Sekadar bercerita....satu cerita dari banyaknya cerita kehidupan seorang INSAN....
Deruan enjin kereta, lori dan motosikal bertali arus pagi ini di Jalan Paip. Ia biasa begitu, sejak dulu! Berduyun duyun manusia menuju ke tempat kerja. Sesekali deruan enjin motor dengan bunyi bingit melintasi gerai kecil ini! Ini laluan orang kampung dan orang luar kampung yang menuju ke Puncak Alam, Setia Alam, Kelang, mahupun yang menghala ke KL. Kampung yang dikenal dan mudah dicam dengan batang paip air milik Syabas yang dipasang diatas tanah berbanding ditanam di dalam tanah! Jalan Paip! Itulah namanya! Nama rasminya ialah Kampung Budiman!