(Artikel ini pernah terbit di ILuvIslam.com http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3660-aku-seorang-peminta.html)
Assalam semua....
Sering kita panjatkan doa dan meminta kepada Sang Pencipta, Pemberi Rezeki, segala macam permintaan dan hajat....dikala waktu terluang mahupun dikala kesempitan. Disaat sesudah selesainya solat mahupun disaat kita membutuhkan rahmat dan pertolongannya. Itulah kita, tanpa mengira siapa kita, apa kedudukan, pangkat, harta, darjat dan kemahuan, kita tetap meminta kepadaNya. Samada kita telah punya harta yang bertumpuk tumpuk....gelaran kita pelbagai, kita seorang Datuk Seri, Tan Sri, Datuk atau Dato'...atau Tun, kita tetap meminta, walau kereta kita berjenama Mercedes, Audi, BMW, Volkswagen GTI, Lexus, dan segala macam lagi.....walau isteri kita secantik artis, secantik bidadari, mahupun seburuk namanya kita tetap juga meminta kepadaNYA.
...apakah pula bezanya yg berpangkat dengan tiada pangkat? atau gelaran apa apa sekalipun, hatta nama pun tiada dan yang tinggal ialah gelaran yang diberi oleh orang ramai "wahai SIPENGEMIS BUTA!" itu mungkin antara gelaran yg diberi....kepada sesiapa susuk sekalipun yang berada dalam keadaan sedemikian.....akhirnya, kita tetap meinta kepadaNYA.
....namun, hakikatnya kita tetap juga meminta, apatah lagi jika kita tiada punya apa apa hatta untuk sesuap nasi sekalipun, kita akan meminta kepadaNya....dan permintaan itu wujud dalam bentuk doa, hajat dan seruan kepadaNya dalam kaedah apa sekalipun.....
Saudara saudari sekalian, cuba fikirkan, tidakkah hakikat kesedaran itu berupa sedemikian ini: (cuba fikirkan)!!!
.......Tidakkah perbuatan sedemikian itu kepada Allah swt juga merupakan suatu perbuatan meminta sedekah..........justeru, siapakah kita yang beranggapan lebih baik dari si Peminta sedekah dan memandang rendah kepada mereka yg tidak bernasib baik itu semua disepanjang kehidupan kita hingga hari ini.......memandang sepi mereka yg miskin, fakir dan susah dan menganggap bahawa mereka semua 'malas berusaha', 'kurang berusaha' berbanding kita.......tidakkah itu sifat 'bangga diri yang melampau' dengan menganggap apa yg dikecapi pada hari ini, samada kemewahan, harta dan wang yang banyak, pangkat darjat dan harta, malah hari ini juga ramai yang begitu angkuh dengan 'PENGALAMAN' nya sendiri dan menidakkan orang lain......
.......tidakkah permintaan kita itu juga berupa permintaan yg serupa seperti mana orang lain jua....jadi mengapa kita beranggapan bahawa Allah swt akan melebihkan kita berbanding dengan orang lain atau mendahulukan kita berbanding orang sedangkan kita tidak mendahulukan Dia dalam urusan kehidupan kita....???
Itulah kita manusia yg dicipta tanpa kemampuan berdiri sendiri, sentiasa berkehendak kepada sesuatu dalam hidupnya samada demi kelangsungan hidup mahupun keperluan seharian dan sebagainya. Namun sering bertindak sebaliknya, seolah olah dia mampu berdiri sendiri, angkuh dengan apa yang dimiliki dan berasa sangat 'besar' diri...dan menganggap bahawa urusan kehidupannya adalah natijah usahanya semata mata lalu melupakan hakikat bahawa ia adalah anugerah Allah kepadanya...dia sentiasa lupa yg Allah lah yg memberikan segalanya yg dia miliki...lalu apabila segalanya di'tarik' dalam sekelip mata, ketika itulah kesedaran akan timbul, namun persoalan besarnya ialah, adakah kita mahu menunggu saat itu barulah kesedaran akan timbul dalam diri............perlukah menunggu "pakej' dari Allah baru kita kan sedar dan taubat mahupun menginsafi kekerdilan diri???.....tidakkah ketika dan saat itu, segalanya tidak bermakna lagi???
2 comments:
YANG "ATAS-ATAS" NI KENA SEDAU DIRI.. KITA NI MANUSIA, HIDUP MACAM RODA.., KADANGKALA DI ATAS DAN KADANGKALA DIBAWAH.. JANGAN SAMPAI BILA TIBA DIBAWAH BARU NAK INGAT DIRI...
SALAM RAMADHAN EN ALWI..
Fairus:
Bukan terhad kpd yg di ATAS-ATAS sahaja...semua kategori terlibat tak de exception...yg kat bawah patut lebih insaf dan sedar dari yg ATAS ATAS....
Post a Comment