Wednesday, May 25, 2011

setiap kalinya "tersembelih" dek masa......

Assalam semua....

walau sekaya mana susuk itu, walau sehebat mana dia sekalipun, walau sebesar mana kuasanya, walau seluas mana kerajaannya, walau setinggi mana pangkat dan darjat duniawinya.......dia takkan mampu membeli masa yg LALU......justeru hargailah dan penuhilah masa SEKARANG dgn sebaiknya...insyaallah

terpaling dek masa yg telah berlalu...alangkah ruginya...benarlah sumpah Illahi terhadap masa....

kita sangat kerugian dek masa yg berlalu lalu kita mengira ngira masa yg mendatang seolah olah gambarannya masih berbaki lagi saat dan masa itu...itulah kesilapan akal yg dipandu nafsu......kerana aku sendiri tidak terlepas dari yg sedemikian.

lalu tidakkah kita mengira bahawa saat yg diperuntukkan olehNYA utk kita menjalani nafas kehidupan ini sangat genting sekali panjang dan pendeknya...tiada istilah panjang dan pendek utk masa kecuali istilah yg disandarkan atas tafsiran duniawi...

saat jemari ini mengetuk papan kekunci ini...ia kan terkujur lesu jika saat terhentinya masa itu telah sampai....

aku bimbang aku tidak punya apa apa jawapan yg utuh jika aku diterjah soalan olehNYA...untuk apa masa yg diberikan kpd mu engkau perbuat wahai siFulan bin siFulan...

masyaallah.....laa haula walaa quwwata illa billah.....

No comments: