Assalam semua....
Semalam berpergian ke utara tanahair bersama 2 orang teman kerana urusan dengan ladang di Grik....puasa, cuaca yg panas sesungguhnya mencabar....walau dalam kereta keadaan dingin, tapi ia tetap menguji daya tahan puasa ku...apapun kami semua berjaya mengharungi puasa sehingga berbuka...alhamdulillah. Coretan ini, bukan mahu bercerita tentang puasa ku akan tetapi ingin retrospek atau mengimbau kembali kaitan musafir Ramadan ku ini kerana urusan kerja dengan perjuangan Rasulullah saw.
Kalian pernah berpeluang berpuasa di bumi Mekah dan Madinah? Jika pernah, kalian akan memahami dengan 'rasa' jitu ceritaku ini, jika belum, bayangkan ia sedemikian. Perjalanan ke Gerik dalam tengahari panas, mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah....lebih kurang 340km. Panas dan panas, itu ulasan ku. Semua terdiam sepanjang perjalanan....mungkin kerana menjimatkan hydrasi air di tekak....ketika mula perjalanan, rancak bersembang, akhirnya tidak beberapa ketika semua senyap dan sunyi....aku membuka iPadku lalu hanyut dalam dunia maya, temanku di sebelah pemandu juga sama, dia dengan Galaxy Tabnya.......buat mengisi masa....sepanjang perjalanan...macam macam aplikasi ada, tapi aku lebih kepada meneliti surah surah dalam kitab agung itu....tidak lama kemudian aku menyertai temanku, "main game" hahahaha....tapi itu selang seli buat meredakan kebosanan.....
.....sekonyong konyongnya tetiba aku teringat, zaman Rasulullah saw dahulu....tiada kereta, hanya ada unta, kuda dan keldai....di cuaca yg sesungguhnya panas, terik, kering, dan pasir yg dipijak juga umpama kuali panas menyala, dek kerana sinaran matahari yg membara....memang panas, tak terkata!!! Tapi saat itu, Nabi saw, bukan duduk diam, malah dalam bulan Ramadhan lah Nabi saw dan para sahabat pergi berperang...'Aduhai...!!!' .....aku tidak dapat bayangkan bagaimana tabahnya mereka.....demi menegakkan Islam, dan demi Nabi yg mereka kasihi dan sayangi, dan perintah ketua yg dijunjung...para sahabat turun di tengah cuaca panas terik, untuk berperang! Hebat sebenarnya jiwa mereka...aku yg duduk dingin didalam kereta sepanjang perjalanan ini pun sudah terasa peritnya cuaca panas dalam keadaan berpuasa...apatah lagi mereka para sahabat dan Nabi saw sendiri...dahla cuaca panas di Malaysia ini tidak sama berbanding keadaan yg lebih ekxtrem di Mekah dan Madinah.....aku sebenarnya kagum bila mengenang sirah Nabi saw dan perjuangan baginda bersama para sahabat, kekuatan jiwa yang terbina, semangat perjuangan dan kekentalan perasaan.....itulah ia, terkadang aku terdetik, kita ni umat Baginda yg terkemudian.....jauh umurnya tahun kita dengan waktu Nabi saw....sangat jauh bezanya...1432H...lama tu jarak waktu dan perbezaannya....
....dulu tidak sama dengan sekarang, justeru ketidaksamaan itu janganlah dijadikan alasan untuk kita menafikan, mahupun menidakkan ataupun beralasan untuk memandang sepi nilai sejarah dan sirah, nilai ajaran dan perintah agama, tuntutan sunnah dan sebagainya sepertimana yg telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabatnya..........janganlah kita bergaduh dan berpecah belah hanya kerana sedikit atau banyaknya pendapat yg berbeza2, janganlah kita bermasam muka hanya kerana perbezaan pendapat, mengeji satu sama lain, menyindir antara satu sama lain, mengutuk dan mengecam sesama sendiri, menyakiti sesama atas dasar landasan dan fikrah fikiran yg tidak sependapat....bersikap matang lah, kerana jika tidak sedemikian....kita rugi dan sangat rugi sebenarnya.
Musafir Ramadhan ini memberi kesan yg besar terhadap diriku...sepatutnya Ramadhan ini secara umumnya membangkitkan rasa dalam jiwa, empati dan simpati semakin menggunung kerana darjah iman yang meningkat.....lalu disitu kelompok rasa yang mendalam akan membuak buak....itulah antara tarbiah Ramadhan...tidakkah benar seperti yang diungkap oleh alMaududi bahawa tarbiah puasa Ramadhan itu akan menumbuhkan keinsafan dan membangkitkan rasa simpati yg mendalam terhadap mereka yg terpinggir, susah dan 'have nots'...apalah kiranya fakulti rasa dalam jiwa itu kita sebarkan dalam konteks memahami dan menjiwai suasana dan keadaan perjuangan Rasulullah menegakkan Islam dengan segala macam kesusahan, cabaran, kepayahan, tentangan hingga Islam tertegak di seluruh dunia....jangan lah hanya kita rasa kita dah cukup ilmu, mahupun cukup berpengalaman, atau cukup belajar, cukup tahu lalu kita secara tidak disedari mahu merobek robek kesucian Islam itu dengan segaka macam kerenah dan kepentingan.....aku cukup membenci politik berkepentingan...namun benciku hanya sekadarnya kerana pada waktu kita membenci, perlu ada prinsip 'wasatiah' yakni kesederhanaan dan bersikap objektif dalam ketidaksetujuan...........insyaallah
2 comments:
Assalamualaikum wbt..
Saya orang Grik.. kampung saya la tuh.. Syukron dengan pesanan ini.. insyallah, sama-sama memperbaiki diri.. amin..
waalaikumsalam.....sy pernah berpeleseranbuat beberapa ketika di Gerik-Padang Rengas suatu waktu dahulu walaupun sy bukan asal dari situ..apapun pencarian itu tetap sy teruskan sehingga hari ini.....ia membawa berbagai pengajaran dan pengalaman...tidak disangka Ramadhan kali ini sy berpeluang ke Gerik lagi.....ada urusan kerja di Felda Tawai....
Post a Comment