Friday, May 21, 2010

tiadalah manusia itu gundah gulana jika dia tahu apa yg dicari...Umar AlKhattab

Ungkapan ini sangat besar ertinya dari seorang abid yg terpuji dan tersenarai dlm sahabat yg dijanjikan syurga oleh Allah swt....itulah dia Umar Al Khattab dalam senandung malanya dia merintih dan bermonolog dengan diri hingga lahirlah ungkapan sedemikian...inilah ungkapan manusia yg dikatakan oleh Muhammad saw iaitu 'jika ada Nabi selepas aku...maka dialah Umar' namun hakikatnya Muhammad ialah Nabi penutup dan tiada Nabi dan Rasul lagi selepasnya.

Kegundahan itu natijahnya dari jiwa, bukan dari kemahuan fizikal...gundah dan keluh kesah orang yg tinggi tahap keimanannya amat berbeza dengan org biasa, dan terlalu berbeza dengan mereka yang kufur. Keluh kesah dan gundah gulana itu lahir dari jiwa yg mencari...pencarian yg cukup berbeza juga bagi mereka yg tinggi tahap ketakwaan dan keimanan berbanding orang biasa.

Lihatlah kegundahan dan keluh kesah yg dialami oleh Saidina Ali karramallahu wajhah....bila mampirnya waktu solat, saat itu bertukar wajahnya menjadi kecut, pucat lesi dan penuh kegugupan walhal beliau ialah insan yang paling berani di medan perang, insan yg tidak punya takut dengan musuh musuh Allah dan musuh musuh Islam dan orang beriman...namun sebaliknya, apabila kedengaran azan, berdirinya beliau di tikar sembahyang, beliau gugup sekali..lalu sahabat yg lain bertanya, "mengapa wajahmu kelihatan seperti orang yg sangat sakit dan tenat"..lalu jawab Ali.."tidakkah kalian merasa takut untuk berhadapan dengan Raja Alam ini, Raja segala Raja, Penguasa Alam ini yg 'ditangannya' ialah azab yg sangat pedih yg tiada sesiapa sanggup menanggungnya...nah kalian, sebentar lagi kita kan menghadapnya...tidakkah kalian gentar???" Begitulah ungkapan Ali, natijah dari keimanan yg tinggi serta ketakwaan yg sebenar kepada Allah swt. Mengapa sedemikian?? Benar sesungguhnya Ali juga seorang manusia seperti kita semua, namun kegundahan yg lahir dan terserlah dari riak muka Saidina Ali bukanlah kegundahan kerana kosongnya jiwa, lerainya iman namun keluh kesah dan kegundahan kerana TAQWA nya kepada Allah, takutnya beliau kepada Allah swt.

Justeru...kegundahan manusia itu sebenarnya berbeza beza antara satu sama lain, namun aspek utama yg menjadi tunjang untuk mengelakkan diri merasa gundah gulana ialah dengan berpegang, berharap kepada Allah swt..itu sahaja, kelihatan mudah diungkap namun sukar sekali dilaksana...mengapa sedemikian??? Tidak kah benar bahawa segalanya hanya Allah yang menentukan..Allah yg menjadikan, Allah yg menghalang mahupun membenarkan sesuatu itu untuk berlaku ataupun tidak...jadi..mengapa perlu gundah, mengapa perlu keluh kesah jika segala pengharapan telah disandarkan kepadaNya...kita hany diminta untuk mengusahakan dan berusaha untuk mencapai sesuatu dengan cara dan kaedah yg benar mengikut prinsip prinsip yg tidak bertentangan dengan agama...selain dari itu serahkan kepada Allah, apa sahaja yg berlaku adalah kehendak Allah, samada baik atau buruk, cepat atau lambat...segalanya mengandungi hikmah dan pengajaran...natijahnya ialah pencarian itu sebenarnya ada dalam diri kita ada dalam pemikiran kita....ada dalam diri kita, kekadang pengajaran itu pahit dan tersangat pahit namun pantas berlalu, sepantasnya ia datang, manakala kebahagiaan itu lambat mendatangi dan menjengah kehidupan kerana pengajarannnya ialah mendidik jiwa untuk sabar dan menghargai dikala ia datang bertalu...yg tentunya ia berupa keseronokan, kesenangan, kegembiraan, hajat yg tercapai agar diketika kita mencapainya...kita tidak berlaku ujub dan riak, kita menjadi lebih bersyukur, lebih tawadhuk dan lebih meningkat ibadahnya daripada sebelum hadirnya sesuatu kebahagiaan itu....ia juga pengajaran agar sentiasa mengharap kepadaNya. Oleh itu, carilah diri, temuilah Illahi nescaya kegundahan itu akan berlalu sepi, dan yg datang ialah jiwa yg bahagia terpancar dari sosok yg bahaia dari hati yg beriman kepada Azza wajalla.

ayah ibu bukan bebanan bukan liabiliti seumpama kiraan seorg akauntan dlm kira kira kehidupan

Dengarkan cerita ini...
hebahkan pengubat rasa, emosi, dan hati...
agar kita kembali kpd fitrah yg suci...
agar dapat kita tabur benih bakti
agar kita dipayungi ampunan seorang ayah dan ibu kita ini
agar kita hidup dalam naungan keberkatan Illahi......



PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...
Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje...

Thursday, May 6, 2010

Muhasabah diri....monolog kpd diriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berapa kali aku berhenti, diam sejenak dan berfikir...membuat explorasi diri, menilai dan membuat perkiraan diri, betapa beruntungnya aku pada hari ini dek anugerah dan nikmat yang Allah limpahkan kpdku sejak dulu lagi? Berapa kali pula aku asyik mengeluh memikirkan kekurangan diri, nasib buruk yang menimpa, dan segala bentuk 'kekurangan' yg ku anggap sebagai kekurangan? Dan berapa banyak pula aku bersyukur dengan apa yang ada, menjadi redha dan bersikap menerima secara terbuka apa sahaja yg ada dalam kehidupanku?? Berapa banyak pula usaha yg aku buat untuk mengubah nasib diri bukan hanya sekadar mengadu nasib kpd Allah tanpa berbuat apa apa lalu terus terusan aku pasrah dan cuba bersikap redha walhal nasib diri dan kekurangan itu sangat mudah untuk diatasi jika aku mengambil sikap untuk berubah dan berusaha dengan sebaik mungkin.

Lalu monolog diri ini berpanjangan walau sebenarnya singkat tanpa disedari....

Aku sering menganggap bahawa sudah cukup apa yg ku lakukan dlm kehidupan ini...sudah cukup amalan dan ibadah yg ku lakukan dlm hidup ini, itu tandanya aku bersyukur!!! Aku ketawa dlm hati!!!kerana aku seolah olah merasa puas dgn apa yg aku lakukan untuk menunjukkan bahawa aku telah membuat yg termampu untuk ku persembahkan kpd Rabb ku. Benarkah sedemikian wahai diri? Cukup kah? Cukupkah apa yg telah kau lakukan?? Kau tersangat yakin?? Adakah kau pasti??......hati hati, nanti kau kan terjerumus dlm noda riak dan takbur, kerana yg berkata sedemikian ialah nafsu dan hatimu yg sombong dan angkuh...lakukanlah apapun tapi dengan tulus dan suci. lakukanlah dengan niat yg ikhlas...lakukanlah hanya kerana Allah. jgn diharap pembalasan, jgn diharap anugerah Allah..itu hakNya untuk membalas, lakukanlah kerana DIA lah Tuanmu, Penciptamu, Rajamu, Pemberi Rezekimu, Dialah Rabb mu...jgn lakukan kerana terpaksa, jgn lakukan kerana orang lain, jgn lakukan dlm keadaan hati tidak ingin melakukan, lakukan ia tanpa mengharap apa, lakukan ia hanya semata mata keranaNYA....itulah sebenarnya yg suci dan tulus.

Wahai diri.....Jika kau merasa kau sudah cukup byk melakukan ibadah sebagai tanda bersyukurmu terhadap nikmat Allah, ingatlah pula berapa banyak nikmat yg tidak terkira yg Allah telah berikan kpd mu selama hidupmu....ubahlah fikiranmu dengan memikirkan berapa banyak yg Allah telah berikan, berapa banyak perintah Allah yg telah engkau tinggalkan mahupun kau melewati batasnya, berapa banyak ungkapan yg sia sia yg telah engkau ucapkan selama ini dimana anugerah kata kata hanyalah untuk memuji Allah swt. berbanding dengan hanya mengira berapa banyak yang telah kau lakukan. Nescaya, akan engkau dapati wahai diri, betapa sedikitnya amalan, betapa kerdilnya diri. Bayangkan, udara yg kau hirup tanpa henti setiap saat dan ketika, mampukah engkau gantikan dengan amalan, cukupkah dengan solat 5 waktu, bagaimana pula zikirmu, amalan sunat mu..terkadang kau melakukan, terkadang engkau tinggalkan...cukupkah untukmengganti umpama bayaran atas segala nikmat yg telah Allah berikan? sebenarnya, jawapannya telah ada...aduhai diri...ia tidak pernah cukup untuk mengganti mahupun membayar kembali nikmat yg telah Allah berikan kpdku.        

Tuesday, May 4, 2010

Hamba diri..hamba fikiran

Bicara ini cuba untuk mengetuk pintu rasa, pintu hati..pintu hidayah susuk rakan rakan di FB ini...kerana sedari atau tidak terkadang kita terpaling walau sebenarnya mengerti, terkadang kita alpa walau sudah dimengerti, terkadang kita mengerti namun kita tidak tuntas dalam memahami, terkadang kita faham namun jauh sekali untuk menjalaninya....

Dalam abad baru ini..kita sebenarnya sedang menjalani suatu proses transformasi dalam segenap lapangan kehidupan dan pergaulan sesama. Transformasi ini berupa pelbagai, ada yangbaik mahupun yang buruk...namun kecenderungan yg palingbesar ialah soal yg buruk mahupun yg negatif hingga hakikatnya ia boleh membawa kpd yg haram. Nauuzubillah.

Justeru, amat penting untuk saya mengajak kembali rakan rakan di FB yg membaca nukilan ini untuk kembali kepada panduan yg utama. Kembali kpd apa yg telah ternoktah dalam hadis dan sunnah Nabi kita, itulah panduan, itulah pedoman.

Al-Quran bukanlah bahan bacaan semata, ia ialah bahan rujukan utama..begitu juga Sunnah NabiNya..menjadi nur dan cahaya dalam kehidupan manusia...jangan lah kita menjadi manusia yg merujuk pelbagai bahan dan nota, karya besar kononnya lalu kita mengenepikan 2 panduan atau yg saya panggil modul kehidupan manusia sejagat. Kita utamakan Alvin Toffler, lalu kita lupakan Al Ghazali yg juga pernah mengungkap perkara sama yg dinyatakan oleh Alvin Toffler, lantas kita menjadi lebih teruja dari si Alvin itu sendiri. Kita teruja jua dengan Stephen Covey, lalu kita berbondong bondong menyertai program latihan Covey Leadership Institute kononnya ingin memahiri '7 habits of highly effective people' yg sebenarnya kita terlepas pandang untuk merujuk kembali dalam khazanah Al-quran dan hadis Nabi kita.

Maaf, saya tidak mengatakan itu semua salah, cuma saya ingin mengingatkan supaya kita tidak terlebih menjadi bangga dengan org lain walhal sebenarnya karya dan khazanah ilmu itu telah wujud dalam Islam sejak lama dahulu, cuma kita terlalu teruja dengan orang lain hingga mengenepikan khazanah gedung ilmu dalam Al-Quran dan Sunnah. Kita tidak memberi perhatian yang sewajarnya. Kita gagal memberi perhatian dan KEUTAMAAN kepada perkara yang sepatutnya..MENGAPA? KENAPA terjadi sedemikian? APAKAH sebabnya?

Ada banyak sebab yang dapat disimpulkan, namun semuanya bertitik tolak dari pengaruh pemikiran yang dicanang melalui media yang pelbagai, dalam konteks ini, ia adalah ILMU. Cuba lihat dan perhatikan bagaimana ilmu dan kefahaman telah begitu mengubah corak pemikiran, cara dan gaya hidup..ia cukup berpengaruh untuk mengubah cara kita bertindak dan berfikir. Contohnya, apabila kita ke kedai mahu membeli ubat gigi, apakah yg kita ungkapkan apabila ditanya 'nak beli apa'? Apakah kita kata 'ubat gigi'? Perhati...biasanya kita ungkapkan 'nak beli colgate' walau yang dicari ialah 'Darlie' 'Safi' atau apa sahaja jenama ubat gigi yang ada dipasaran sekarang ini. Mengapa mengungkap 'colgate' walau yg dicari ialah jenama lain..ini kerana otak telah diajar untuk menerima 'colgate' sebagai ubat gigi walau 'colgate itu cuma jenama semata. Mengapa sedemikian? Ini ialah pengaruh jenama yg telah tertanam sejak sedemikian lama, sejak kecil lagi, sejak zaman sekolah kita telah diajar dan mengenali ubat gigi 'colgate'. Itulah hebatnya pembudayaan atau dengan kata lain pembudayaan pemikiran.

Pembudayaan pemikiran ini telah berlangsung sejak sekian lama, sejak zaman berzaman, sejak dari dahulu lagi, diperturunkan dari generasi kepada generasi yang lain turun temurun. Inilah keadaan yang mencorak poemikiran kita pada hari ini. Jika corak dan pemikiran kita keterlaluan cenderung kepada suatu dogma, secara langsungnya susuk itu akan menjadi pejuang kepada suatu dogma ataupun aliran pemikiran tersebut, begitu juga sebaliknya. Ia sebenarnya melingkari kehidupan seseorang manusia dan hebatnya sesebuah masyarakat dan ketamadunan. Ia merupakan strategi dan senjata yang cukup ampuh dalam mengubah persepsi dan mendorong sesuatu bangsa itu untuk mengikuti trend sesuatu budaya. Penjajahan pemikiran inilah yang sedang kita lalui sebagai suatu proses transformasi yang hebat kurun ini. Ditambah pula dengan kemajuan pesat teknologi maklumat, hampir dari setiap sudut kita diasak oleh pembudayaan pemikiran ini hingga kita lupa kepada akar diri, jatidiri dan dogma pembudayaan masyarakat yang kita pegang samada ia selari dengan Islam mahupun tidak.

Pembudayaan pemikiran ini merupakan senjata halus dan ampuh yang mengubah pemikiran sesuatu bangsa dan budaya. Justeru, pada tahap yang kronik, ia meliputi segenap aspek dalam kehidupan kita, ekonomi, politik dan sosial. Umpamanya, jika berekonomi, tidak dapat tidak kita akan menuruti konsep ekonomi kapitalis kerana kita telah terbudaya sedemikian, jika berpolitik, maka secara sedar atau tidak budaya pemikiran politik yg diamalkan ialah menuruti Machiavelli 'ends justify means' walau jika dikata sedemikian, jika ditegur sedemikian, susuk itu akan menafikan dengan sekerasnya, walhal segi perlakuan memang sedemikian, dalam bersosial (pakaian, perhubungan, cara hidup, perbualan, isu yg diperbincangakan atau apa sahaja) kita akan bersosial dengan menuruti budaya hedonisme iaitu terlalu bersifat kebendaan dan materialisme walau jika dikata sedemikian, sekali lagi akan kita nafikan dengan sekeras kerasnya.

Lalu dlm konteks kehidupan sedemikian, kita secara sedar atau tidak telah jauh menyimpang jauh dari kebenaran yang hakiki, namun diri tetap menafikan. Kita alpa untuk kembali ke jalan 'al mustaqiim' iaitu jalan yang lurus. Dimana jalan yang lurus? Iaitu jalan yg telah ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Kita mengaku kita beriman kpd Allah, MalaikatNya, Nabi dan RasulNya, KitabNya, Hari Kiamat, Qada dan QadarNya, namun hakikatnya tidak sedemikian. Kita ambil sedikit yg kita simpulkan sebagai sesuai lalu kita tinggalkan sebahagian besar yg lain dan menyimpulkan bahawa ia tidak sesuai pada zaman ini. Aduh! Betapa kita telah tersasar jauh dan menafikan hakNya.

Tidakkah kita sedar bahawa kita semua termasuk diri ini adalah hamba? Justeru hakikatnya, kita mesti berperangai dan berperanan sebagai HAMBA..iaitu taat, patuh kpd perintah TUANnya (ALLAH swt). Apakah yang anda anggap/fikir kepada seseorang pekerja yg tidak mematuhi arahan majikan? Tidakkah tindakan patut diambil terhadap pekerja tersebut. Seumpama itulah kita dalam kehidupan ini. Kita diberi modul lengkap kehidupan - Alquran dan Sunnah namun setiap kali kita mengingkari, malahan kita mengenepikannya sama sekali dan yang lebih buruk lagi kita menolaknya sama sekali. Kita diajar untuk mengikuti suatu proses, prosedur lengkap dalam segenap aspek kehidupan kita bagaimana untuk menjalani hidup ini, umpama kita bekerja, kita diberi SOP (Standard Operating Procedure), manual, dan sebagainya bagi melaksanakan sesuatu kerja, namun kita mengingkarinya, kita tidak mematuhi keperluan keperluan yang perlu dipenuhi. Adakah kerja dan tugasan itu akan terlaksana dengan jayanya. Sudah tentu tidak sama sekali.

Begitulah dalam kehidupan ini, kita telah diberi manual namun kita tidak memenuhi syarat syarat dan keperluan tersebut, jadi, pastinya berlaku hasilan yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kehidupan ini. Umpama membina bangunan namun tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam keperluan tender dan syarat yang telah ditentukan oleh jurutera dek kerana ingin terlalu mengaut keuntungan atau berlakunya rasuah, maka bangunan yang dibina itu, runtuh tidak beberapa lama kemudian, jambatan runtuh apabila digunakan, tanah runtuh bila berlakunya hujan, jalan raya rosak hanya beberapa ketika selepas ia dibina. Inilah hasilnya jika tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Begitu jualah jika kita tidak memenuhi manual Allah swt. Maka terjadilah kerosakan seperti yang difirmankan oleh Allah swt 'terjadilah kerosakan dimukabumi itu akibat dari tangan tangan manusia itu sendiri'.

Monday, March 8, 2010

Titipan perjalanan:.....yg kulihat...Seoul, Korea Selatan

(Artikel ini pernah terbit di ILuvIslam.com pada 17 Sept 2011)

Salam....

Sudah agak lama cerita ini kuperapkan begitu sahaja...cuma tiba tiba aku merasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian. Titipan perjalanan ini ialah pengalaman yg ku kutip ketika meghadiri Simposium Antarabangsa Pengurusan Rekod sempena ulangtahun Arkib Negara Korea Selatan di Seoul, Korea, aku salah seorang wakil delegasi Malaysia yang seramai 5 orang, Dr.Rusnah Johare, Haslinda Mohamed, Irwan Kamarudin Abd Kadir, Nurussobah Husin dan aku sendiri, kami membentangkan kertas kerja bertajuk 'The primary research data preservation; the case study of Malaysia'....

Aku dan temanku (Irwan) menginap di sebuah hotel murah di pinggir Seoul, kira kira sejam perjalanan menaiki 'tube' ke tempat persidangan, ini kerana kami cuba mengurangkan kos dengan menyewa hotel yg murah walaupun jauh dan perlu menaiki 'tube' dan bertukar 'tube' beberapa kali untuk sampai ke tempat transit sebelum menaiki 'chartered bus' ke Arkib Negara Korea Selatan.

Titipan ini adalah segala pengalaman yg kulalui sepanjang berada di Korea Selatan, negara yang terbahagi dua disebabkan oleh perbezaan ideologi, Utara dan Selatan. Seoul ialah ibunegara Korea, tempat diadakan buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Dunia Bolasepak FIFA iaitu FIFA Worldcup secara bersama dengan Jepun. Aku berpeluang melawat Stadium Seoul yang terkenal itu. Korea Selatan hanya kukenali sedikit melalui drama bersiri terkenal 'winter sonata' itu, taman yang cantik dan mendamaikan, begitu tersusun dan indah sekali.

Hotel yg ku menginap itu hanya sekitar RM79 semalam, biliknya sangat bersih, kemas dan cukup kelengkapan, walaupun murah namun cukup menyenangkan, terletak dipinggir sebuah sungai di Seoul ini (aku  lupa nama sungai ini kerana ia dlm bahasa Korea) dibelakang hotel ini sebuah perkampungan kecil penduduk Seoul, dengan rumah kecil tersusun rapat antara satu sama lain. Agak 'crowded' umpama Kg Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Cuaca di Seoul sedikit dingin dan berangin, sejuk jika di malam hari, di siang hari masih perlu siap sedia dengan baju sedikit tebal..Seoul ialah bandaraya moden, tersusun dan pembangunan fizikalnya meliputi di seluruh tempat, ku rasakan Seoul ini lebih besar berkali ganda dari Kuala Lumpur. Tidak hairanlah, kalau dikatakan bahawa Korea Selatan telah menjadi salah satu negara maju di Asia. Aku rasa Malaysia juga tidak kurang cumanya ingin ku kongsikan beberapa perkara yg sangat menarik perhatian ku di sini.

1. Tidak ku dapati seorang pun sepanjang 7 hari di Korea ini, mereka yang obes..semuanya 'slim'.orang Seoul suka berjalan kaki dan berbasikal ke mana mana sekalipun, dan ku dapati mereka yang berjalan kaki dan berkenderaan sama ramainya.

2. Aku boleh membilang dengan jari hanya terjumpa beberapa kenderaan buatan German (Mercedes dan BMW), manakala kenderaan lain ialah kereta, bas, keretapi, 'tube', motosikal buatan Korea. Hermm mereka cukup nasionalis dalam hal ini. Apa yang kutemui ialah Hyundai, Kia, Daewoo dan sebagainya berjenama Korea, samada kereta, motosikal, basikal mahupun keretapi.

3. Cukup ramai manusia di Seoul ini menggunakan 'tube' iaitu pengangkutan awam bawah tanah yang menyambungkan segala tempat di Korea ini, cukup dekat dengan tempat tujuan jika mahu ke mana mana..ku dapati 'tube' ini cukup tersusun, cekap, menepati masa, manakala penumpangnya walau dalam apa jua ragamnya tetap beratur ketika keluar atau masuk ke dalam tube, dan yg paling menarik perhatian ku, mereka ini semua senyap, tiada kecoh kecoh dan berebut rebut....cukup berdisiplin orang Seoul. Apabila berada di dalam 'tube' mereka seolah olah berada dalam dunia mereka tersendiri, masing masing dengan 'gadjet' masing masing...aku sebenarnya hairan, mereka tidak mengendahkan sesiapapun...masing masing leka samada bermain 'game' mahupun menonton tv melalui 'handphone' mereka...ish..canggih mereka semua ni, teknologi yg mereka miliki amat maju hingga dibawah tanah sekalipun mereka boleh menerima siaran tv melalui telefon bimbit mereka. Aku terfikir, bilakah agaknya keadaan ini berlaku di Malaysia. Hermm...bagaimana agaknya Malaysia mahu bersaing dengan Korea Selatan, dalam beberapa perkara ku lihat, mereka cukup terkehadapan dalam IT dan teknologi. Aku difahamkan bahawa mereka telah pun menggunakan teknologi komunikasi versi 4G secara meluas di Seoul ini. Patutla menonton tv pun boleh dilakukan melalui telefon bimbit.

4. Tidak ku temui seorang pun yang menggunakan jenama telefon seperti Nokia mahupun Sony Ericcson..semuanya jenama Samsung atau LG atau jenama lain berbahasa Korea yang tidak ku kenali. Kuanggap orang Korea ini cukup nasionalis dalam hal hal sebegini.Begitu jua jenama pakaian, yang biasa kita temui di Malaysia yang berjenama luar negeri, tidak ku temui juga di sini, semuanya berbahasa Korea, mungkin juga jenama jenama tersebut telah dialih bahasa ataupun mereka ini sememangnya sangat bersikap nasionalis dan mempunyai kepercayaan penuh kepada jenama sendiri.

5. 'Tube' yang ku naiki semuanya berjenama 'Daewoo' salah satu konglomerat terbesar di Korea dalam industri berat dan automotif..ia laju dan senyap. Berhenti di setiap stesen, manusia silih berganti. Cumanya ada satu insiden bila aku dan Irwan keluar di malam minggu ke Itaewon untuk menjamu selera kerana kebulur nasi, aku menuju ke salah sebuah kedai kebab yang menyajikan nasi kebab, keadaan agak sedikit berubah, rupa rupanya, orang Seoul suka berpeleseran di malam minggu sambil mabuk, inilah sedikit kecacatan yang kulihat...mereka memang mabuk sehinggalah termuntah muntah di dalam 'tube'...bayangkan baunya muntah si pemabuk dalam kesesakan orang ramai di dalam 'tube'...tidak sampai beberapa minit kemudian, ada 2 orang pekerja wanita Korea datang membersihkan muntahan isi perut si pemabuk...waduh...cepatnya mereka ini memberi 'response' terhadap situasi sedemikian. Seolah olah itu sudah biasa berlaku dan bagi memastikan keselesaan pengguna, muntahan itu terus sahaja di bersihkan..aku agak kagum dengan sikap pekerja di Korea ini, mereka sentiasa dalam siap siaga di dalam tube untuk mengendalikan insiden insiden sedemikian.

6. Di sepanjang pejalan kaki tidak ku temui sampah sarap hatta bungkusan kecil plastik gula gula sekalipun, sentiasa kelihatan pekerja penyapu sampah berada di mana mana tempat yang kutujui.

7. Secara tradisi, mereka di Korea akan sentiasa tunduk hormat kepada sesiapa terutama tetamu di hotel, tempat tempat awam di mana mereka menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan...hatta ketika memberi ucapan dan melayani kami ketika makan sekalipun, mereka akan tunduk hormat dengan sedikit membongkok. Cukup sopan dan santun, benarlah..itu sudah menjadi sebahagian budi bahasa orang Asia termasuklah kita cumanya caranya berbeza beza di antara satu bangsa dan budaya.

Friday, March 5, 2010

Sukarnya untuk telus

Salam...

Sehingga kini saya sendiri masih tidak jelas dengan sejelas jelasnya isu GST..mungkin isu ini telah dijelaskan didada dada akhbar, namun salah saya sendiri kerana tidak mengikuti perkembangan semasa. Saya mungkin telah terlepas pandang untuk mengikuti penerangan yang dilakukan mengenai GST . Peliknya, bila saya bertanya rakan taulan, masing masing diperingkat 'grey' dalam menjelaskan  bagaimana GST ini akan dilaksanakan. Saya juga bertanya tentang beberapa perkara antaranya;

1. Apa jadi dengan cukai cukai lain yang wujud sekarang ini jika GST dijalankan? Contohnya, cukai impot, cukai kereta dan barangan lain, samada keperluan harian atau tidak?
2. Adakah benar hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja yg akan menerima kesan langsung dari GST manakala golongan berpendapatan rendah tidak? Bagaimana mekanisma pelaksanaan untuk memastikan tiada ketirisan?
3. Mengapa tiada penerangan menyeluruh tentang GST ini, mengapa hanya kenyataan akhbar dari Menteri terbabit...mengapa tiada penerangan lebih terperinci di akhbar?
4. Apa salahnya jika pihak kerajaan menyatakan 'pro and cons' terhadap GST? Adakah segalanya galanya amat baik dan amat sempurna untuk GST?
5. Mengapa tidak diadakan 'public poll' setelah usaha menerangkan GST dengan jelas dijalankan bagi memastikan rakyat benar benar faham tentang GST dan kaedah pelaksanaannya. Maklumbalas umum ini juga penting bagi mengetahui bahawa rakyat menyokong atau tidak, memahami atau tidak, mengetahui mekanisma GST atau tidak dan sebagainya.

Sesungguhnya, banyak perkara dan isu berkaitan GST ini yang kurang diberi penjelasan, sindrom yang sama masih wujud sejak dulu lagi, hanya mengharapkan kenyataan akhbar yang bersifat terlalu umum mengenai GST dari Menteri terbabit, manakala perincian sukar diperolehi. harus difahami bahawa semua orang perlu memahami GST dari pelbagai peringkat dan lokasi. Kekaburan tentang komponen, pelaksanaan GST serta skopnya hanya akan menimbulkan kekeliruan yang berpanjangan, akhirnya, rakyat juga yang menerima padahnya. Jangan terlalu tergesa gesa untuk melaksanakan sesuatu tanpa penjelasan terperinci. Adalah diharapkan bahawa suatu usaha besar besaran untuk menjelaskan GST kepada rakyat akan dijalankan, tidak perlu kempen yang keterlaluan yang akhirnya sekali lagi membazirkan wang rakyat, cukup dengan saluran saluran yang ada samada di blog, laman web, suratkhabar dan sebagainya.  

Friday, January 29, 2010

Kita sombong...

Salam buat kalian..sudah agak lama tidak menulis di ruangan ini dek kerana kekangan masa utk menghadap komputer.

Hari ini Jumaat, mendengar khutbah tadi, merasa terpanggil utk mencoret sedikit di sini. Duduk dikelilingi rakan rakan jemaah yg lain,aku terdetik seketika apabila imam menyebut tentang ciri ciri manusia yg dipetik dari kitab tersohor Imam al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin. Sudah agak seketika buat kali terakhir aku menjengah dan meneliti kitab Imam Besar ini,karya agungnya pelbagai namun yg paling tersohor ialah Ihya' Ulumuddin ini.

Namun,imbauan itu seketika cuma bila tuan Imam menyatakan dengan memetik apa yg diungkapkan oleh al-Ghazali bahawa hati kita gelap dek kerana dosa,lantas kita jadi sombong dan angkuh. Uhh...memag benar hakikatnya..cumanya terdetik,adakah kita sedar,sekotor mana hati kita,kerana menurut al-Ghazali,kotornya hati membuatnya keras seperti batu,terserlah umpama perangai manusia yg degil,angkuh dan bongkak, sombong dengan segala gala yg dimiliki. Hati yg keras itu akan menyebakan diri sukar dan tidak dpt menerima nasihat,sukar mengakui kebenaran, tidak langsung berasa belas dan ihsan, tidak dpt memahami kenyataan sebenar,tertutup pada pandangannya segala yg terbentang luas didepan mata.

Kita begitu sombong..ya benar! Kita jadi begitu sombong! Benarkah sedemikian? Lihatlah tanda tandanya..lalu jawablah sendiri samada ia benar atau tidak..hanya diri sendiri yg mampu mengiyakan mahupun tidak...bukan org lain,cumanya langkah dan detik permulaan hanya dicetuskan oleh soalan soalan sebegini.

Adakah kita sombong atau sebenarnya merendah diri dihadapan Allah swt dalam keadaan yg saya nyatakan dibawah, tepuk dada tanyalah diri;

Kita terlentuk,tersengguk sengguk mengantuk mahupun tertidur ketika tuan khatib sedang membacakan khutbah dgn berapi api@dengan apa jua cara sekalipun?

Kita tak tahu sebanyak mana dosa yg kita lakukan dlm kehidupan kita seharian samada dosa kecil mahupun dosa besar,namun kita boleh selesa dan rasa aman seolah olah tiada apa yg berlaku? Kita merasa aman utk tidak rasa ngeri dgn seksaan yg bakal Allah timpakan ke atas kita dengan segala dosa dosa kita? Kita tidak merasa terpanggil utk bertaubat? Solat taubat tidak sekalipun,seminggu sekali,sebulan sekali,sehari sekali,setahun sekali? Boleh jamin ke hayat kita sehingga esok hari?? Kita merasa aman seolah olah segalanya adalah atas usaha sendiri? Betul ke sebegitu?

Adakah tidak sedikit pun kita merasa terpanggil utk menyahut seruannya dgn bersikap sebaik baiknya dgn org lain,menjaga hubungan dgn org lain dgn sebaik baiknya walaupun dgn musuh politik,mahupun pesaing dlm perniagaan atau rakan sepejabat? Mengapa perlu mementingkankan diri? Hanya kerana pulangan@kelebihan yg sgt bersifat sementara,kita sanggup menyakiti org lain...

Fikirkanlah...renungilah seketika. Ambil sedikit masa utk merenung setiap detik dlm kehidupan kita,apa yg telah kita lakukan. Benar..ia tidak mudah, benar ia selalunya amat menyakitkan hati dan memerlukan pengorbanan emosi dan perasaan yg amat besar utk melakukan sesuatu perubahan. Fikirkanlah....

Thursday, January 14, 2010

Keterbukaan perlaksanaan....

Bicara kecil, seruan buat diriku dan saranan untuk rakan taulan....

Apa sikap kita bila kita sedang bersiar siar, 'window shopping' di kompleks dan pasaraya pasaraya besar tiba tiba masuk waktu solat? Adakah kita bergegas utk solat?

Solat satu hal, adakah kita bergegas utk solat jemaah? Adakah kita tercari cari tempat solat baru nak solat? Kita membiarkan masa berlalu dan menunggu hingga akhir waktu baru kita bersolat? Kita selesaikan dulu membeli belah baru kita solat? Kita selesaikan dulu hal kita baru kita solat? Kita mengutamakan hal peribadi baru kita melaksanakan urusan dengan Allah?

Adakah jika tiada musolla kita tangguhkan solat hingga kita temui musolla atau tempat solat? Sebenarnya solat boleh sahaja dimana mana asalkan bukan di dalam tandas. Agak agaknya, boleh tak kita solat di tempat tempat membeli belah, tepi tangga dan sudut sudut tertentu serta ruang yang tidak menjadi tempat lalu lalang lalu kita solat ataupun jika musolla itu jauh lalu kita solat sahaja di tepi tangga dan sudut yang sesuai? Sebenarnya boleh sahaja. Utamakanlah solat, utamakanlah solat diawal waktu, bergegaslah solat ketika masuk waktu solat, jangan ditangguh jangan dibiarkan masa berlalu. Solatlah walau tiada musolla ditempat kita pergi asalkan tempat itu bersih dan tidak mengganggu orang lain utk lalu lalang.

Sering kita terlalu bimbang tentang persepsi dan pandangan orang lain dalam hal solat ini. Ini menyebabkan kita sering melewatkan solat kerana kita hanya bersolat di musolla. Apa salahnya kita solat dimana mana tempat yang sesuai tanpa mencari adanya musolla, jika waktu solat telah tiba. Kita lihat ramai pelancong arab datang ke Malaysia, mereka akan solat berjemaah di tepi tepi tangga di pasaraya pasaraya jika telah masuk waktu solat. Tiada masalah apapun. Mengapa kita tidak berbuat sedemikian. Alhamdulillah kebanyakan tempat tempat membeli belah di Malaysia ini ada musolla, lebih teratur namun agak sempit untuk menempatkan jemaah ramai pada satu satu masa.

Pandangan biasa, di tempat tempat solat, musolla, surau dan sebagainya, kita selalu solat sendirian, walhal solat berjemaah itu lebih afdal, lebih baik, lebih terpuji, lebih banyak pahala, tapi kita tetap solat sendirian. Jika berhenti di tempat rawat dan rehat, akan kita dapati kebanyakan dari kita solat sendirian. Justeru, saya menyeru semua umat Islam, marilah kita solat berjemaah sedapat yang mungkin kecuali jika tiada orang lain di situ, maka harus kita solat sendirian.

Kita perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Yakni kita perlu mempunyai pandangan bahawa kita boleh solat dimana jua, hatta ditepi jalan sekalipun asal tidak membahayakan, dan ketika itu telah masuk waktu solat, jangan ditangguh jangan diakhirkan solat melainkan kita telah berniat untuk solat jamak takhir dan qasar serta ketahuilah bahawa solat berjemaah itu lebih baik.

Kita sering terleka membeli belah lalu mengakhirkan solat. Utamakanlah Allah dalam setiap aspek kehidupan kita. Hendaklah sentiasa bersedia menyahut seruan Illahi bila bila masa dan dimana jua kita berada, samada dalam perjalanan, ketika membeli belah, dalam penerbangan mahupun ketika sedang bermesyuarat. Utamakanlah Allah pasti Allah akan mengutamakan kita dikala kita memerlukan pertolongannya.

Janganlah ada dikalangan kita merasa pelik jika ternampak orang lain solat ditepi tangga, di sudut sudut tertentu. Sepatutnya kita perlu merasa terpanggil untuk turut solat sekali dan berjemaah dengan mereka. Jangan beralasan walau apa sekalipun kerana solat itu wajib dalam apa jua keadaan sekalipun melainkan kita gila atau mati. Tiada alasan, tiada 'excuse' utnuk tidak solat. Salah kita sendiri jika pakaian kita menyebabkan kita tidak sah solat kerana kita berpakaian yang tidak menutup aurat (terutamanya kepada para wanita) namun lelaki juga sama. Pakailah pakaian yang menutup aurat kerana dengannya kita boleh terus solat, pakailah pakaian yang bersih dan suci supaya kita boleh solat tanpa ragu dan was was, dan pakailah pakaian yang menurut lunas lunas Islam (terutamanya kaum wanita) yang dengannya kita boleh terus solat tanpa perlu kepada telekung. Jangan beranggapan bahawa jika tiada telekung tidak boleh solat walhal jika pakaian yang kita pakai itu menutup aurat tentunya kita boleh solat terus.

Wednesday, January 6, 2010

Kita merayakan...dengan sambutan.

Bismillah..

Kedatangan Tahun Masihi 2010 disambut dengan penuh gilang gemilang. Berbagai program diatur untuk menyambut detik 12 tengah malam tanda berakhirnya 2009 dan datangnya 2010. Berduyun duyun sebahagian besar dari kita ke Dataran Merdeka mahupun tempat tempat lain. Kita berpusu pusu seawal yang mungkin untuk turut sama merayakan kedatangan Tahun Masihi 2010. Ia umpama suatu pesta keramaian dengan datangnya 2010. Ada konsert hiburan, ada nyanyian dan ada percikan bunga api di seluruh dunia. Ia disambut sedemikian rupa penuh harapan bahawa 2010 akan menjanjikan detik baru buat kita semua.

Alhamdulillah, kedatangan 2010 menandakan bermulanya detik tahun baru buat kita semua. Begitu jua hadirnya Maal Hijrah 1431 juga menandakan detik tahun baru berdasarkan kalendar Islam. Keduanya merujuk kepada tempoh masa perubahan masa dan tahun namun keduanya disambut dengan begitu berbeza. Dapat kita perhatikan bahawa kita suka dan sememangnya sangat suka akan kemeriahan, sambutan serta perayaan seumpama suatu pesta bergembira. Tidaklah salah merayakan suatu apapun namun hendaklah kita bersandarkan kepada adab yang telah ditentukan oleh Islam. Kebanyakkan dari kita lebih menantikan detik 2010 berbanding detik 1431 hijrah. Ini persoalan besar buat umat Islam. Kita mengambil sikap endah tidak endah dengan kedatangan tahun Hijrah 1431 namun membuat segala persiapan yang rapi untuk kedatangan 2010. Inilah kesilapan, contoh yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Penulis percaya, akan tiba detik dimana kedatangan tahun hijrah akan dipandang sepi oleh generasi akan datang berbanding dengan kedatangan tahun Masihi.

Islam itu ialah cara hidup, justeru sebagai suatu cara hidup ia mesti dituruti keseluruhannya dalam setiap detik dan perkara dalam kehidupan kita. Islam bukan agama yang memisahkan. Ia tidak pernah memisahkan antara kehidupan beragama dengan berpolitik. Ia tidak memisahkan ekonomi dan agama. Ia tidak memisahkan sosial dan agama. Islam itu lengkap dan cukup komprehensif. Ia meliputi semua. Ia syumul. Oleh itu, dalam konteks merayakan dan membuat sambutan, patut kita bertanya kembali, adakah perayaan itu, mahupun sambutan itu dibuat mengikut lunas dan adab serta akhlak islami? Adakah itu benar mengikut apa yang terkandung didalam Al-Quran. Adakah itu tidak bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw.

Kita sering keliru dengan pemahaman dan apa sebenarnya yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Bagi penulis, menyambut kedatangan Tahun 2010 dengan penuh kesyukuran kerana kita dipanjangkan nyawa dan diberi masa lagi oleh Allah swt. adalah suatu anugerah. Kita perlu bersyukur dan memanjatkan kesyukuran dengan cara penuh harmoni, berakhlak, beradab dan tawaduk. Bukan dengan cara berpeleseran, bercampur gaur lelaki dengan perempuan dalam suatu pesta yang boleh menjebakkan diri kepada perlakuan perlakuan yang mengundang dosa. Apatah lagi jika ia dipenuhi dengan pengisian yang bertentangan dengan Islam, dengan nyanyian yang mengasyikkan.

Dalam hal ini, kita boleh memilih kerana kita sentiasa mempunyai pilihan. Memilih untuk terjun sama seperti orang lain menyambut dengan penuh suka dan gembira mahupun memilih untuk berada di rumah bersama ahli keluarga dengan mengadakan majlis zikir, solat berjemaah, solat tasbih dan hajat atau tazkirah serta majlis muhasabah diri dengan mengingati diri mahupun ahli keluarga lain betapa perlunya kita bersyukur kerana dipanjangkan umur, diberi rezeki, serta melihat kembali apakah matlamat dan pencapaian yang telah dicapai, apakah lagi yang belum dicapai, apakah proses penambah baikan yang perlu dilakukan terhadap diri, keluarga dan kehidupan serta sama sama mengingatkan betapa perlunya untuk kembali kepada Allah swt serta ajaran Rasulullah saw. Pda waktu yang sama boleh juga berbincang sesama tentang perancangan yang perlu dilakukan, stratregi perlaksanaan terhadap matlamat serta objektif mahupun azam 2010. Bukan sekadar ungkapan kosong tentang azam tahun baru 2010 namun tiada perlaksanaan konkrit atau perancangan yang jitu. Tidakkah itu lebih bererti. Tidakkah itu lebih bermanfaat kepada diri serta keluarga.

Fikirkanlah!

Tuesday, January 5, 2010

Aku di mana..kita di mana

Ya saban tahun menjelang tengah malam tahun baru Masihi...seawal jam lapan malam..berduyun duyun manusia membanjiri 'hot spot' di Kuala Lumpur ini samada di Dataran Merdeka, Bangsar, Subang Parade, Shah Alam, Bukit Bintang, Damansara dan merata rata tempat lagi. Lautan manusia membanjiri mahu menyaksikan pesta. Alasannya mahu lihat percikan bunga api yang dibazirkan atas duit rakyat buat mengisi nafsu hiburan sebahagian dari kita. Jalan jalan sesak teruk di serata Kuala Lumpur, perkhidmatan awam, bas, teksi, keretapi, LRT, KTM Komuter dilanjutkan tempoh perkhidmatan hingga dinihari. Pasti jua bilik hotel penuh samada yang tiada bintang hinggalah yang berbintang bintang. Bagi yang cukup cukup ongkosnya akan mencelah di rumah tumpangan yang menawarkan sewa yang murah. Bagi yang lagak mampu, bergegas ke hotel berjenama bulan dan bintang. Persoalannya siapa mereka? Lihat dulu, periksa dulu, teliti dan buat pemerhatian. Akan kita dapati remaja Melayu, muda mudi kita berpasang pasangan...tidak pasti samada sudah ada ikatan 'akad nikah' atau tidak. Namun mereka lah yang menghuni kebanyakan hotel hotel itu. Samada datang dengan menaiki pengangkutan awam, menaiki motorsikal, kereta bahkan berkereta mewah. Kadang kadang tertanya juga berapa ramai agaknya pada malam itu yang telah 'terkorban' pria atau dara?  Itulah gelagat manusia menyambut datangnya lembaran baru iaitu TAHUN MASIHI 2010 bahkan tahun tahun masihi yang lain.

Siapa mereka? Pastinya kita semua.Mereka yang Islam mahupun yang bukan Islam, yang Cina, yang India, dan yang paling ramainya Melayu, samada lelaki mahupun perempuan, mereka teruja untuk menanti detik berlabuhnya jam 12.00 malam dan datangnya jam 12.01am. Sementara menunggu mereka disajikan dengan alunan muzik yang menjadi halwa telinga dan siulan dibibir, sambil terlompat lompat dan terkinja menuruti rentak lagu. Suka dan seronok sambil berhimpitan himpitan dan bergesek tubuh sesama yang pasti menaikkan ghairah dan nafsu. Itu belum lagi perlakuan tidak senonoh dalam kesesakan dan kebanjiran manusia di Dataran Merdeka umpamanya.

Bicara ini ingin menimbulkan beberapa persoalan. Apakah yang mahu dicapai dalam sambutan tahun baru Masihi ini? Apakah objektif utamanya? Apakah faedah spiritual yang akan dicapai? Perpaduan? Keharmonian kaum? Semangat bersatu padu?Sikap toleransi? Gotong royong? Jika benar itulah motifnya, nyatakan teori mana yang dipakai, ajaran mana yang dirujuk yang mengatakan bahawa perpaduan dan toleransi kaum perlu dijana melalui sambutan tahun baru dengan pengisian yang merosakkan jiwa? Adakah majlis bacaan yasin beramai ramai, mahupun tahlil, mahupun berzikir umpamanya atau beramai ramai membaca Alquran di Dataran Merdeka dilakukan? Tentunya tidak? Malah budaya hedonisme sebenarnya yang di tonjolkan, lantas kemudiannya apabila remaja kita rosak akhlaknya, kita pun bising bising sana sini, berbincang sana sini, kursus sana sini, gubal dasar sana sini, yang cumanya retorik semata mata untuk menunjukkan bahawa kita amat prihatin? Tidakkah anda rasa kelakar? Lucu bukan? Saya bukan tidak bersetuju dan menolak agenda perpaduan mahupun pelancongan namun perlaksanaan serta aspirasi yang tidak konsisten sejak dulu lagi menjadi masalah dalam pembangunan negara bangsa Malaysia. Mungkin anda tidak bersetuju dengan penulis, tidak mengapa, cumanya beri ruang sedikit untuk kita rasionalkan, fikirkan secara waras.

Allah ilahku...

'High Court ruling on the word of Allah'......


Isu ini sudah lama sebenarnya, namun baru sekarang timbul kerana pihak pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas huru hara umat Islam di negara ini samada dari segi kelemahan polisi, dasar, Akta dan perundangan. Akhirnya mereka berjaya mengheret kita ke kancah isu Allah ini.


Diskusi ini bukan untuk menjelaskan apakah yang benar dan yang salah namun penulis merasa terpanggil untuk membicarakan sikap kita terhadap isu ini dan yang berkaitan dengan perkara seharian dalam hidup kita.


Cukup dikesali kerana perkara ini seang dan telah berlaku, pastinya ada isu isu lain nanti yang menyentuh sensitiviti umat Islam 'already in the pipeline' yang akan berlaku, kita tidak tahu. Namun adakah kita cukup utuh? Adakah kita cukup bersedia untuk menghadapi segala macam bentuk 'serangan' itu? Adakah kita cukup sedar bahawa usaha secara sistematik dan terperinci telah dan sedang dijalankan.


Bagi penulis, tidak menghairankan isu ini boleh timbul dek kerana kelemahan kita sendiri. Sikap kita yang menyebabkan kita sering tewas. Tewas sebelum berjuang pun. Sikap kita menyebabkan kita hanya sedar apabila sudah 'terhantuk' baru kita tersedar dari lamunan bak kata sudah terhantuk baru termengadah. Mungkin ada baiknya isu ini timbul, sekurang kurangnya bila ada isu sebegini ia umpama desakan untuk bersatu suara, bersatu hati dan merapatkan saf. Apapun janganlah ia hanya bersifat sementara...namun selalunya, memang bersifat sementara, hangat hangat tahi ayam. Apa sudah jadi dengan Melayu Islam di Malaysia. Apa sudah jadi dengan pemimpin pemimpin Islam kita, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Sedarlah bahawa Islam dilihat lemah dan kerdil walau penganutnya ramai dek kerana sikap orang Islam sendiri. 


Manakala majalah atau penerbitan Herald-The Catholic Weeklyni pun satu...gunakan sahaja  perkataan TUHAN. Itu sudah cukup untuk memberi maksud yang sepatutnya. Mengapa perlu menggugat sensitiviti umat Islam di Malaysia ni. Mengapa perlu bersikap sinis dalam tindakan. Setelah segala ruang dan kebebasan yang diberi, mengapa perlu mengguris umat Islam yang majoritinya Melayu di negara ini. Cukuplah, bertimbang rasa lah terhadap bangsa dan agama lain yang wujud di negara ini. 


Manakala, saudara seagama sekalian, suarakan desakan, bangkitkan rasa dan semangat yang jitu dan berterusan, tunjukkanlah bahawa Islam ini kuat, Islam ini mulia, jangan malukan lagi agama Islam ini dengan perangai sebahagian dari kita yang tak senonoh, tak sehaluan dengan syariat, akhlak yang tercemar dan perlakuan yang tidak berlandaskan Islam. 



Monday, January 4, 2010

Ulama tegur Pemimpin..bukan membontoti Pemimpin

Dalam tradisi ilmu Islam, ulama diberi penghormatan tinggi dan mulia. Ini dirakamkan dalam al-Quran dan hadis mengenai penghormatan yang diberikan kepada mereka. Persoalan adab kepada golongan ulama tidak boleh dipertikaikan lagi. Burhanuddin Zarnuji dalam kitab mashyurnya Ta'lim Muta'alim Tariq Ta'alum (Bimbingan Bagi Penuntut Ilmu Pengetahuan) menulis,


- menghormati guru ialah jangan berjalan di depannya, duduk di depannya, duduk di tempatnya, memulai mengajak berbicara atas perkenan darinya, berbicara hal lagha di depannya dan menanyakan hal yang membosankan. Hal seperti ini sememangnya kita sudah bersetuju sejak azali lagi bahawa ini bentuk penghormatan yang diberikan kepada mereka.


Ulama yang wibawa tidak perlu merasa gentar berdepan dengan pemimpin. Mereka menyampaikan risalah kebenaran, nasihat mahupun teguran ikhlas. Bagi pihak pemimpin pula, kedudukan mereka ialah mendengar dengan ikhlas nasihat itu dan dengan rendah diri cuba menerima kelemahan jika ada bentuk teguran diberikan. 


Nasihat ulama yang ikhlas tidak sama sekali untuk menjatuhkan air muka seseorang pemimpin, bahkan itu sebenarnya tugas hakiki seseorang ulama dalam sejarah tradisi keilmuan dan kepemimpinan Islam. Ulama yang menegur pemimpin tidak sama sekali bertujuan menggantikan kedudukan pemimpin itu. Justeru, pemimpin tidak perlu melatah bila ditegur. Manakala teguran itu tidak perlu disiar raya di media, lalu menjadikan media sebagai alat provokasi, alat populariti dan alat politik, yg penting ialah, tindakan hasil dari teguran itu perlu dilaksana dengan segera selaras dengan kehendak Allah mengatasi kehendak peribadi demi kepentingan rakyat. 


Itulah sebenarnya yang perlu dilakukan oleh pemimpin dan ulama. Bukanlah keduanya sering bercakaran dan berselisih pendapat, tanpa mengira bahawa akibatnya ialah kerosakan yang besar akan berlaku kepada ummah secara keseluruhannya. Pemimpin sepatutnya merujuk ulama, manakala ulama perlu dan wajib menegur pemimpin jika apa yg dilakukan dalam mendokong amanah kepimpinan itu telah tersasar dari matlamat asal iaitu mencari redha Allah, dan memenuhi hak rakyat dan semua pimpinannya. Apa yang berlaku hari ini, pemimpin telah tidak mengendahkan ulama dan pandangan mereka, terasing dalam dunia tersendiri, diperlukan bila sahaja sesuatu isu itu tidak dapat ditangani secara biasa dan perlu ditangani secara 'agama', lalu timbul salah anggap bahawa agama itu telah dipisahkan dari politik. Mengapa tidak mengimarahkan politik dengan menggabungkan peranan pemimpin dan ulama?

Alternatif kepada GULA


Stevia alternatif ganti gula dalam makanan

KUALA LUMPUR: Ketika kenaikan harga gula bermula Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi daripada penduduk negara, sebuah syarikat tempatan bercadang membuka sebuah ladang terbesar dan pusat pemprosesan biotekologi menggunakan tumbuhan herba `stevia’ secara komersial. Stevia, sejenis pokok berasal dari negara Amerika Selatan, khususnya Paraguay adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Pemanis itu diperoleh daripada daun pokok stevia yang dikeringkan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan A'Azam, Dr Sharifah Sabrina berkata, secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolesterol, gula dan karbohidrat.“Ia boleh dijadikan satu alternatif utama untuk mengurangkan pengambilan gula,” katanya kepada Bernama. Katanya, selain menjadi pemanis semula jadi, stevia juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan dan boleh membantu mengurangkan berat badan. Dr Sharifah Sabrina mencadangkan penggunaan stevia diperluaskan di Malaysia bagi mencegah penggunaan dan kandungan gula yang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Kumpulan A'Azam dengan kerjasama anak syarikatnya, BNG Global Holdings Sdn Bhd, sudah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan beberapa pakar sains dari Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Bioteknologi di India, yang berpusat di Poona untuk menanam anak pokok stevia secara ujian terlebih dulu. 

Usaha sebegini perlu disokong, dan digalakkan oleh kerajaan...perlu sokongan berterusan .....bila dah ada 'replacement' untuk gula, subsidi gula leh hapus terus...let us see what will happen next? Lagi jimat duit rakyat (iaitu duit subsidi untuk gula) boleh diguna pakai untuk bantuan kesihatan rakyat iaitu kira kira RM1.2 bilion setahun subsidi gula tu salur untuk bantuan kesihatan rakyat.