Monday, August 1, 2011

Utamakan yg utama....mudahkan jgn susahkan!!

Assalam semua....


Hari pertama puasa...hari pertama sahur dan malam tadi malam pertama terawih. Seperti biasa berbagai program diatur oleh pihak surau dan masjid. Macam macam ada.....sahur perdana, berbuka perdana, tahlil dan tadarus perdana, tazkirah perdana, qiyamullailail 20 malam terakhir perdana, bubur lambuk perdana....dan macam macam lagi.


Keseluruhannya...meriah dan padat aktiviti aktiviti di hampir semua masjid dan surau.....


Apapun, utamakan yg utama, dan mudah kan jangan susahkan.....sy terpanggil memberi sedikit pandangan tentang aktiviti aktiviti ini....ada beberapa persoalan, antaranya ialah.....banyak aktiviti yg dirancang dan dilaksana akan tetapi adakah kualitinya bagus? bukankah lebih baik sedikit atau sederhana akan tetapi berkualiti pengisiannya...sy terpanggil, sejak akhir akhir ini, ada pendekatan baru dibuat.....mungkin ada dikalangan kalian yang boleh memberi input kepada persoalan saya iaitu, dimana datangnya pengisian yang diselang seli bagi setiap solat 4 rakaat terawih ada Tazkirah??? Adakah ini rekayasa abad ke 20 ini? Maaf, saya tidak sama sekali bahkan bukan menentang TAZKIRAH ini untuk tidak dilaksanakan, boleh sahaja dilakukan, sekadar 10 minit maksima jika hendak dilakukan setiap selepas 4 rakaat terawih, jika mahu lebih lama, selepas witir lakukanlah barang sejam dua jika mahu!! Saya kurang setuju cara perlaksanaan, dalam kes surau di taman perumahan saya, ia dilakukan setiap malam setiap 4 rakaat 30-45 minit.....  


Isunya bukan program atau pengisian itu tidak bagus, ia bagus namun tidak utama. Apa yang diutamakan ialah solat isya berjemaah dan disusuli solat terawih berjemaah itu, dan saya percaya bagi mereka yang perlu bergerak keluar dari rumah untuk pergi ke tempat kerja seawal jam 6 pagi keesokkan harinya, aktiviti yang panjang dan memakan masa agak lama selain terawih dan tadarus di sebelah malam, ini adalah sesuatu yang agak menyusahkan dan 'exhausting'!! 


Ini memberi kesan besar kepada semua terutamanya kaum ibu yang bekerja...sudahlah sahur perlu bangun sedikit awal untuk mempersiapkan makanan untuksahur buat anak anak dan suami, kemudian melaksanakan kerja rumah, mengemas dan sebagainya, lalu perlu pula terkejar kejar seawal pagi untuk pergi bekerja kerana jarak pejabat yg jauh dan bagi mengelakkkan terperangkap dikesesakkan lalu lintas....akhirnya hasrat untuk turut serta berterawih ke di surau terbantut, kerana pengisian yg panjang...hampir jam 10.30 mlm atau 11 malam baru habis.


Tidakkah kita ingin mendidik jiwa manusia yangberbagai lapis dan peringkat keimanan dan tarbiahnya...sama sekali kita tidak boleh menyamakan tahap tarbiah diri dgn orang lain yg mungkin baru mula berjinak jinak. Kita sama sekali tidak perlu untuk mengolah sesuatu program atau melaksanakan pengisian program secara 'memaksa'....setiap 4 rakaat diadakan tazkirah, dan begitulah seterusnya....harus diingat bahawa pada waktu yang sama kita juga ingin memberi contoh dan mendidik jiwa anak anak muda......anak anak kecil yang perlu diberi pendedahan. Saya fikir adalah lebih baik jika hendak juga dibuat tazkirah, buatlah selepas witir. Pada ketika itu lebih memberi kebebasan kepada individu. Sesiapa yang ingin mendengar, susuk itu akan menunggu sehingga program habis, begitulah sebaliknya....


Sebenarnya, secara umumnya konsep beramal dalam bulan Ramadhan ada dalam bentuk jemaah dan sendirian, namun dalam bulan Ramadhan yg mulia ini, imbuhan yg ditawarkan oleh Allah swt cenderung kepada masing masing, jika susuk itu ingin maka dia akan perbuat segala yg perlu untuk meraih segala kelebihan Ramadhan, jika tidak, susuk itu sendiri yang akan rugi. Justeru, seruan berjemaah  hanyalah pada solat fardhu lima waktu dan solat terawih berjemaah (namun tidak menjadi halangan untuk sesiapa terawih sendirian-Saidina Usman Affan solat terawih 60 rakaat pada satu malam),  solat Hari Raya AidilFitri dan solat Hari Jumaat.....manakala diseru bertadarus dan seruan itu bukan wajib, hanya sunnah...manakala Tazkirah yg diselang selikan disetiap Terawih, maaf setakat ini saya belum ketemu rujukan dan nas, mungkin kalian telah menemuinya, justeru kalian boleh boleh kongsi di sini!!


Justeru saya menyeru, kita perlu UTAMAKAN YG UTAMA...MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN.....Islam bukan agama memaksa, dakwah Islam juga dilakukan dalam konteks kebebasan memilih, bukan memaksa....jangan memaksa orang lain kelak, org Islam sendiri yg akan menjauhi masjid dan surau....itu belum lagi org bukan Islam yg menjauhi agama Islam! 


Fikirkan.    

2 comments:

Alwi Mohd Yunus said...

Dwen:Isu tazkirah slps 4 rakaat ni adalah antara isu yg dibawa oleh salafi dan wahabi, nmpknya mereka berjaya dlm hal ini... apa yg diamalkan oleh ulama2 nusantara selama ini sudah kian terhakis.... sedih hamba dibuatnya...
16 minutes ago ·

Alwi Mohd Yunus Tazkirah lepas terawih la Dwen...buka teman against tazkirah ni...ulama tak salah...zaman skrg duduk di kuala selangor, kerja di putrajaya...perjalanan pegi jer dah 100km...kalau sorg dua xpe, ni ramai yg gitu
13 minutes ago ·

Alwi Mohd Yunus Sorry Dwen Puyau...sy bukan berpaksikan wahabi n salafiy dlm membahaskan isu ini...sy melihat dari sudut praktikal...tazkirah itu disesuaikan selepas terawih..
11 minutes ago · Like

Dwen Puyau Kalau gitu ape masalahnya... dah abis tarawikh dah... boleh balik le... sape yg nak dengo gak, boleh le tunggu, itukan pilihan... jgn rasa terbeban, mungki ada sebahagian kita ingin menghidupkan malam2 dibulan ramadan dgn mengadakan aktiviti² sedemikian bg menyaingi pusat² hiburan yg dibuka hingga lewat mlm... hehehe...
7 minutes ago · Like

Alwi Mohd Yunus sbb tu le tak de masalah dengan tazkirah...maslah dengan pelaksanaan spt yg teman nyatakan..selang seli 4 rakaat tu yg jadik masalah...kat surau teman 30-45 minit tazkirah...harus diingat..Saujana Utama nk ke KLIA jer sbg contoh...55minit ikut hiway...ke KL 40 min kalau tak jem...
5 minutes ago · Like

Alwi Mohd Yunus tu ler juga yg teman kabor dlm catatan teman di blog tu.....kaedah perlaksanaan!! teman bukan menentang TAZKIRAH diadakan.....teman tak pegi pusat hiburan....dan rugi la kalau buat program atas dasar ingin bersaing dengan pusat hiburan....

Anonymous said...

Selamat berpuasa En Alwi dan keluarga ^^. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya

~Iza