Ya saban tahun menjelang tengah malam tahun baru Masihi...seawal jam lapan malam..berduyun duyun manusia membanjiri 'hot spot' di Kuala Lumpur ini samada di Dataran Merdeka, Bangsar, Subang Parade, Shah Alam, Bukit Bintang, Damansara dan merata rata tempat lagi. Lautan manusia membanjiri mahu menyaksikan pesta. Alasannya mahu lihat percikan bunga api yang dibazirkan atas duit rakyat buat mengisi nafsu hiburan sebahagian dari kita. Jalan jalan sesak teruk di serata Kuala Lumpur, perkhidmatan awam, bas, teksi, keretapi, LRT, KTM Komuter dilanjutkan tempoh perkhidmatan hingga dinihari. Pasti jua bilik hotel penuh samada yang tiada bintang hinggalah yang berbintang bintang. Bagi yang cukup cukup ongkosnya akan mencelah di rumah tumpangan yang menawarkan sewa yang murah. Bagi yang lagak mampu, bergegas ke hotel berjenama bulan dan bintang. Persoalannya siapa mereka? Lihat dulu, periksa dulu, teliti dan buat pemerhatian. Akan kita dapati remaja Melayu, muda mudi kita berpasang pasangan...tidak pasti samada sudah ada ikatan 'akad nikah' atau tidak. Namun mereka lah yang menghuni kebanyakan hotel hotel itu. Samada datang dengan menaiki pengangkutan awam, menaiki motorsikal, kereta bahkan berkereta mewah. Kadang kadang tertanya juga berapa ramai agaknya pada malam itu yang telah 'terkorban' pria atau dara? Itulah gelagat manusia menyambut datangnya lembaran baru iaitu TAHUN MASIHI 2010 bahkan tahun tahun masihi yang lain.
Siapa mereka? Pastinya kita semua.Mereka yang Islam mahupun yang bukan Islam, yang Cina, yang India, dan yang paling ramainya Melayu, samada lelaki mahupun perempuan, mereka teruja untuk menanti detik berlabuhnya jam 12.00 malam dan datangnya jam 12.01am. Sementara menunggu mereka disajikan dengan alunan muzik yang menjadi halwa telinga dan siulan dibibir, sambil terlompat lompat dan terkinja menuruti rentak lagu. Suka dan seronok sambil berhimpitan himpitan dan bergesek tubuh sesama yang pasti menaikkan ghairah dan nafsu. Itu belum lagi perlakuan tidak senonoh dalam kesesakan dan kebanjiran manusia di Dataran Merdeka umpamanya.
Bicara ini ingin menimbulkan beberapa persoalan. Apakah yang mahu dicapai dalam sambutan tahun baru Masihi ini? Apakah objektif utamanya? Apakah faedah spiritual yang akan dicapai? Perpaduan? Keharmonian kaum? Semangat bersatu padu?Sikap toleransi? Gotong royong? Jika benar itulah motifnya, nyatakan teori mana yang dipakai, ajaran mana yang dirujuk yang mengatakan bahawa perpaduan dan toleransi kaum perlu dijana melalui sambutan tahun baru dengan pengisian yang merosakkan jiwa? Adakah majlis bacaan yasin beramai ramai, mahupun tahlil, mahupun berzikir umpamanya atau beramai ramai membaca Alquran di Dataran Merdeka dilakukan? Tentunya tidak? Malah budaya hedonisme sebenarnya yang di tonjolkan, lantas kemudiannya apabila remaja kita rosak akhlaknya, kita pun bising bising sana sini, berbincang sana sini, kursus sana sini, gubal dasar sana sini, yang cumanya retorik semata mata untuk menunjukkan bahawa kita amat prihatin? Tidakkah anda rasa kelakar? Lucu bukan? Saya bukan tidak bersetuju dan menolak agenda perpaduan mahupun pelancongan namun perlaksanaan serta aspirasi yang tidak konsisten sejak dulu lagi menjadi masalah dalam pembangunan negara bangsa Malaysia. Mungkin anda tidak bersetuju dengan penulis, tidak mengapa, cumanya beri ruang sedikit untuk kita rasionalkan, fikirkan secara waras.
No comments:
Post a Comment