Tuesday, April 23, 2013

Yang benar dan yang palsu, adakah kita ambil tahu!

Assalamualaikum wrt wbt....

Sedikit perkongsian yang saya ceduk dari Ustaz Nik Mohd Zaim.....sebenarnya, banyak hadis hadis palsu yang berlegar dikalangan masyarakat kita. Berhati hatilah, jangan kita tempah tempat duduk kita di neraka! Nauuzubillah!

Jika tidak tahu, rujuk kepada yang tahu! Jangan memandai mandai! Selalu semak rujukan, dan apabila membaca di Facebook, jangan terus kongsikan, atau SHARE, semak dahulu! Ditakuti kita menyebarkan kepalsuan dan menambah saham dosa!

Kita begitu mudah berkongsi di FB tanpa mengira kebenaran atau kepalsuan sesuatu hadis!

"MENYAMPAIKAN HADITH PALSU HUKUMNYA HARAM"
antara hadis palsu:

1) hadis : Tuntutlah ilmu walau sampai ke cina..

2) hadis : menuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..

3) hadis : Nabi (s.a.w) adalah kota ilmu, dan Ali ( r.a) adalah kuncinya.

4) hadis : anak zina tidak akan masuk syurga, hinggah sampai ke anak cucunya..

5) hadis : 'Abd al-Rahman Bin 'Auf (r.a) masuk syurga dalam keadaan merangkak..

6) hadis : solat dalam keadaan memakai serban adalah lebih afdhal dari tidak memakai serban dengan 25 kali darjat.

7) hadis : solat seseorg yg tidak mencegah kemungkaran yang beliau lakukannya,maka solatnya itu akan menjauhkan dirinya daripada ALLAH (s.w.t).

8) hadis : kelebihan-kelebihan solat tarawih pada setiap malam yang tertentu..

9) hadis : jihad yang paling besar adalah jihad hati.

10) hadis : siapa yang mengenali dirinya, maka dia mengenali tuhannya..
Post a Comment