Assalam semua.....
terimakasih kepada semua yg setia menjejaki blog ini setiap saat dan ketika terluang....terimakasih kepada yang menyukai apa yg terkandung di blog ini......terimakasih jua kepada yg telah berpaling kerana sekurang kurangnya kalian pernah bersamaku di mayapada ini.....moga kan ada terselit pengajaran yg berbekas dihati dan benak fikiran kalian, dan ku doakan kalian sukses selalu....
.....itulah kehidupan...ada yg datang dan ada yg pergi....secara mutlak kita tidak boleh mengatakan bahawa yg pergi tak lah lebih baik dari yg datang atau lebih buruk dari yg datang dan sebaliknya......kerana bukan urusan kita sebagai manusia utk menentukan hakikat dan kesimpulan kehidupan seseorang.....
.......teringat aku kpd Umar Al Khattab....siapa menyangka dan tiada siapa pernah menyangka bahawa sipembunuh anak perempuan ini suatu ketika dulu, akhirnya beriman dan menjadi insan mulia dan disanjung tinggi dalam sejarah sahabat Rasulullah saw.....bahkan Rasulullah saw sendiri hanya mampu menadahkan tangan kehadratNYA memohon antara dua Umar agar Allah memberi hidayah untuk membantu menguatkan dakwah Islamiah.......nah kalian semua....tidakkah itu pengajaran dalam kehidupan kita bahawa kita tidak boleh menyangka apa apa tentang apa yg akan berlaku terhadap individu lain termasuklah menyangka bahawa sifulan itu demikian sikapnya, akan jadi sedemikian dan sebagainya....
jika ditelusuri sejarah, kita menyangka sepatutnya pengakhiran skrip untuk Abu Talib, bapa saudara Rasulullah saw. adalah beriman kepada Allah, namun ia tidak berlaku sedemikian, kerana bukan hak dan kuasa Rasulullah saw utk membuatkan seseorang itu beriman hatta bapa saudaranya sendiri...ia hak mutlak Allah swt. Walau dikenal orang bahawa Abu Talib itu bapa saudara yg sangat membela Rasulullah saw. saat baginda dalam kesusahan dihimpit oleh cabaran dakwahnya....Abu Takib lah yang sentiasa melindungi dan membela Nabi...beliau umpama bapa sendiri kpd Rasulullah saw.
.........bukan manusia, bukan kita yang menentukan hakikat kehidupan.....kita hanya diberi kebebasan untuk memilih, kebebasan untuk berusaha, kebebasan untuk merancang dalam usaha memenuhi objektif kehidupan masing masing......
4 comments:
Assalamalaikum...
Begitulah kehidupan bagaikan roda...sekejap di atas..sekejap di bawah...lepas atas..bawah..atas..bawah....seterusnya..yg penting redha dan syukur ...kita masih dalam iman dan Islam walau di mana keadaan kita...teruskan berkarya.
wassalam
munir-kisahbenar.blogspot.com
Assalam Tuan Munir...
Terimakasih kerana mengikuti blog saya...insyaallah akan terus berkarya selagi ada izinNYA...moga kerja dakwah dan menyebarkan kebaikan seperti ini kan sentiasa kita lakukan dan DIA beri kekuatan utk terus melakukannya...ia tidak mudah sbb musuh yg xnampak itu ramai...apatah lg yg nampak tetapi tidak kita kenali....la haula walaa quwwata...insyaallah.
bila saya membaca karya ni - saya semakin aktif berfikir .... TQ
terimakasih...teruskan pencarian anda! insyaallah akan titik temu antara diri dengan pencipta penuh kesedaran dan keinsafan akan ada......
Post a Comment