Salam ukhuwwah....
Retrospek kefahaman tentang DIRI!
Fitrah kejadian manusia yang berupa prinsip dan konsep yang perlu kita renung sentiasa walau sejenak.....dari ada kepada tiada, dari muda kepada tua, dari kecil menjadi
besar, dari rendah kepada tinggi, dari kosong akal kepada berakal, dari jahil
kepada ilmuwan.
Apabila faham dari tiada kepada ada, justeru jangan besar kepala dan ego sebab lemahnya kejadian kita walau kita ini sebaik baik kejadian kerana kita sebenarnya adalah kurang upaya walau serba serbi cukup anggota dan sifat. Mengapa? Renungkan dan fikirkan!
Tiga putaran kehidupan - dari mati
kepada hidup, dari hidup kepada mati, dari mati kepada kekal hidup kembali
(alam akhirat).
Sebenarnya, segala kerumitan,
masalah dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita merupakan suatu
manifestasi kegagalan manusia untuk memahami kesimbangan yang diperlukan dalam
kehidupan. Kita gagal pada hari ini untuk memahami tujuan kehidupan, tujuan kita
sebagai insan ini hidup, matlamat kehidupan dan pengertian kehidupan itu
sendiri. Justeru, berlakulah kebejatan sosial yang melanda umat manusia,
diserata tempat, berlakunya pertumpahan darah, peperangan, pergaduhan,
pembunuhan, kezaliman, penindasan, pembohongan, kemelesetan ekonomi akibat
ketamakan setengah manusia dengan yang lainnya, kemelesetan akhlak dan moral,
hilang kawalan diri, bunuh diri, tuduh menuduh, pembuangan bayi, perzinaan,
perdagangan wanita dan pelacuran, penderaan dan apa sahaja kemelut lain yang
dilakukan oleh manusia. Puncanya ialah hilangnya keimanan kepada Tuhan sekalian
alam ini.
Kebejatan IMAN lah yang menjadikan
manusia hari ini porak poranda, manusia hidup berasaskan akal sendiri tanpa
mengikuti panduan dan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah swt. Disebabkan
ketiadaan IMAN, maka seorang anak sanggup membunuh ibu atau bapanya, atau
seorang bapa sanggup memperkosa anak sendiri, atau seorang suami membunuh
isteri yang suatu ketika sangat dikasihinya. Apakah makna semua kejadian ini?
Apakah petanda berlakunya perkara sebegini? Mengapa dan bagaimana ini boleh
terjadi?
Semua persoalan ini ada jawapannya
yang boleh dicari. Namun kita tetap pasti akan mengulangi perkara yang sama,
atau peristiwa yang telah berlaku ini tetap akan berulang kembali jika kita
hanya mencari jawapan itu di sana sini dan bukan di dalam diri sendiri berpandukan wahyu Allah dan Sunnah Nabi saw. Ini
kerana kita sebenarnya, walau dizaman serba moden dimana maklumat boleh dicapai
dimana mana sahaja walau dalam keadaan apa sekalipun tanpa mengenal batas,
tetapi kita masih lagi JAHIL dan bertindak seperti mana lakunya orang di zaman
Jahiliyyah. Mengapa? Kerana kita tidak benar benar kembali kepada jalan Allah,
jalan yang lurus yang telah ditetapkan olehNYA. Sesungguhnya, benarlah untuk
diungkapkan bahawa, jika hilangnya IMAN di dalam hati maka terlepaslah kunci
yang menyekat seseorang individu itu untuk melakukan kerosakan di atas mukabumi
ini.
No comments:
Post a Comment