Friday, April 26, 2013

Penuntut...pelajar...Ketahui dan Fahami!

Assalamualaikum wrt wbt.

Sedikit bingkisan buat para penuntut, para pelajar, ilmuwan dan semua (knowledge seekers in the world)......hayati ini!

Buat para pendidik, murabbi, ketahuilah dan renungilah agar kita mampu membuat mereka 'terang' di jalan yang lurus! 



Tuesday, April 23, 2013

Yang benar dan yang palsu, adakah kita ambil tahu!

Assalamualaikum wrt wbt....

Sedikit perkongsian yang saya ceduk dari Ustaz Nik Mohd Zaim.....sebenarnya, banyak hadis hadis palsu yang berlegar dikalangan masyarakat kita. Berhati hatilah, jangan kita tempah tempat duduk kita di neraka! Nauuzubillah!

Jika tidak tahu, rujuk kepada yang tahu! Jangan memandai mandai! Selalu semak rujukan, dan apabila membaca di Facebook, jangan terus kongsikan, atau SHARE, semak dahulu! Ditakuti kita menyebarkan kepalsuan dan menambah saham dosa!

Kita begitu mudah berkongsi di FB tanpa mengira kebenaran atau kepalsuan sesuatu hadis!

"MENYAMPAIKAN HADITH PALSU HUKUMNYA HARAM"
antara hadis palsu:

1) hadis : Tuntutlah ilmu walau sampai ke cina..

2) hadis : menuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..

3) hadis : Nabi (s.a.w) adalah kota ilmu, dan Ali ( r.a) adalah kuncinya.

4) hadis : anak zina tidak akan masuk syurga, hinggah sampai ke anak cucunya..

5) hadis : 'Abd al-Rahman Bin 'Auf (r.a) masuk syurga dalam keadaan merangkak..

6) hadis : solat dalam keadaan memakai serban adalah lebih afdhal dari tidak memakai serban dengan 25 kali darjat.

7) hadis : solat seseorg yg tidak mencegah kemungkaran yang beliau lakukannya,maka solatnya itu akan menjauhkan dirinya daripada ALLAH (s.w.t).

8) hadis : kelebihan-kelebihan solat tarawih pada setiap malam yang tertentu..

9) hadis : jihad yang paling besar adalah jihad hati.

10) hadis : siapa yang mengenali dirinya, maka dia mengenali tuhannya..

Sunday, April 21, 2013

21 April-mereka pergi tidak kembali!

Assalamualaikum wrt. wbt.


Sekitar Subuh hari, isteri saya menerima panggilan, akan tetapi terputus! Cuba untuk menelefon kembali, akan tetapi tidak pula berjawab. Jam 8.30am, sekali lagi kami dikejutkan oleh panggilan dari Johor dan juga dari Bangi....

Monday, April 15, 2013

Kopi 'O' dan Jalan Paip

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sekadar bercerita....satu cerita dari banyaknya cerita kehidupan seorang INSAN....

Deruan enjin kereta, lori dan motosikal bertali arus pagi ini di Jalan Paip. Ia biasa begitu, sejak dulu! Berduyun duyun manusia menuju ke tempat kerja. Sesekali deruan enjin motor dengan bunyi bingit melintasi gerai kecil ini! Ini laluan orang kampung dan orang luar kampung yang menuju ke Puncak Alam, Setia Alam, Kelang, mahupun yang menghala ke KL. Kampung yang dikenal dan mudah dicam dengan batang paip air milik Syabas yang dipasang diatas tanah berbanding ditanam di dalam tanah! Jalan Paip! Itulah namanya! Nama rasminya ialah Kampung Budiman!



Thursday, April 11, 2013

Bentangkan dakapanmu!

Assalamualaikum.....

Pembaca yang dikasihi sekalian!

Saya seorang Islam.....saudara saudari sekalian juga Islam, maka kita adalah bersaudara! Atas dasar yang sama iaitu TAQWA. Pabila kita bersaudara, maka kita mengasihi sesama seperti mana saranan Nabi saw yang dikasihi...'setiap orang Islam itu bersaudara, dan hendaklah seseorang itu mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri' diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim!


Akhirnya kutemui al-Ghazzali….oleh Abu Saif @ http://www.saifulislam.com



Saya kongsikan artikel oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam) untuk tatapan kalian...ia penuh informasi!
(artikel ini ditulis pada tahun 2005, dan disiarkan kembali dengan beberapa pembetulan. mohon tunjuk ajar andai berlaku kesalahan dalam penulisan ini)
Pagi itu semasa saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Encik Saharom, Ketua Editor Majalah I. Beliau meminta supaya saya menulis satu tajuk yang amat membingungkan. Selalunya saya menawarkan diri menulis tajuk-tajuk yang saya mahir, tetapi kali ini Encik Saharom meminta saya mempertahankan seorang tokoh yang tidak saya kenali iaitu Imam Ghazzali!
Terkasima saya seketika… masa yang diberikan untuk menyiapkan artikel tersebut adalah dua minggu.
“Minta maaf Encik Saharom, dua minggu tidak mungkin bagi saya untuk memenuhi permintaan ini”.
Akhirnya dua minggu tersebut berubah menjadi dua bulan!
Saya mula mengetahui tentang Imam Ghazzali semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi. Arwah Abah mengumpul duit berbulan-bulan untuk membeli kitab terjemahan Ihya’ Ulumiddin dan saya cuba berkongsi pembacaan dengan arwah Abah.
Namun usia terlalu muda pada masa itu dan arwah Abah kembali kepada Allah ketika saya dengannya baru mula berjinak-jinak dan lunak dengan Ihya’.
Apabila saya melanjutkan pelajaran ke Jordan, saya membina persepsi separa sedar tentang Imam Ghazzali. Saya tahu beliau seorang tokoh agung di dalam Islam, beliau adalah Hujjah al-Islam, beliau adalah nama yang tidak boleh dipinggirkan oleh penuntut ilmu Islam. Namun semasa itu saya kecewa sendiri kerana saya gagal menghayati di manakah sebenarnya kehebatan Imam Ghazzali. Punca utama kegagalan saya pada masa itu adalah berkisah kepada dua persoalan iaitu kelemahan hadith di dalam penulisan Imam Ghazzali dan yang keduanya ialah soal Falsafah.

Tuesday, April 9, 2013

Yang jahil ketawa!

Assalamualaikum wrt.wbt!

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian!

Dinihari ini, tiba tiba teringat satu lirik lagu yang popular suatu ketika dahulu 'ia dicemar manusia...yang jahil ketawa.....dewasa ini kita saling merayakan.......kejayaan yang akhirnya membinasakan......apalah gunanya kematangan fikiran.....bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah.....'

Friday, April 5, 2013

Kita, kamu dan aku pilih...!

Salam ukhuwwah....

Fikir, rasa, usaha dan jadi....itu kata Prof Muhaya! Fikir apa kita mahu, rasakan kemahuan itu dengan hati dan jiwa, usahakan ia dengan bersungguh dan sehabis baik, maka lihatlah hasil dari usaha itu! Kata Napoleon Bonaparte:

Thursday, April 4, 2013

Segalanya bermula di sini....!!

Salam ukhuwwah....

Ia datang bagai suatu santunan buat pencerahan hidup....aku perlu akui hakikat kehadirannya sungguh bermakna buatku dan keluarga...ia alternatif bagi kami! aku fikir, ia juga amat bermakna buat kalian.....