Assalam all!
Ingin bicara pasal anak...bukan kerana aku seorg pendeta anak,@ kerana aku tiada masalah anak@pandai urus anak. Sekadar berkongsi..
Banyak telah diperkatakan,banyak telah diungkapkan oleh pakar mahupun sesiapa shj. Penyelesaian tentang masalah anak anak...mcm2 masalah.
Anak obes (jika bukan kerana penyakit)...kerana kita sendiri ajar makan mcm2 tanpa kawalan,sebab dasar dan polisi sibapa@siibu ingin memberi segalanya kpd anak...akhirnya merentas batas disiplin makan..bagi duit belanja makan banyak,sehari rm5-rm7 atau lebih..konon supaya anak tak lapar. Boleh beli makanan di kantin. Dah la makanan yg dijual dikantin bukan semuanya 'asli',byk juga yg jenis segera, sosej lah,burger lah dan mcm2 lagi,sbb ia senang disediakan, fast food katakan! Lalu nasi lemak disalahkan. Dirumah, 'junkfood' tersedia...dimakan bila bila masa. Sibapa dan siibu sibuk bekerja..jadi utk memastikan segalanya ada,maka tersedialah berbagai jenis kelazatan 'pura-pura',disediakan awal awal lagi...soal zat dan keseimbangan makanan dilupakan, dek kerana tuntutan kehidupan yg pelbagai...lalu bila berlaku isu obes dikalangan anak2 ini...kita spt biasa mengangkat tangan dan menuding sana sini...
Kehidupan sudah sgt berbeza,mengadap tv saban hari sambil memamah makanan adalah aktiviti kegemaran...lalu ia menjadi tabiat. Sekali lagi,budaya baru muncul,itu belum lagi dgn hadirnya teknologi PS1,PS2,PS3 dan mcm2 lagi..natijahnya amat kurang sekali aktiviti fizikal dikalangan anak anak..mereka leka berbaring disofa bersama gajet mainan selama berjam2..lalu bila lapar,memamah makanan apa yg ada.
Parang itu takkan tajam sendiri,jika mahu tumpul,biarkan ia begitu,jika mahu tajam...asahlah ia setiap hari....kita lah yg menentukan natijah kehidupan dan akibat yg terhasil dr tindakan kita.....ubahlah gaya hidup sendiri dan akhirnya gaya hidup keluarga dan anak anak akan turut berubah. Amiin!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment