Salam ukhuwwah....
Fikir, rasa, usaha dan jadi....itu kata Prof Muhaya! Fikir apa kita mahu, rasakan kemahuan itu dengan hati dan jiwa, usahakan ia dengan bersungguh dan sehabis baik, maka lihatlah hasil dari usaha itu! Kata Napoleon Bonaparte:
'the vision I glorify in my mind, the ideal I enthrone in my heart, this I will become'....itu sebahagian kata katanya....kena membayangkan kejayaan dalam minda, lalu sematkan dalam hati dan tekadkan ia agar kejayaan itu menjadi milik diri.....
Apa semua ini? Inilah saranan saranan positif dalam minda, secara spesifiknya ialah ungkapan dan kata kata kepada minda bawah sedar kita! Input input yang perlu diberi kepada diri (minda bawah sedar)....Dr H.M Tuah Iskandar telah menyatakan ini dalam bukunya....Membina Imaginasi Cemerlang!
Konsepnya mudah, ia umpama apa yang kita makan...jika makanan yang kita makan itu berkhasiat, maka badan akan jadi sihat dan kuat, begitu juga dengan minda kita. Input input positif akan menatijahkan pemikiran positif lalu ia akan mendorong tindakan tindakan yang positif akhirnya akan menghasilkan output output positif dan juga kejayaan hidup. Begitu juga dengan roh dan jiwa@hati manusia, jika input input positif diberi umpama zikrullah, maka roh dan jiwa akan tenang dan tenteram! Sebab itulah Nabi saw amat menyarankan kita semua agar sentiasa zikrullah....dengan niat tulus dan ikhlas kerana Allah, bukan kerana ingin mendapatkan apa apa pun! Soal ganjaran, soal faedah atau apa sekalipun, kita serahkan kepadaNYA kerana DIA lebih berhak untuk memberi!
Jika kata kata kesat yang keluar dari mulut seseorang, itu adalah hasil dari input negatif serta dorongan nafsu yang liar! Nafsu wujud pada diri! Ia perlu dikawal, dan cara mengawalnya ialah merendahkan kadar keaktifan nafsu dan menaikkan kadar keaktifan IMAN. Bagaimana? Ia dilakukan dengan insan menuruti kehendak dan perintah Illahi, maka saat itu IMAN akan meningkat...terutamanya dengan kaedah solat, zikrullah serta memahami dan membaca alQuran! Cuba sesekali belek dan baca alQuran dengan sepenuh hati, penuh khusyuk...kalian akan dapati jiwa kalian tenang dan lega!
Kita pilih, kamu pilih, aku pilih....pilihan pilihan yang memberi cahaya kebahagian buat diri dalam kehidupan ini! Jangan biarkan diri hanyut dengan membuat pilihan pilihan yang hanya akan merosakkan minda dan jiwa...saat dimana ia sebegitu, kalian hanya menuruti nafsu...jiwa dan rohani menjadi gersang, kadar IMAN menjadi sangat rendah, lalu nafsu merajai diri!
Sentiasalah sayangi jiwa dan rohani, kerana dengannya fizikal akan menjadi kuat dan utuh. Jika jiwa dan rohani rapuh, maka fizikal yang kelihatan utuh jua akan rapuh, apatah lagi minda kita...bagaimana mungkin kita gapai kejayaan jika jiwa dan rohani kita tidak ampuh! Walhal siang dan malam kita impikan kejayaan agar hadir dalam kehidupan kita! Binalah benteng, binalah kerajaan jiwa, jadikan empayar jiwa berpandukan KOMPAS JIWA agar kita sentiasa berada dalam landasan yangbetul dan tepat untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat!
Ingatlah bahawa....Kegersangan rohani ini akan hanya menghancurkan nilai insaniah kita! Pilihlah! Pilihlah pilihan pilihan yang menjadikan kita insan yang sebenar! Insan yang takut kepadaNYA kerana ia pastinya pilihan yang menentukan kejayaan abadi!!! Amiin ya rabbal aalamiin!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment