Assalam all....
Biasa kita dengar.....
....syurga dan neraka
....hidup dan mati
....susah dan senang
....tua dan muda
....sihat dan sakit
....kaya dan miskin
....yg lawa dan hodoh
....yg cantik dan buruk
dan bermacam lagi kan!
semuanya adalah pilihan...antara satu...antara yg itu atau yg ini....tidak boleh dapat kesemuanya kerana ia fitrah kehidupan manusia...tidak boleh pilih keduanya kerana ia adalah jua fitrah kehidupan
proses membuat pilihan itulah yg menjadi masalah, masalah yg memberi kesan langsung kepada seluruh kehidupan, kehidupan sendiri atau orang lain, hubungan kita sesama insan...yg akhirnya menuju kpd permasalahan yg mutlak iaitu hubungan hamba dangan Sang Pencipta...
proses membuat pemilihan ditentukan oleh SISTEM NILAI/PRINSIP/PEGANGAN/FALSAFAH pemikiran atau apa sahaja yg berkaitan dengannya, terbentuk oleh cara mana kita dididik/dibesarkan/diajar...inilah yg dikatakan sebagai memberi warna dalam lukisan kehidupan.....ia perlukan keseimbangan yang natijahnya ialah keseimbangan dalam membuat proses pemilihan dalam kehidupan.
jika terlalu duniawi, maka keputusannya akan duniawi sifatnya, kesannya juga duniawi malah imbalan dan corak kehidupan yg terkehadapan juga duniawi....begitu juga sebaliknya. Lalu ia umpama magnet yg menarik segala galanya yg sesuai dengan nilai/proses pemilihan/ natijahnya.
keduanya kan sentiasa bertembung...antara corak duniawi dan ukhrawi....yg saling cuba memenangi antara satu sama lain....akan tetapi telah tetap dalam wahyuNYA bahawa yg putih akan menerangi yg gelap, kebenaran akan meliputi kebatilan walau diperingkat awalnya seolah olah sisi yg gelap dan batil itu memenangi suatu 'peperangan' itu.
sistem nilai paling bagus ialah yang mengimbangi keduanya.....duniawi dan ukhrawi atas dasar bahawa dunia itu hanya 'tools' atau alat atau 'mazra'ah' tempat bercucuk tanam buat mencari bekalan yg abadi di akhirat......
aku insaf kerana setiap kali...aku terpaku dek pilihan yang meletakkan diriku dalam dilema....walau pada dasarnya aku tahu pilihan apa yg perlu dilakukan...inilah yg aku selalu silap!!!
No comments:
Post a Comment