Sekadar bercerita....satu cerita dari banyaknya cerita kehidupan seorang INSAN....
Deruan enjin kereta, lori dan motosikal bertali arus pagi ini di Jalan Paip. Ia biasa begitu, sejak dulu! Berduyun duyun manusia menuju ke tempat kerja. Sesekali deruan enjin motor dengan bunyi bingit melintasi gerai kecil ini! Ini laluan orang kampung dan orang luar kampung yang menuju ke Puncak Alam, Setia Alam, Kelang, mahupun yang menghala ke KL. Kampung yang dikenal dan mudah dicam dengan batang paip air milik Syabas yang dipasang diatas tanah berbanding ditanam di dalam tanah! Jalan Paip! Itulah namanya! Nama rasminya ialah Kampung Budiman!
Secawan kopi 'O' menjadi peneman ku dipagi ini! Kicauan burung terdengar di balik rimbunan pokok bersebelahan gerai kecil ini....ia gerai tempat adik beradik ini menjual berbagai menu sarapan pagi....ia jadi terkenal dengan Mee Jawa JJ Manis 'Meletop'...perghh panjangnya nama mee jawa!...kuihnya ada berbagai! Ada satu 'banner' usang yang tertera gambar pemiliknya, menunjukkan bahawa gerai dan menu special nya pernah mendapat liputan akhbar suatu ketika dulu!
Aku seronok di sini.....jika masa terluang, selalu singgah. Saiz kuih yang dijual masih lagi macam dulu! 3 biji kuih masih RM1. Ia nilai di kampung ini! Masih tidak terkesan dengan tekanan kos di bandar! Ia masih mengekalkan nilai kampung termasuk dalam aspek harga makanan yang dijual! Aku suka begini! Berbaloi! Aku fikir mereka berniaga menjual makanan sarapan pagi bukan untuk kaya tapi untuk 'survive'! Ada beza berniaga untuk kaya dan berniaga untuk 'survive' sebenarnya!
Sesekali, kesibukan mereka mengambil pesanan dan menyiapkan pesanan pelanggan diselang seli dengan suara suara usikan kecil dan ketawa sesama mereka! Aku terus menghirup Kopi 'O' yang menjadi kegemaranku! Biar ia bukan milo, bukan nescafe atau kopi pracampuran yang kini sangat digemari pelanggan! Aku tetap dengan Kopi 'O' ku! Ia sangat nostalgia! Aku budak kampung yang hanya kenal Kopi 'O' atau The 'O'! Tapi aku lebih memilih Kopi 'O'!
"Apa khabar Pakcik?" Ujar ku menegur seorang pakcik yang mahu duduk di sebelah mejaku. "Khabar baik orang tua macam ni...., baru balik spital" katanya. "Kenapa Pakcik?" kataku. "Biasalah, dah tua nih, semua ada, yang tinggi yang rendah, yang semput, yang macam macam, Pakcik nih pergi check, ambil darah, tapi Doktor suruh datang balik bulan depan...lambat sangat, kena gi klinik swasta la pulak, sakit dah macam macam nih" ujarnya lagi. Aku teringat kat Atuk!
Gambar dibawah ini bukan gambar di gerai Jalan Paip itu...ia sekadar sisipan perbezaan di luar sana dan di sini-di Gerai ini!
Dulu dulu, aku menemani atuk ngan Kopi 'O' yang pekat dan kelat kurang gula! Kopi 'O' atuk dibancuh penuh serdak kopi sekali! Pekat sungguh! Tetapi itulah kegemaran atuk. Itu kenangan! Sekarang atuk sudah tiada! Apa yang tinggal ialah kenangan kenangan itu! Kenangan itu semua terimbau kembali di pagi ini dengan Kopi 'O' dan seketul kuih lapis di Jalan Paip aka Kg Budiman yang pernah menjadi kegemaran atuk suatu waktu dahulu!
Ingatan itu kembali menerjah, lalu itulah hakikatnya manusia yang dalam seketika umurnya cuma, ingatan dan kenangan menjadi teman penghibur dikala sendiri!
Aku dan kalian semua sebenarnya sedikit sebanyak hidup dengan kenangan masing masing! Dan kenangan itu semua menjadikan aku adalah aku hari ini! Kalian jua sedemikian rupa! Apapun, aku masih orang yang sama! Seperti mana aku pernah duduk menemani atuk suatu ketika dulu! Insyaallah!
Moga Allah meredhai roh atuk dan nenekku di alam sana! Alfatihah buat atuk dan nenekku begitu juga alfatihah untuk atuk dan nenek kalian! Bak lirik satu lagu itu.....yang berbunyi 'yang tinggal hanyalah kenangan......'
Wassalam!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment