Sunday, May 29, 2011

dinamika hidup ini....

Assalam semua....


Pergerakan.....ialah denyut nadi hidup.....dan kehidupan.


Begitulah jua manusia...darahnya berGERAK mengalir keseluruh tubuh...membekalkan tenaga dan segala keperluan nutrien bagi membolehkan susuk itu berGERAK...


Sedutan dan hembusan ialah impresi lain bagi perGERAKan...iaitu sebuah kehidupan...untuk membolehkan kehidupan dan hidup itu berGERAK, susuk itu harus memastikan bebanan yg dibawanya tidak berat....utk lebih pantas berGERAK, jgn bawa bebanan yg berat...bawa apa yg perlu sahaja...bawa keperluan yg penting sahaja...pasti susuk itu kan lebih cepat sampai ke destinasi dan tujuan.....


Bebanan yg berlebihan akan hanya membuatkan perGERAKAN susuk itu lambat...ya benar, dia mungkin tetap kan sampai ditempat yg ditujui, cumanya masa yg diambil lebih lama...malah usaha yg dibuatnya lebih berat berbanding dengan susuk yg membawa bebanan ringan...


Manakala, bagi susuk yg tiada membawa apa apa bebanan langsung...itu tidak bererti kerana tentunya ada keperluannya yg perlu dipenuhi disepanjang perjalanan dan apabila susuk itu telah sampai ke destinasinya....
Jika susuk itu ingin membawa segala keperluannya dgn anggapan bahawa segalanya amat diperlukan lantas itu membuatkan susuk itu membawa bebanan yg berlebihan...tidakkah ada kemungkinan besarnya susuk itu langsung tidak akan sampai ke destinasi kerana bebanan yg amat berat amat mustahil bagi susuk itu untuk berGERAK.


Ada juga susuk yg mewujudkan bebanan yg sememangnya tidak diperlukannya dalam perjalanannya menuju destinasi...samada secara disedari atau tidak susuk itu membawa bebanan sendiri atau mungkin juga membawa bebanan orang lain...itu juga harus difikirkan...


Justeru, fikirkan apakah bebanan yg perlu dan tidak perlu anda bawa...


Fikirkan juga destinasi anda itu apa....apakah ia tempat percutian, rumah di kampung atau tempat bertugas?...walau apapun destinasinya...faktor bebanan yg dibawa hendaklah sentiasa diambilkira....


Fikirkan jua keperluan disepanjang perjalanan....


Akhirnya...pastikan siapa yg kalian akan temui...kerana ia tidak dapat tidak menentukan jenis bebanan yg kalian perlu pikul..jika ternyata yg akan kalian temui ialah al Khaliq, Yg Maha Agung...bawalah bebanan yg bermakna utk tujuan bertemuNYA kerana sering kita membawa bebanan yg langsung tiada kepentingan sebagai persiapan utk bertemuNYA..


Insyaallah....laa hau la walaaa quwwata illa billah...!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

begitu lah manusia, hanya memikirkan bebanan di dunia berbanding bebanan yg d tanggung d akhirat kelak.