Ku titip doa dan alfatihah buat rakan sepermainan ku dahulu yang baharu sahaja pergi akibat kemalangan jalanraya sebentar tadi....bertembung dengan bas! Innalillahi wa innaa ilaihi raajiuun....begitu pantas, tanpa disangka, begitulah caranya ENGKAU mengembalikan hambaMU Ya Rabb...
Aku sendiri tidak tahu bila....kalian juga tidak tahu bila. Jangan ambil mudah tentang saat MATI tiba...tidak ketahuan! Teringat ungkapan Datuk Ismail Kamus yang pernah menerjah ke telingaku suatu waktu dahulu...."yang dikejar akan ditinggal, yang ditinggal akan dibawa...." Dalam sungguh maksudnya, kerana apa yang kita kejar berupa dunia dan isinya ini hanya sesuatu yang pasti kita akan tinggalkan manakala bekal amal yang selalu kita tinggal itulah yang PASTI kita akan bawa....
Moga DIA redha dengan rohmu wahai sahabat! Ku hadiahkan alFatihah ini (dengan bacaan penuh) buatmu.....moga moga engkau tenteram dan aman di NEGERI SEPI itu wahai rakan! Dan semoga Allah mengasihimu dengan rahmat dan kasih sayangNya....
No comments:
Post a Comment