Assalam all...
Beberapa rakan FB mengecam dan menyalahkan beberapa pihak dek kerana pekan di kg halaman@mahupun kawasan kampung yg dikatakan tidak berubah langsung sejak berpuluh tahun,alasannya,tiada pembangunan...
Pada waktu sama,membandingkan dgn kawasan lain yg lebih maju...
Sukar utk membuatkan mereka semua faham secara menyeluruh...melihat dari perspektif keseluruhan, melihat dgn gaya dan akal 'constructive criticisms',bukan dgn gaya tuding jari sana sini...
Secara peribadi,sy suka jika kg sy kekal spt sekarang,tidak terusik dgn melampau oleh kemajuan sambil mengekalkan ciri ciri kekampungan disebalik kemajuan dimerata tempat. Sekurang kurangnya nilai dan ciri kekampungan itu kekal terpelihara,damai dan mengenakkan..
Jika anggapan bahawa pekan di daerah itu sama spt dulu tiada perubahan...masalahnya mereka ini mahukan perubahan apa? Deretan kedai disitu diusahakan oleh bangsa lain...org Melayu setakat menjadi pengguna/pelanggan yg hebat dan masyhur...jika mahu perubahan,usahakanlah diri utk berniaga,membuka apa apa perniagaan disitu dan memajukan pekan itu secara ekonomi....jgn diharap tongkat yg dihulur oleh kerajaan...lalu bila tiada tongkat itu...membebel buta menyalahkan kerajaan dan wakil rakyat disitu...bukanlah niat atau tujuan saya membela kerajaan mahupun wakil rakyat disitu...akan tetapi hanya ingin menjelaskan betapa buruknya sikap dan perangai bangsa yg masih ditakuk lama walau sudah berpendidikan tinggi....
Jgn pandai mengomel hanya sekadar telah berada diperantauan selama puluhan tahun....merentasi sempadan negara mahupun benua...lalu kembali dan membebel itu ini tidak betul ditempat sendiri,lalu turut menghasut org lain lantas mengganggu gugat keharmonian kehidupan dan perpaduan org lain tanpa pernah sedikitpun mencurah secara serius sumbangan tenaga,mahupun masa @ apa sahaja utk pembangunan atau perubahan di kampung....jgn hanya menuding jari salah org itu dan ini...sifulan tidak buat kerja itu dan ini...
Jika benar anda ikhlas...ayuh beri sumbangan tenaga,binalah keyakinan org kampung atau muda mudi...berilah panduan dan dorongan,bantu selesaikan masalah yg melanda di kampung,bantu muda mudi utk punya keyakinan dan jatidiri yg utuh serta mempunyai sikap,fikiran dan matlamat hidup yg betul di kampung kita....demi kemajuan kampung dan daerah kita....
Nukilan ini tertinta dek kerana aku jelak dengan sikap dan perangai@cara berfikir sesetengah dari kita begitu sempit,nampak bijak tapi jumud,kelihatan pandai dan matang tapi dangkal fikiran...maaf aku tidak pernah membenci sebarang susuk mana sekalipun... Aku hanya jelak dengan pandangan,cara berfikir yg diselaputi kesumat dan kebodohan...aku tidak membenci orangnya...hanya membenci mazhabnya yg dangkal....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment