Friday, August 5, 2011

Produktif dan produktiviti diri....

Assalam semua...


Beberapa soalan buat muhasabah dan penilaian diri/kendiri dikala malam hari ini...sesudah terawih dan tadarus mahupun zikrullah.....sebelum mata tertutup lena....




  1. Adakah umur ku cukup produktif selama hayat ku ini?
  2. Untuk apa umur ku dipergunakan selama ini?
  3. Adakah umurku kuhabiskan hingga ke saat ini utk ilmu atau hiburan atau berfoya foya?
  4. Atau kugunakan umurku untuk mengejar sesuatu yg pasti ku tinggalkan.....dan tiada gunanya buatku diakhirat kelak? Malah aku akan dipersoal kelak utk setiap darinya, dari mana ku peroleh, dan kemana ku belanjakan? 
  5. Adakah produktiviti umurku ini ku pergunakan untuk dunia semata mata? atau untuk akhirat yg bakal ku semadi dan hidup didalamnya buat selamanya?
  6. Hermm....berapa umurku sebenarnya...? 14235 hari....341,640 jam, 204,984,00 minit telah ku lalui.....jika solat 5 waktu itu sahaja sekitar 5 minit setiap satu secara purata....terlalu banyak masa yg lain yg ku perhabiskan selain solat.....aku hanya menghabiskan sekitar 5928 jam sahaja dalam tempoh umurku 39 tahun ini utk tujuan solat yg sekadar 5 minit sahaja....itu belum ditolak usiaku 7 tahun yg aku masih kecil lagi..aku hanya mempergunakan sekadar itu utk Sang Penguasa....
  7. Lalu berapa banyakkah dari usiaku ini kuhabiskan untuk menghabiskannya kerana nafsu dan keinginanku semata mata berbanding dengan tuntutan Illahi?? 
Itulah beberapa persoalan samada kita ini benar benar produktif terhadap Allah swt atau kita hanya produktif untuk nafsu diri semata mata...hitung hitungkanlah diri kita semua....jangan dibazirkan sisa usia...kerana hidupku dan kalian hanyalah atas SISA SISA umur yang berbaki.....yg lain telah berlalu dan telah habis...yg tinggal hari ini hingga esok atau lusa atau minggu hadapan atau bulan hadapan, tahun depan dan sebagainya adalah SISA SISA hidup dan SISA SISA UMUR yang ada........tiada masanya untuk mendabik dada bahawa aku benar kalian semua salah atau kalian sahaja yg benar aku semua salah atau kita semua benar, orang lains emua salah...tiada masa untuk pertelingkahan sebegitu...rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!


Perbuatlah muhasabah utk dikira dan dinilai sesuatu yg lebih bermakna di akhirat kelak berbanding apa yg kita perbuat atau akan kita tinggalkan di dunia ini......  

No comments: