Thursday, April 11, 2013

Bentangkan dakapanmu!

Assalamualaikum.....

Pembaca yang dikasihi sekalian!

Saya seorang Islam.....saudara saudari sekalian juga Islam, maka kita adalah bersaudara! Atas dasar yang sama iaitu TAQWA. Pabila kita bersaudara, maka kita mengasihi sesama seperti mana saranan Nabi saw yang dikasihi...'setiap orang Islam itu bersaudara, dan hendaklah seseorang itu mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri' diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim!




Dalamnya makna yang dibawa oleh hadis Nabi saw itu.....bukan hanya sekadar bersaudara malah menjangkau konsep mengasihi saudaranya! Jika ditelusuri, maknanya, jika kita kasih saudara kita, kita tetap mengasihi saudara seagama kita dalam semua keadaan samada dia dijalan benar@dia silap, dalam keadaan dia sakit@sihat, susah@senang, kaya@miskin...semuanya atas dasar dan landasan yang sama! Kasih mengasihi sesama insan, sesama saudara seagama! Ia mudah diungkap tapi sukar untuk dilaksana!
Kita boleh berbicara berbagai bagai, walau secanggih mana bicara, topik atau isu yang diperkatakan, walau sehebat mana status dan pangkat, malah walau sealim@sewarak mana seseornag itu, jika tiada KASIH sesama saudara seagama....maka tiada nilainya IMAN dan TAQWA yang ada! Itu hakikat! Lihat apa yang Nabi saw contohkan....langkah pertama yang Nabi saw lakukan apabila sampai ke Yathrib (Madinah al Munawwarah) ialah baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin!

Ini juga menggambarkan bahawa tugas mempersaudarakan ini juga adalah tugas semua pemimpin! Menjaga perpaduan adalah asas! Jika melakukan apa apa sekalipun, jika ingin mencapai apa apa sekalipun, asasnya ialah perpaduan mesti dikekalkan! Maknanya, segala faktor yang menyebabkan lunturnya perpaduan hendaklah dielakkan@dijauhkan! Sesekali, tanyakan juga pada diri.....

1) Adakah kita ini sebahagian dari faktor yang menyumbang kepada lunturnya perpaduan sesama saudara?

2) Adakah mana mana tindakan kita selama ini, tingkah laku kita yang menyumbang kepada berlakunya perpecahan?

3) Adakah ada saham perpecahan yang kita sebarkan melalui email, facebook, blog, twitter dan sebagainya?

4) Adakah kita ini menjadi faktor kecil atau faktor besar dalam penyebaran fitnah, berbalas fitnah, berbalas dalam soal mengaib seseorang, mencerca seseorang dan sebagainya kerana ini semua adalah faktor faktor yang menyumbang kepada perpecahan?

Cuba renung dan fikirkan! Fikirkan sedalamnya! Bukan hanya kerana ingin mencapai cita cita tertentu, maka kita abaikan soal perpaduan ini....yang natijahnya ialah tercabutnya keamanan dalam diri dan masyarakat!

Secara peribadi, saya lebih menyukai konsep dan prinsip 'uduuu ilaaa sabiili rabbika bil hikmah wal mau izatul hasanah'...maknanya ialah "serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik". Nah! Indahnya panduan yang ditunjukkan oleh alKhaliq! Bukan dengan jalan kasar, malah penuh adab dan tertib! Justeru, dimana kita??

Hakikatnya ialah, Bentangkan Dakapanmu! Kita semua bersaudara, kita wajib kasih mengasihi sesama! Lupakan kemelut! Lupakan hati yang 'sakit'@'sakit hati'...maafkan saudaramu walau mereka silap dan salah terhadapmu! Tegurlah dan nasihatlah dengan sebaiknya saudaramu! Jika saudaramu masih tidak berubah, carilah jalan dengan penuh hikmah, dengan lebih kreatif agar dia menerima nasihat dan berubah! Pada waktu yang sama, doakan dia sentiasa! Inilah sebabnya mengapa kita sentiasa perlu menitipkan doa kebaikan dunia akhirat, agar Allah kurnia taufik, hidayah dan inayah buat semua saudara saudara Islam kita!

Bentangkan dakapanmu...
Setiap saat dan waktu
Agar rahmat melingkungi dirimu
Lalu kasih mendatangi saudaramu


Bentangkan dakapanmu....
Kukuh diri, dengan 
Kompas Jiwa mu
Murni pekerti ikutanmu
Agar gemilang sewaktu dulu
Keserata alam kasih menaungimu
Utuh, kuat dan jitu perpaduanmu
Kan tegaknya Islam seperti dulu!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














No comments: