Thursday, April 4, 2013

Segalanya bermula di sini....!!

Salam ukhuwwah....

Ia datang bagai suatu santunan buat pencerahan hidup....aku perlu akui hakikat kehadirannya sungguh bermakna buatku dan keluarga...ia alternatif bagi kami! aku fikir, ia juga amat bermakna buat kalian.....



Segalanya bermula di sini...itulah tagline program siaran yang penuh variasi ini, bermakna, informatif dan benar benar menepati citarasa diriku...

Nah...! alternatif sudah ada.....mengapa tidak kita membuat pilihan itu!

Apa yang kita makan, maka itu jadilah kita seperti mana apa yang kita makan! Analogi yang sama, marilah membuat pilihan dan mari kita menyuburkan minda dengan memberi 'makanan' minda yang baik dan positif....kesilapan kita dalam pergaulan dan kehidupan ditambah pula dengan wujudnya mekanisma media sosial seperti FB.....kita lahirkan aura negatif, sikap dan perlakuan negatif, kata kata negatif, 'posting' negatif berbaur fitnah, kecaman, sindiran, kutukan, aib orang lain walau atas ALASAN apa sekalipun.....



Marilah kita penuhkan akaun pahala, berbanding berhutang amal dengan Allah swt! Tidakkah kita diperingatkan oleh Nabi saw yang kita kasihi bahawa jika kita mengata orang lain, maka pahala ibadah kita selama ini 'berpindah' kepada orang yang kita mangsa kata kata, cacian, sindiran, fitnah kita....nauzubillah! Tidakkah mencela itu berdosa dan merugikan diri sendiri!

Ayuh...makmurkan minda positif agar hasilan hasilan positif dan kejayaan bermakna kan kita raih! Ayuh 'reset' minda dengan pemikiran yang positif, sikap yang mulia, akhlak dan perbuatan yang baik!

Tidakklah aku ini sempurna, akan tetapi aku sentiasa cuba memperbaiki diri agar kesempurnaan itu kan dapat diraih atau sekurang kurangnya diri kan dapat menghampiri suatu tahap paling hampir dengan tahap kesempurnaan...bagaimana mungkin bahagia kan diraih jika tidak kita mulakan dengan diri sendiri dengan berusaha melahirkan faktor faktor yang membolehkan kebahagiaan itu diraih! Ingatlah....betulkan KOMPAS JIWA agar jalan benar kan ditemui lalu bahagia kan mendatangi......Segalanya Bermula Di sini!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile pada subuh hening yang sepi 23 JamadilAwwal 1434H!

No comments: