Assalam semua.....
Iman Ihsan datang menyendeng tepi ku lalu anak bongsuku itu bertanya "Baba...mcm mana Nabi Muhammad....dia bukak posa makan kurma 3 biji jer...?dia tak lapar ker...?...kita ni lak ada 2 jenis kuih, 1 lauk, 1 sayur...lagi banyak dari yg Nabio Muhammad saw makan......tapi kawan Iman kata kat umah dia lagi ada mcm2...." "Huh....!" Aku terdiam sebentar...terdetik dalam hati "...macam mana nak jawab nih!" ujarku. Tapi, akhirnya dalam perbualan yg ringkas dan singkat, aku terangkan secara rasional situasi itu, namun aku juga masih menerawang persoalan yg sama dalam fikiranku.
Itulah persoalan yang bermain difikiran kita....Rasulullah saw memberi contoh kesederhanaan yg amat sukar untuk kita ikuti, untuk kita teladani walau ia mudah sekali. Makan 3 biji tamar untuk berbuka, dan tiada lain kecuali air kosong utk diminum, tiada kuih muih, bubur pelbagai jenis, mahupun lauk pauk pelbagai jenis.....motifnya ialah KESEDERHANAAN dalam kehidupan!
Contoh yg diberi dalam konteks ini ialah dalam menjamah makanan...ringkas dan mudah. Persoalannya, mampukah kita meneladani yang sedemikian? Cuba selami maksud kenyataan saya ini, fahami dengan mendalam...Baginda Rasulullah telah menunjukkan teladan yg sangat baik dan juga mudah tapi sukar diikuti.
Seharusnya kita menjadi umat yang paling bersyukur sentiasa, setiap ketika dan setiap kalinya. Kita diberi segalanya pada hari ini...apa yg kalian jamah sebagai juadah berbuka puasa??......bersyukurlah jika ada nasi dan lauk pauk, bertambah syukurlah jika ada lauk pauk, nasi, kuih muih dan buah buahan, sehingga 2,3 jenis air, yg merah ada, yg hijau ada, yg biru ada dan bermacam lagi....bersyukurlah atas rahmat Allah.....jangan pula pada malamnya 'komplen' soal kenapa terawih surau ni 20 rakaat lah...surau yg lagi satu 8 rakaat tapi ayat dia panjang panjang pula yang dibaca....jangan sedemikian, bersyukurlah...!!!!
..........dan buktikanlah kesyukuran itu melalui manfestasi keikhlasan beribadah. jangan banyak mengomel kerana banyak mempersoal dan mengomel itu budaya bangsa Yahudi....bacalah surah Al-An'am dan Al-Maidah...dan lihatlah perangai bangsa Yahudi yg diberi pelbagai nikmat oleh Allah swt, hatta permintaan agar diturunkan hidangan dari langit sekalipun Allah tunaikan, namun mereka tetap kufur, dan banyak mempersoalkan itu ini...masyaallah!
No comments:
Post a Comment