Tuesday, August 2, 2011

Terlepas pandang waktu berbuka.....Selamat Berbuka!!

Assalam semua....




Saat hampirnya waktu berbuka tiba.....biasanya kita asyik kelam kabut menyiapkan segala macam juadah dan lauk pauk. Walhal saat itu adalah saat paling mustajab untuk berdoa, saat itu Yg Maha Mendengar doa, menanti nanti doa dari para hambanya...."Siapa yg berdoa kepadaku, nescaya aku perkenankan"...mengapa kita tidak mengambil peluang tersebut, lalu menyibukkan diri dengan urusan makan dan lauk pauk....


....hendaklah diri mendidik hati.....lalu merintih, mendayu memohon ke hadratNYA dalam keadaan lapar dan dahaga, tika itu, perhatian khusus kepada doa yang dipanjatkan...lupakan sebentar makan dan kuih muih apa yg hendak di'lahap' saat saat begitu, kerana insyaallah, ia akan dinikmati sebentar lagi.....biarkan airmata itu mengalir penuh syahdu....pohonkan lah keampunan dan kesejahteraan untuk ibu bapa, keluarga dan anak anak...pohon juga keampunan untuk umat Islam....pohon juga kemenangan untuk umat Islam di seluruh dunia, kemenangan melawan hawa nafsu dan hasutan fikiran dan nafsu ayng jahat untukmembuat kerosakkan di atas mukabumi...pohonlah segalanya...jangan lepas kan peluang tersebut dengan bersembang kosong.....


......sebolehnya, aturkanlah hidangan berbuka yang sederhana terlebih dahulu/lebih awal lagi disiapkan, agar seluruh ahli keluarga serta anak anak punya sedikit masa lebih kurang 5-10 minit sebelum waktu berbuka untuk munajat dan memanjatkan doa kepada Rabbul Jalil.......saat itu amat mustajab berdoa, doa lah apa apapun untuk kebaikan seisi keluarga...lebih baik berdoa dengan bahasa yg kita fahami, dan jemaah lain fahami...lebih baik berdoa bersama anak beranak secara beramai ramai.....pandukan kekhusyukan ketika berdoa dengan penuh perasaan dan bersungguh sungguh agar kesannya dirasai oleh semua orang dan moga moga Allah perkenan apa yg dipohon...lakukan setiap kali ingin berbuka dengan skrip yang berbeza.....moga moga keberkatan Ramadhan akan menghasilkan natijah yg diingini.....lupakan seketika makanan dan lauk pauk...didiklah anak anak untuk fokus kepada doa...insyaallah.


.......jika hati tidak tenteram, mohonlah ketenteraman.
.......jika perhubungan tidak mekar maka mohonlah padanya akan keberkatan hubungan suami isteri, antara rakan dan jiran tetangga, antara adik beradik malah hubungan kita dengan ibu bapa dan juga mertua...
.....jika anak bermasalah, mohonlah petunjuk dan hidayah dariNya agar Allah bukakan pintu hati anak agar mahu mendengar nasihat dan tutur kata kita....
.....jika sempit rezeki, mohonlah agar Allah luaskan pintu rezki yg berkat (harus diingat konsep rezeki - jika banyak rezeki tapi tak berkat tak guna kerana tercabutnya keberkatan pada rezeki itu akan hanya membawa masalah masalah baru terhadap kehidupan kita, lebih baik sedikit tetapi penuh keberkatan, iaitu sedikit tapi cukup serba serbi malah lebih ramai yg dapat merasa).....insyaallah akan sy bicarakan tentang konsep rezeki ini dalam titipan blog saya yg akan datang....


Selamat Berpuasa dan Berbuka mengikut Sunnah Rasulullah saw.........insyaallah, ameen!!!

1 comment:

~ aiDa ~ said...

assalamualaikum...

trimas encik krn mengingatkan.. patutla mcm ada yg kurang ja semalam.. ^_^