku ingin memastikan bahawa suatu saat nanti, Allah akan membuka hati mereka semua, insan yang perihatin untuk membantu dalam segala hal yang diperlukan dan boleh, justeru saat ini, dengan mengetahui bahawa 'what you sow, you will reap'....'what goes around, comes around'....'sejarah pasti berulang', aku cuba dengan sedaya upaya untuk membantu anak bangsa dengan apa jua cara yang boleh, dengan harapan bahawa akan sampai saatnya dimana suatu hari nanti, Allah bukakan jalan untuk 'mereka?'-aku tak tahu siapa mereka, akan membantu anak anak ku nanti sebagaimana yang telah ku lakukan selama ini, walau bagaimanapun, tidaklah ku lakukan apa yang ku lakukan hari ini niatnya kerana itu, kerana ku serahkan segalanya kepada Allah, ia sekadar harapan yang positif, insyaallah.
Senario 4:

  • aku tidak mahu anak anak ku terjebak dalam perkara yang tidak senonoh, dan menyedari hakikat itu, aku perlu memastikan aku sendiri tidak terjebak dalam perkara yang tidak senonoh, nau'uzubillahi min dzaalik.
Senario 5:

  • apa yang dimakan adalah bersumberkan yang halal, kerana prinsipnya ialah, jika makanan itu haram, ia mengotorkan hati dan jiwa, lalu hati dan jiwa yang kotor itu menatijahkan sikap, perangai yang buruk pada tingkahlaku manusia....lalu aku insaf untuk memastikan apa yang disuap kedalam mulut anak anakku ialah dari sumber yang halal, malah makanan itu adalah makanan yang baik untuk kesihatan, makanan yang sunnah, jenis jenis makanan yang masuk ke mulut manusia yang paling mulia, iaitu Rasulullah saw. 'Junk food' dan makanan picisan itu hanya merosakkan kesihatan, bukanlah aku jenis yang memujuk hati anak anak yang meragam dengan 'gula gula' 'cokelat' yang akhirnya anak anak menjadi seolah olah ketagih atau terbiasa dengannya. Ini sesuatu yang aku fikirkan tidak sihat untuk diri dan kesihatan, malah memburukkan pembinaan sahsiah kerana kaedah meujuk yang sebegitu hanya akan terbawa bawa hingga ke dewasa nanti.

 Senario 6:

  • Kita adalah apa yang kita fikirkan, minda beroperasi dengan cara pemprosesan maklumat melalui input input yang dimasukkan secara pengalaman yang dilalui, bahan bacaan dan maklumat yang didapati. Aku sedar dan waras tentang ini, untuk diriku dan keluargaku terutamanya anak anakku, tidaklah rancangan seumpama 'hedonisme' dan hiburan menjadi santapan minda buat anak anakku. Tiada ruang sama sekali untuk program seumpama Akademi Fantasi, mahupun Mentor menjadi hidangan buat anak anakku.....malah rancangan yang memberi input kesedaran dan tentang alam seperti yang ada di Discovery Channel atau TV alHijrah menjadi rutin bentuk 'hiburan' yang ku wariskan buat mereka....kerana aku sentiasa percaya bahawa televisyen boleh menjadi 'Setan yang paling besar' yang boleh merosakkan minda dan cara berfikir, jika kita membenarkan input picisan menjadi santapan minda...ya benar, aku kelihatan begitu 'rigid' dalam hal ini, namun, aku tidak fikir anak anak perlu didedahkan dengan hiburan, nyanyian, cerita berunsur lucah dan seks, cerita hantu yang tidak membangkitkan ketajaman minda dan sebagainya....sedangkan mereka masih diperingkat umur yang muda dan kebimbangan ku yang paling besar ialah pemikiran mereka 'terjajah' dengan budaya riang ria, suka suka, budaya parti. Walhal, matlamat kehidupan manusia bukanlah sedemikian sebenarnya.
Senario 7:

  • Aku cukup tidak setuju untuk ibubapa menjadi contoh kepada sesuatu sikap yang buruk tanpa sedar, dek kerana kita tidak cukup berhati hati atau ambil peduli ataupun ia sebenarnya sudah menjadi suatu budaya dalam keluarga. Apakah ia? iaitu berkata buruk, mengata dan mengumpat tentang orang lain....dan segalanya ini kita lakukan dihadapan anak anak. Aduh! Aku sering mengambil sikap berhati hati kerana aku tidak suka mengatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain kerana aku sedar aku bukanlah orang yang sempurna. Aku tidak mahu mengungkap bahasa yang kasar dan lucah kerana aku malu jika anak anakku mengungkap sedemikian dihadapan orang lain, malah sebenarnya jika terbiasa sedemikian ia menunjukkan bahawa minda bertindak dalam cara yang sangat tidak positif. Tambahan pula kita sangat disaran untuk mengungkap 'kalimatut toyyibah' iaitu kata kata yang baik ataupun 'au liyasmut' diam sahaja lebih baik dari berbicara yang bukan bukan.

Wednesday, October 5, 2011

Menjenguk sebentar...RETROSPEK diri....!!

Assalam semua....


Dikala senja tiba, saat matahari mula melabuh tirai di garis langit, aku termenung....! Saat indah sepetang di Lumut ini bagai menggamit segala kenangan dan mengimbau sejarah lalu kehidupan. Ya, mungkin benar, sesekali kita perlu 'rehlah' sebentar, menonton wayang alam di garis pantai pekan Lumut ini, menyaksi hebatnya Sang Pencipta, dan memikir hinanya hamba....aku terpaku atas keinsafan yang Allah berikan, aku bersyukur padaMU Ya Rabb...


Proses menyaksi rona alam ini kuanggap sebagai 'rehlah' menyorot liku liku hidup sambil menginsafi kekerdilan diri....itulah rasa yang lahir saat ini. Jarang aku berpeluang sedemikian. Apabila berseorangan, jiwa dan hati mula menerawang. Keluarga ditinggalkan, saat itu apapun aktiviti yg dilakukan, jiwa terasa sunyi. Tidak hairanlah ramai nama nama besar dan hebat dalam sejarah, biasa sahaja melakukan uzlah, berkhalwat, meninggalkan riuh pikuk dunia, melakukan proses menyepi, bersunyi sunyian sendirian. Hikmahnya ialah RASA yang hadir itu mengetuk pintu keinsafan kerana sunyi itu teman dan pendorong kepada mereka yang ingin retrospek diri.


Pabila sunyi, fikiran tidak bercapah tentang kehidupan, kenangan digamit, peristiwa lalu menjadi ingatan, kesilapan dan dosa mula menjadi igauan lalu segala yang dirasakan dan dianggap sebagai kebaikan itu seolah olah hanya beberapa langkah kecil berbanding 'pukulan' sesal atas kesilapan masa lalu...jika boleh, biar sahaja masa itu berputar kembali, namun itu pasti mustahil. Benarlah ungkapan bahawa 'manusia sentiasa disibukkan dengan urusan dunia', hingga selalu terlupa tentang urusan diri buat bekal kehidupan yang lebih kekal dan abadi. Aku termangu saat ini....air teh panas ku biarkan sejuk begitu sahaja. Ia sudah menjadi kelat pula 'rasanya'. Hilang keseronokan ingin 'lepak' dan menjamu mata di petang hari ini.




Renungan ini buat ingatan diriku dan kalian semua...


Dimana aku dalam kehidupan ini? Apakah langkah yang telah kuambil selama ini membawa aku ke arah yang sepatutnya? Adakah aku mengikuti jalan yang lurus itu? Atau aku hanya berputar putar di lengok yang sama selama ini?


Itu antara persoalan persoalan yang menjengah kotak fikiranku saat ini. Seperti biasa aku mula mencari cari justifikasi terhadap semua tindakan ku selama ini...


Aku rasa aku sudah berbuat yang sepatutnya.....dan aku perlu perbaiki apa yang ada dan apa yang telah ku perbuat agar ia lebih baik....(maaf! bukanlah niatku sama sekali ingin menunjuk nunjuk segala kebaikan yang telah kulakukan selama ini kepada kalian dalam tulisan ini mahupun dalam coretan coretan ku yang terdahulu....TIDAK SAMA SEKALI, aku hanya ingin berkongsi RASA dengan kalian, itupun jika kalian sudi, malah jika kalian beranggapan sedemikian sekalipun, maafkan daku, aku tidak berniat sedemikian, motif ku hanya menyebarkan kebaikan jika ia boleh dicontohi, jika tidak...kalian jangan hiraukan sama sekali coretan ku ini)


Senario 1:

  • Aku tidak mahu anak anak ku dangkal dan cacat fikiran, lalu ku larang majalah picisan, cerita picisan dan ku gantikan ia dengan cerita sahabat, cerita tabiin, tabi tabiin, sirah Rasulullah saw, agar cinta mereka kepada insan agung ini melaut dan meresap kedalam jiwa, ku tiru kaedah bagaimana Allah mendidik manusia dengan wahyu lalu melalui cerita didalam Al-Quran, ku dedahkan anak anakku dengan cerita cerita kaum terdahulu agar pengajaran dan hikmah dapat mereka fahami. Ku dalami sirah Rasulullah saw, dan ku bertadabbur dengan wahyu Illahi sekadar yang ku mampu agar aku jua turut terjun dalam kancah intelektual yang membina minda.....ku lakukan ini sejak anak anakku lahir agar mereka terdidik, jiwa terbentuk atas asas intelektual yang mendewasakan minda dengan harapan mereka kan punya pandangan hidup yang luas, dan nilai nilai murni kan tertanam dalam diri dan jiwa mereka......segala majalah picisan, cerita idola merapu yang merugikan, alhamdulillah tiada dalam rumah ku. Kulakukan ini semua bersama isteri tersayangku agar wujud aura positif yang membina akhlak dan sahsiah diri dalam keluarga kerana ku percaya bahawa "Rumahku adalah Syurgaku" dan tentunya usaha untuk merealisasikan konsep sedemikian harus bermula dengan tindakan yang positif dan disiplin, aku tidak mahu dikemudian hari aku terpaksa perlu berkompromi dalam soal 'input' positif ini dengan anak anakku lalu mengorbankan sesuatu untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Terimakasih isteriku Sakinah Salleh (Kenali Diri Bina Identiti-www.sakinahsalleh.blogspot.com)) kerana memainkan peranan yang cukup besar dalam hal ini.    
Senario 2:

  • Untuk anak anak ku, ku lakukan terhadap diriku jua kami sekeluarga, konsep bahawa aturan hidup perlu segalanya berjadual, kerana ketetapan hidup manusia itu, perlu pembahagian masa yang sistematik, dan ku lalui proses ini dengan istiqamah sedaya upaya ku...ada masa untuk bermain, ada masa untuk belajar, ada masa untuk beribadah, ada masa untuk bercuti, ada masa untuk mengaji al-Quran dan membaca buku buku agama agar kukuh pemahaman, ada masa untuk makan dan minum dan apa yg patut dan elok untuk diamalkan sebagai makanan dan jenis makanan apa yang perlu dielakkan agar ketajaman akal fikiran tidak rosak dek makanan yang tidak menyihatkan. Semuanya ini diniatkan kerana Allah swt kerana sesungguhnya segalanya adalah keranaMU Ya Rabb. Aku ingin sekali agar anak anakku memahami bahawa segalanya adalah ibadah dengan syarat ia dikerjakan kerana Allah swt dan tidak melewati batas dan garis panduan agama. Inilah proses pembentukan yang kulakukan untuk diriku kerana aku menjadi contoh terhadap mereka dan juga untuk mereka juga supaya mereka meresapi dan menjiwai bahawa dunia ini hanyalah kehidupan yang sangat sementara. Dengan harapan kelak mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah yang selalu kan ingat untuk mendoakan untuk ibubapanya apabila kami telah tiada nanti...dan dengan harapan supaya pendekatan sebegini kan menjadi perisai untuk mereka menghadapi cabaran duniawi....ku ajarkan mereka agar mereka kan mampu membina EMPAYAR DIRI kelak........insyaallah ameen.  
Inilah yang retrospek diri sepetang tadi sambil pandangan ku menyorot jauh ke bibir langit tika sang suria melabuhkan sinarnya hari ini, sedangkan ku sendiri tidak pasti samada ku kan mampu menjengah hari esok yang tidak pasti!! 




BERSAMBUNG!!!