Sunday, April 21, 2013

21 April-mereka pergi tidak kembali!

Assalamualaikum wrt. wbt.


Sekitar Subuh hari, isteri saya menerima panggilan, akan tetapi terputus! Cuba untuk menelefon kembali, akan tetapi tidak pula berjawab. Jam 8.30am, sekali lagi kami dikejutkan oleh panggilan dari Johor dan juga dari Bangi....


Mereka semua telah pergi! Insan insan yang dekat dihati kami....yang mewarnai hidup kami, biar seketika cuma! Alfatihah buat Kak Normah! Kak Zana, dan Tuan Imam (suami kak Asmat)....moga moga Allah redha dengan kalian semua dan semoga kalian ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah! Amiin!

Takziah dan sabarlah kepada En Md Noor, En Azahari dan Kak Asmat dalam menempuhi semua ini! Maaf kerana kami terlewat hadir tadi....rupa rupanya jenazah telah dibawa pergi ke tanah perkuburan! Kami tersesat hampir satu jam lebih mencari kawasan perkuburan di Sg Tangkas, Bangi ini! Berkali kali bertanya kepada Lebai Google dan Makcik Bing akan tetapi tidak ketemu! Akhirnya bertanya dengan Abg Indon, malah bertambah sesat pula! Entah bagaimana rasa hati membelah laluan akhirnya ternampak papan tanda! Sampai jua akhirnya walau ramai telah berlalu pergi!



Inilah kehidupan! Kita tidak akan tahu bilakah masanya! Bila giliran kita! Justeru, kerana tidak tahu bilakah masanya itu maka aku sangat khuatir! Benarlah kata Nabi saw! Orang yang bijak itu ialah orang yang mengingati mati! Moga moga kita semua menjadi orang yang bijak itu!

Alfatihah buat mereka yang telah pergi! Ya Rabb, ampuni dosa mereka, terimalah mereka dengan rahmat dan redhaMU! Amiin!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: